Sunday, November 19, 2017

PIZZA HUT Digital Concept Store, Sunway Piramid

Hi Korang,

Pizza Hut Malaysia ("Pizza Hut"), rangkaian pizza No.1 Malaysia telah mengorak sempadan digital baru - sebuah restoran konsep digital yang diperbaharui di Sunway Pyramid, berserta aplikasi mudah alih baru.


Kedua-dua inisiatif ini telah melonjakkan Pizza Hut dalam transformasi digitalnya, di samping menyokong misi rangkaian berkenaan untuk menjadikan proses membeli piza "Lebih Senang" dan memberi pengalaman "Lebih Baik" kepada pelanggan.

Berucap ketika majlis itu, Merrill Pereyra, Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (M) Holdings Bhd berkata: "Dalam membangunkan strategi digital Pizza Hut, kami kembali kepada teras industri makanan. Dalam industri kami, pengalaman pelanggan merupakan aspek paling utama, dan soal aspek digital bukanlah sekadar penggunaan teknologi semata-mata sahaja - ianya untuk memastikan kepuasan para pelanggan. Bagi kami, ini bermaksud menyenangkan proses pembelian piza untuk pelanggan - sama ada di restoran, 

Mengubah pengalaman makan dan pesanan digital

Restoran konsep digital baru Pizza Hut memberikan pelanggan pengalaman digital yang baru dari saat mereka melangkah masuk ke restoran, membuat pesanan dan menikmati hidangan mereka, sehingga saat mereka keluar. Dari panel digital pesanan dan pengurusan barisan yang terletak di luar restoran, hinggalah robot penyambut tetamu di dalam, restoran ini telah direka khas untuk berfungsi secara digital.


Di restoran konsep digital baru Pizza Hut juga, kesemua pekerja dilengkapi dengan tablet untuk mengambil pesanan dengan lebih efisien dan tepat.

Restoran baru ini juga merupakan cawangan pertama Pizza Hut di Asia Pasifik untuk menampilkan Kios Bawa Pulang Digital. Kios ini membolehkan pelanggan membuat pesanan dan bayar dengan lebih pantas, menjadikan proses ini lebih cekap dan mengurangkan masa menunggu.


Pelanggan juga dapat menggunakan menu “Augmented Reality” dengan keupayaan untuk berinteraksi dengan para pelanggan sambil memaparkan makanan dengan animasi-animasi yang membangkitkan selera. Pengalaman digital ini berterusan selepas pesanan telah dibuat, dengan penyediaan permainan digital yang menarik untuk memastikan para pelanggan akan terhibur sambil menunggu piza mereka.

"Dalam perancangan untuk menerapkan teknologi digital ke dalam restoran konsep digital ini, kami mendekatinya dari sudut pandangan pelanggan. Bagaimanakah kita dapat membuat keseluruhan pengalaman pelanggan lebih senang? Sebab itulah kami telah membawa penyelesaian seperti Kios Bawa Pulang Digital - kerana pelanggan memberitahu kami bahawa mereka ingin memesan dan membuat pembayaran dengan lebih pantas, supaya mereka dapat lebih cepat menikmati piza mereka. Dengan cara ini, pelaburan kami ke dalam pembinaan kios ini terus menjadi sebuah penyelesaian dan memberi pengalaman pelanggan yang lebih baik."

Kemudahan di hujung jari korang

Bagi pelanggan yang lebih suka menikmati piza yang dihantar ke rumah, Pizza Hut telah mula membuat pengalaman ini lebih baik dengan pembaharuan laman webnya pada awal Mei tahun ini, lengkap dengan mekanisme pesanan, navigasi dan penjejakan yang lebih mudah.

Pelaburan ini membawa keuntungan dengan kenaikan 107%* trafik laman web, sementara urus niaga jualan dalam talian meningkat sebanyak 31%*.

Pizza Hut kini telah mengambil langkah seterusnya dengan pelancaran rasmi aplikasi mudah alihnya.

Aplikasi ini akan menjadikan proses pesanan piza satu pengalaman yang lebih mudah dan bermanfaat. Aplikasi ini mengingati pesanan dan pilihan pelanggan yang terakhir - termasuk alamat penghantaran sebelumnya, supaya pelanggan tidak perlu memasukkan data berulang kali. Dengan data GPS dan data lokasi yang terbina di dalam kebanyakan telefon mudah alih hari ini, aplikasi ini dapat mengesan lokasi pelanggan dan menjadikan proses menempah semudah satu klik sahaja. Pemantauan status penghantaran juga memudahkan pelanggan menjangka bila penghantaran pizza mereka akan tiba.

Di samping membuat proses memesan lebih mudah, aplikasi Pizza Hut ini juga memberi ganjaran dengan setiap pesanan yang dibuat oleh pelanggan. Dengan setiap pesanan, pelanggan akan diberikan poin piza yang boleh ditebus untuk ganjaran seperti hidangan sampingan percuma, minuman ataupun piza percuma.

Sejak diperkenalkan pada awal bulan September, aplikasi mudah alih ini telah dimuat turun sebanyak 37,432 kali, dengan peningkatan kadar jualan melaluinya.

Gandakan ganjaran dengan "You download, We Belanja!"

Untuk meraikan aplikasi mudah alih baru ini, Pizza Hut akan memberikan 35,000 piza percuma melalui promosi terbaru mereka, "You Download, We Belanja". Pelanggan hanya perlu memuat turun aplikasi mudah alih Pizza Hut, dan buat pesanan untuk satu piza saiz biasa dan mereka akan mendapat satu lagi piza saiz biasa secara percuma!

Pelaburan berterusan dalam alam digital

Pizza Hut berhasrat untuk teruskan pelaburan mereka dalam teknologi digital bagi meningkatkan kualiti kepuasan pelanggan.

Kata Pereyra, "Pelaburan kami dalam strategi digital bukanlah untuk mendorong keperluan untuk terus berada di dalam trend semasa semata-mata." Sebaliknya, kami sengaja menggunakan teknologi ini dengan cara strategik supaya pengalaman pelanggan kami lebih hebat, baik dan lebih menyeronokkan - seperti piza yang mereka nikmati. 

Lagipun, semua orang suka piza yang panas dan lazat. Kami selalu bertanyakan soalan: "bagimanakah boleh kita menghantar piza terbaik kepada anda dengan cara termudah di samping memberi ganjaran kepada anda semasa berbuat demikian?"


"Kami percaya inilah yang akan meletakkan senyuman di muka pelanggan kami dan inilah sebabnya kami komited untuk menggunakan teknologi bagi meningkatkan kepuasan pelanggan, dan menjadikannya lebih mudah dan lebih baik," katanya lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pizza Hut Malaysia dan promosi terkini, layari www.pizzahut.com.my dan www.facebook.com/pizzahutmalaysia/. 

*Laman web baru Pizza Hut Malaysia telah memperolehi 31% daripada jumlah jualan atas talian, serta peningkatan 107% dalam trafik laman web dalam tempoh masa 5 bulan selepas pelancarannya.









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Saturday, November 18, 2017

Coca-Cola Bekalkan Air Minuman di Pusat Pemindahan Banjir

Hi Korang,

Coca-Cola Malaysia baru-baru ini menggerakkan rangkaian perbekalannya di seluruh negara bagi menghantar 24,000 botol (1,000 karton) air mineral Dasani di pusat pemindahan banjir dan beberapa saluran lain di Pulau Pinang dan Kedah bagi memastikan mangsa banjir mendapat akses kepada air minuman bersih.

Coca-Cola staff distributes water to families seeking shelter at SK Bertam Indah in Seberang Perai

“Sebagai syarikat yang beroperasi di negara ini, Coca-Cola komited dalam memberi bantuan terhadap usaha pemindahan mangsa bencana di mana ia diperlukan dan usaha sebegini dilakukan terhadap komuniti dan negara di seluruh dunia. Dalam banyak keadaan, The Coca-Cola Company sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan sewaktu atau selepas berlaku bencana alam, bagi membolehkan komuniti yang terbabit membina semula kehidupan memandangkan rangkaian pengedaran kami yang besar dan kehadiran kami di lebih 200 negara,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Coca-Cola’s Bottling Investment Group Malaysia-Singapura-Brunei, Gareth McGeown McGeown 

McGeown hands over drinking water to representatives from the Welfare Department at the Lubok Meriam relief centre

McGeown dan Pengarah Jualan Dagangan Am, Yap Wei Han berada di Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Kebangaan Bertam Indah dan Pusat Pemindahan Banjir Lubok Meriam di Seberang Perai baru-baru ini bagi membekalkan air minuman kepada lebih 700 keluarga yang mendapatkan perlindungan di sementara di situ. 

McGeown and Yap visits evacuees based at SK Bertam Indah and hands over drinks

Pasukan bantuan Coca-Cola turut melawat pekedai runcit di sekitar kawasan berkenaan bagi melihat bagaimana sokongan yang boleh diberikan syarikat bagi membantu kerja-kerja pembaikan kedai.









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Friday, November 17, 2017

Cheese Tarik Crust Baharu Domino’s! Tariklah Puas-Puas

Hi Korang,

Keju yang ditarik panjang amatlah sinonim ketika mengangkat sekeping pizza panas yang baru dibakar segar dari ketuhar. Jika anda rasa kenikmatan ini tidak dapat ditandingi lagi, Domino’s telah menemui cara untuk menambahkan lagi sensasi keju ini.

Diinspirasikan oleh mereka yang menggemari keju, Cheese Tarik Crust baharu ini membuktikan bahawa keju yang lebih banyak sememangnya adalah lebih menarik. Produk baharu ini bukan sahaja dicipta dengan penuh teliti tetapi juga menggunakan pemilihan mozzarella berkualiti tinggi seiring dengan usaha Domino’s untuk terus memperkenalkan sensasi keju yang lebih enak dan konsisten dalam setiap sajian. 


Bersumberkan seni keju artisan, pembuat piza Domino’s menggunakan teknik khas untuk membuat kerak piza ini dan berjaya menghasilkan kerak pizza yang paling berkeju. Dalam mencari rasa keju yang mengasyikkan, Cheese Tarik Crust mengetengahkan rasa keju cheddar yang terletak di dalam kerak yang ditabur dengan parmesan, kemudian dibakar sempurna. Dihasilkan secara segar bagi setiap pesanan dengan hidangan keju cheddar, cairan keju ini meleleh keluar dari kerak rangup dan memberikan tekstur yang lembut dan boleh ditarik, membuatkan anda ingin menariknya dengan lebih lagi. Dalam meluaskan lagi pilihan, Cheese Tarik juga boleh didapati dengan Mozzarella Cheese Tarik yang asli, yang sebelum ini dikenali sebagai Extreme Edge Crust.


Shamsul Amree, Pengurus Besar Kanan, Operasi, Domino's Pizza Malaysia dan Singapura berkata, "Kami gembira dapat memperkenalkan Cheese Tarik Crust baharu ini. Elemen-elemen kesenian dan kasih sayang telah dicurahkan ke dalam penciptaan kerak piza terkini kami seiring dengan inspirasi daripada teknik pembuatan keju. Kerak ini dihasilkan khusus bagi para peminat keju. Kami sangat gembira dengan penciptaan faktor ‘tarik’ ini dan kami percaya ia akan memberi pengalaman piza yang unik untuk pelanggan-pelanggan kami."

Cheese Tarik Crust boleh didapati dalam saiz Sederhana dan Besar dan boleh dinikmati dengan semua perisa piza. Ia juga merupakan tambahan pilihan kerak terkini kepada menu Domino's Pizza yang mengandungi bermacam-macam jenis hidangan. Cuba Cheese Tarik Crust yang baru dengan topping piza kegemaran anda hanya dengan bayaran tambahan sebanyak RM5 untuk piza bersaiz sederhana dan RM7 untuk pizza bersaiz besar. Pesan 2 Pizza Deal dengan keju tambahan dalam talian dan naik taraf kepada Cheese Tarik Crust untuk menikmati Stuff Cheddar Bites secara percuma setiap hari Selasa sebagai tambahan kepada tawaran Super Tuesday!


Bersempena dengan pelancaran produk terbarunya, Domino’s akan menganjurkan cabaran Cheese Tarik Malaysia yang pertama. Cabaran yang menyeronokkan dan mudah ini bertujuan untuk melihat sejauh mana anda boleh 'menarik' keju Cheese Tarik Crust. Untuk menyertai peraduan tersebut, dari 27 November, 2017 hingga 24 Disember, 2017, ambil sekeping gambar keju yang ditarik dalam gaya anda yang paling kreatif, muatkan tag @DominosMY; #CheeseTarikChallenge bersama-sama gambar tersebut dan muat naik di Facebook, Instagram atau Twitter. Pemenang mingguan akan dimaklumkan menerusi laman web dan akan membawa pulang bekalan piza untuk sepanjang tahun. Untuk setiap cabaran yang berjaya, Domino’s akan menyumbang kepada inisiatif komuniti hujung tahunnya. 


“Keseronokan dan kasih sayang dapat memberi makna yang besar kepada semua. Kami ingin mengalu-alukan penyertaan pelanggan kami terutamanya penggemar keju untuk turut serta dalam cabaran Cheese Tarik yang menyeronokkan ini. Bertujuan untuk menyampaikan kegembiraan serta kebahagiaan, Domino’s berjanji untuk menyumbang ke arah inisiatif komuniti berdasarkan penyertaan cabaran melalui muatan-muatan di media sosial. Bergembiralah dengan Cheese Tarik Crust sambil kami menyumbang kepada mereka yang memerlukannya.” kata Shamsul.

Untuk mengekalkan kenikmatan kelazatan keju, Domino’s Pizza’s Cheesy Four baharu yang mengandungi empat buah hidangan sampingan adalah pasangan yang sempurna bagi piza kegemaran anda. Dapatkan kombinasi keju-keju yang lazat dalam all-in-one box yang sesuai untuk dikongsi. Diilhamkan dari piza yang merupakan makanan yang dikongsi bersama-sama, Cheesy Four menyenangkan pesanan dan memberi kemudahan kepada para pelanggan, serta amat sesuai dikongsi bersama orang-orang tersayang. Cheesy Four mengandungi Garlic Cheese Onion Rings, Cheesy Cheddar Stix, Stuffed Cheddar Bites dan Crazy Chicken Crunchies (Perisa Tom Yam) dengan keju celup yang begitu lazat. Hidangan ini pasti akan menambahkan lagi kenikmatan pengalaman keju anda. 


Nikmati Domino’s Garlic Cheese Onion Rings klasik - rangup, bawang dihiris tebal yang disaluti tepung, dan ditabur dengan keju parmesan yang lazat. Crazy Chicken Crunchies (Perisa Tom Yam) dengan celupan keju yang begitu menyelerakan. Dua hidangan sampingan baharu akan dilancarkan bersama Cheesy Four, iaitu Stuffed Cheddar Bites, ketulan yang berisi ayam pepperoni, penuh dengan keju dan dibakar sempurna serta Cheddar Cheese Stix baharu yang diisi dengan keju cheddar dan ditabur dengan keju parmesan. 

Nikmatilah Cheesy Four pada harga promosi RM23.90 dengan pesanan minimum sekotak piza saiz personal. Nikmati diskaun sebanyak RM2 untuk Cheesy Four apabila anda memesan melalui atas talian.

Cheese Tarik Crust dan the Cheesy Four baharu boleh didapati di semua rangkaian Domino’s Pizza dari 13 November. Kunjungilah rangkaian kami, atau buat pesanan melalui atas talian di http://www.dominos.com.my/, atau hubungi 1300-888-333 untuk membuat pesanan. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Domino’s Pizza Malaysia’s Cheese Tarik Crust dan the Cheesy Four serta promosi-promosi yang sedang berlangsung, kunjungi kami di http://www.dominos.com.my/