Thursday, January 18, 2018

Haruman Terbaru AVON – EVE DUET Komninasi 2 Dalam Satu

Hi Korang, 

Jika kita biasa mengekspresi mood dengan pakaian, mengapa tidak dengan haruman? Avon kini memperkenalkan sebuah haruman yang menyerlah setiap personaliti dan sisi anggun seorang wanita. 


Avon meraikan pelbagai dimensi wanita kontemporari dengan melancarkan Eve Duet: gandingan dua haruman dalam satu yang ikonik. Dua haruman direka secara harmoni untuk dipakai berasingan atau dilapisi bersama bagi mencipta kombinasi haruman tanpa batasan. Daripada nota segar bungaan dan buah-buahan hinggalah ke haruman flora sensual memikat, Eve Duet membawamu merentasi pengembaraan eksperimentasi haruman nan indah, menyelami setiap keistimewaan dan keunikan seorang wanita. 

Ciptaan bersama master perfumer dari IFF, Jean-Marc Chaillan, duo haruman Eve Duet yang kekal lama ini berkongsi satu nota utama yang mencetus harmoni apabila dipakai bersama - bunga teratai Amazon eksotik yang hanya mekar selama 3 hari dalam setahun. 

Bunga teratai ini berubah warna dan aroma dari fajar ke senja, dan ini menjadi simbolik kepada setiap watak serta sisi wanita yang berbeza serta menjadi asas terpenting dalam penciptaan Eve Duet. 


"Kolaborasi bersama Avon dan kerana penghormatannya yang teguh kepada pengguna, kami telah bergabung untuk mencipta haruman yang indah dan sememangnya unik," kata Jean-Marc Chaillan. 

Bagi mencermin kepelbagaian sisi Eve Duet, Avon turut memperkenalkan pelakon, Eva Mendes sebagai wajah Eve Duet. Eva merupakan seorang selebriti antarabangsa yang berbakat dan terkenal kerana memegang pelbagai watak yang dimiliki seorang wanita moden. 

Selain menjadi pelakon, beliau merupakan ibu kepada dua cahaya mata, pereka fesyen dan usahawan berjaya, Eva memancarkan personalitinya yang pintar, berani don riang, menceriakan setiap yang mendampinginya. 

"Saya amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan sebuah syarikat yang memahami dan menghormati wanita buat sekian lama. Saya gemar menjadi kreatif dan mencuba pelbagai fesyen mengikut mood saya, jadi saya amat teruja untuk mengekspresi dan meraikan identiti saya melalui haruman," ujar Eva. 

RADIANT - Sparkling. Floral. Fruity. 
Menyegarkan. Ringkas. Ceria. 


Putik Epal berseri, Teratai Merah Jdmbu segar & Kayuan Blonde hangat 
Kesegaran Clementine· berjus don Putik Epal. Sentuhan Putik Beri Biru lembut menambah tarikan menawan. 
Adunan Bungo Teratai Merah Jambu yang menyerlah bersama Pati Melur Semulajadi bermutu dan Peony mewah yang mekar dengan jelitanya. 
Kemewahan Ambar Keemasan menyerlah keanggunan. Kayuan Blonde hangat diliputi Kesturi Kulit mempesona melengkapi haruman ini. 


SENSUAL - Addictive. Woody. Floral.
Menawan. Mempesona. Menggoda.


Lada Merah Jambu beraroma, Teratai Putih eksotik &Patchouli Heart LMR elegan
Bergamot Twist menggiurkan dan Plum Ungu Liar. Aroma Lada Merah Jambu menambah aura misteri.
Teratai Putih eksotik yang mekar penuh keasyikan, diselubungi jambangan Melur Kembang Malam dan Mawar Merah menambah keghairahan.
lmpresi haruman diakhiri dengan Kesturi Praline Mewah. Sari Patchouli Heart LMR hipnotik dan Kayuan Koko bergabung menjadi tarikan magnetik yang memukau.

Gabungkan Radiant & Sensual bersama untuk haruman baru yang mencerminkan dirimu yang unik.


Avon Eve Duet Eau de Parfum bakal dipasarkan bermula 1 Mac 2018 pada harga RM109.00 WM I RM125.40 EM

Untuk mendapatkannya, hubungi Wakil Avon anda atau lawati mana-mana Butik Kecantikan AVON seluruh negara. Untuk maklumat lanjut. hubungi talian : bebas tol AVON di 1-800-22-AVON (2866) atau layari www.avon.my













Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com


Tuesday, January 16, 2018

Meraikan Sambutan Tahun Baru Cina di ARMADA Hotel Petaling Jaya

Hi Korang.


Yeah musim sambutan tahun baru cina datang lagi.. ermm sekejapan masa berlalu kan.

Bagi mengalu-alukan kedatangan sambutan Tahun baru Cina dan Tahun Anjing pelbagai hidangan istimewa Tahun Baru Cina akan ditawarkan di Rasa Utara Coffee House untuk membuka selera para pelanggan yang berkunjung kemari. 


Dari 15 Februari hingga 2 Mac 2018, barisan buffet di Rasa Utara Coffee house ini akan memaparkan pelbagai jenis hidangan 'good luck' untuk Majlis Makan Malam Buffet Reunion Tahun Baru Cina korang seperti Stir-fried Crabs with BBQ Sauce, Steamed Chicken with Ginger and Scallion, Tong Kwai Roasted Duck with Plum Sauce, Deep-fried Fish with Black Fungus Mushroom, and Stir-fried Prawns with Salted Egg York dan banyak lagi. 

Harga bagi Chinese New Year Reunion Buffet Dinner ialah;
RM88+ per adult, 
RM62+ for senior citizens
RM44+ per child. 

Sebelum meraikan perayaan sambutan tahun baru cina, haruslah di lakukan acara penting iaitu ‘Yee Sang’ yang bermaksud untuk meningkatkan nasib dan kemakmuran dengan menaikkan chopstick ke atas. 

Loh Sang with Tiger Prawns and Clams

Prosperity Chinese New Year Hor d'oeuvres 

Braised Seafood Broth with Dried Fish Roe & Crabmeat 

Steamed Chicken with Ginger & Scallion

Chinese Assortment of Meaty Rice

Deep Fried Garouper with Onion and Ginger Gravy 

Stir-Fried Prawns with Salted Egg Yolk

Sauteed Top Shell in Yam Savarin (Yam Ring)

Dessert

Deep-fried Nein Koa

Chilled Sweet Apple with Gingko, Red Dates

Di antara pilihan Yee Sang yang menarik adalah seperti Marinated Scallops (Japanese version) Yee Sang, King Salmon Yee Sang, Tiger Prawns and Clams Yee Sang and Fruitti Veggie Yee Sang (vegetarian). Harga dari RM78 + satu bahagian.


Bagi tetamu yang lebih suka dengan persekitaran yang lebih peribadi, Chef Chew Teik Chye dan pasukannya. Menyediakan 3 jenis menu Yee Sang yang bersesuaian dengan keluarga, rakan atau perniagaan.

Pilihan Yee Sang adalah seperti berikut :

The Blissful Abundance Set Menu berharga pada RM1188+, yang mengandungi Yee Sang with Crustacean Coral Oyster, Braised Seafood Broth with Dried Fish Roe & Crabmeat, Deep• fried Garoupa with Onion and Ginger Gravy, Wok Fried Tiger Prawns with Oatmeal Butter, Braised Mushroom with Mustard Plant in Fatt Choy Sauce, Prosperity Fried Rice with Diced Seafood, Sweet Red Bean Cream with Snow Sago and Golden Fish Duet.

The Everlasting Success Set Menu berharga pada RM1288+ yang mengandungi Yee Sang with Soft Shell Crab, Herb Chicken Consomrne with Scallop Flakes, Roasted Chicken with Raisin Barbeque Sauce, Steamed Estuary Garoupa in Abalone and Black Fungus, Tossed Tiger Prawns with Buttered Coconut Flakes, Braised Mix Vegetables with Beancurd, 'Hunan' Style Yong Chow Fried Rice in Lotus Leaf, Double Boiled Sea Coconut with White Fungus and Duet of Fancy Ping Pei Golden Fish.

The Bountiful Treasures Set Menu berharga pada RM1388+. Para pelanggan akan merasai menu seperti Yee Sang with Salmon, Eight Treasure Essence Soup, Cantonese Style Roasted Duck with Sour Plum Sauce, Steamed Garoupa with Superior Ginger and Scallion, Fried Buttered Prawn with Sesame Goma, Braised Mushroom with Sea Cucumber, Fried Rice with Smoked Chicken, Traditional Sweet Dried Longan with Leng Chee Pak Hup and Admiral Fancy Duet.


Jom kite ke :

Rasa Utara Cafe
Armada Hotel Petaling jaya
Lot 6, lorong Utara C,Section 52
46200 Petaling Jaya Selangor


Tel: 0379546888
Fax: 0379568088
GPS: 3.104347,101.640521

Website : www.armada.com.my










Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com

Kempen ‘Wang bersama Shopee’ Sempena Tahun Baharu Cina

Hi Korang,

Ya ampun kalau citer pasal shopping n memang tak pernah habis ek!!

Kali ni kak lily nak kongsikan info pasal SHOPEE ni ek

Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan mengumumkan Kempen ‘Wang bersama Shopee’ sempena Tahun Baharu Cina ini dengan pelbagai hadiah berjumlah lebih daripada RM1 juta untuk penggunanya. Bonanza membeli-belah yang berlangsung selama 6 minggu ini akan bermula dari 15 Januari dan berakhir pada 25 Februari. 


Sebagai sebahagian daripada kempen tersebut, Shopee memperkenalkan permainan ‘Fortune Ang Pao’ yang menawarkan pelbagai hadiah berjumlah lebih RM1 juta untuk diberikan kepada pengguna yang mengambil bahagian. Bermula 15 Januari hingga 23 Februari, pengguna boleh bermain permainan ini untuk memenangi Shopee Coins, baucar dan lebih 20,000 unit Tiket Emas (Golden Tickets) setiap hari. Setiap Tiket Emas merupakan cabutan bertuah kepada pengguna untuk memenangi hadiah termasuk jongkong emas bernilai lebih RM500 setiap satu, hadiah mingguan berbentuk wang tunai berjumlah RM1,500 dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888. Hadiah lain termasuk bank kuasa, aksesori komputer, perkakas rumah dan banyak lagi. 


Pengguna pasti ternanti-nanti Jualan Kilat Shopee yang dijadualkan 5 kali sehari dengan hadiah tambahan menerusi permainan secara langsung di Facebook Rasmi Shopee. Mereka juga berpeluang memenangi Kotak Kemakmuran Shopee (Shopee Prosperity Boxes); 88,888 unit Shopee Coins dan percutian untuk dua orang ke Disneyland Hong Kong dengan hanya mendaftarkan diri di acara Facebook ‘Wang bersama Shopee sempena Tahun Baharu Cina 2018’ (Wang With Shopee this CNY 2018). Semakin ramai pengguna yang mendaftarkan diri, semakin banyak hadiah terkunci boleh dimenangi termasuklah hadiah percutian ke destinasi misteri bernilai RM10,000 apabila pendaftaran mencapai bilangan 18,888 orang. 

“Perayaan Tahun Baharu Cina merupakan antara sambutan terbesar di sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia. Sempena sambutan ini, Shopee menawarkan pelbagai pilihan produk dari kategori Kesihatan & Kecantikan, Perhiasan & Perkakas Rumah, Fesyen, Barang Runcit; Permainan, Kanak-kanak & Bayi, Telefon Bimbit & Gajet serta banyak lagi untuk memenuhi keperluan setiap isi rumah. Dengan tawaran hebat tersebut, kami melancarkan Kempen ‘Wang bersama Shopee’ yang akan menambahkan keriangan pada musim perayaan ini,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. .


Sempena Tahun Baharu Cina kali ini, Shopee berusahasama dengan lebih 60 jenama terkemuka daripada Shopee Mall termasuk PETRONAS, Reckitt Benckiser, L’Oreal, OPPO, Super, Watsons, Nestle, Unilever, Tommee Tippee, Deerma, Photobook, dan Xixili untuk melancarkan promosi dan potongan harga sehingga 90% ke atas pelbagai produk. 


Sejajar dengan komitmen untuk membantu lebih banyak usahawan dan syarikat meluaskan rangkaian mereka menerusi e-Dagang, Shopee turut menjalinkan usahasama dengan perunding feng shui bertaraf selebriti, YBhg. Dato’ Joey Yap untuk melancarkan Kedai Rasmi beliau. Usahasama ini merupakan yang pertama terjalin antara seorang perunding feng shui dengan platform e-Dagang di rantau ini. 

“Kami berbangga dapat melancarkan Kedai Rasmi kami di Shopee pada Tahun Baharu Cina ini. Bagi meraikan usahasama ini, kami menawarkan tiket percuma ke acara ‘Feng Shui & Astrology 2018 Live in Kuala Lumpur’ untuk 80 pelanggan pertama yang membuat pembelian minima RM30 dari kedai dalam talian kami,” kata YBhg. Dato’ Joey Yap. 

Acara tersebut akan dianjurkan pada 27 Januari 2018 (sesi Bahasa Kantonis) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Peminat bidang metafizik Cina boleh membeli buku terbitan terbaharu dan barangan eksklusif beliau berharga antara RM23 dan RM116 dari capaian <https://shopee.com.my/joeyyapstore>. 


Untuk maklumat lanjut tentang ‘Wang bersama Shopee’, layari:

Untuk mendaftarkan diri ke acara Facebook ‘Wang bersama Shopee sempena Tahun Baharu Cina 2018’, layari: 

To visit YBhg. Dato’ Joey Yap Official Shop, visit https://shopee.com.my/joeyyapstore

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play. 

#WangWithShopee










Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com