Thursday, January 25, 2018

Taste Australia | Cherry dan Buah-Buahan Musim Panas Kini di Malaysia!

Hi Korang,

Musim Cherry dan Summer Fruits kembali lagi di Malaysia. 

Bulan Januari sehingga Mac merupakan bulan musim panas (summer) di Australia, ermm kak lily bukan tau pun ini pun google search je dan akak lily rasa korang pasti menantikan ceri segar, jus, aprikot, madu dan madu di rak-rak pasar raya. Buah-buahan yang manis dan lazat ini bukan hanya lazat tetapi berkhasiat dan mempunyai banyak manfaat kesihatan kita. 


Baru-baru ini kak lily sempat ke pelancaran pelbagai buah musim panas di bawah kempen Taste Australia telah diadakan di Tesco Kepong Village Mall. Kempen pemasaran hortikultur nasional ini diselaraskan oleh Kerajaan Negeri Victoria (Australia) dengan kerjasama Austrade dan Hort Innovation Australia bagi pihak industri buah-buahan ceri dan musim panas. Australia mempunyai reputasi yang kukuh untuk menghasilkan kualiti yang tinggi, dengan langkah-langkah keselamatan makanan yang ketat sepanjang rantaian bekalan. 

"Lots of sunshine, a clean and green natural environment, rich soil and blue skies are the reasons why Australian stone fruits taste better, is greener, is cleaner and safer," kata Ms Amelia Fyfield, wakil kepada The State Government of Victoria (Australia). Beliau terus menekankan bahawa Malaysia kekal sebagai salah satu pasaran eksport paling pesat berkembang di Asean, dengan perdagangan barangan dan perkhidmatan dua hala berjumlah hampir AUS $ 18 bilion pada 2016. 

Ms Amelia Fyfield; Deputy Commissioner To South East Asia, Trade & Investment Victoria 

Ms Amelia Fyfield, juga berkongsi bahawa mendapatkan ceri dan buah-buahan musim panas di puncak dan ketersediaannya adalah cara terbaik untuk menikmati buah-buahan segar di mereka. "Cherries and summer fruits are seasonal commodities and are best enjoyed fresh. We produce some of the best fruits in the market thanks to our farmers who bring with them generations of expertise, as well as our strong horticultural innovations which keep us at the top of our game" kata Cik Fyfield.

Ceri, dan buah batu musim panas - peaches, nectarines, plums, apricots adalah salah satu kegembiraan sebenar musim panas. Walaupun yang paling dinikmati dengan sendiri, buah ceri dan buah-buahan musim panas ini juga merupakan asas yang sangat baik untuk semangkuk smoothie untuk sarapan yang popular, popsikel musim panas dan smoothie serta disajikan bersama pancake, yoghurt dan salad. 

Mr Paul Ritchie; CEO Tesco Stores Malaysia 

Masa majlis pelancaran tersebut, pakar makanan bernutristi, Marissa Parry telah berkongsi 3 jenis resepi yang sangat sesuai untuk musim panas dan juga semestinya menggunakan buah-buahan tersebut. Breakfast smoothie bowl, summer popsicles dan salad. Semua ini merupakan makanan yang sihat dan sedap dan korang nak tau buah-buahan ni masing-masing mempunyai kelebihan dan kebaikkan yang berbeza.

Nutrionist; Marissa Parry

Ni akak lily kongsi resipi yang di demo oleh Marissa Parry ye


AUSTRALIAN FRUIT SALAD POPSICLE

Bahan-bahan:

Australian Cherries and Summer Fruits (peaches, cherries, nectarines) Juice (use a light coloured juice)

*Mint (optional)

Cara-cara:

1. Slice the fruits and place in popsicle molds.
2. Pour in the juice and freeze overnight.

*Mint is optional if you want to add a pop of colour.


AUSTRALIAN CHERRIES AND SUMMER FRUITS SMOOTHIE BOWL

Bahan-bahan (1 to 2 serves) :

Smoothie

1 Australian peach, frozen
2 Australian nectarines, frozen
1 cup Australian cherries (pitted)
1 cup nondairy milk

*portions of fruit can vary on your preference

Toppings

10 to 12 almonds and pecans
Granola Chia seeds Coconut
Fresh fruit (Australian peaches and cherries)

Cara-cara:

1. To make the smoothie, blend the fruits and milk in a food processor until smooth.
2. Pour in to a bowl and adorn with toppings.

Nampak senang kan, dah balik umah kang cuba ek!!


Sempena Chinese New Year yang akan datang, pihak Tesco juga telah menyediakan kotak buah ceri edisi istimewa untuk diberikan kepada sanak saudara, sahabat handai sebagai tanda mata dan hadiah. 

Buah berbentuk bulat dan warna merah dikatakan melambangkan kesejahteraan dan membawa nasib baik sepanjang tahun. Buah-buahan segar pada Tahun Baru melambangkan kehidupan dan permulaan yang baru. Contohnya, di China dan Jepun pic ini dikaitkan dengan keabadian dan kehidupan yang panjang. 


Cherries dan Summer Fruits akan turut sama ada dipasaraya besar yang terpilih sepanjang musim, 

Untuk maklumat lanjut, check it out di Facebook rasmi mereka, Taste Australia Malaysia









Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com

Monday, January 22, 2018

Tambah Seronok Shopping di EZBUY Dengan Adanya Produk Dari JD.Com dan MOGUJIE.Com

Hi Korang!!

Ye ye ye..shopping memang menjadi kegemaran kak lily. Ada duit ke tak de duit ke, shopping tetap no.1 ek. 

Alah sekadar cuci-cuci mata je dulu, bila cukup bulan haruslah shopping kaw-kaw. Itu cara kak lily berbelanja eh.Haruslah bijak bila bab duit ni. 


Perasan tak dulu, kak lily pernah citer yang pasal EZBUY dan betapa best giler shopping kat sini? Lah, tak baca lagi? Pi baca dulu ek then, baru korang tau.

Ye, EZBUY adalah platform dimana anda boleh mendapatkan pelbagai barangan yang berasal dari luar Negara, khususnya dari China. So memang tak de masalah bagi Malaysian nak shopping barang China, sebab website ezbuy ni dalam bahasa English dan harga memang dh convert ke Ringgit Malaysia (RM). 

Haruslah mudahkan?!

Kali ni, ezbuy memperkenalkan 2 lagi brand ‘giant’ dalam China iaitu JD.com & mogujie.com untuk merancakkan lagi keseronokkan kita rakyat Malaysia untuk beli-belah. Kedua-dua website ni di senaraikan di dalam EZBUY so sekarang kalau nak dapatkan barang-barang dari kedua-dua website ni dah senang sekarang ni.



Websitenya akan di link ke ezbuy sebab semua pembelian serta penghantaran akan diuruskan oleh ezbuy tau. 

Ermm apa nak beli ek? Meh kita usha-usha dululah. 

Nampak sangat ikut fesyen terkini. Kemain cantik-cantik dan simple daripada JD.com

Yang ni pun kak lily usha daripada JD.com, cantik kan

Hiasan rumah yang cute-miut pula daripada mogujie.com

Hiasan rumah yang cute-miut dari mogujie.com

Amacam? Menarikkan!!

Itulah, boleh juling bijik mata kak lily ni hah! Bila browse satu per satu page 2 website ni. 

Di antara kebaikan bila kita shopping barang JD & Mogujie di platform EZBUY ialah :

1. Lebih banyak pilihan produk yang mampu menterbeliakkan mata korang hahahahha

2. Harga yang awesome..Urut dada di buatnya.

3. Di EZBUY, korang boleh dapatkan servis penghantaran PRIME yang mana beli barang sebanyak mana pun, kos penghantaran (China/USA/TAIWAN ke Malaysia) still murah. Perkhidmatan Prime merupakan kadar penghantaran barangan dari luar Negara ke Malaysia yang mana tiada had dengan bayaran Rm8.80 sahaja (international shipping fees only).

Servis PRIME

Dengan Prime, kita boleh beli banyak barang tanpa perlu risau tentang kos penghantaran antarabangsa. Daftar sebagai ahli Prime hanyalah dari RM 18.80/MONTH ke RM 18.80/5 DAYS)

Pada pandangan kak lily, memang seronok membeli-belah di website JD & mogujie ni. Barangannya ada sesetengah unik dan susah nak dapat di Malaysia. Nak-nak dah dekat musim tahun baru cina ni. Produk dekorasinya kemain cantic-cantik belaka. By the way, perabut pun kita boleh order jugak tau.

Bukan itu je, ada lagi yang aku nak kongsi dengan korang ni. 

Kalau korang register sekarang, korang akan dapat RM15 cash voucher dengan 15% diskaun untuk servis penghantaran dan lagi best bagi setiap pendaftaran korang berpeluang untuk memenangi RM500 cash voucher yang automatik akan di kreditkan ke dalam account korang sekiranya anda terpilih.

Korang daftar kat sini :

Apa tunggu lagi? 

Jom shopping dengan harga murah di EZBUY. 
Untuk maklumat lanjut layari EZBUY.MY
















Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com

Sunday, January 21, 2018

REVIEW | ID.AZ DERM FACE MASK

Hi Korang,

Lama betul tak cerita pasal rejim penjagaan muka kak lily ni ek.

Yelah bila masuk usia remaja purba ni semuanya nak kena di jaga, dari atas sampai bawah dan dari luar hingga yang dalam-dalam ni pun. Salah satu paling penting sekali ada penjagaan muka. Dari mukalah terus jadi ke hati kan huahauhauahuahau poyo ek

Muka ermm 

Kalau tak di jaga memang jadi kusam dan tidak bermaya la kan. Memang setiap malam kak lily tepek krim muka tapi kekadang tuh bila sampai time malas rasa kemain malas nau nak sapu di muka kan. Jalan penyelamat terbaik adalah dengan menggunakan mask muka hehehhe.

Face mask atau pun mask muka ni kan senang, koyakkan plastic dan tepek je di muka, tunggu beberapa minit then tadaaaa dan cantik cam retis wei.

ID.AZ Derm Face Mask

Face mask ni sekarang dah banyak di pasaran yang buat tempatan mahupun di import dari luar terutamanya dari Korea, Taiwan, Jepun dan lain-lain negara lagi.

Kak lily nak share mengenai ID.AZ Derm Face Mask ni dari Korea.

Katanya sekali cuba dan nampak kesannya, produk PREMIUM la katakan

ID.AZ Derm Face Mask merupakan produk berkualiti PREMIUM yang dihasilkan ID Health Care , sebuah institusi kecantikan dan kesihatan di Korea, mereka ini mengkaji permasalahan kulit untuk mereka yang buat aesthetic treatment, so R&D team mereka menghasilkan mask yang sesuai untuk kulit normal dan sensitif khususnya dan kalau korang nak tau ramai selebriti Korea menggunakan produk ID.AZ Mask ni tau.

ID.AZ Derm Face Mask mula dipasarkan di Malaysia sejak Desimber 2017 di seluruh cawangan Watson, tak silap siap ada promo lagi tau yang mana hanya RM1 sekeping untuk belian ke-2. Best tu kan


3 jenis premium mask dari ID.AZ adalah :
Water Fit Mask ( Hydrating )
Bight Fit Mask ( Brightening ) 
Golden Fit Mask ( Nutrition )


ID.AZ Derm Water Fit Mask ( Hydrating )

Sesuai untuk mereka jenis kulit kering dan bermasalah. Kerana ianya mengkhusus untuk merawat kulit kering dan ia mengandungi Marine Collagen, Sea Minerals dan Hyaluronic Acid yang memang bagus melembabkan kulit.


Aromanya sangat menyenangkan, ada bau-bau bunga-bungan sket even ada Hyaluronic Acid. Lembut je bila letak kat muka. Essencenya banyak lebihan tau, haruslah kak lily korek dan sapu di bahagian leher, siku bagai. 

Bukak je terus rasa lembab dan segar.


ID.AZ Derm Bright Fit Mask

Ini untuk cerahkan kulit ye uolls. Memang sangat menecrahkan kulit tapi tak de lah terus putih melepak cam bedak kan. Dah nama pun mencerahkan so ianya berfungsi sebagai agen pencerahan dari dalam agar kulit nampak glowing dan berseri-seri gituh.


Yang ni best sebab ia mencerahkan...hah bukannya tepek terus melepak tau ia membantu mencerahkan dari dalam kulit...kiranya kulit akan nampak glowing, berseri gitu. Tekstur sheet ID.AZ Bright Sheet Mask ni agak tebal berbanding yang Water Fit tadi tau


ID.AZ Derm Deep Nourishing Mask

Paling best sebab kemain cantik lagi masknya macam topeng masquerade ek. Warna kuning emas tuh dan ianya didatangkan dalam bentuk hydrogel. Rasa jelly-jelly gituh hehehehe

Ia mengandungi Emas, Madu, Royal Jelly, Aloe Vera, Ceramide, Kolagen, Ginseng Merah bagi menbantu merawat kulit

macam momok hehehhe

Mask ini lebih mudah melekap pada muka dan sesuai untuk lelaki jugak, ada 2 pcs berasingan untuk bahagian T-Zone dan bahagian U-Zone

Kak lily rasa selesa bila mengguna ID.AZ Mask ni. Ianya melekap je kat muka dan tak mudah jatuh. Kira nak buat kerja-kerja menaip boleh sangatlah kan

sebelum pakai mask

selepas pakai mask

So far overall kak lily bagi 5 star sebab dari packaging, effect, material dan ramuannya semuanya bagus dan cantik belaka, berbaloi dengan khasiat yang di berikan hehehe

Harga setiap satu ID.AZ Derm Face Mask :
Brightening mask – RM12.90
Water mask – RM12.90
Golden mask – RM19.90

So apa tunggu lagi meh cuba sekarang gak dan boleh dapatkan di seluruh Watsons store yang berdekatan dengan korang ek