Thursday, December 7, 2017

Makan-Makan Sempena Krismas Dan Sambutan Tahun Baru Di Hotel Istana Kuala Lumpur

Hi Korang, 


Yeahh musim perayaan kembali lagi…



Of courselah pesta makan-makan pun haruslah ada kan. Kali ni kak lily nak ajak korang ke buffet di Taman Sari Brasserie sempena sambutan perayaan Krismas dan Tahun Baru 2018. 

Seronoknya dapat merasai buffet Krismas ni tau sebab memacam ada.. 

Di antaranya adalah Apple and Walnut Stuffed with Chicken Roulade with Jus, Crusted Salmon with Pommegrante Cous and Maitre D'Hotel Butter, Slow Braised Sticky BBQ Beef Rib with Root's Vegetables, Chessy Seafood Gratin dan banyak lagi. 

Korang boleh mencuba Urban Restaurant untuk pengalaman makan yang hebat dengan hanya RM169 nett setiap orang, Makan Malam Kursus Makan Malam Krismas Eve di restoran Barat ini menyajikan pelbagai jenis kepakaran yang tidak dapat dinafikan seperti Seafood Terrine (Avocado Sphere, Kasturi Creme Fraishe, Pickled Halia Gel, Brioche Toasted, Caviar), Foie Gras, Turki dengan kyabetsu, chanterelles, celeriac puree, sage jus adalah sebahagian dari menu set.


Di Songket Lounge, korang akan dihiburkan oleh Carollers Krismas dari pukul 7.30 malam hingga 8.15 petang pada Malam Krismas. Dapatkan minuman kegemaran anda dan makanan ringan dan tarian malam untuk hiburan muzik live oleh Dazzling Quartet. 

Pada Hari Krismas, nikmati lebih banyak jenis makanan di Taman Sari Brasserie. Hi-Tea Buffet Hari Krismas berharga RM125 nett bagi setiap orang. 

Untuk Makan Malam Buffet Tahun Baru, dengan hanya RM169 nett setiap orang, nikmati diri anda dengan pelbagai pilihan hidangan antarabangsa dan tempatan di Taman Sari Brasserie. 


TAMAN SARI BRASSERIE CHRISTMAS EVE BUFFET DINNER 
RM150 NETT PER PERSON 

FESTIVE STARTERS 

CHEESY STUFFED MUSHROOM WITH MIX NUTS and HERBS CRUMB PRAWN AND SALMON TERRINE WITH SPINACH SAUCE SALMON AND RICOTIA IN SHOOTER GLASS  DEEP FRIED CRAB BALL WITH DILL AIOLI CREAMY SEAFOOD BRUSCHETTA WITH CHERMOULA SAUCE LEMON CHILI PRAWN WITH ASIAN SALAD IN GLASS CHILL STUFFED TOMATO TIMBALE 


VARIETY OF SHOOTER 

VIRGIN MARY AND OYSTER , CLEAR LEMONGRASS LIME AND CLAM CHILLED GAZPACHO AND CRAB FILAMENT, RATATOUILLE PUREE WITH GRILLED SHRIMPS 

SMORGASBOARD 

SMOKED SALMON, PICKLE HERING, SMOKED TUNA SMOKED RED SNAPPER, SMOKED MACKEREL LIME WEDGES, LEMON WEDGES, CAPERS, SOUR CREAM, PEARL ONION 

ASSORTED CHEESE PLATTER 

EDAM CHEESE, CHEDDAR CHEESE, PORT SALUTE, BABY BELL, GRUYERE', BOURSIN (DRY FRUITS, TOASTED NUTS, CRACKERS & GRAPES) 

QUICHE & PIES 

SPINACH, FETA & CRANBERRIES QUICHE, SPICE SALMON and AND PEPPER QUICHE PUMPKIN & GINGER PIE, CHRISTMAS MINCE PIE 

PIZZAS 

SPINACH and TOMATO, TURKEY FILLET and PINEAPPLE BEEF SAUSAGE and HERBS, SHRIMP and PESTO 

MAINS 



APPLE AND WALNUT STUFFED CHICKEN ROULADE WITH PAN JUS' CRUSTED SALMON CUTLET WITH POMMEGRANATE COUS COUS AND MAITRE D'HOTEL BUTTER  SLOW COOKED STICKY BBQ BEEF RIB'S WITH ROOT'S VEGETABLE BRAISED LAMB WITH DRIED FRUITS TURKEY CASSEROLE CHEESY SEAFOOD GRATIN ROSEMARY &and GARLIC ROASTED POTATO BAKED CHRISTMAS SPICE OF BABY CARROT, BRUSSEL SPROUTS and PUMPKIN 

BBQ BAR


ASSORTED SAUSAGE AND BRATWURST SLICED CHICKEN, FLOWER CRAB, PRAWN, SQUID, GREEN MUSSEL, MARINATED SALMON FILLET, 

PASTA STATION

PENNE, SPINACH RAVIOLLI, SPAGHETTI TOMATO, CREAM SAUCE, CHICKEN BOLOGNAISE


CARVING SENSATIONS

SALMON COULIBIAC,TRADITIONAL ROASTED TURKEY, CHESSNUT and SAGE STUFFING

DESSERTS



CREME BRULEE, BLACK FOREST CAKE, GREEN TEA MOUSSE, CHOCOLATE BROWNIES, MANGO MOUSSE, ENGLISH TRIFLE, CREME CARAMEL, TANGERINE CUSTARD TART, FRUIT PAVLOVA, FESTIVE APPLE PIE, CHILL BLUEBERRY PUDDING, BERRY TRIFLE CHEESE CAKE, CHOCOLATE DECADENCE YULE LOG, CHERRY AND COCONUT FLORENTINE, GINGER SIMNEL CAKE, SPICED CARROT CAKE, ALMOND AND RASPBERRY SHORTCAKE, PEANUT PUMPKIN ROLL, STRAWBERRY UPSIDE DOWN CAKE, CARAMELIZED PECAN TART, MINI BUNDT CAKE, CHRISTMAS VANILLA ROLL,  ASSORTED SUGAR COOKIES, CROQUEMBOUCHETOWER

Dapatkan harga ‘EARLY BIRD’ seperti berikut :

Taman Sari Brasserie:

Christmas Eve RM115 nett (NP : RM150 nett) 
Christmas Day RM99 nett (NP : RM125 nett) 
New Year's Eve  RM130 nett (NP : RM169 nett) 
New Year's Day RM99 nett (NP : RM115 nett)

Urban: 

Christmas Eve RM130 nett (NP : RM169 nett) 
New Year's Eve RM150 nett (NP: RM199 nett)


Boleh buat tempahan dari 1 DISEMBER hingga 15 DISEMBER 2017. Terhad kepada maksimum 8 orang bagi setiap tempahan.


Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03 2141 9988.

Jom kita ke:

Hotel lstana Kuala Lumpur City Centre 
73, Jalan Raja Chulan, 
50200 Kuala Lumpur, Malaysia 

T: 603 2149 5670 
F: 603 2144 0121


Selamat menjamu selera....








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Wednesday, December 6, 2017

Sarapan Pagi Di Lemang Toki, Bentong Lagi

Hi Korang,


Sebab dah lama tak makan lemang so kitaorang ke Lemang Toki lagi. 

So pepagi sabtu tuh, packing semua barang coz lepas tuh nak ke Cherating zass ke Bentong ni.


Kereta belum banyak lagi so tak delah jem sesangat.

Sesampai je orang pun tak ramai lagi maka bolehlah pilih nak makan apa dengan lenggang kangkung kan, 

Nampak kemain banyak lagi batang lemang yang sedang di bakar.

Malas nak fikir panjang terus je, akak lily pilih 2 set lemang, yelah sorang satu senang tak yah nak gaduh


Memang rasa lemang style mak-mak kita masak, tradisional sungguh. So sambil makan tuh, sambil borak-borak dan memerhati orang yang lalu lalang. Eh bukan mengata ek just cuci mata je.

Laki bini sama je kan..


Perangai cam hareee huahauahuahua



Kemudian sampai pulak adik beradik yang lelain. Diorang ni orang suruh makan lemang diaorang bantai makan menu makan tengahari pulak. Hahahaha

Abis makan lepak-lepak dulu then baru gerak ke Cherating untuk holiday hehehehe


Korang yang teringin tuh bolehlah mai sini, sebab selain dari lemang menu lain pun hado gak ler

Alamatnya hah:-


Lemang Toki
Jalan Tras, 
Bentong 28700, Malaysia
Landmarks:  lepas tol Bentong tuh masuk Pekan Bentong, pandang sebelah kiri masa selekoh nanti nampak la ek

Contact no : + 60 9-922 1587









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


Tuesday, December 5, 2017

REVIEW | 9 Herbs Beauty In The Drops - Memang Puas Hati Sesangat

Hai Korang,

Makeup memang penyelamat bagi pompuan cam kita ni, tapi sampai bila nak guna produk-produk kosmetik ni. Bila umur dah meningkat ni, kekadang tu lipstik pun lupa nak pakai hahahaha maka nampaklah kepucatan di situ.

Siapa berani keluar rumah tanpa mekap??

Mesti semua surender kan hahaha kak lily dah boleh agak dah pun..

Akak pun sama gak lah!!

Tapi bila ade orang duk rekemen kak lily pasal produk 9 Herbs Beauty In The Drops ni rasa cam teruja plak nak cuba kan.

9 Herbs Beauty In The Drop

9 Herbs Beauty In The Drop merupakan UV Face Primer + Luminous Day Serum di mana bila korang gunakan ianya bertindak sebagai pelindung kulit wajah dari kotoran-kotoran untuk hasilkan keserian di wajah korang walaupun tanpa mekap. 

Ianya dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi dan di adun bersama minyak argan, minyak jojoba dan vitamin E. Semua bahan-bahan itu 

Bahan-bahan 9 Herbs Beauty In The Drop

MINYAK ARGAN

Kaya dengan Vitamin E dan Omega 3, 6 & 9. Sesuai untuk semua jenis kulit.

1. Sebagai antioksidan untuk melawan radikal bebas yang menyebabkan penuaan kulit.

2. Melembapkan dan menegangkan kulit.

3. Menghaluskan dan mencerahkan kulit.

4. Mengatasi jerawat, radang dan sunburn.

5. Menjadikan kulit lembut dan bersinar secara semulajadi.

MINYAK JOJOBA

Ianya lilin cair atau Wax Ester yang memiliki ciri-ciri yang sama dengan struktur kulit manusia. Sesuai untuk kulit sensitif.

1. Melembut, melembap dan menghaluskan kulit.

2. Mengatasi masalah kulit berminyak dan mencegah jerawat.

3. Mencegah oksidasi kulit sebagai anti penuaan.

4. Anti radang.

5. Menjadikan kulit sihat dan cantik.

Kelebihan 9 Herbs Beauty In The Drop
  • Menjimatkan masa 
  • Mencantikkan dan merawat wajah 
  • mengandungi 100% bahan semulajadi 
  • Bersih dan rawat kulit dari dalam 
  • Kulit lebih cerah dan glowing tanpa makeup 
  • Tiada bahan kimia merbahaya 
  • Tiada kesan sampingan 
  • Sesuai untuk semua jenis kulit 
  • kaya dengan antioksida 

Cara penggunaan 9 Herbs Beauty In The Drop


Goncang sebelum digunakan 
Picit hujung getah penitis, kemudian lepaskan 
Longgarkan penitis dari bekas kaca 
Perlahan-lahan picit hujung getah untuk titiskan kandungan ke sekitar wajah. Titiskan ke dagu, pipi hidung dan dahi. Kemudian ratakan ke seluruh wajah 
Mulakan solekan seperti biasa 
Untuk hasil yang lebih baik, titiskan sekali lagi sebagai sentuhan terakhir. 

Bagi kak lily..

Teksturnye lembut, sket je letak kat muka. Langsung tak berminyak dan cepat meresap ke dalam kulit muka. Elok benar di gunakan setiap hari tau.



Jika anda berminat untuk dapatkan produk ini, boleh la lihat maklumat di bawah untuk rujukan anda.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi :

Hotline : +6012-4540187