Tuesday, November 7, 2017

Jom serbu Make 11.11 Fly Traveloka Flight Campaign

Hi Korang,

Siapa tau 11.11 nanti ada apa?

Meh lekas angkat tangan 🙌 🙌 🙌 🙌

Yesza kalau nak tau 11.11 ni merupakan hari sales yang kaw-kaw punya. Selain daripada hari ‘singles day’ sambutan mega sales kebanyakannya bermula pada tarikh ini. 

Kesemua website online shopping seperti Lazada, Shopee, Zalora dan lelain lagi bakal mengadakan jualan akhir tahun dengan tawaran harga yang sangat-sangat menakjubkan, dah tentu kita akan ternanti-nanti kedatangan tarikh keramat ni. Sebenarnya bukan online shopping je, beberapa jenama lain seperti Watsons, Padini dan Redmi pun buat tawaran hebat pada sempena hari 11.11. Kalau berjalan-jalan ke mall pun dah mula nampak pelbagai promosi. 

Dan kalau nak tau TRAVELOKA juga tidak mau lepaskan peluang untuk melancarkan kempen istimewa jugak ye. 


Jap-jap korang tau ke idokk TRAVELOKA ni apa ?

Meh sini akak lily terangkan

TRAVELOKA ni merupakan website yang menawarkan perkhidmatan menempah tiket kapal terbang dan hotel ke mana jua yang kita nak pergi, baik di dalam negara mahupun di luar negara even sampai ke Zimbabwe jugak tau. Kalau korang tengok dalam senarai lokasi penerbangan tuh, boleh pengsan rasanya. 

Untuk promosi 11.11 Traveloka Flight Campaign ni, TRAVELOKA menawarkan tiket kapal terbang pergi dan balik untuk 2 orang untuk terbang kemana sahaja pada harga yang berpatutan. Promosi 11.11 Traveloka bukan sehari je, tapi dari 10, 11 dan 12 November. Haaaa ada masa 3 hari untuk korang rambang mata, membelek harga, mengira budget dan berfikir kemana nak pergi bercuti-cuti nanti. 

Wow best tuh !

Yelah tak kan lah nak travel sengsorang kan, mestilah travel berdua baru asyik masyuk hehehhe

Nak kak lily suggestkan ke ?

Kalau berdua tu haruslah ke tempat romantik macam Kundasang, Tanjung Aru Sabah, Langkawi, Bali, Lombok, Maldives dan banyak lagi tempat-tempat romantik tau. Kalau budget terlebih boleh la melancong ke negara-negara di Eropah, memang masyuk sangat untuk berhoneymoon. Eh bukan tempah untuk dua orang je dapat diskaun tapi tempah lagi banyak haruslah lagi banyak diskaun kan. Boleh lah bawak anak-anak sempena cuti sekolah nanti. 

Hujung-hujung tahun ni kalau nak merasa salji boleh la ke Korea berwinter sonata, Jepun atau China. Selalunya tiket-tiket kapal terbang ke negara-negara salji ni memang murah berbanding waktu musim panas. Bukan apa, waktu-waktu ni dipanggil low season. Bila time Low season memang harga lebih murah dan kurang pelancong. Dah sejuk-sejuk tu memang orang tak keluar atau melancong ke negara yang lebih panas. Tapi bagi kita orang Malaysia yang selalu mengadap panas, salji tu macam menarik sangat kan.

Bila kak lily baca review pengguna TRAVELOKA ni rasa macam best plak kalau jadi member ek, sebab satu kebaikannya adalah korang akan di maklumkan awal mengenai harga promosi, mudah untuk menyusun kembali jadual perjalanan, jaminan harga terbaik dan lain lain lagi.

Hah excited lah korang semua ni kan

Ok masuk log in dulu ke website TRAVELOKA ni


Kemudian masukkan details tempat percutian yang korang nak tempah

Tada….


Tengok murah giler sungguh ek !!

Itu baru pi Maldives belum lagi pi tempat-tempat lain kan. So korang bolehlah mula rancang nak pi bercuti kemana kan hujung tahun nanti. 

Korang janganlah bimbang tak tentu arah pasal TRAVELOKA ni ek sebab korang tengok ni


Bukan main banyak lagi airline partners TRAVELOKA, kebanyakkan syarikat penerbangan Malaysia ni ada dalam list ni so dah confirm-confirm flight betul ye

Kenapa eloknya membeli secara online ek?

Yelah dengan keadaan zaman sekarang ni yang semuanya nak serba cepat mudah dan ringkas tak de salahnya membeli secara online, malah lebih menjimatkan masa. Lagi pulak kita boleh rancang percutian kita lebih awal lagi. Kalau nak tau dengan TRAVELOKA selain daripada boleh tempeh tiket kapal terbang kita jugak boleh tempah hotel sekali. Bukan je di dalam negara bahkan di luar negara juga ada


Senarai partner hotel dengan TRAVELOKA, banyak tu kan

Kira elok sangatkan lepas beli tiket flight, beli tiket hotel pula. Tak payah susah-susah nak bukak banyak app, website untuk check hotel mana best. Korang boleh check dalam platform yang sama. Nak lagi best, korang download app Traveloka ni dekat handphone korang. Harga dekat app selalunya lagi berbaloi-baloi. Lepas tu lagi mudah korang nak buat tempahan. 

Ni kak lily nak share kenapa app Traveloka lebih berbaloi-baloi. 


Cari destinasi, yang warna hijau tu anggaran tarikh dengan harga terendah. Nak berjalan, untuk kurangkan cost, kita kena bijak buat pilihan. Bila dah kurangkan kos penginapan dan pengangkutan, duit lebih boleh gunakan untuk shopping atau simpan untuk next trip.


Ni contoh kalau dekat web sebelah kiri tau dan kalau guna app telefon sebelah kanan ye. Offer 25% dengan login dan menggunakan app. 

Menarik tak? 
Lepas tu guna app ni memang memudahkan. Lagi-lagi yang memang selalu travel tu. Why pay more when you can pay less.

Harga yang korang tengok tu, tu la harga yang akan korang bayar. Tiada caj tambahan ingat tuh. Cuma kurang sket je lagi, kalau ada kalau korang masukkan kod promosi yang ada sebelum proceed dengan payment. Tips, selalulah check promosi yang ada sebab korang mesti sangat berpuas hati dengan harga terakhir selepas diskaun.

Pengalaman beli tiket di TRAVELOKA.com 


Kalau korang nak tau, kak lily pernah juga menggunakan perkhidmatan TRAVELOKA ni, masa tuh nak ke Langkawi, rasa-rasanya awal tahun lepas.Sebelum menempah tuh, akak lily banyak buat perbandingan harga dengan website travel yang lelain dan ternyata TRAVELOKA jauh lebih murah dan pilihan waktu penerbangan pun banyak. Bayar je siap-siap semua sekali termasuk dengan hotel sekali kak lily tempeh so senang. Sampai je sana tunjukkan apa dokumen yang patut then terus check in ek.

Sekarang ni pun tengah ada promosi jugak tau, bercuti ke Korea, Surabaya, Hong Kong, Guangzhu pada kadar istimewa dan ada tawaran esklusif pun, korang check it out dulu ek dekat https://www.traveloka.com/en-my/promotion

Memang tak sabar nak tunggu 11.11 ni nanti ek, eleh lagi beberapa hari je lagi pun. 

Dah jangan fikir panjang lagi, korang dah boleh check itu website TRAVELOKA ni untuk usha-usha mana nak pi cuti sekolah hujung tahun nanti ek. Dalam malaysia ke luar malaysia ke. Kemana saja la yang korang teringin pergi untuk meluangkan masa bersama family atau kawan-kawan janji minimum 2 orang. 

NI kak lily ulang lagi website TRAVELOKA ni 

Jangan lupa checkout Traveloka Make 11.11 Fly









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Monday, November 6, 2017

The Music Run 2017, Seronok Berlari Sambil Menari

Hi Korang,



Setelah berbulan-bulan menunggu, akak lily rasa teruja sangat nak ke The Music Run 2017 anjuran AIA ni. Yelah bila tengok promonya kemain hebat lagi. Masa pi amik racekit hari tuh dengan Mr Big dah rasa seronok sangat sebab accesoriesnya memang cool habis, ada shades, hairband, layard, tshirt dan memacam lah.

So sabtu lepas, pergilah kami berdua berlari.


Dah lama tak lari dengan Mr Big, selalunya aku pi sengsorang je tak pun dengan bebudak blogger yang lain kan. Sampai KL Sports City tuh kemain riuh lagi dah, once kitaorang dapat parking terus je berjalan masuk ke The Music Village. Ya ampun jauh bebenau nak masuknya, bayangkan dari parking C kami berjalan sampai ke LRT station Bukit Jalil then naik balik masuk ke pintu stadium.


Masa kitorang sampai depan pintu stadium tuh, 10km runners dah mula berlari pun huahauhauahua.


Sebelum masuk pintu besar tuh, kami akan di scan pada gelang RIFD yang diberikan masa ambil race kit hari tuh, diorang dah pesan jangan hilangkan gelang tuh. Ok pakai gelang then terus dapat masuk, sebab tuh jem kat depan pintu ni, sebab gelang ni hah punye citer.


Di sebabkan event ni cashless, lepas dapat masuk akak lily terus beratur the booth TOP UP Station untuk top up duit belanja yelah mana tahu nak beli makan-makan ke, merchandise ke, minum-minum kan, bawak Mr Big ni macam bawak budak kecik dia suka explore menda-menda yang tak pernah dia tengok then beli itulah suamiku si abang banker tuh lah.


Bila masuk ke dalam stadium tuh dah rasa cam pi clubbing plak hahahaha


Music in everywhere dam dum dam dum kemain kuatnya dengan sampai nak bercakap pun kene menjerit hahahaha so kitaorang pun merayaplah dari satu booth ke booth. Macam-macam booth ada seperti booth makanan minuman, booth sponsors macam The Face Shop, Tiger Balm dan booth yang best sekali akak lily singgah adalah booth AIA sebab macam-macam ada kat situ tau.




Kat Booth AIA ni selain daripada dapat bersenam dan menari di X-Box section tuh, sempat jugak akak lily lakukan simple checkup alah setakat check blood pressure dan BMI je dan keputusan sudah pun di jangka akak tekanan darah ok dan akak lily obsess hauhauahua nangis tepi bucu meja hari tu tau.

Masa yang di tunggu telah pun tiba yeahh


Panggilan untuk 5km runners, kitaorang keluar yang last-last sekali sebab ramai benau orang tau, even larian dah start 15 minit pun still lorong starting point tuh ramai lagi orang, lepas 30 minit cam tuh barulah kami berdua berlari. Alah bukan lari pun, berjalan je slow-slow cam strolling gituh. Bukan nak menang pun, sekadar bersenam je kan.




Selain daripada youngsters, warga emas, yang bawak family pun berlari jugak, siap dengan stroller lagi tau.Itu yang menambah semangat kitaorang nak berlari lagi. Walaupun 5km je tapi letihnya kemain oi, rasa nak tercabut kaki padahal pusing stadium Bukit Jalil ni je hah hahahaha..


Bila nak finishing line rasa lega bukan main lagi, rasa menyesal pun ada jugak masuk larian cam ni tapi demi untuk kesihatan akak lily teruskan jugak, eh motivasi semua tuh tau.


Yeah berjaya dapat medal sorang satu, ermm jadilah. Yang penting happy, dapat bersenam, dapat bersama love one, dapat berlari dengan kengkawan yang lain itu lagi best kan.


Habis berlari The Music Village tuh memang macam tempat clubbing sungguh lah, dengan orang menari, borak-borak, makan-makan bagai kan. Kitaorang pusing sekali lagi round untuk beli makan then kemudiannya balik sebab lari dah penat.. ermm dasar pemalas pompuan gemuk hehehhe

Anyway The Music Run 2017 sememangnya menarik hati kak lily, rasa-rasanya kalau tahun depan ada lagi haruslah akak lily menjoinkan diri lagi










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Sunday, November 5, 2017

Undian JJCM Makan Awards Kini Bermula!

Hi Korang,

Aplikasi Jalan Jalan Cari Makan memperkenalkan “JJCM Makan Awards” buat julung-julung kalinya. Penganjuran anugerah ini bertujuan memberi peluang buat rakyat Malaysia khususnya komuniti peminat makanan alam maya mengiktiraf tempat makan kegemaran mereka di sekitar Lembah Klang. Sebanyak 7 kategori diwujudkan merangkumi 8 menu kegemaran rakyat Malaysia sepanjang zaman. Mengangkat elemen popular dan terbaik dalam menentukan pemenang, JJCM Makan Awards menggunakan format pemarkahan 50 % undian rakyat Malaysia dan 50 % lagi penjurian profesional yang terdiri daripada figura tersohor dunia kulinari tempatan yang akan diumumkan tidak lama lagi.


Pencalonan awal menyaksikan beberapa lokasi disenarai pendek hasil daripada cadangan pengguna aplikasi Jalan Jalan Cari Makan. 7 kategori tersebut adalah Nasi Lemak Popular, Rojak Popular, Kuey Teow Basah Popular, Sate Popular, Cendol & Rojak Popular, Ikan Bakar Popular dan Burger Kaki Lima Popular. Pengundian akan mula dibuka hari ini , 1 November dan berakhir pada 24 November 2017 menerusi laman sesawang www.jalanjalancarimakan.com.my. Korang boleh mengundi restoran kegemaran korang sebanyak 10 kali undian sehari, bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

“Makanan dan rakyat Malaysia berpisah tiada dan kerana itulah kami di Media Prima Digital menganjurkan JJCM Makan Awards ini di mana kami mahu memberi peluang penggemar dunia gastronomi tempatan menentukan lokasi kegemaran mereka. Selain itu, tidak boleh dinafikan program Jalan Jalan Cari Makan telah menjadi sebahagian daripada pengaruh besar komuniti peminat makanan tanahair dan sudah tiba masanya kami berkongsi minat dan keghairahan pengembaraan makanan kami bersama rakyat Malaysia”, jelas Li Ee Kee, pengurus produk aplikasi JJCM.

Pemenang bagi setiap kategori bakal membawa pulang trofi eksklusif JJCM Makan Awards dan hadiah wang tunai. Pemenang akan diumumkan dalam satu majlis kemuncak pada bulan Disember nanti. Rancangan Jalan Jalan Cari Makan yang telah pun bersiaran lebih 16 tahun itu kini dikendalikan Nazrudin Habibur Rahman atau lebih mesra dikenali sebagai Abg Naz. Sepanjang penyiarannya, antara nama personaliti yang pernah menduduki kerusi pengacara rancangan itu adalah Maria Tunku Sabri, Iqram Dinzly, Serina Redzuwan, Shiha Zikir, Iqbal Mazlan dan Qi Razali.

Aplikasi JJCM yang telah pun mula menemui pengguna akhir tahun 2015 dan sehingga kini, ia mencatat lebih 250 ribu muat turun. Setiap pengguna yang mendaftar akaun mereka di aplikasi ini boleh memuat naik sebarang komen dan cadangan mengenai tempat makan yang mereka kunjungi. Daripada pencinta makanan, untuk pencinta makanan. Mengambil kira konsep inilah maka aplikasi JJCM mewujudkan ruangan komen dan cadangan ini bagi membawakan interaksi antara pengguna selain membolehkan pengguna lain melihat apakah ulasan pengguna lain mengenai sesuatu tempat makan tersebut.

Fungsi carian berdekatan pula membolehkan pengguna melihat senarai restoran yang berhampiran dengan kedudukan GPS mereka. Seperti contohnya, sekiranya mereka berada di Damansara, fungsi ini akan memaparkan senarai tempat makan pilihan JJCM yang berada dalam radius Damansara. 

Aplikasi JJCM juga tidak terhad kepada tempat makan yang dikunjungi produksi rancangan Jalan Jalan Cari Makan sahaja. Pasukan editorial aplikasi JJCM juga pergi ke tempat-tempat makan lain yang dicadangkan orang ramai. Menerusi paparan artikel-artikel menarik di ruangan editorial, pengguna aplikasi JJCM boleh mendapatkan lebih informasi mengenai restoran-restoran lain juga senarai artikel yang merangkumi pelbagai jenis dan topik berkaitan makanan. Pasukan editorial JJCM juga akan ke seluruh negara bagi mencari makanan-makanan unik dan menarik untuk dicadangkan kepada pengguna apllikasi JJCM. Buat julung-julung kalinya, sebuah program kembara makanan aplikasi JJCM telah pun diadakan di negeri Terengganu April lalu di mana pasukan editorial aplikasi JJCM bersama beberapa rakan media dan bloggers terplih menjelajah ke serata Terengganu bagi mencuba pelbagai jenis hidangan moden serta tradisional menarik di negeri pantai timur itu.


Senarai Pencalonan JJCM Makan Awards 2017


NASI LEMAK POPULAR

a. Nasi Lemak Bumbung
Jalan 21/11B, Sea Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor

b. Village Park
No. 5, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor

c. Nasi Lemak Tanglin
Gerai No 6, Kompleks Makan Tanglin, Jalan Cendrasari, 50480 Kuala Lumpur

d. Nasi Lemak Antarabangsa
No. 4 Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur

e. Nasi Lemak Royale ‘Kedah’
Lot 8500, Jalan Ampang Putra, Kampung Pandan Dalam, 55100 Kuala Lumpur

BURGER KAKI LIMA POPULAR

a. Brader John Burger
Depan RHB Damansara Uptown, Jalan SS21/58, 47400 Petaling Jaya, Selangor

b. Om Burger
Depan 7-11, Lorong Kolam Air Lama 1, Ukay Heights, 68000 Ampang, Selangor

c. Yazid Burger
Lot 4, Medan Selera Anjung, Jalan Tungsten 7/23, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

d. Tajima Burger Bangi
Lot Kompleks Sukan MPKJ, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, 43000 Bangi, Selangor

e. The Burger Shop
Jalan SS 15/8, SS 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

IKAN BAKAR POPULAR

a. Sambal Hijau
Lot 2990, Kampung Sungai Penchala, Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur

b. Kak Jat Ikan Bakar @ Medan Ikan Bakar Jalan Bellamy
Lorong Bellamy, Bukit Petaling, 50460 Brickfields, Kuala Lumpur

c. Ikan Bakar Pak Din @ Medan Selera Tanglin
Bersebelahan Klinik Kesihatan Jalan Tanglin, Medan Selera Tanglin, 50646 Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur

d. Restoran Ikan Bakar FEND
Lot H-G-05, Jalan SS6/16A Dataran Glomac Kelana Jaya, SS 6, 47301 Petaling Jaya, Selangor

NASI KANDAR POPULAR

a. Zainul Nasi Kandar
Gerai No. 90, Lorong Sultan, Seksyen 52, 46200 Petaling Jaya, Selangor

b. Mohd Yaseem Nasi Kandar
No. 351 & 353, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur

c. Restoran Kudu Bin Abdul
No. 335, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur

d. Suberi Nasi Kandar
No. 50, Bengkel IKS, Keramat AU3/1, 54200 Kuala Lumpur

e. Restoran Ibramsha  Nasi Kandar
No. 68, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur

KOAY TEOW BASAH POPULAR

a. Mali's Corner
No. 9-1, Jalan Langkawi, Platinum Walk, Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur

b. Mamu Penang Char Kuey Teow
Perkarangan Masjid Al-Mustaqim, Persiaran Putra, Laman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor

c. Mie Cord Char Kway Teow
Lot 2995, Kg Sungai Penchala, Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur

d. Sany Char Kuey Teow
Gerai 1A, Jalan Berserah, Jalan Kuantan, Taman Tasik Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur

CENDOL POPULAR

a. Cendol SS 15 Subang
Jalan SS 15/3B, 47500 Subang Jaya, Selangor

b. Rojak & Cendol Din
Depan stesen petrol Petronas, Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

c. Cendol Bakar Kuala Selangor
Lot 1195-1196, Batu 1, Kampung Assam Jawa, Jalan Bukit Rotan, 47000 Kuala Selangor, Selangor

d. Rojak & Cendol Shah Alam
Medan Selera Delima Seksyen 24, 40300 Shah Alam, Selangor

e. Cendol Pulut/Tapai Laksa Utara
Berdekatan Unisel, Seksyen 7, Shah Alam

Satay Popular

a. Sate Kajang Hj Samuri
Lot 1, 2 & 3, Ground Floor & 2nd Floor, Bangunan Dato’ Nazir, Jalan Kelab, 43000 Kajang, Selangor

b. Willy Satay
Ramal Food Junction, Jalan Sungai Ramal, 43000 Kajang, Selangor

c. Satay Zainah Ismail
Lot 1077, Lorong Kiri 20, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur

d. Hj Senen Satay
Restoran O Mulia, 300-1 Jalan Tun Razak, 54200 Kuala Lumpur

e. Zaini Satay
Jalan Kolam Air Lama, 68000 Ampang Jaya, Kuala Lumpur

Rojak Popular

a. Rojak & Cendol Din
Depan stesen petrol Petronas, Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

b. Rojak SS 15
Jalan SS 15/3B, 47500 Subang Jaya, Selangor

c. Rojak Bellamy
Pernama PN 090, Jalan Bellamy, 50450 Kuala Lumpur

d. Sulaiman’s Famous Cendol & Rojak
Sebelah MSS Maju Restaurant (belakang Market Hall), Off Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur


Aplikasi JJCM boleh dimuat turun secara percuma di Apple Store bagi pengguna iOS manakala pengguna Android pula di Play Store.








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com