Hi Korang,
Bagi mereka yang sama usia dengan kak lily nak tanya sket ni, duduk
rumah sendiri ke rumah sewa? Ermm mintak-mintaklah duduk rumah sendiri tapi
kalau rezeki belum sampai lagi, rumah sewa pun ok janji ada tempat berteduh.
Untuk mereka yang kak lily gelar adik-adik ni mesti dah tanam impian untuk beli
rumah bila kewangan dah stabil kan, eh rumah tuh keperluan dah sekarang ni. Tak
kisahlah besar ke kecil ke sesebuah rumah tuh janji harta kita sendiri even
kalau jadi apa-apa pun kita still ada rumah.
Bila dah ada rumah, tak kan nak biarkan togel camtuh je?
Letak meja makan, sofa, katil, dapur ermm itu je
ke!! Then tak yah nak hias-hias
ke? Kita yang level mak-mak ni mestilah ada citarasa sendiri dalam menghias
rumah. Sebab tuhlah kalau korang perasan kenapa IKEA selalu penuh during
weekend, sebab mak-mak ni sibuk nak pi tiru or cilok idea kat kedai perabut Sweeden
tuh kan tapi hasilnya nan hado hehehehhe ye kak lily pun buat cam tuh gak.
Tengok cam nak rak tapi hasilnya ermm nan hado
Seriously kalau korang tak de skill untuk menghias rumah memang
kelaut lah jadinya, dengan nak fikir budget sekali kan dengan sibuk bekerja,
jaga rumahtangga lagi sudahnyer terbiar cam tuh jelah cita-cita korang tuh.
Jawapan yang mudah adalah dengan mencari pereka dalaman profesional
alah interior designer service tuh. Tapi korang bimbang mahal plak kan, yelah
costing menjadi penanda arus dalam mengupah pereka dalaman ni. Takut lepas
jumpa kena paksa ambil pakej diorang kan kan kan… ishkkk
Tetapi sekarang, semua ini boleh diselesaikan hanya di hujung jari
sahaja. Hujung jari je tau hauhauhaua korang hanya perlu layari laman web Atap.co
Atap.co is
Malaysia’s largest, trusted marketplace for interior designers (IDs)
and property owners.
A safe space for property owners to search, find, and hire interior
design firms which have been verified for
authenticity and legitimacy.
A platform that provides useful tools for IDs and property owners to
realise beautiful spaces.
Nampak tak??
Platform yang menawarkan perkhidmatan rekabentuk dalaman yang
menghubungkan pereka dalaman tempatan dan tuan
rumah yang sedang tercari-cari ilham untuk menghias rumah mengikut citarasa yang
tersendiri.
Cam ne nak guna servis
Atap.Co ni ek, meh sini kak lily tunjukkan bagaimana Atap.co berfungsi untuk
membantu pemilik hartanah mencari pereka dalaman.
Tuan rumah atau pemilik hartanah boleh melayari portfolio pereka
dalaman dan minta sebutharga dari
pereka dalaman yang dipilih ataupun hantar permintaan umum kepada
Atap.co. Perkhidmatan ini adalah percuma, kan best FREE service tuh.
Boleh buat secara langsung or LIVE kita boleh saksikan para pereka
dalaman yang dipilih untuk membuat portfolio syarikat dan menerima sebutharga.
Jadi segala urusan kedua-dua belah pihak antara tuan rumah dan perekabentuk
dalaman menjadi mudah, dan cepat dengan paparan laman web Atap.co yang mesra
pengguna, bantuan LIVE helpdesk pun ada gak
Terus kak lily rasa excited bila check it out website Atap.Co ni,
very informative. Bolehlah kita budget siap-siap berapa perkhidmatan yang
mengikut kemampuan kita. Kan kak lily cakap budget itu penting ye, ikut yang
termampu.
Paparan Projek Pereka Dalaman
Paparan Portfolio Pereka Dalaman
Paparan Profail Pereka Dalaman
Paparan artikel dan tips rekabentuk
dalaman rumah
Tak berapa faham cam ne nak gunakan website Atap.Co? meh sini kak lily
ringkaskan untuk kesenangan korang nak faham
Carian pereka dalaman di lokasi korang, lagi dekat lagi bagus kan.
So senang diorang nak agak umah korang cam ne
⇰ Browse Projects
⇰ Browse Projects
Boleh cari projek pereka dalaman berdasarkan jenis
hartanah korang, wei bagus ni untuk rujuan
⇰ Browse Ideas
Boleh tengok gambar-gambar projek pereka dalaman berdasarkan ruang bilik, stail dan gaya, warna di lokasi korang. Idea idea idea lagi
⇰ Expert Tips
Boleh di jadikan rujukan dengan membaca artikel dan tips rekabentuk dalaman rumah
⇰ Browse Ideas
Boleh tengok gambar-gambar projek pereka dalaman berdasarkan ruang bilik, stail dan gaya, warna di lokasi korang. Idea idea idea lagi
⇰ Expert Tips
Boleh di jadikan rujukan dengan membaca artikel dan tips rekabentuk dalaman rumah
Jangan fikir-fikir apa sangat dulu lah, meh cepat
dapatkan sebutharga secara percuma dari pereka dalaman di Atap.Co ni. Hanya perlu isi maklumat hartanah serta renovation service yang diperlukan,
seterusnya Atap.co akan menghubungkan kita dengan pereka dalaman yang sesuai.
Untuk info lanjut, meh hubungi mereka ini
secara LIVE CHAT di
Atap.co’s homepage:
Facebook:
Instagram:
Alah senang, simple dan mudah kan!!
Bagus website Atap.Co no, jadi rujukan bagi mereka
yang memerlukan perkhidmatan hiasan dalaman rumah dengan pereka dalaman
profesional.
Kaki Bebel,
LILY