Sunday, January 7, 2018

Servis Membekal & Menghantar Sandwich Di Kuala Lumpur

Hi Korang,

Sekarang ni cam trend plak ek, servis menghantar makanan ni kan.

Yelah dengan masa ini asyik jem sana sini so orang-orang macam kak lily ni memang malaslah nak keluar semata-mata nak pi beli makanan-makanan simple ni kan. 

Yang terbaru ni pulak, ada servis membekal dan menghantar sandwich di sekitar Kuala Lumpur. 


Memperkenalkan ASHRIN FOOD.

Meh kak lily ceritakan sket sejarah Ashrin Food ni ek

Ianya bermula pada bulan 11 2017, menyediakan servis homemade sandwich yang bertapak di danau kota. Ashrin Food membekal Sandwich di hospital sekitar kuala lumpur, membekal sandwich ke Caltex dan BHP kawasan Ampang, Jalan Kuching dan di beberapa tempat lagi.

Ianya juga merupakan Mood Republik Sandwich supplier Kuala Lumpur 2017 dan juga projek Sandwich Percuma utk orang awam dan gelandangan 2018 ini

Ashrin Food ni merupakan Ashrin Food merupakan pembekal sandwich di sekitar Kuala Lumpur dan ianya menyediakan perkhidmatan seperti :- 

1. Penghantaran sandwich kepada pelanggan / Sandwich delivery. Sandwich untuk dimakan di rumah, pejabat, jamuan, potluck, majlis/event dan dimana sahaja! 

2. Sandwich supplier/ Pembekal sandwich di kuala lumpur. Terbuka untuk Borong sandwich kepada korang yang mempunyai perniagaan seperti gerai, restoran, kiosk, hospital dan lain-lain. Menu Single sandwich untuk diborong, semestinya mempunyai harga borong. Bermaksud anda boleh letakkan sandwich di tempat anda untuk perniagaan dan keuntungan milik anda sangat-sangat berbaloi dan banyak. Boleh pm/ whatsapp kami utk harga borong tersebut. 

3. Kami juga menyediakan Sandwich Boxes Surprise kepada pelanggan yang ingin membuat surprise kepada kenalan,kekasih,ibubapa mereka dan sesiapa sahaja


Di antara kategori Ashrin Sandwich adalah:

1. Mini Sandwich

2. Sandwich Boxes

3. Single Sandwich 

Ada 10 Jenis perisa yang terdapat di Ashrin Sandwich:-

1. Tuna

2. Sardine

3. Ayam

4. Vege

5. Coeslow

6. Fish

7. Crab

8. Prawn

9. Cheese

10. Egg mayo / telur


Kenapa korang perlu pilih Ashrin Sandwich?

  • Boleh pilih/request nak Sayur/Tanpa Sayur & Nak Pedas@Normal
  • Roti yang sedap dan tebal, tidak keras dan tidak terlalu lembut
  • Inti dimasak terlebih dahulu mencapai citarasa anda 
  • Inti Tebal dan Sedap sehingga makan berkali-kali
  • Kotak Sandwich & Packaging yang berkualiti 
  • Mempunyai Ketahanan / Tarikh Luput. Tidak akan was-was dan ragu-ragu jika jual ditempat anda.
  • Free Notes/Wishes jika anda mahu hantar kepada seseorang
  • Free Gift |Other Menu| jika pembelian melebihi RM100 ke atas

Ermm banyak sebab tu ek, bagus betul lah perkhidmatan Ashrin Sandwich ni.


Servis Penghantaran: 

-Delivery ke tempat anda 
-Self pickup di Danau Kota

Waktu operasi : Monday-Sunday (Setiap hari)
Waktu: 8AM-9PM

Lets check it out Ashrin Food di social media ye:


Facebook

Instagram

Youtube

Twitter



Kalau korang nak jadi agent untuk tambahkan pendapatan, why not hubungi diorang ek

Meh cuba dulu, then baru tau...












Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com

Friday, January 5, 2018

Koleksi Hot Wheels, Tup-Tup Bertukar Minat Plak

Hi Korang,

Akak lily kengkadang tak paham dengan orang lelaki ni, cepat benau bertukar arah.

Macam Mr Big, dia ni hobinya kemain melambak-lambak. Dulu-dulu dia memang minat giler RC Toys, alah kereta remote control tuh. So meratalah akak lily ikut dia pi gathering RC Toys ni, ikut pi beli spare parts, tuko tayar dan sanggup tuh balik kampong bawak jugak RC cars tuh main kat belakang umah mak siap buat track bagai. 

Kemudian tuh tukar minat main basikal plak, ikut geng-geng basikal pi mengayuh. Ada sekali tuh sampai ke highway LEKAS mengayuh, balik je umah terdampar dengan tv sebab penat ermm tak kurus pun. Pantang ada geng mengayuh ermm memalam lepas keje pun jadik gak. 

ride motor jauh-jauh hobi gak ni ishkk

Sambil mengayuh tuh tambah minat collect jam G-Shock plak.

Pengaruh lagi, tiap-tiap malam main bid jam G-Shock tuh kat FB dan dia ni selalu je menang so melambak-lambak jam bawak balik, siap beli casing box bagai. Ada sekali tuh akak lily siap ikut pi Batu Pahat, pi kedai papan yang jual jam murah tuh. Hah beli sampai 7-8 utas jam, kalau 1 jam tuh dalam RM400 ke atas bila dah beli 8 utas tuh dah berapa plak harganya kan. 

Sudah bilik yang tengah dalam umah ni penuh dengan barang-barang koleksi MrBig, itu tak termasuk barang-barang yang akak lily dapat masa pi event, review, advert bagai kan. ushikkk

Dan sekarang ni hobi terbaru, kumpul kereta-kereta kecik Hot Wheels ni dah..


Yang ni kak lily tak tau siapa plak yang influence Mr Big ni ek. Dulu memang dah ada kereta-kereta ni tapi dia buat dek je, asal orang bagi dia campak ntah kemana. La ni duk sibuk suruh akak lily cari balik mana pi kereta-kereta tuh, maka berusahalah akak lily korek balik bebarang ni ek. nasib ada.

Nak di jadikan citer, hari tuh masa kitaorang pi bercuti ke Port Dickson, ntah siapa yang bagitau dia agaknya kat Tesco ada kolesksi kereta baru keluar. Sanggup pepagi sabtu tuh lepas sarapan pi Tesco PD membeli belah kete-kete kecik ni. Siap pesan dengan akak, suruh pi shopping baju dulu nanti dia call. Of courselah akak lily suka kan, so pusinglah satu Tesco tu shopping ek. 




Bila jumpa balik tanyalah mana kereta tuh, oh dia cakap dah simpan dalam kereta. Sekali bukak bonet hah amik ko lebih 50 bijik dia beli leh. Adui mak kalau sebiji RM8.90 yang biasa-biasa, korang darab jelah kan… abis wang ke situ jelah… So peminat hot wheels collectors bolehlah share info kat kak lily ek pasal Hot Wheels ni ek, akan ku sampaikan kepada suami tercintaku

kumpul helmet motor ni pun hobi Mr Big gak nie... ishkkk

Tapi sebenarnya bagus jugaklah dia minat ke arah menda-menda ni, sejuk mata kak lily memandang kan sebab depan mata. Bayangnya minat dia bertukar kepada pompuan, uishkk memang kak lily kerat-kerat apa yang patut ek!!!

Ok salam jumaat semuanya..











Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com

Thursday, January 4, 2018

Restoran Sunny Queen Di Sunway Pyramid

Hi Korang,

Tahun lepas ewah last week lah, kak lily berkesempatan ke restoran Sunny Queen di Sunwya Piramid untuk menikmati hidangan makanan menu ala-ala Italian Fusion, yesza menu yang di olah semua tau. 


Ini kira rangkaian restoran baru di Sunway Piramid, alah dekat dengan pintu masuk Sunway Lagoon dan Sunway Pyramid tingkat LG1. Kemain besau pintu gerbang dan tulisan SQ kat tepi ni. 




Restoran ni menyajikan makanan Itali yang kak lily bakal memenuhi selera kita semua tau. Cuba korang tengok dekorasi dalam restoran ni, kemain cantik lagi ek, siap ada ruangan special lagi kalau nak ada private function. 

Meh akak lily tunjukkan beberapa menu yang sempat kak lily jamah pada hari tuh ek

Ok kita tengok minuman dulu

Berry Smoothie

Mango Smoothie

Meriah sungguh buah-buahan hiasannya lah

Disebabkan banyak sangat menu yang di pamerkan so kak lily dapat rasa sket-sket dari setiap hidangan ek

Spicy Squid Ink Mixed Seafood

Mentaiko Shrimp Spaghetti

Mixed Seafood Pesto Spaghetti

Cherry Duck Aglio Olio Spaghetti

Kak lily dapat rasa 4 jenis spagethi yang di hidangkan. Kesemua hidangan di fusionkan mengikut citarasa kita rakyat Malaysia ni kan. Unik dan isi kandungan di dalam setiap hidangan boleh tahan banyak plak tuh kan.

Truffle Parmesan Cheese Rice

Orang Malaysia mesti nak pekena nasi punya, so don’t worry ada juga hidangan nasi untuk korang gak tau, siap ada tambahan cheese lagi. Portionnya not bad dan boleh kenyang betul ek

Dancing Queen (Half Chicken)

Bagi penggemar ayam, ada juga pilihan hidangan untuk korang ek. Boleh cuba Dancing Queen (Half Chicken). Nampak macam crispy tau..

Kalau datang ke Sunway Piramid ni dan tak tau nak makan apa, so korang bolehlah cuba hidangan Itali fusion di Sunny Queen ni ek.

Ini alamatnya:


Sunny Queen Restaurant
LG1,
Sunway Piramid Shopping Mall




Bolehlah korang singgah ek









Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com