Tuesday, January 16, 2018

Kempen ‘Wang bersama Shopee’ Sempena Tahun Baharu Cina

Hi Korang,

Ya ampun kalau citer pasal shopping n memang tak pernah habis ek!!

Kali ni kak lily nak kongsikan info pasal SHOPEE ni ek

Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan mengumumkan Kempen ‘Wang bersama Shopee’ sempena Tahun Baharu Cina ini dengan pelbagai hadiah berjumlah lebih daripada RM1 juta untuk penggunanya. Bonanza membeli-belah yang berlangsung selama 6 minggu ini akan bermula dari 15 Januari dan berakhir pada 25 Februari. 


Sebagai sebahagian daripada kempen tersebut, Shopee memperkenalkan permainan ‘Fortune Ang Pao’ yang menawarkan pelbagai hadiah berjumlah lebih RM1 juta untuk diberikan kepada pengguna yang mengambil bahagian. Bermula 15 Januari hingga 23 Februari, pengguna boleh bermain permainan ini untuk memenangi Shopee Coins, baucar dan lebih 20,000 unit Tiket Emas (Golden Tickets) setiap hari. Setiap Tiket Emas merupakan cabutan bertuah kepada pengguna untuk memenangi hadiah termasuk jongkong emas bernilai lebih RM500 setiap satu, hadiah mingguan berbentuk wang tunai berjumlah RM1,500 dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888. Hadiah lain termasuk bank kuasa, aksesori komputer, perkakas rumah dan banyak lagi. 


Pengguna pasti ternanti-nanti Jualan Kilat Shopee yang dijadualkan 5 kali sehari dengan hadiah tambahan menerusi permainan secara langsung di Facebook Rasmi Shopee. Mereka juga berpeluang memenangi Kotak Kemakmuran Shopee (Shopee Prosperity Boxes); 88,888 unit Shopee Coins dan percutian untuk dua orang ke Disneyland Hong Kong dengan hanya mendaftarkan diri di acara Facebook ‘Wang bersama Shopee sempena Tahun Baharu Cina 2018’ (Wang With Shopee this CNY 2018). Semakin ramai pengguna yang mendaftarkan diri, semakin banyak hadiah terkunci boleh dimenangi termasuklah hadiah percutian ke destinasi misteri bernilai RM10,000 apabila pendaftaran mencapai bilangan 18,888 orang. 

“Perayaan Tahun Baharu Cina merupakan antara sambutan terbesar di sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia. Sempena sambutan ini, Shopee menawarkan pelbagai pilihan produk dari kategori Kesihatan & Kecantikan, Perhiasan & Perkakas Rumah, Fesyen, Barang Runcit; Permainan, Kanak-kanak & Bayi, Telefon Bimbit & Gajet serta banyak lagi untuk memenuhi keperluan setiap isi rumah. Dengan tawaran hebat tersebut, kami melancarkan Kempen ‘Wang bersama Shopee’ yang akan menambahkan keriangan pada musim perayaan ini,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. .


Sempena Tahun Baharu Cina kali ini, Shopee berusahasama dengan lebih 60 jenama terkemuka daripada Shopee Mall termasuk PETRONAS, Reckitt Benckiser, L’Oreal, OPPO, Super, Watsons, Nestle, Unilever, Tommee Tippee, Deerma, Photobook, dan Xixili untuk melancarkan promosi dan potongan harga sehingga 90% ke atas pelbagai produk. 


Sejajar dengan komitmen untuk membantu lebih banyak usahawan dan syarikat meluaskan rangkaian mereka menerusi e-Dagang, Shopee turut menjalinkan usahasama dengan perunding feng shui bertaraf selebriti, YBhg. Dato’ Joey Yap untuk melancarkan Kedai Rasmi beliau. Usahasama ini merupakan yang pertama terjalin antara seorang perunding feng shui dengan platform e-Dagang di rantau ini. 

“Kami berbangga dapat melancarkan Kedai Rasmi kami di Shopee pada Tahun Baharu Cina ini. Bagi meraikan usahasama ini, kami menawarkan tiket percuma ke acara ‘Feng Shui & Astrology 2018 Live in Kuala Lumpur’ untuk 80 pelanggan pertama yang membuat pembelian minima RM30 dari kedai dalam talian kami,” kata YBhg. Dato’ Joey Yap. 

Acara tersebut akan dianjurkan pada 27 Januari 2018 (sesi Bahasa Kantonis) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Peminat bidang metafizik Cina boleh membeli buku terbitan terbaharu dan barangan eksklusif beliau berharga antara RM23 dan RM116 dari capaian <https://shopee.com.my/joeyyapstore>. 


Untuk maklumat lanjut tentang ‘Wang bersama Shopee’, layari:

Untuk mendaftarkan diri ke acara Facebook ‘Wang bersama Shopee sempena Tahun Baharu Cina 2018’, layari: 

To visit YBhg. Dato’ Joey Yap Official Shop, visit https://shopee.com.my/joeyyapstore

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play. 

#WangWithShopee










Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com

Saturday, January 13, 2018

STIQ WANGSA MAJU , Mari Makan Stik Daging Premium Dengan Harga Berbaloi Murahnya

Hi Korang,


Mane wei mane wei maneeeee ha….



Kedai makan stik atau steak murah di sekitar Kuala Lumpur ni? Ermm 😱 😱 😱 😱 😱 😱 

Kalau kat Bangi, haruslah akak lily tau tapi kalau Kuala Lumpur, Lembah Klang area ermm kenalah riki riki kan.


Hari tuh ada orang ajak pi makan stik kat area Wangsa Maju, bila di tanya kemana, ermm jawabnya rahsia. Ewah mane ada kedai makan rahsia kan, tapi jalan tuh menghala ke Seksyen 2 ni tup tup akak lily ternampak kedai STIQ ni. 

Garu kepala lagi, ini ke kedai makan steak tuh!!!

Yesza memang betul ko.


Kedai makan ni betul-betul di tepi jalan bersebelahan dengan Burger Kaw-Kaw tuh, dekat dengan kedai mamak yang sound systemnya power yang ampun. Kedai makan stik daging yang mahal-mahal tuh tapi tepi jalan… La ntah betul ke idokk ni teman-teman!!

mereka yang dipaksa dan memaksa akak lily makan ni hah

Kalau korang nak tau kesemua daging steak yang di proses di STIQ Wangsa Maju ni menggunakan teknik Sousvide. Mesti pening kan sebab korang bukan tau pun, sinilah akak lily terangkan sket



Sous Vide (disebut Suuvid) adalah kaedah memasak di mana makanan dibungkus vakum di dalam plastik atau balang kaca dan kemudian direndam di dalam air atau persekitaran berwap untuk satu tempoh masa sebelum dimasak (biasanya 1 hingga 7 jam, sehingga 48 atau lebih dalam sesetengah kes) pada suhu yang ditetapkan dengan tepat. Suhu lebih rendah daripada biasa digunakan untuk memasak, biasanya sekitar 55 hingga 60°C (131 hingga 140°F) untuk daging, lebih tinggi untuk sayur-sayuran. Kaedah ini untuk memastikan bahawa bahagian dalamnya dimasak dengan betul tanpa terlebih dahulu memotong dari luar dan mengekalkan kelembapan.

Ok dah paham kan!!

So korang rasa apa yang bebudak 10 orang ni makan? Ermm haruslah steak tapi sayang wagyu tak de plak pada hari tuh so tak merasa lah daging wagyu dari Jepun kan. 

Kami pesan

Bone Ribs RM36

Grass Fed Striploin RM45

Beef Stiq RM27

Gilerlah itu yang di cuba teruskan kan. As usual proses ambil gambar dulu kasi camera makan sebelum tuan makan ek. 

Kalau korang nak tau, daging-daging steak ni kemain lembut bila di selak-selak or di carik-carik, tak yah nak guna pisau bagai, lembut, manis dan juicy. Memang tak de terselit kat gigi pun. 

Antara sos-sos yang ada dihidangkan bersama hidangan di Stiq Wangsa Maju ini adalah seperti Creamy Kimchi, black pepper, BBQ dan Peri-peri. Semua sos adalah home made dan dihasilkan sendiri oleh Chef Tuah. 

Dan kak lily bagi 5 star 👍 👍 👍 👍 👍 untuk hidangan Bone Ribs arrrrgghh rasa nak tambah lagi sepinggan wei coz sedap bebenau. 

Ada juga hidangan lain yang kami pesan seperti 

Kambing Lambak RM27

Lamb Shank RM40

Lamb Stiq RM27

Wah geng-geng peminat kambing kemain suka lah kan. Kak lily rasa sket je each of the dish. Sosnya kemain hebat lagi especially Creamy kimchi kat lamb shank tuh. 

Chicken Grilled Black Pepper

Berebut wei makan grilled chicken ni ek, memang rasa black pepper tak kuat just nice je bila masuk ke tekak
Oh ye lupa nak bagitau bahawa Setiap hidangan akan diberi 1 jenis minuman secara percuma.

Sempat jugak kami rasa burger dari Burger Kaw Kaw tau. 

Sebenarnya Burger Kaw Kaw ni dah lama benar akak lily nak rasa, bayangkan dari mula diaorang bukak, sampai sekarang tak dapat makan lagi. Sebab apa, sebab kena beratur panjang wei. Even sekarang ni still ramai giler orang tau. 

Burger Permaisuri RM14.50

Cheezy Lamb Baconizer RM10.50

In terms of harga bagi kak lily memang berbaloi dengan wang di belanjakan, plus minus ok sesangatlah kan


Untuk info korang Stiq Wangsa Maju ni dibuka setiap hari dari pukul 6 petang sehingga 1 pagi. Kedai makan biasa-biasa je tepi jalan bersebelahan dengan Burger Kaw Kaw. 


Jom terjah kedai steak murah dan sedap ni ek. 

Stiq Wangsa Maju 
Jln 4/27A Seksyen 2
Wangsa Maju 
53300 Kuala Lumpur 
(sebelah Burger Kaw Kaw)


Waze : Stiq Wangsa Maju

Alah janganlah malu nak singgah kedai makan tepi jalan ek, nampak je cam tu tapi rasa kemain level 5 tau...












Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com

Friday, January 12, 2018

Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Hadiahkan Pakaian Seragam Sekolah Baharu Kepada Lebih Daripada 400 Orang Pelajar

Hi Korang,

TOP, Jenama pencuci nombor satu di Semenanjung Malaysia dalam kategori Bahan Pencuci membawakan keceriaan kembali ke sekolah kepada lebih daripada 400 orang kanak-kanak dari seluruh negara menerusi kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ yang berjaya mengumpul dana untuk membeli pakaian seragam sekolah, kasut dan stokin baharu.

TOP bekerjasama dengan peruncit terkenal, Giant untuk melaksanakan kempen mengumpul dana itu mulai 13 November hingga 13 Disember. 30 sen daripada jualan produk-produk terpilih TOP dari semua cawangan Giant di seluruh negara disalurkan untuk membeli keperluan persekolahan bagi pelajar berusia 7 hingga 17 tahun dari 18 pusat jagaan. 


Kit keperluan persekolahan ini merangkumi pakaian seragam, kasut dan stokin untuk setiap kanak-kanak.

Kempen ini mempunyai dua objektif iaitu memberikan masa depan yang cemerlang kepada kanak-kanak melalui pemberian pakaian seragam sekolah baharu yang boleh membina keyakinan diri mereka; serta menanamkan sifat tanggungjawab untuk menjaga pakaian sendiri supaya ia sentiasa bersih dan dicuci dengan sempurna. 

Pakaian seragam untuk kanak-kanak dari pusat jagaan di seluruh negara telah diedarkan sebelum sesi persekolahan bermula. Ia pasti memberi ketenangan minda kepada mereka kerana boleh memakai pakaian baharu bersedia untuk mencapai kejayaan sepanjang sesi persekolahan baru nanti. 

Sebagai komponen pendidikan, pasukan Southern Lion telah mengadakan demonstrasi interaktif membasuh pakaian seragam untuk para kanak-kanak dari Rumah Solehah dan Rumah Kebajikan Karunai Illam di Rumah Solehah.


Kanak-kanak ini terlibat secara langsung dalam belajari maksud pelbagai jenis label pakaian supaya pakaian boleh dicuci dengan cara yang betul. Selain daripada ini, kanak-kanak juga dapat belajar cara penggunaan mesin basuh dengan betul. Terutamanya, sukatan penggunaan detergen pencuci pakaian dan pelembut fabrik dengan bilangan pakaian yang dicuci. Sesi praktikal “basuhan tangan” juga diadakan dalam bengkal ini, kanak-kanak semua gembira bermain dengan air dan buih-buih sabun.

Pada akhir acara, mereka telah mencuba kit keperluan persekolahan baharu masing-masing, semuanya nampak kemas dan tersenyum lebar.

Pengurus Besar Southern Lion Sdn. Bhd., Carmen Foo mengucapkan terima kasih kepada Giant dan para pelanggannya kerana bermurah hati untuk menyokong program ini, yang memberikan harapan serta kegembiraan kepada lebih daripada 1,200 orang kanak-kanak dari pusat-pusat jagaan di seluruh negara sejak ia dimulakan dua tahun lalu. 

“Kami berbesar hati atas sokongan Giant dan para pelanggannya yang menyokong hasrat murni yang sememangnya dekat di hati kami ini. Ia memberi makna besar kepada kanak-kanak yang sentiasa kekurangan, sedangkan kita sering ambil ringan. Sokongan mereka jelas memberi harapan dan kegembiraan kepada kanak-kanak yang tidak sabar untuk memulakan sesi persekolahan dengan pakaian seragam baharu, seperti rakan-rakan yang lain. 

“TOP juga gembira kerana dapat berkongsi inovasi dan manfaat produk kami kepada semua. Kami berbangga kerana menjadi sebahagian daripada satu inisiatif yang memberi inspirasi kepada lebih ramai kanak-kanak untuk menikmati masa depan yang lebih cerah. Terima kasih kepada semua pengguna TOP yang menjayakan kempen ini selama tiga tahun berturut-turut,” kata Foo. 

Pengendali Rumah Solehah, Cik Fathiiah menyatakan bahawa TOP telah tampil untuk membantu kanak-kanak ini dengan cara yang penuh makna dan ceria. “Kami amat menghargai sumbangan yang telah banyak membantu kami untuk memenuhi keperluan dan mendidik anak-anak ini agar bertanggungjawab menjaga seragam sekolah masing-masing,” kata Cik Fathiiah. 

“Kami amat menghargai pakaian seragam sekolah, kasut dan stokin yang diberikan kepada kami. Memang gembira untuk memulakan sesi persekolahan dengan seragam sekolah yang bersih dan baru. Kami juga seronok apabila mengambil bahagian dan belajar dalam bengkel yang dianjurkan. Ia pasti membantu saya untuk menjaga seragam sekolah dan pakaian lain dengan lebih baik” kata pemastautin Rumah Kebajikan Karunai Illam, Yamini A/P Jagen.

Dirumuskan oleh LION Corporation Japan, TOP merupakan jenama pencuci No. 1 di Semenanjung Malaysia, tersohor dengan konsep kehidupan bersih menyeluruh dengan menggunakan teknologi berinovasi untuk cucian yang lebih bersih, peningkatan keselesaan dan kesejahteraaan yang lebih baik. 


Baru-baru ini, jenama ini telah memperkenalkan TOP ‘Micro-Clean Tech’ baharu yang dirumuskan dengan inovasi Anti-Sebum yang akan menembusi jauh ke dalam teras fiber pakaian untuk membersihkan sepenuhnya sebum dan kesan peluh yang terperangkap dengan lebih berkesan. Inovasi Anti-Sebum memberikan satu penyelesaian praktikal yang amat diperlukan oleh pengguna, khasnya yang tinggal di negara beriklim tropika seperti Malaysia.

TOP Micro-Clean Tech™ dengan rangkaian Anti-Sebum merangkumi semua fungsi yang dimasyhurkan oleh TOP termasuk anti-bau hapak, anti-debu hama, anti-bakteria manakala rangkaian Blooming pula mempunyai fungsi tambahan iaitu teknologi wangian FreshCare™ untuk kesegaran berkekalan sehingga 30 hari selepas membasuh.


TOP Micro Clean Tech dengan teknologi anti sebum boleh didapati di seluruh negara. Antara varian TOP cecair pencuci pakaian adalah Stain Buster, Brilliant Clean, Blooming Pleasures, Odour Buster, Colour Protect untuk mesin basuh muatan atas dan varian Smart Clean untuk mesin basuh muatan depan. Varian serbuk pencuci pula termasuklah Super White, Super Colour, Super Hygienic dan Blooming Freshness untuk mesin basuh muatan atas serta Super Low Suds untuk mesin basuh muatan depan. Pelembut pakaian TOP Day Fresh diformulasikan untuk kedua-dua jenis mesin basuh dan didatangkan dengan varian yang termasuk Romantic Pink, Sensual Purple dan Serene Blue. TOP Lite pula ialah untuk fabrik lembut. 

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-0133. 

Antara 18 Rumah Kebajikan:-

Kuala Lumpur/Selangor 

1 Rumah Kebajikan Karunai Illam 
2 Rumah Solehah 


Kedah/Perlis 

3 Pertubuhan Bela dan Didik Anak-Anak Yatim & Miskin Daerah Padang Terap 
4 Batu Grace Home 

Penang 

5 St Joseph Penang 
6 Rumah Permata Kasih 

Kelantan/Terengganu 

7 Persatuan Kebajikan Islam (PERKASA) Terengganu 
8 Rumah Anak Yatim dan Dhuafa' Siti Aminah (RAYSA) 

Perak 

9 Ipoh Boys Home 
10 Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Nurul Iman 

Pahang 

11 Pertubuhan Anak Yatim & Kebajikan Darul Izzah (Girls) 
12 Pusat Jagaan Wanita dan Kanak-kanak Casa Harapan 

Negeri Sembilan 

13 Vinashini Home 
14 Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PAYDA) 

Melaka 

15 Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Daerah Jasin 
16 Pusat Jagaan Kanak-Kanak Harapan Bukit Baru 

Johor 

17 Rumah Anak anak Yatim Shafar 
18 Esther & Daniel Home