Saturday, January 27, 2018

ANTABAX Pemenang Malaysia Health & Wellness Brand Awards 2017

Hi Korang,

Antabax, jenama penjagaan peribadi Halal nombor 1 di Malaysia yang terkenal dengan perlindungan antibakteria 24 jam menjadi pemenang Malaysia Health & Wellness Brand Awards 2017, dalam kategori Home Health Care Product (Penjagaan Kesihatan Rumah) baru-baru ini.


Anugerah Produk Penjagaan Kesihatan Rumah berkenaan dimenangi oleh dua produk yang dicalonkan iaitu Krim Mandian Antibakteria Antabax dan Tisu Pembersih Antibakteria Antabax.

Antabax memberikan perlindungan sepanjang hari dan membasmi 99.9% kuman berbahaya. Produk-produk Antabax juga dirumus dengan vitamin untuk kukit dan Derma Protect System (Sistem Penjagaan Kulit) yang mengandungi Serum Micro Moisture yang menjadikan kulit lembut, licin dan sihat. Ujian dermatologi menunjukkan semua produk Antabax amat sesuai untuk kulit halus menjadikannya sesuai untuk penggunaan harian.

“Pengiktirafan oleh pihak Malaysia Health & Wellness Brand Awards 2017 ini merupakan satu penanda aras penting untuk Antabax. Anugerah-anugerah yang diterima secara berterusan oleh jenama ini membuktikan produk-produk kami diterima baik oleh para pengguna,” kata Pengurus Besar Kanan Penjagaan Peribadi dan Rumah Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, En. Francis Ng. 


Anugerah Malaysia Health & Wellness Brand Awards 2017 dianjurkan oleh Sin Chew Daily dan Life Magazine, yang mana panel hakimnya dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Chen Chaw Min dan disokong oleh Kementerian Kesihatan Malaysia; Persatuan Kesihatan Malaysia; Persatuan Nutrisi Malaysia; Persatuan Jenama Malaysia; Persatuan Perubatan Cina Malaysia dan Persatuan Farmaseutikal Malaysia.


Semua produk-produk Antabax adalah disahkan Halal memberikan keyakinan penuh kepada umat Islam untuk menggunakannya.

Untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Antabax serta mendapatkan panduan kebersihan terbaik untuk kehidupan yang lebih sihat serta menyakinkan, sila layari www.facebook.com/NewAntabax.













Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com

Friday, January 26, 2018

Sambutan Tahun Baharu Cina di Suria KLCC

Hi Korang,


Sambutan Tahun Baharu Cina di Suria KLCC dan Alamanda akan membawa anda kembali ke masa lalu untuk merasai keasyikan suasana yang memikat hati sambil menghirup teh di perkampungan Cina yang indah. 


Pengunjung disajikan dengan pemandangan rumah warisan dua tingkat yang bercirikan seni bina tradisional Cina dengan deretan kedai lama dan hiasan lampu tanglung merah yang dipasang bagi menyambut perayaan kali ini. 


Hadir di acara perasmian sambutan Tahun Baharu Cina tersebut termasuk pihak pengurusan Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien, Pengarah Eksekutif / Ketua Pegawai Eksekutif; Francis Tan, Ketua Pegawai Operasi; Ben Chong, Pengurus Besar Suria KLCC serta Edmund Lim dan Yap Sook Yee, pengasas bersama Persatuan We Care Journey. 

Berinsipirasikan semangat perayaan, dekorasi di Suria KLCC menggabungkan ciri-ciri tradisional dengan paparan berhubung proses pembuatan teh. Selain itu, pokok bunga plum setinggi 20 kaki yang dihiasi dengan juntaian 1,000 riben berwarna merah dan emas simbolik kepada harapan baharu untuk tahun mendatang pastinya akan menarik minat para pengunjung untuk berswafoto. 


Dekorasi di setiap pintu masuk Utama Suria KLCC turut memaparkan suasana upacara minum the kaum Cina yang melambangkan intipati perayaan tersebut iaitu penyatuan ahli keluarga. Selain itu, Tahun Baharu Cina juga adalah momen penting bagi menyatukan masyarakat Malaysia dari pelbagai agama, kepercayaan dan latarbelakang. 


Suria KLCC juga turut sekali lagi membina tanglung Cina di Esplanade KLCC. Struktur hebat ini yang berukuran 22-meter tinggi dan 12-meter lebar merupakan replika tanglung tertinggi di Malaysia yang tel ah disahkan oleh The Malaysia Book of Records. Pengunjung berpeluang bergambar dengan struktur menarik ini sehingga 22 Februari. 


Pelbagai Pertunjukan yang Mengujakan 



Mari berkunjung ke Suria KLCC bersama keluarga untuk menikmati persembahan yang memukau, seperti tarian singa, pertunjukkan akrobatik Cina, persembahan muzik Cina (Gu-Zheng) dan penampilan 'Dewa Kemakmuran' yang akan berlangsung dari 25 Januari hingga 18 Februari 2018. Pengunjung ke Alamanda dan Mesra Mall juga turut disajikan dengan tarian singa dan pelbagai aktiviti yang mengujakan. 

Waktu untuk Memberi Kembali 


Selain dari hiasan kreatif dan unik, Suria KLCC turut memberi sokongan untuk menyebarkan kegirangan Tahun Baharu Cina kepada We Care Journey melalui penubuhan tabung 'Share The Care'. Tujuan penubuhan tabung ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap Spinal Muscular Atrophy (SMA), dan juga mengumpul dana minima sebanyak RMl0,000 dari 25 Januari hingga 28 Februari 2018.


Setiap pembeli dan pengunjung yang meyumbang RM10 bagi tujuan tersebut akan menerima riben merah sebagai tanda apresiasi sokongan mereka. Para penyumbang digalakkan untuk menulis nama atau mesej mereka di atas riben dan seterusnya menggantung riben tersebut pada pokok bunga plum yang terletak di pintu masuk Park Mall Suria KLCC. Semua sumbangan akan disalurkan kepada We Care Journey untuk pembelian peralatan kesihatan, serta menjayakan program We Care Journey untuk kesejahteraan keluarga dan kanak-kanak yang menghidapi SMA. 

Untuk maklumat lanjut mengenai SMA dan We Care Journey, sila layari www.wecarejourney.org

Berbelanja dan Nikmati Ganjaran 


Untuk memeriahkan lagi sambutan Tahun Baharu Cina, bersedialah untuk menikmati ganjaran bila berkunjung ke Suria KLCC dan Alamanda pada musim perayaan ini. Mulai 25 Januari hingga 18 Februari 2018, pembeli di Suria KLCC akan menerima satu set teko teh Cina dan sampul merah dengan setiap pembelian minima sebanyak RMl,000 dan ke atas di dalam satu resit. Melalui pembelian pada hari minggu, pengunjung berpeluang menikmati hidangan di Restoran Spring Garden untuk 10 orang dengan pembelian minima sebanyak RM3,500 dan ke atas di dalam satu resit. 


Para pembeli di Alamanda berpeluang menerima satu set teko teh Cina dan sampul merah dengan setiap pembelian minima sebanyak RM688 dan ke atas di dalam dua resit yang dikumpul. Pembeli di Alamanda juga berpeluang memenangi hadiah atau baucar beli-belah yang bernilai sehingga RM50 bagi jumlah pembelian minima yang sama dibuat pada hari lsnin hingga hari Jumaat sahaja untuk 30 pembeli pertama setiap hari. 


Pembeli di Mesra Mall pula akan menerima satu set teko teh Cina dan sampul merah dengan setiap pembelian minima sebanyak RM350 dan ke atas di dalam dua resit yang dikumpul. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi dan aktiviti Tahun Baharu Cina di gedung-gedung tersebut, sila layari www.suriaklcc.com.my, www.alamanda.com.my or www.mesramall.com.my.










Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com

Thursday, January 25, 2018

Taste Australia | Cherry dan Buah-Buahan Musim Panas Kini di Malaysia!

Hi Korang,

Musim Cherry dan Summer Fruits kembali lagi di Malaysia. 

Bulan Januari sehingga Mac merupakan bulan musim panas (summer) di Australia, ermm kak lily bukan tau pun ini pun google search je dan akak lily rasa korang pasti menantikan ceri segar, jus, aprikot, madu dan madu di rak-rak pasar raya. Buah-buahan yang manis dan lazat ini bukan hanya lazat tetapi berkhasiat dan mempunyai banyak manfaat kesihatan kita. 


Baru-baru ini kak lily sempat ke pelancaran pelbagai buah musim panas di bawah kempen Taste Australia telah diadakan di Tesco Kepong Village Mall. Kempen pemasaran hortikultur nasional ini diselaraskan oleh Kerajaan Negeri Victoria (Australia) dengan kerjasama Austrade dan Hort Innovation Australia bagi pihak industri buah-buahan ceri dan musim panas. Australia mempunyai reputasi yang kukuh untuk menghasilkan kualiti yang tinggi, dengan langkah-langkah keselamatan makanan yang ketat sepanjang rantaian bekalan. 

"Lots of sunshine, a clean and green natural environment, rich soil and blue skies are the reasons why Australian stone fruits taste better, is greener, is cleaner and safer," kata Ms Amelia Fyfield, wakil kepada The State Government of Victoria (Australia). Beliau terus menekankan bahawa Malaysia kekal sebagai salah satu pasaran eksport paling pesat berkembang di Asean, dengan perdagangan barangan dan perkhidmatan dua hala berjumlah hampir AUS $ 18 bilion pada 2016. 

Ms Amelia Fyfield; Deputy Commissioner To South East Asia, Trade & Investment Victoria 

Ms Amelia Fyfield, juga berkongsi bahawa mendapatkan ceri dan buah-buahan musim panas di puncak dan ketersediaannya adalah cara terbaik untuk menikmati buah-buahan segar di mereka. "Cherries and summer fruits are seasonal commodities and are best enjoyed fresh. We produce some of the best fruits in the market thanks to our farmers who bring with them generations of expertise, as well as our strong horticultural innovations which keep us at the top of our game" kata Cik Fyfield.

Ceri, dan buah batu musim panas - peaches, nectarines, plums, apricots adalah salah satu kegembiraan sebenar musim panas. Walaupun yang paling dinikmati dengan sendiri, buah ceri dan buah-buahan musim panas ini juga merupakan asas yang sangat baik untuk semangkuk smoothie untuk sarapan yang popular, popsikel musim panas dan smoothie serta disajikan bersama pancake, yoghurt dan salad. 

Mr Paul Ritchie; CEO Tesco Stores Malaysia 

Masa majlis pelancaran tersebut, pakar makanan bernutristi, Marissa Parry telah berkongsi 3 jenis resepi yang sangat sesuai untuk musim panas dan juga semestinya menggunakan buah-buahan tersebut. Breakfast smoothie bowl, summer popsicles dan salad. Semua ini merupakan makanan yang sihat dan sedap dan korang nak tau buah-buahan ni masing-masing mempunyai kelebihan dan kebaikkan yang berbeza.

Nutrionist; Marissa Parry

Ni akak lily kongsi resipi yang di demo oleh Marissa Parry ye


AUSTRALIAN FRUIT SALAD POPSICLE

Bahan-bahan:

Australian Cherries and Summer Fruits (peaches, cherries, nectarines) Juice (use a light coloured juice)

*Mint (optional)

Cara-cara:

1. Slice the fruits and place in popsicle molds.
2. Pour in the juice and freeze overnight.

*Mint is optional if you want to add a pop of colour.


AUSTRALIAN CHERRIES AND SUMMER FRUITS SMOOTHIE BOWL

Bahan-bahan (1 to 2 serves) :

Smoothie

1 Australian peach, frozen
2 Australian nectarines, frozen
1 cup Australian cherries (pitted)
1 cup nondairy milk

*portions of fruit can vary on your preference

Toppings

10 to 12 almonds and pecans
Granola Chia seeds Coconut
Fresh fruit (Australian peaches and cherries)

Cara-cara:

1. To make the smoothie, blend the fruits and milk in a food processor until smooth.
2. Pour in to a bowl and adorn with toppings.

Nampak senang kan, dah balik umah kang cuba ek!!


Sempena Chinese New Year yang akan datang, pihak Tesco juga telah menyediakan kotak buah ceri edisi istimewa untuk diberikan kepada sanak saudara, sahabat handai sebagai tanda mata dan hadiah. 

Buah berbentuk bulat dan warna merah dikatakan melambangkan kesejahteraan dan membawa nasib baik sepanjang tahun. Buah-buahan segar pada Tahun Baru melambangkan kehidupan dan permulaan yang baru. Contohnya, di China dan Jepun pic ini dikaitkan dengan keabadian dan kehidupan yang panjang. 


Cherries dan Summer Fruits akan turut sama ada dipasaraya besar yang terpilih sepanjang musim, 

Untuk maklumat lanjut, check it out di Facebook rasmi mereka, Taste Australia Malaysia









Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com