Friday, February 9, 2018

Kempen Harga Runtuh Di GUARDIAN Setiap Jumaat Hingga Ahad

Hi Korang,

Guardian ni memang betullah mengugat hati dan purse kak lily ek. 

Nak tau kenape? 

Meh baca ni hehehehhe


Guardian Malaysia hari ini telah mengumumkan bahawa ia akan menurunkan harga barangan terpilih pada setiap hari Jumaat hingga Ahad, untuk sepanjang tahun ini, satu langkah berani untuk membantu pengguna mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat. 

Dikenali sebagai Kempen Harga Runtuh, ia menampilkan empat ke lima rangkaian produk yang lengkap, dengan penurunan harga sebanyak 10 hingga 70 peratus. 

Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia), Mr. Soren Lauridsen, berkata: “Kempen Harga Runtuh ini sangat penting bagi kami kerana ia membolehkan Syarikat menyumbang secara langsung, dan untuk membantu rakyat Malaysia mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat secara signifikan. 

“Pelanggan di seluruh negara, tidak kira dimana mereka berada, dan termasuk mereka yang lebih gemar membuat pembelian secara dalam talian, boleh menikmati harga runtuh ini, setiap hari Jumaat hingga Ahad,” tambah beliau. 


Bercakap di majlis pelancaran kempen tersebut di Guardian Sunway Pyramid, Soren menjelaskan: “Guardian telah menjadi sebuah jenama terkemuka di Malaysia selama lebih 50 tahun, dan kami memiliki reputasi yang baik dalam menawarkan pelbagai rangkaian barangan eksklusif dan berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Malah, harga yang ditawarkan di Guardian adalah antara yang terendah dalam pasaran. Tetapi kenyataan ini tidak diberi perhatian yang secukupnya kerana tumpuan yang diberikan dalam kempen pemasaran sebelum ini adalah berbeza.”

“Dengan pelbagai desas-desus yang kita dengar tentang peningkatan kos sara hidup dan barangan yang semakin mahal, kami memutuskan untuk membuat keputusan berani untuk menawarkan harga runtuh ini, setiap Jumaat hingga Ahad, untuk sepanjang tahun ini.” 

Anggaran sebanyak 260 barangan, daripada produk penjagaan badan, kesihatan dan kecantikan seperti syampu, gel mandian, pencuci muka, masker muka dan banyak lagi akan ditawarkan pada harga yang lebih rendah sepanjang tahun ini. 

“Kami percaya kempen ini diadakan pada waktu yang tepat dan bersesuaian, memandangkan persekitaran perniagaan semasa. Dan kami yakin pengguna akan teruja dengan kempen ini,” tambah beliau. 

CEO Guardian Malaysia bersama KOLs bagi Kempen Harga Runtuh ni

Harga runtuh adalah tambahan kepada penjimatan hujung minggu (weekend super savers) yang masih diadakan dan promosi eksklusif Koleksi Edisi Terhad Hello Kitty yang sedang ditawarkan sehingga 18 April. 


Soren menekankan bahawa Guardian juga telah melancarkan satu lagi inisiatif promosi iaitu BEAUTY DAYS, dimana produk-produk kecantikan ditawarkan dengan potongan harga sehingga 40%.  

Beliau menambah bahawa kempen-kempen ini membolehkan Guardian menentukan semula fokusnya terhadap DNA jenama itu, yang mana, sentiasa menawarkan yang terbaik dari segi harga, kualiti dan perkhidmatan kepada pelanggan. Ia juga selari dengan strategi Syarikat untuk menawan hati pelanggan, setiap kali mereka berkunjung ke stor Guardian!

Untuk maklumat dan butiran lanjut tentang kempen dan promosi yang ditawarkan, sila layari www.guardian.com.my
















Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com

Thursday, February 8, 2018

Best Rupanya Makan Di SUSHI TEI Ni Ek, Ada Poke Bowl

Hi Korang, 


Ini first time kak lily makan kat sini ek


Sebab apa? Kat area rumah tak dela restoran Sushih Tei ni, so memang tak pernahlah. Bila kengkawan ajak pi makan kat sini so haruslah jangan dilepaskan hehehe 

Ada menu Poke Bowl ek di Sushi Tei ni, ermm garu-garu kepala sket. Apa dia menu ni,


Rupanya Poke Bowl Sushi Tei adalah hidangan menyihatkan yang mengandungi ikan mentah segar, sayur-sayuran serta bijian dan kekacang, bersama nasi daripada beras perang Akita premium dari Jepun. 

Wah bagus untuk orang-orang nak kurangkan berat badan ek. Ada pelbagai jenis Poke Bowl iaitu:-


Maguro Poke Bowl (RM23.80) mengandungi ketulan tuna segar yang dilengkapi dengan bijian chia dan tembikai yang berkhasiat, badam tanpa gluten dan berkhasiat, jejari ketam, sayuran campur dan nasi beras perang Akita.


Salmon Poke Bowl (RM21.80) mengandungi salmon yang kaya dengan asid lemak omega-3 yang dihiris tebal dan dihidang bersama bijian chia dan tembikai, badam, kacang hitam yang berkhasiat dan sayuran campur di atas nasi beras perang Akita.


Udang harimau segar pula menjadi tumpuan bagi Ebi Poke Bowl (RM27.80) dan ianya juga dihidangkan bersama bijian chia dan bunga matahari yang kaya dengan vitamin E, badam, hirisan telur dadar dan sayuran campur dengan nasi beras perang Akita.

Sushi Tei membawakan kelainan pada hidangan ikan mentah asli Hawaii dengan Chicken Teri Poke Bowl (RM18.80) Sesuai buat penggemar daging, ianya dihidangkan bersama ayam panggang dengan nasi beras perang Akita, lengkap dengan bijian chia dan bunga matahari, badam serta sayuran campur. 

Sushi Tei menawarkan tiga pilihan sos untuk mengiringi hidangan poke bowl iaitu Japanese styled wafuu onion sauce, wasabina sauce dan apple sauce. Setiap satunya direka untuk melengkapi kesegaran bahan-bahannya serta memberikan kelainan yang menyelerakan kepada setiap mangkuk.

wajib ada ni kalau pi makan kat kedai jepun tau

Keempat-empat poke bowl tersebut menyediakan hidangan yang sihat dan berkhasiat serta memberikan tenaga sepanjang hari menerusi sajian yang kurang daripada 500 kcal untuk setiap hidangan.


Satu lagi tambahan yang menyihatkan pada menu Sushi Tei ialah sajian vegetariannya, oleh itu korang boleh menikmati sushi maki yang disediakan segar seperti Avocado Yasai Roll (RM13.80) dan lnari Yasai Roll (RM13.80), diperbuat daripada kulit tauhu. 

Bagi mereka yang mahukan sajian yang lebih mengenyangkan, mereka boleh memilih sajian utama seperti hidangan mi Namako Yasai (RM21.80) yang disediakan dengan sup berasaskan kitano miso dan pilihan udon, soba atau ramen serta dilengkapi dengan timun laut vegetarian, cendawan butang, labu dan ubi keledek Jepun.


Sajian utama lain dalam menu vegetarian baharu ini termasuklah nasi goreng cendawan Kinoko Chahan (RM16.80) dan Nasu To Zulgini Pasta (RM17.80) yang mana pasta digoreng dan disajikan bersama terung, zukini dan telur separuh masak.

Hidangan vegetarian Sushi Tei turut menyajikan hidangan sampingan yang enak seperti Homemade Potato Gyoza (RM9.80); Satsuma Imo To Kabocha Salad (RM7.80) yang diperbuat daripada ubi keledek Jepun bersama labu, yang kaya dengan antioksidan dan serat; Okura Natto To Yamaimo Senggiri (RM6.80) iaitu hidangan keladi Jepun dengan hirisan bendi, rumpai laut, kacang soya dicampur dengan telur burung puyuh separuh masak.


Pilihan lain yang boleh dinikmati termasuklah akar bunga teratai goreng Renkon Agedashi (RM6.80) yang rangup atau kroket ubi keledek, edamame dan labu (RM8.80-RM9.80).

"Sushi Tei berpegang kepada kepercayaan untuk menyediakan hidangan yang segar dan menyihatkan untuk pelanggan kami, satu komitmen yang digambarkan menerusi menu baharu kami, sama ada menerusi poke bowl rendah kalori yang kaya dengan kebaikan atau pilihan vegetarian. Bahan-bahan segar amat panting dalam sajian Jepun dan kami tidak bertolak ansur dari segi keselamatan makanan," kata Cameron Cheah, Pengarah Urusan ST-Taikem, syarikat di sebalik jenama Sushi Tei di Malaysia.


"Sejak pengenalannya di Malaysia pada tahun 2009, Sushi Tei telah menjadi pilihan popular rakyat Malaysia yang mahu menikmati sajian Jepun yang segar dan lazat pada harga berpatutan. Restoran ini menggabungkan konsep sushi yang disediakan pada tali penggerak dan pilihan ala carte, serta bilik hidangan peribadi untuk pelanggan menikmati yang terbaik," tambah Cheah.

Sajian poke bowl dan vegetarian baharu Sushi Tei ini kini boleh didapati di semua restoran Sushi Tei di Lembah Klang, Pulau Pinang dan lpoh.


Meh check it out lain-lain promosi di

Facebook : Sushi Tei Malaysia


Website : www.sushitei.com/


Marilah cuba dulu ek, then baru tau sedap ke idokk!!















Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com

Wednesday, February 7, 2018

Langkawi 2018 | Family Trip Tak Plan Pun

Hi Korang,


Awal-awal tahun ni sepatutnya orang sibuk berlumba-lumba kerja untuk tingkatkan prestasi, yelah azam tahun baru kan tapi kitaorang pi bantai bercuti-cuti Malaysia hahahahaha

Urusan beli tiket kapal terbang under Tamok, adik ipar kak lily. Kitaorang tak tau apa pun, cukup masa berjalan. Nasib baik tak de anak sedara yang bersekolah lagi so senanglah sket kalau tak ponteng sekolah lah jawabnya. Harga tiket pergi balik sorang jatuh RM180 je cam tuh, murah kan kan kan!

tengah tunggu beg keluar hah

Beg kemain besar tapi kosong je sebenarnya sebab intend nak beli barang banyak tuh hehehe

DAY 1


ini baru sket, yang lelain lain flight lain time

Meeting point kat KLIA sebab kitaorang naik MAS, senang terlebih kilo balik nanti tak de jadi masalah, semua campak je dalam cargo kan.

Sampai Langkawi Airport kul 4.00pm cam tuh, uruskan hal kereta then terus ke hotel. 

dalam flight

kami je orang local dalam flight ni, lelain semua foreigner

Sewa dekat kengkawan kami jelah, dapat harga kengkawan. Kalau korang nak contact no nanti kak lily bagi ek. Kami menginap di The Baron Resort dekat pekan Kuah. Sebelum tuh singgah lunch kat area depan hotel tuh, kemain sedap lauk pauknya dan murah. Makan untuk 15 orang baru RM80 je, padahal ambil lauk kemain banyak lagi, hati lembu, lauk perut, ulam-ulaman, ikan bakar dan air lagi seriously murah lah. 

Check in di The Baron Resort, Kuah.


Kemain besar lagi resort ni ek, ada bilik untuk family dan bilik standard. Bilik standard bangunannya seberang jalan dan bilik family di bangunan yang sama dengan reception area. Disebabkan kitaorang booking mix room, so terpisah-pisah bagai, jadi bebudak ambil keputusan untuk upgrade semua ke bilik ke family room so dapat satu bangunan dan satu level yang sama. Sempat gaduh-gaduh dulu dengan reception hotel sebab nak dapatkan satu level kan. Risau nau dengan guest RISDAnya, kami yang bayar cash ni dia macam nak tak nak layan je request. Bila cakap nak buat komplen kat Booking.Com baru terhegeh-hegeh kata ok. Tambah lagi duit di situ, semalam upgrade RM50, 3 malam dan 2 bilik jadiknya RM300 lah tambah so total bilik RM2000 lebih kot.

nampak cam kecik tapi luas tuh

siap sofa bagai




Bilik memang besar dan luas untuk kami berdua, yelah katil king sorang satu. Haruslah jomblo happy guling sana sini lah. Amenitis yang basic tu ada lah, bilik air luas gak, cukup selesa lah tapi jauh nak berjalan dari lift ke bilik.



Tak de aktiviti apa pun on first day tuh sebab sampai dah petang so malamnya kitaorang pi makan dekat Wan Thai Restaurant. Tak ambil gambar makanan pun sebab ini bukan food review hahahaha. As usual sedap dan murah dan segar seafoodnya. Disebabkan hujan time tuh ermm semua orang lapar dan licin semuanya hehehhe

On the way balik hotel, sempat singgah ke Kompleks Hj Ismail.

murah bebenau, seronok makan-makan sepahkan bilik

Apa lagi shoppinglah, kengkonon nak survey tapi dah di borongnya plak. Tapi kak lily beli coklat je sebab nak buat bekal pi outing untuk hari esoknya dan buat kudap-kudapan dalam bilik sambal tengok tv hehehe

Habislah sudah hari pertama, tak de tak penat mana pun. Penat melayan anak-anak sedara je ni lah kan. Ok nanti ada masa sambung lagi ek













Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com