Monday, December 25, 2017

Restoran Arab SIHAF Seksyen 14 Shah Alam Sselangor

Hi Korang,


Yeszaaaaa.. food i love it!!!

Kalau sedap bak hang, lautan api pun sanggup aku harungi ek hehehehhe


Minggu lepas, kak lily dan Mr Big sempat ke majlis pembukaan rasmi Restoran SiHAF di Seksyen 14 Shah Alam. Ermm taulah area ni, dekat Vista Alam dan DEMC.

Kalau korang nak tau boleh dikatakan lebih 300 orang jemputan telah hadir sama bagi memeriahkan majlis pembukaan restoran ini, sampai ada yang tak dapat meja nak makan tau, kena ikut turn

Restoran SiHAF dinamakan bersempena dengan konsep yang disebutkan didalam Al-Quran yang membawa maksud pinggan emas. Ini juga boleh dirujuk daripada potongan ayat 7, Surah Az-Zukhruf;

"Kepada mereka diedarkan piring-piring dan gelas-gelas dari emas dan didalam syurga itu terdapat apa yang diingini oleh hati dan segala yang sedap (dipandang) mata. Dan kamu kekal didalamnya"

Jika dilihat secara jelas kepada logo restoran ini sememangnya ianya berkait dengan nama yang diberi. Ianya mengandungi 3 segitiga melengkung, kerana 3 (TIGA) adalah antar nombor ganjil yang selalu disebut dalam Sunnah dan juga jumlah hidangan dalam sehari seperti yang biasa diambil oleh masyarakat. Selain itu corak tradisional yang menghiasi segitiga melengkung ini melambangkan negara-negara Islam.



Pengasas bersama ahli keluarga yang bersama-sama berusaha menjayakan pembukaan Restoran Arab SiHAF. Kak lily difahamkan yang diaorang ni begitu komited bagi merealisasikan impian mereka untuk mempertengahkan hidangan dan masakan arab di Malaysia. Ini juga mengambil kira faktor respon yang baik masyarakat setempat terhadap masakan arab selama ini.

Kemain lagi dekorasi dalam restoran ini sangat cantik. 

Dengan lantai yang sepenuhnya marble, dekorasi lampu neon antik memang benar-benar menyuntik inspirasi dari negara Arab. Apatah lagi warna emas, coklat tanah dan putih menjadi nadi elemen warna yang dipertengahkan didalam dekorasi dalaman restoran ini.

Jom kak lily citer sket pasal majlis perasmian ni ek !!

Majlis dihoskan oleh saudara Richie Rachman alah dulu DJ radio tapi lupa plak kak lily station radio apo hehehehe… 

Seperti biasa ucapan daripada pengasas restoran megalu-alukan kedatangan tetamu. Terdapat juga persembahan nasyid dan kebudayaan arab menghiburkan tetamu yang hadir sambil mereka menikmati hidangan yang disediakan.



Di majlis pembukaan ini juga diselitkan acara pemotongan masakan Sharwama terpanjang. Ini adalah salah satu tarikan acara yang disediakan untuk disaksikan tetamu yang hadir, seriously pajjang sungguh


Ada satu lagi yang best, kak lily juga berpeluang merasai sendiri nasi beriani yang dimasak didalam buluh. memang sedap, lembut dan wangi baunya.

Of courselah kebab pun ada gak.


Banyak kali jugaklah kak lily ulang alik pi ambil untuk makan kan hehehe. Kekuatan rasanya adalah kepada daging perap yang dibakar dan dihiris nipis dan ianya dijadikan isi ramuan roti pita dan dibalut bersama sayuran serta sos samada mayonis dan sebagainya. 


Dari tetamu istimewa kenalan keluarga, media, orang awam dan ramai lagi memenuhi segenap ruang di hadapan Restoran Arab SiHAF Shah Alam. Masing-masing begitu teruja untuk mencuba sendiri masakan arab yan disajikan dan ke semua hidangan ini bakal juga ditawarkan didalam menu untuk pelanggan SiHAF.

Untuk tempahan dan pertanyaan:-

011-11110500

Untuk korang, kalau berminat nak mencuba sendiri hidangan arab dari Restoran SiHAF boleh datang terus ke:-

Restoran SiHAF
B-LG-1 Shop Lot Vista Alam, 
Jalan Ikhtisas
Seksyen 14 Shah Alam
Selangor


*Restoran ini terletak berdekatan dengan Hospital DEMC, so habis melawat orang sakit meh singgah ke sini makan ek







Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Sunday, December 24, 2017

Tonic Dan Serum Dari HAIR MAX+ MALAYSIA

Hi Korang,

Memanglah siapa yang tak suka dengan rambut yang lebat cantic kan!!!

Eh asset kita tuh, bayangkan kalau muka cantik tapi rambut dah nampak kulit kepala sebab nipis errmm terus tak cun la kan hehhehe


Kalau korang nakkan rambut kekal sihat dan lebat dengan Tonic Dan Serum Dari HAIR MAX+ MALAYSIA. 

Ada kawan kak lily duk perkenalkan dengan produk rambut iaitu tonic dan serum dari Hair Max+. Dengan adanya tonic dan serum ini boleh merawat masalah rambut seperti rambut gugur, kurang rambut, rambut reput dan lain-lain lagi. Untuk pengetahuan semua, Hair Max+ Malaysia telah diasaskan oleh Dato Foo Mei Yen dan Sean Phan pada Disember 2016. Mereka memulakan perniagaan dengan mengeluarkan produk penjagaan rambut yang mudah guna dan berkesan pada harga yang berpatutan. Hair Max+ Malaysia ini telah berkembang di serata salon dan hasilnya yang sangat luar biasa daripada pelanggan. 

Di antara produk keluaran Hair Max+ yang lain adalah :-
  • Hair Max+ Hair Growth Tonic (Strong Formula)
  • Hair Max+ Hair Growth Tonic (Medium Formula)
  • Hair Max+ Anti Hair Fall Serum
  • Hair Max+ Anti Hairfall Shampoo
  • Hair Max+ Anti Hairfall Conditioner

Untuk kali ni, kak lily dapat cuba produk Hair Max+ Hair Growth Tonic (Strong Formula) dan Hair Max+ Anti Hair Fall Serum.


Hair Max+ Anti Hair Fall Serum adalah formula yang unik dengan campuran bahan semualajadi yang terbukti dapat membantu rambut kelihatan lebih panjang, tebal dan lebat. Serum ini mudah digunakan dan berfungsi untuk : 

  • § mengurangkan rambut luruh sehingga 90%

  • § blok hormon DHT pada kawasan kulit kepala

  • § mengaktifkan semula folikel rambut yang tidak aktif
  • § mempercepatkan pertumbuhan rambut
  • § melembutkan folikel rambut
  • § menguatkan akar rambut
  • § sangat sesuai bagi rambut nipis dan botak
Antara bahan utama dalam Hair Max+ Anti Hair Fall Serum seperti minyak gooseberry liar, minyak kelapa, minyak pati lavender dan 3 bahan semulajadi yang lain. Cara penggunaan sangat mudah hanya sapu setiap hari tapi dalam kuantiti sedikit. Hanya dalam 1 atau 2 picit sahaja sudah cukup untuk sapu pada bahagian kulit kepala kerana serum ini sangat berminyak. Urut perlahan-lahan pada bahagian kulit kepala hingga serap ke bahagian kulit.

Tempoh keputusan antara 1 hingga 2 minggu dan bergantung kepada rambut seseorang yang menggunakan serum ini. Kandungan Hair Max+ Anti Hair Fall Serum ini mengandungi 30 ml dan harga hanya RM85.00.

Bagi kak lily

Hair Max+ Anti Hair Fall Serum, agak berminyak sedikit dan ada bau-bauan campuran lavender dan minyak kelapa. Kak lily baru pakai 2-3 kali dan ternyata dah boleh nampak anak-anak rambut baru tumbuh.


Bagi Hair Max+ Hair Growth Tonic (Strong Formula) ni pula, ianya membantu pertumbuhan semula rambut dan sangat sesuai untuk rambut yang nipis dan botak. Tonik ini dengan formula yang sangat kuat untuk membantu mengaktifkan semula folikel rambut yang tidak aktif. Diperbuat daripada ramuan semulajadi yang terbaik. 

Cara nak guna tonik ini senang je.. Hanya sembur di permukaan kepala apabila kita mahu. Selalunya boleh digunakan lepas mandi. Nak lagi segar, simpan dalam peti sejuk then bila nak guna baru keluarkan. Tempoh keputusan dalam 2 hingga 3 minggu penggunaan yang konsisten. 

Kandungan Hair Max+ Hair Growth Tonic (Strong Formula) ini mengandungi 150 ml dan harganya hanya RM115.00.

Bagi kak lily

Dah nama pun tonik kan, so haruslah baunya kuat sedikit tapi itu tak menghalang kak lily nak sembur kat kepala sebab ianya sejuk dan segar je tau bila di sembur. Maklumlah dah simpan dalam peti sejuk kan.

Ini adalah gambar-gambar testimoni yang telah berjaya menggunakan produk Hair Max+ ini.



Bagi yang ingin dapatkan produk Hair Max+ ini boleh dibeli secara berasingan atau secara combo Hair Max+ Anti Hair Fall Serum & Hair Max+ Hair Growth Tonic (Strong Formula) dengan harga RM200.00 serta penghantaran percuma.

Korang yang dapatkan produk HAIRMAX ni dengan harga murah boleh gunakan diskaun code, just bagi code 'ciklilyputih10' tau tapi korang kena dapatkan di HairMAX+ Seremban FB page atau pun whatsapp di 012-3649931


Untuk maklumat lanjut dan pembelian Hair Max+ boleh hubungi :-




Telefon : 012-364 9931

Saturday, December 23, 2017

DC MALL Anjurkan 'THE JOY OF GIVING’ Bersama Rumah Amal Yang Terpilih

Hi Korang,

Bersempena dengan perayaan Hari Krismas, DC Mall telah membawa kembali semangat sebenar sambutan hari Krismas iaitu menyebarkan kasih-sayang, membuat kebaikan dan sentiasa memberi terutama kepada mereka yang tidak bernasib baik. 


Untuk tahun ini, acara 'The Joy of Giving’ diadakan untuk memberikan kegembiraan kepada 70 anak-anak dari Rumah Amal Charis dan Rumah Victory. Yang menarik anak-anak ini telah diberi pilihan untuk mengutarakan impian hadiah yang diinginkan oleh mereka di Kad Wish yang disediakan oleh pihak DC Mall.


Projek 'The Joy of Giving’ ini sebenarnya bermula dari 6 Disember sehingga 18 Disember 2017, yang mana para pelanggan di pusat membeli-belah boleh memilih mana-mana 70 Kad Impian dari Pokok Krismas yang terletak di Main Concourse di Level 1. Kad-kad Impian ini sebenarnya telah diisi secara peribadi oleh anak-anak dari dua rumah amal yang terpilih dan mereka telah menulis sendiri impian mereka. Para pengunjung Mall yang ingin beramal akan memilih antara kad di situ dan dengan sukarela membelikan hadiah yang diimpikan oleh anak-anak seterusnya menghantar hadiah tersebut ke Concierge mall yang terletak di Tingkat Bawah.


Acara 'The Joy of Giving’ iaitu pemberian hadiah kepada anak-anak rumah amal yang terpilih telah diadakan pada 21 Disember 2017. Majlis yang cukup meriah dihadiri seramai dihadiri oleh 70 orang anak dan penjaga mereka iaitu Mr. Bernard dari Rumah Victory dan Miss Suzanne dari Rumah Charis. Momen yang ditunggu dengan perasaan gembira dan teruja oleh anak-anak ini apatah lagi dapat bertemu Santa Claus dan Santarina.


“It is so heartwarming to see how happy the children are with their gifts. I am truly humbled by this experience and from the bottom of my heart, I wish to thank each and every contributor of these gifts. Without their generosity, these smiling faces here would not have been possible. May you and your families have the most wonderful and joyous Christmas" kata Miss Melissa Wong, Head of Retail and Leasing - DC Mall, Damansara City.


Selain itu pihak DC Mall turut menyumbangkan RM5000 kepada setiap rumah amal yang hadir iaitu Rumah Amal Victory dan Rumah Amal Charis.

DC Mall juga telah menubuhkan Komuniti Li-brari di mana pengunjung pusat membeli-belah ini boleh menderma dan membuat pertukaran buku. Disediakan juga kawasan membaca dengan kemudahan meja dan kerusi di mana kanak-kanak boleh duduk membaca dan juga berkenalan rakan yang baru. Penubuhan Perpustakaan Komuniti ini boleh didapati di pusat membeli-belah DC Mall bermula dari 1 Disember 2017 sehingga 1 Januari 2018.


Untuk menambah keseronokan perayaan Krismas ini, pengunjung DC Mall juga boleh bertemu dengan Santa Claus untuk tarikh dan waktu tertentu















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com