Wednesday, December 13, 2017

3M Countertop Drinking Water System, Tak Sabar Nak Guna Lah

Hi Korang,

Ermm penapis air!!!

Rasanya sekarang ni banyak rumah dah mula gunakannya

Sebab apa?

Sebab kualiti air semakin lama semakin teruk, bukan nak kondem pasal Jabatan Air ianya bukan salah diaorang pun. Yelah air dari empangan elok, suci, murni tapi bila paip rumah kita hah amik ko segala mak neka keladak keluar ek

Maknanya kita perlukan penapis air atau enak di panggil water filter.

Lepas tuh water filter pun kita kena pandai gak pilih yang mana bersesuaian dengan kehendak kita. Macam kak lily, of courselah akak lily akan cari yang kecik tapi berkapasiti tinggi hehhehehe barulah seronok nak guna. 

Memperkenalkan 

3M™ CTM-02 Countertop Drinking Water System

Oh produk 3M rupanya, produk buatan Malaysia wokeh ermm akak liked!!

Meh lah citer sket pasal penapis air ni ek, citer simple-simple jelah kan

• Diuji dan diperakui oleh NSF standard 42 dan 53, yang bermaksud mengurangkan kekotoran dan pencemaran di dalam air dengan kesan kesihatan yang lebih baik seperti yang dikawal oleh National Sanitation Foundation International.

• Mempunyai kecekapan penapisan sehingga 14,000 gelas, di mana 1 gelas bersamaan dengan 200ml

• Mempunyai penunjuk kadar penggunaan kartrij, jadi korang boleh memantau dengan mudah apabila sudah tiba masanya untuk menukar penapis kartrij

• Tidak perlu bimbang bagi ibu dan bayi kerana kualiti penapisan telah terjamin kerana kualiti penapis air sedang diuji dan disahkan oleh NSF standard 42 dan 53

• Penyelenggaraan mudah, kartrij perubahan kurang dari 10 saat

• Mudah membeli kartrij gantian

• Tiada penggerudian diperlukan, oleh itu mudah dipasang dan diselenggarakan


Bila dah bukak-bukak or unboxing inilah yang ada dalam kotak tuh, ya ampun sket bebenau bebarangnya

ini filternya kecik je kan

3M ni mempunyai 75 tahun pengalaman di dalam bidang penapisan so rasanya korang tak yah nak ragu-ragu untuk membuat pilihan. Bila tengok rekabentuknya macam futuristik ek, kecik dan senang nak letak di tempat-tempat yang sempit macam singki kann

Yeahh of courselah k lily excited sebab berjaya mendapatkan jugak the 3M™ CTM-02 Countertop Drinking Water System nri ek. 

Ermm haruslah rasa tak sabar nak pasang ye tak!!

tempat kat mane beli, water filter ni. alah kat 11street je udah

Kalau korang nak tau untuk model 3M™ CTM-02 Countertop Drinking Water System merupakan model terkini yang di keluarkan oleh 3M. Nak bagitau jugak ada special promosi sekarang ni dari 01 December 2017 hingga 31 January 2018 di mana harganya RM988

Nanti bila dah pasang, kak lily akan kongsikan pengalaman menggunakannya ek


Boleh check it out di www.3m.com.my/water/dealers










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Resipi Lempeng Kosong Dengan Kuali Chefology

Hi Korang,

Citer pasal masak lagi ek hehehehhe

Kan hari tuh kak lily citer pasal resipi menggunakan kuali Chefology ni so hari ni nak citer lagi lah. Sempat jugak kak lily cuba resipi lain pulak, alah yang senang-senang jelah. Malas nak fikir panjang, bagi kak lily tuh memasak tu terapi tapi kalau memasak dalam stress maka bertambah lagi lah stressnya hahaha

Berjaya jugak masak lempeng walaupun memula tuh lempeng terbelah dua kan, lepas cuba beberapa kali then I’ve nailed it!

Ok ini dia resipi Lempeng Kosong Sedap

Bahan-bahan

1. Tepung gandum

2. Garam sea salt dari McCormick

3. Air 

4. Letak chili powder McCormick untuk nak rasa pedas sket.

Cara-cara

1. Campurkan semua kesemua bahan dan gaulkan hingga sebati. Jangan terlalu lembik dan jangan terlalu keras adunannya. 


2. Rasa dulu adunan tuh, samaada cukup masin, cukup pedas ke kan

3. Nak lagi sedap boleh tambah udang ke ikan bilis ke sayur ke kann, ikut kesesuaian tekak
banyak nau minyak ni, buang sket ek..

4. Letak sket je minyak dalam kuali Chefology tuh, kalau tak letak minyak pun ok gak barulah kesihatan 


5. Sendukkan adunan, mengikut kesesuaian yang korang minat. Nak besar ke kecik ke terpulang lah kan. Kemudian ratakan macam lempeng.



6. Bila dah nampak cam dah garing je terbalikkan dan tunggu sehingga masak.

hitam wei tapi sedapp ni

7. Angkat dan makan ler hehhee

Nampak kan!!


Langsung adunan tak melekat di kuali Chefology ni, so nak basuh pun senang. Tak melekat at all.

licin tak yah basuh pun

Sukerlah kak lily dengan kuali Chefology ni ek, bahan-bahan dari McCormick pun bagus gak tau..






Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Pekena Butterscotch Macchiato di SF Coffee Sempena Krismas Ni.

Hi Korang,

Bila dengar kopi perasi pelik-pelik je mesti kak lily excited nak cubalah, yelah benda baru kan haruslah nak tau cam ner rasanya.

So kak lily ke San Francisco Coffee atau sekarang di panggil SF Coffee, alah tukar angin sket lah kan, asyik nak minum brand hijau je


Malas nak pi outlet KLCC yang selalu pi, so kak lily lepak di San Francisco Coffee @ The Envictus Petaling Jaya ni. Alah sekali harung jumpa client sekali so lepak jelah kan. 

Ermm apa nak order ek?

Eh haruslah nak cuba Butterscotch Macchiato ni.


Of courselah manis tapi tak de lah manis medu ek, lengkap dengan sos caramel di atasnya yang penuh berkrim tau. 

Creamy Turkey Pasta

La tak kan nak minum kopi je kan, or courselah kena order menu makanan gak. Butterscotch Macchiato amat sedap tapi lagi sedap kalau digandingkan dengan Creamy Turkey Pasta baru yang menampilkan pasta penne, daging ayam Belanda, cendawan butang serta tomato ceri dalam sos krim seenak rasa, ditaburi cebisan ayam rangup, keju Parmesan dan daun parsli, bagi membawakan juadah perayaan yang lazat lagi menyelerakan.

Merry Turkey Focaccia

Satu lagi hidangan perayaan Krismas ni yang kak lily order Merry Turkey Focaccia, dia macam alah-alah sandwich yang mengandungi gulungan isi ayam Belanda serta keju cheddar semula jadi yang ditaburkan di atas lapisan salad dan tomato dengan sapuan sos kranberi yang saling melengkapi. 

Alah harga bukan mahal pun, untuk Butterscotch Macchiato bermula dari RM13 hingga RM16.50 ikut saiz yang korang sukalah dan kedua-dua pasta dan sandwic ini boleh dinikmati dengan harga RM18.90 setiap satu.




Cantik jugak outlet SF Coffee di The Envictus ni ek, sempatlah kak lily berselfie bagai. Crowd not bad jugak, maklumlah kak lily time lunch so sempatlah cuci mata sket hehehehe

Ada berita baik untuk penggemar kopi tegar cam kak lily ni hah.

Bagi yang mencari hadiah istimewa untuk penggemar kopi, korang boleh memilih mana-mana biji kopi segar di dalam beg 100g bernilai RM12.75 secara percuma dengan setiap pembelian bekas minuman SF Coffee Graffiti, yang dijual pada harga RM75.90.


Untuk info lanjut, meh check it out di

Website : www.sfcoffee.com

Instagram : SF Coffee

Facebook page : SF Coffee


Selamat menjamu selera semuanya hehehhehehe








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com