Sunday, December 10, 2017

Seronok Ke New Zealand Fair Di One Utama

Hi Korang,

Weekend lah masanya untuk berehat-rehat kan.. ermm tapi kak lily nak berehat apanya, baik berjalan-jalan mencuci mata sambil mengosongkan poket hahahaha shopping la tuh


Maka sabtu lepas, bebudak blogger ni bagitaulah ada New Zealand Fair di AEON Utama so haruslah mengelingjang ke sana. Pepagi lagi dah sampai dah, tepat pukul 10pagi dah sampai depan AEON ek. 

Rupanya pelbagai jenis produk keluaran New Zealand ni. 

Seriously kak lily tak tau pun hahahhaha makan kemain nyum yum tapi tak tau pun.



Di antara produk jenama yang korang tak perasan ianya keluaran dari New Zealand adalah susu Anlene, susu Anmum, susu Fernleaf, coklat Whittaker’s dan banyak lagi. 






Ada juga produk jenama lain seperti yogurt Easiyo, aiskrim Kapiti, biskut Griffin’s, kerepek Proper Crisps, baby food NZ Apple, aiskrim New Zealand Natural, Pic’s Peanut Butter dan banyak lagi. 

Sempat jugak kak lily lepak kat booth Anlene ni



Sebab ada pemeriksaan kesihatan dan tubuh badan, Semakan densiti tulang dan banyak lagi.


Baru akak lily tau yang Leaderbrand ni merupakan salah satu produk keluaran New Zealand berasaskan tanaman. Yelah sayur-sayuran dan buah buahan. Yang best tuh, produk ni tak payah simpan dalam fridge, boleh tahan sehingga 15 bulan, Convenient dan berkhasiat


Sempat jugak kak lily join SNAP & WIN contest di Photobooth New Zealand Fair ermm untung-untung ada rezeki boleh menang voucher dari AEON ek

Terbang RM110 sebab beli yogurt EASIYO tuh ahahhahhahahahha!








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

MANDATORI Di ASTRO First

Hi Korang,

kak lily rasa korang patut tengok tengok telefilem ni tau, bagus ye...

Selepas dari kejayaan filem ‘Tombiruo’ yang berjaya mencatatkan kutipan pecah panggung melebihi RM8 juta baru-baru ini, sebuah lagi adaptasi karya agung milik ‘Novelis Thriller Nombor Satu Malaysia’, Ramlee Awang Murshid bakal diangkat Astro dan kali ini akan menemui penonton menerusi saluran Astro First Eksklusif saluran 480 dan platform digital ‘on demand’ mulai 14 Disember ini. 



SINOPSIS ‘MANDATORI’ 

‘Mandatori’ mengisahkan tentang seorang ‘profiler’ jenayah, Inspektor Norman (lakonan Aeril Zafrel) yang menyiasat kes pembunuhan bersiri yang dilihat berkait rapat di antara satu sama lain. Ia membuka kembali kes-kes jenayah yang berlaku beberapa tahun lalu dan lebih merumitkan apabila setiap siasatan yang dijalankan Norman akan membawa beliau kepada sebuah lagi kes pembunuhan baru. Norman semakin keliru kerana seorang demi seorang yang beliau kenal mati dibunuh dengan kejam dan pembunuh itu akan meninggalkan petunjuk yang sama iaitu patung mainan ‘Inspektor Carlos’ dan kertas tulisan ‘Case Closed’ yang mana ada ketikanya dijumpai dalam bahagian badan si mati. 

Dalam kesibukan Norman menjalankan penyiasatan dengan rakan setugas beliau, Detektif Chief Inspektor Kelvin Chan (lakonan Alvin Wong), beliau berkenalan dengan Juliana Johari (lakonan Siti Saleha) yang merupakan anak kepada salah seorang ahli perniagaan berjaya dan pemilik Johari Corp, Tuan Johari (lakonan Dato’ A. Tamimi Siregar) dan keluarga ini merupakan suspek utama kepada beberapa kes jenayah yang berlaku. Juliana yang pada mulanya tidak begitu menyukai kehadiran Norman mula berubah apabila risau akan tindak-tanduk adiknya, Johan Johari (lakonan Iedil Putra) yang dilihat semakin mencurigakan terutamanya apabila melibatkan kehilangan wang syarikat yang sangat ketara. 

Juliana mula menyiasat dan beliau memerlukan bantuan Norman untuk menyelesaikan masalahnya. Keakraban yang tercetus ini membuatkan mereka jatuh cinta. Namun pelbagai dugaan dan ancaman yang hadir dari setiap penjuru menyukarkan lagi keadaan. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Adakah Juliana akan menjadi mangsa yang seterusnya? Dan, siapakah yang sebenarnya dalang di sebalik kes-kes pembunuhan bersiri yang berlaku? Jangan lupa, saksikan ‘Mandatori’ mulai 14 Disember ini. 


INFO PENTING BERKENAAN ‘MANDATORI’ 

1. Astro dengan kerjasama Ideate Media (penerbit bersama ‘Tombiruo’) kini mengadaptasikan salah satu novel terkemuka milik penulis prolifik, Ramlee Awang Murshid berjudul ‘Mandatori’ ke bentuk visual untuk tontonan masyarakat umum. 

2. ‘Mandatori’, mini siri bergenre ‘crime thriller’ ini hadir dalam enam episod (berdurasi satu jam setiap satu) diterajui nama-nama besar seperti Aeril Zafrel, Siti Saleha, Alvin Wong, Iedil Putra, Dato’ A. Tamimi Siregar, Vanidah Imran, Susan Lankaster, Jo Kukathas, Meor Hashim Manap, Amerul Affendi, Chew Kin Wah dan ramai lagi. 

3. Novel ‘Mandatori’ merupakan salah satu dari 35 karya tulisan milik Ramlee yang masih lagi mendapat tempat di hati ramai dan ia terbukti apabila kebanyakan hasil penulisan beliau diulang cetak untuk menepati permintaan ramai. Ia pertama kalinya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Alaf 21 Sdn Bhd, anak syarikat Grup Buku Karangkraf. 

4. ‘Mandatori’ menjanjikan sebuah pengalaman terhebat untuk penonton oleh kerana jalan penceritaannya yang digarap kemas, disokong kuat dengan babak-babak yang mendebarkan dengan aksi-aksi suspen lagi ganas, dan yang paling utama, setiap adegan berjaya diterjemahkan dengan begitu baik sekali oleh kesemua pengemudi watak. 

5. ‘Mandatori’ diarahkan oleh sutradara hebat, Razaisyam Rashid. Beliau yang sebelum ini terkenal dengan filem ‘CEO’ pernah dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2016. 

6. Lokasi utama penggambaran ‘Mandatori’ telah dijalankan di sekitar Lembah Klang serta mengambil masa 35 hari untuk diselesaikan. 


BARISAN PELAKON ‘MANDATORI’ 

Aeril Zafrel sebagai Inspektor Norman Abdullah 

Alvin Wong sebagai Detektif Chief Inspektor Kelvin Chan 

Siti Saleha sebagai Juliana Zahara Johari (CEO, Johari Corp) 

Iedil Putra sebagai Johan Bahar Johari (Bekas CEO, Johari Corp) 

Dato’ A. Tamimi Siregar sebagai Tuan Johari Saidin (Presiden, Johari Corp) 

Chew Kin Wah sebagai Kapten David Chong (Kapten Polis Banda Raya) 

Jo Kukathas sebagai Doktor Devi Subash (Pemeriksa Forensik Polis Banda Raya) 

Meor Hashim Manap sebagai Tuan Haji Salleh bin Deraman 

Vanidah Imran sebagai Doktor Asmah (Pakar Psikiatri yang merawat Inspektor Norman) 

Susan Lankaster sebagai Madam Agnes Lim 

Amerul Affendi sebagai ‘The Handler’ 


‘Mandatori’ bakal bersiaran di Astro First Eksklusif, saluran 480 mulai 14 Disember 2017 (Khamis) ini. Dengan hanya RM 19.10 (termasuk 6% GST), penonton boleh menikmati kesemua enam (6) episod dengan berulang kali dalam tempoh 5 hari dari waktu pembelian. 

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, ‘Mandatori’ boleh turut didapati menerusi platform digital, ‘on demand’. 

Ishk tak sabarnya nak tengok lah MANDATORI ni ek








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Saturday, December 9, 2017

Makan Malam Sambutan Tahun Baru Di Club Lounge, Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Hi Korang,


Sekejapan dah nak masuk tahun 2018

Tahun 2017 sudah mahu melabuhkan tirainya, dan kemunculan tahun 2018 tidak lama lagi segala yang baru bermula. Misi dan visi baru, matlamat dan impian baru dan pelbagai lagi. Pastinya kita mahu tutup segala kenangan dan mulakan sesuatu dengan semangat baru.


Jadi apa kata kita raikan sesuatu yang istimewa ini dengan menikmati makan malam di Grand BlueWave Hotel Shah Alam. Untuk pengetahuan semua, Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) menawarkan Malam Tahun Baru dengan menawarkan pelbagai jenis makanan malam yang lazat dan menyelerakan.

Makan malam yang disediakan khas oleh Chef Al-Hafiz Bin Redzuan (Senior Chef De Cuisine), seorang chef yang sangat berpengalaman dan telah berkhidmat dengan cemerlangnya di Grand BlueWave Hotel. 


Pelbagai jenis pilihan menu makan di hidangkan di antaranya, untuk pembuka selera kita ada Parade of Cold Seafood on Ice, Cold cut Display, Italian Seafood Salad, Orzo Pasta Salad with Roasted Baby Roma and Basil, dan banyak lagi. Bagi carving station pula ada Braised Ribs, Roasted Lamb Leg, Roasted Chicken Whole with Italian Seasoning and Beef Wellington, Spicy Prawn with Crackers dan lain lain lagi. Untuk Western section pula menghidangkan Chicken Teriyaki Sesame, Mussel Au Gratin, Smoked Salmon Quiche. Bagi pencuci mulut pula ada Assorted Pudding, Assorted Cookies, Christmas Stollen, Yule Log, Assorted French Pastries, Muffins, Tartlets, Caramel Popcorn, Chocolate Fountain and others are serve as dessert.



Pembukaan dengan menikmati hidangan "Braised Ribs" sememangnya sesuatu yang hebat! Kelembutan daging ribs bersama sosnya menjadikan hidangan ini wajib di cuba. Begitu juga dengan ayam panggang yang dibakar beresama rencah istimewa resepi Itali

Hidangan laut sememangnya antara yang mencuri perhatian terutama apabila kita menikmatinya secara buffet. Pelbagai jenis masakan ada ditawarkan. Dan juga kita rasai sendiri kesegaran hidupan laut yang digunakan dalam setiap masakan yang disediakan di sini. 

Peminat salad pasti teruja apabila melihat pelbagai jenis hidangan salad yang ditawarkan. namun yang paling saya suka adalah Orzo Pasta Salad bersama Roasted baby Roma & Basil. 


Ini adalah feveret dedet. Smoked Salmon Quiche, ini bukan saja enak pada pastri (tartnya). Bahkan isi salmon bersama sayur bayam dan keju, gabungan ini juga menjadikan Quiche ini benar-benar enak.


Harga buffet yang ditawarkan bermula dari RM90.00nett untuk setiap seorang dan RM43.45nett untuk kanak-kanak (4 - 11 tahun). Pakej buffet ini adalah bermula dari 31 Disember 2017 dari jam 6.30 petang sehingga 1.00 pagi. Bertambah menarik, kita boleh menikmati hidangan ini Club Lounge di tingkat 18, sekaligus kita boleh menikmati pemandangan luar dan menyaksikan sendiri sambutan Tahun Baru dari Dataran Merdeka Shah Alam.

Untuk pertanyaan dan tempahan lanjut, sila hubungi Royale Songket Restaurant ditalian 03-55118811 ext. 2612 atau 2613. Semua harga dikenakan caj sebanyak 6% daripada CBP.

Info mengenai pakej Makan malam Tahun Baru Di Grand Bluewave

Price : RM 90.00 nett (Adult)

RM 43.45nett (Children) 4 – 11 years old

Date : 31st December 2017

Time : 6.30 pm – 1.00 am

Venue : Club Lounge, Level 18.

Hotel Manager : Tuan Haji Mohd Ghazali bin Sayed Ibrahim

Chef Incharge (Senior Chef De Cuisine) : Chef Al-Hafiz Bin Redzuan



Jom kita ke 

Grand BlueWave Hotel, 
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 
40000 Shah Alam, Selangor. 

Tel : 03-5511 8811




So korang dah plan ke nak tengok bunga api kat mana tahun ni? meh lah ke Grand Bluewave ek









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com