Saturday, February 10, 2018

Ride Sampai Ke Cafe KOFFEEKABIN Senawang

Hi Korang,


Bila tak de apa nak buat, kitaorang suka jalan-jalan cari makan ni (JJCM) wah gituh macam host TV plak ek. So ahad lepas sambil nak pi ambil barang motor Mr Big kat rumah kawan dia, kami sampailah ke Senawang ni. Sampai je rumah dia, eh dia boleh tak de plak keluar ada hal sket. 

Nak tak nak kami pi pi cari kedai makan di sekitar Senawang, sementara tunggu dia balik.

sweet tak? sweet tak? huahauhua

Memula tuh pusing-pusing je tapi cam tak jumpa plak, so akak lily google dulu kat internet cari tempat makan best Senawang so terjumpa plak KOFFEEKABIN ni.

Of course first impression kak lily ala ni mesti kedai ala-ala kopitiam ni, yelah sebab nama pun KOFFEEKABIN kan. Then Mr Big cakap oklah lepak-lepak hilangkan penat ride, pekena teh Tarik secawan dua kan sementara nak tunggu kawan dia sampai.


Bila tengok menu terus rasa terkejut sebab menunya kemain banyak lagi wei dan tidak terhad kepada kopi dan roti bakar je tau. Wah terus mood lapar dan pelahap tuh datang. Selak-selak menu ada nasi berlauk, dessert tempatan, air warna warni, western food, makanan hi-tea dan memacam lagi lah. 

Lepas order je terus tanye Wifi ade tak? 


Waiter tuh cakap of courselah ada abang. Terus dia bagi password hehehehe. Sambil buat IG story dan upload gambar kat IG makanan pun sampai.

Korang rasa apa yang kak lily order?

Nasi Goreng Gomoncheh RM6.90

Nasi Goreng Linggi RM8.80

Ermm nampak sama tapi rasanya berbeza ye. Yang Gomoncheh yang Mr Big makan tuh tak berapa pedas sangat yang kak lily punya ya ampun pedas bak hang bagi kak lily. Biasalah kurang makan pedas sekarang ni so melecurlah lidah tuh sket tapi Mr Big cakap kak lily poyo pedas sket pun tak boleh hahahaha

Beef Wrap RM8.60

Nampak simple tak menyelerakan tekak akak lily ni, ketulan daging yang banyak dan sosnya melimpah ruah. 

Minuman plak,

The Joy Jelai RM6.50

The Red Rembau RM6.50

Unik dan tak berapa manis, ada laici tuh yang best. Kemain suka lagi ek rasa macam nak tambah 2-3 gelas wei.

Bila tengok nama menu semua nama-nama daerah di Negeri Sembilan ek, memang kedai makan orang nismilan sungguh lah.



Ok mari makan dengan bersungguh-sungguh

Eh, macam tak cukup makan memasing ek, lagipun kawan Mr Big tuh tak sampai lagi so kami order lagi menu hi-tea plak

Hazelnut Latte RM6.80

Pengat Pisang RM3.50

Ya ampun, buruk betul tabiat makan blogger kaki makan ni ek. Makan-makan dan makan lagi, memang sedap pekena yang manis-manis di waktu petang kan cam lepak kat rumah plak rasanya hauhauhauhau.

In terms of harga, korang rasa cam ne ? haruslah berbaloi-baloikan. Tak mahal dan tak lah murah pun berpatutanlah dengan kuantiti dan harga kan

Seriously kalau lagi lama kitaorang duduk kat Cafe KOFFEEKABIN ni makin banyak yang diordernya kan hahahha, nampak nau kuat makannya

Ermm nak singgah ke sini, bawah ni alamatnya:-

KoffeeKabin
435, Jalan Pusat Bandar Senawang 18
70450 Senawang
Negeri Sembilan

Telefon
06-675 7473

Open Hour
10.30 am - 10.30 pm




Ni check it out social media KOFFEEKABIN untuk tengok gambar-gambar hipster yang cun melecun tuh ek:

Website : 

Facebook : 

Instagram : 

So weekend ni boleh lah pi lagi ek...
















Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com

Friday, February 9, 2018

Kempen Harga Runtuh Di GUARDIAN Setiap Jumaat Hingga Ahad

Hi Korang,

Guardian ni memang betullah mengugat hati dan purse kak lily ek. 

Nak tau kenape? 

Meh baca ni hehehehhe


Guardian Malaysia hari ini telah mengumumkan bahawa ia akan menurunkan harga barangan terpilih pada setiap hari Jumaat hingga Ahad, untuk sepanjang tahun ini, satu langkah berani untuk membantu pengguna mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat. 

Dikenali sebagai Kempen Harga Runtuh, ia menampilkan empat ke lima rangkaian produk yang lengkap, dengan penurunan harga sebanyak 10 hingga 70 peratus. 

Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia), Mr. Soren Lauridsen, berkata: “Kempen Harga Runtuh ini sangat penting bagi kami kerana ia membolehkan Syarikat menyumbang secara langsung, dan untuk membantu rakyat Malaysia mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat secara signifikan. 

“Pelanggan di seluruh negara, tidak kira dimana mereka berada, dan termasuk mereka yang lebih gemar membuat pembelian secara dalam talian, boleh menikmati harga runtuh ini, setiap hari Jumaat hingga Ahad,” tambah beliau. 


Bercakap di majlis pelancaran kempen tersebut di Guardian Sunway Pyramid, Soren menjelaskan: “Guardian telah menjadi sebuah jenama terkemuka di Malaysia selama lebih 50 tahun, dan kami memiliki reputasi yang baik dalam menawarkan pelbagai rangkaian barangan eksklusif dan berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Malah, harga yang ditawarkan di Guardian adalah antara yang terendah dalam pasaran. Tetapi kenyataan ini tidak diberi perhatian yang secukupnya kerana tumpuan yang diberikan dalam kempen pemasaran sebelum ini adalah berbeza.”

“Dengan pelbagai desas-desus yang kita dengar tentang peningkatan kos sara hidup dan barangan yang semakin mahal, kami memutuskan untuk membuat keputusan berani untuk menawarkan harga runtuh ini, setiap Jumaat hingga Ahad, untuk sepanjang tahun ini.” 

Anggaran sebanyak 260 barangan, daripada produk penjagaan badan, kesihatan dan kecantikan seperti syampu, gel mandian, pencuci muka, masker muka dan banyak lagi akan ditawarkan pada harga yang lebih rendah sepanjang tahun ini. 

“Kami percaya kempen ini diadakan pada waktu yang tepat dan bersesuaian, memandangkan persekitaran perniagaan semasa. Dan kami yakin pengguna akan teruja dengan kempen ini,” tambah beliau. 

CEO Guardian Malaysia bersama KOLs bagi Kempen Harga Runtuh ni

Harga runtuh adalah tambahan kepada penjimatan hujung minggu (weekend super savers) yang masih diadakan dan promosi eksklusif Koleksi Edisi Terhad Hello Kitty yang sedang ditawarkan sehingga 18 April. 


Soren menekankan bahawa Guardian juga telah melancarkan satu lagi inisiatif promosi iaitu BEAUTY DAYS, dimana produk-produk kecantikan ditawarkan dengan potongan harga sehingga 40%.  

Beliau menambah bahawa kempen-kempen ini membolehkan Guardian menentukan semula fokusnya terhadap DNA jenama itu, yang mana, sentiasa menawarkan yang terbaik dari segi harga, kualiti dan perkhidmatan kepada pelanggan. Ia juga selari dengan strategi Syarikat untuk menawan hati pelanggan, setiap kali mereka berkunjung ke stor Guardian!

Untuk maklumat dan butiran lanjut tentang kempen dan promosi yang ditawarkan, sila layari www.guardian.com.my
















Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com

Thursday, February 8, 2018

Best Rupanya Makan Di SUSHI TEI Ni Ek, Ada Poke Bowl

Hi Korang, 


Ini first time kak lily makan kat sini ek


Sebab apa? Kat area rumah tak dela restoran Sushih Tei ni, so memang tak pernahlah. Bila kengkawan ajak pi makan kat sini so haruslah jangan dilepaskan hehehe 

Ada menu Poke Bowl ek di Sushi Tei ni, ermm garu-garu kepala sket. Apa dia menu ni,


Rupanya Poke Bowl Sushi Tei adalah hidangan menyihatkan yang mengandungi ikan mentah segar, sayur-sayuran serta bijian dan kekacang, bersama nasi daripada beras perang Akita premium dari Jepun. 

Wah bagus untuk orang-orang nak kurangkan berat badan ek. Ada pelbagai jenis Poke Bowl iaitu:-


Maguro Poke Bowl (RM23.80) mengandungi ketulan tuna segar yang dilengkapi dengan bijian chia dan tembikai yang berkhasiat, badam tanpa gluten dan berkhasiat, jejari ketam, sayuran campur dan nasi beras perang Akita.


Salmon Poke Bowl (RM21.80) mengandungi salmon yang kaya dengan asid lemak omega-3 yang dihiris tebal dan dihidang bersama bijian chia dan tembikai, badam, kacang hitam yang berkhasiat dan sayuran campur di atas nasi beras perang Akita.


Udang harimau segar pula menjadi tumpuan bagi Ebi Poke Bowl (RM27.80) dan ianya juga dihidangkan bersama bijian chia dan bunga matahari yang kaya dengan vitamin E, badam, hirisan telur dadar dan sayuran campur dengan nasi beras perang Akita.

Sushi Tei membawakan kelainan pada hidangan ikan mentah asli Hawaii dengan Chicken Teri Poke Bowl (RM18.80) Sesuai buat penggemar daging, ianya dihidangkan bersama ayam panggang dengan nasi beras perang Akita, lengkap dengan bijian chia dan bunga matahari, badam serta sayuran campur. 

Sushi Tei menawarkan tiga pilihan sos untuk mengiringi hidangan poke bowl iaitu Japanese styled wafuu onion sauce, wasabina sauce dan apple sauce. Setiap satunya direka untuk melengkapi kesegaran bahan-bahannya serta memberikan kelainan yang menyelerakan kepada setiap mangkuk.

wajib ada ni kalau pi makan kat kedai jepun tau

Keempat-empat poke bowl tersebut menyediakan hidangan yang sihat dan berkhasiat serta memberikan tenaga sepanjang hari menerusi sajian yang kurang daripada 500 kcal untuk setiap hidangan.


Satu lagi tambahan yang menyihatkan pada menu Sushi Tei ialah sajian vegetariannya, oleh itu korang boleh menikmati sushi maki yang disediakan segar seperti Avocado Yasai Roll (RM13.80) dan lnari Yasai Roll (RM13.80), diperbuat daripada kulit tauhu. 

Bagi mereka yang mahukan sajian yang lebih mengenyangkan, mereka boleh memilih sajian utama seperti hidangan mi Namako Yasai (RM21.80) yang disediakan dengan sup berasaskan kitano miso dan pilihan udon, soba atau ramen serta dilengkapi dengan timun laut vegetarian, cendawan butang, labu dan ubi keledek Jepun.


Sajian utama lain dalam menu vegetarian baharu ini termasuklah nasi goreng cendawan Kinoko Chahan (RM16.80) dan Nasu To Zulgini Pasta (RM17.80) yang mana pasta digoreng dan disajikan bersama terung, zukini dan telur separuh masak.

Hidangan vegetarian Sushi Tei turut menyajikan hidangan sampingan yang enak seperti Homemade Potato Gyoza (RM9.80); Satsuma Imo To Kabocha Salad (RM7.80) yang diperbuat daripada ubi keledek Jepun bersama labu, yang kaya dengan antioksidan dan serat; Okura Natto To Yamaimo Senggiri (RM6.80) iaitu hidangan keladi Jepun dengan hirisan bendi, rumpai laut, kacang soya dicampur dengan telur burung puyuh separuh masak.


Pilihan lain yang boleh dinikmati termasuklah akar bunga teratai goreng Renkon Agedashi (RM6.80) yang rangup atau kroket ubi keledek, edamame dan labu (RM8.80-RM9.80).

"Sushi Tei berpegang kepada kepercayaan untuk menyediakan hidangan yang segar dan menyihatkan untuk pelanggan kami, satu komitmen yang digambarkan menerusi menu baharu kami, sama ada menerusi poke bowl rendah kalori yang kaya dengan kebaikan atau pilihan vegetarian. Bahan-bahan segar amat panting dalam sajian Jepun dan kami tidak bertolak ansur dari segi keselamatan makanan," kata Cameron Cheah, Pengarah Urusan ST-Taikem, syarikat di sebalik jenama Sushi Tei di Malaysia.


"Sejak pengenalannya di Malaysia pada tahun 2009, Sushi Tei telah menjadi pilihan popular rakyat Malaysia yang mahu menikmati sajian Jepun yang segar dan lazat pada harga berpatutan. Restoran ini menggabungkan konsep sushi yang disediakan pada tali penggerak dan pilihan ala carte, serta bilik hidangan peribadi untuk pelanggan menikmati yang terbaik," tambah Cheah.

Sajian poke bowl dan vegetarian baharu Sushi Tei ini kini boleh didapati di semua restoran Sushi Tei di Lembah Klang, Pulau Pinang dan lpoh.


Meh check it out lain-lain promosi di

Facebook : Sushi Tei Malaysia


Website : www.sushitei.com/


Marilah cuba dulu ek, then baru tau sedap ke idokk!!















Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com