Wednesday, September 20, 2017

GUARDIAN MALAYSIA Bantu Tambah Baik 10 Rumah Kebajikan Sempena Sambutan Ulangtahun Ke-50

Hi Korang,

Guardian Malaysia, peneraju industri kesihatan dan kecantikan runcit, menjadikan ulang tahunnya yang ke-50 lebih bermakna dengan sebuah projek komuniti RM250,000 untuk mempertingkatkan pelbagai kemudahan di 1 0 buah rumah kebajikan di seluruh negara.

Mr Soren Lauridsen, CEO of Guardian Malaysia posing with residents of Pertubuhan   Kebajikan Anak Yatim Mary2

Rurnah-rumah kebajikan ini, tujuh daripadanya merupakan rumah anak-anak yatim, terletak berhampiran cawangan Guardian di pelbagai lokasi di seluruh negara. Kebanyakan daripada rumah-rumah tersebut telah memohon agar kediaman mereka dibaiki, dinaik taraf dan dibaik pulih. 

Selain daripada peruntukan RM250,000, Guardian Malaysia turut menggalakkan para pekerjanya untuk menyumbangkan masa dan tenaga secara sukarela untuk membantu dalam kerja-kerja penambahbaikan, di samping meluangkan masa menghiburkan kanak-kanak yang tinggal di situ. 

Kepimpinan melalui teladan ditunjukkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia), Mr. Soren Lauridsen. Mengetuai pasukan stor,sokongan Guardian dan stor-stor Guardian, beliau telah meiuangkan masa, membantu mengecat semula pagar, dinding dan gril di kediaman Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary, di Setapak, Kuala Lumpur.



Selain kerja-kerja mengecat, Guardian Malaysia turut memasang alat penghawa dingin, kipas dan· jaring penghalang nyamuk untuk rumah anak yatim tersebut, yang menempatkan 55 anak yatim dan kanak- kanak daripada keluarga beribu atau bapa tunggal. 

Mr Lauridsen berkata: "Setiap tahun, apabila kami meraikan ulangtahun, kami menjadikannya satu kewajipan· untuk membantu golongan yang memerlukan. Selama bertahun-- tahun, Guardian telah menghulurkan pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan. Selalunya dalam bentuk sumbangan kewangan, kadang-kala dalam bentuk barangan dan menerusi keseronokan dan kegembiraan. Tahun ini, o!eh kerana Guardian menyambut ulang tahun ke-50, kami membuat keputusan untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang tinggal berdekatan dengan tempat kami beroperasi." 

Leading by example, CEO Guardian Malaysia Mr Soren Lauridsen helping to repaint the roof of Pertubuhan   Kebajikan Anak Yatim Mary

Kami telah meminta pasukan kami di stor stor untuk mengesyorkan rumah-rumah kebajikan yang rnernerlukan pembaikan atau penambahbaikan di kawasan kejiranan rnereka, tetapi kekurangan dana. Kami telah memilih 10 buah rumah yang kami·rasakan sumbangan kali ini memberi perubahan bermakna untuk mereka." 

"Dengan membantu menambahbaik tempat tinggal kanak-kanak, anak-anak yatim dan warga emas ini, kami percaya kami dapat memperkasakan mereka untuk menjadi lebih yakin dan kemudiannya mampu berdiri sendiri," tambah Mr. Lauridsen.

Program hias semula amal itu telah bermula bulan lepas, dan dijadualkan untuk siap sepenuhnya penghujung November ini. Rumah-rumah kebajikan lain yang turut menerima penambahbaikan adalah:

i. Rumah Kebajikan Bakti Fayi (Kedah], ii. Chrystal Home Taiping (Perak)

iii. Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Nanthisar (Negeri Sembilan)

iv. Happiness Centre For The Mentally Disabled Children (Melaka)

v. Calvary Boys Home & Calvary Girls Home (Johor)

vi. Rapha Children's Home (Pahang)

vii. Rumah Anak-anak Yatim Salimah (Kelantan)

viii. Sabah Cheshire Home, and

ix. The Salvation Army Kuching Children's Home (Sarawak).


Sepanjang 9 tahun yang lalu, Guardian telah menyumbang sebanyak hampir RM4.5 juta kepada pelbagai jenis usaha-usaha amal dan kebajikan, dengan kecenderungan kepada golongan keluarga beribu/bapa tunggal dan rumah anak-anak yatim.










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com



Tuesday, September 19, 2017

Boleh Order Di PAPPADELIVERY Sekarang Ni, Banyak Pilihan Makanan Tau

Hi Korang,

Sememangnya trend order makanan secara online ni dah ramai orang buat dah, lebih-lebih lagi di bandaraya Kuala Lumpur. Yelah dengan masa lunch yang pendek, tempat makan susah nak parking kan, ini adalah cara yang paling senang dan menjimatkan masa.


Bagi menyelesaikan permasalahan ini, restoran Pappa Rich menawarkan perkhidmatan aplikasi PappaDelivery yang di bangunkan bagi memenuhi permintaan orang ramai kan. Even kak lily pun suka order-order online ni, order di internet then tunggu mengikut masa yang di tetapkan then sampai terus depan pintu. 

Tak ke best tuh kan!!

Tak kira apa jua alasan pun, bila ada perkhidmatan penghantaran ni memang sangat bagus tak kira samada di rumah, di pejabat dan di mana jua pun. Dengan servis penghantaran makanan PappaDelivery ni kita boleh mendapat makanan yang sesuai dan sedap tak kira berapa ramai jua orang. Hanya dengan melayari website PappaDelivery ni, cari lokasi korang, lihat menu makan, mulakan pesanan dan tunggu hingga pesanan sampai. 

Tak ke mudah tuh

Lagi pulak, PappaDelivery menjanjikan jaminan bahawa penghantaran makanan sejam daripada waktu pesanan dan pesanan terakhir akan berakhir di antara 9pm - 10pm. Juga terdapat pilihan pra-pesanan

Di antara menu yang sempat kak lily cuba hari tuh, sedap-sedap belaka tau

Pelbagai jenis menu pilihanan makanan


Alasan yang penting untuk korang memilih menggunakan servis PappaDelivery ni , kerana kesemua makananya telah pun mendapat pengesahan sijil HALAL daripada Halal Department of Islamic Development of Malaysia (JAKIM). Setiap bahan-bahan masakan dari PappaRich merupakan hasil daripada barangan berkualiti dan segar-segar belaka.





Pilihan menu terdiri daripada 6 jenis pilihan iaitu:-

1. Nasi

2. Makanan Barat

3. Mee

4. Snek

5. Bakar

6. Minuman

Memacam kan, daripada hidangan klasik hingga ke fusion. Kalau tengok dari website tuh, rasa pening nak fikir yang mana satu nak order.



Kawasan Penghantaran PappaDelivery



Ermm penting jugak informasi ni, yelah kita boleh check samaada lokasi kita ni PappaDelivery boleh hantar ke tak, kang penat-penat order tup-tup tak boleh hantar pulak.

Di antara lokasi penghantaran adalah :

· Ampang
· Jalan Ipoh/Sentul
· Setapak
· Sri Petaling/ Bukit Jalil
· Kepong/Jinjang
· Bangsar
· Ara Damansara
· Kota Damansara
· Batu Caves
· Gombak
· Selayang
· Damansara
· Petaling Jaya
· Bandar Utama
· Cheras

Pesanan minimum bermula dari RM15 termasuk GST dan kos penghantaran adalah RM5.30 termasuk GST.


So apa tunggu lagi, meh check it out di

Website : 
https://pappadelivery.my/

untuk order makanan ek.










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com



Monday, September 18, 2017

Its Cik Lily Putih 39th Birthday

Hi Korang,


39 tahun!!

Ya ampun macam tak percaya dah 39 tahun rupanya akak Lily ni ek. Perangai cam jahanam lagi, horah horey sana sini tak ikut masa. 

Seriously kalau orang tengok kak lily ni mesti ingat cam 35-36 je umur disebabkan perangai cam tuh ermm tapi tidak ye.

Memang tak de sambutan apa-apa pun just kengkawan wish birthday je 6hb Sept ari tuh, even aku pun kerja cam biasa, selalunya setiap tahun aku ambil cuti tapi tahun ni tidak. Alah kerja banyak melambak-lambak lah, lain kali la cutie k.


Malam tuh pi makan je kat restoran Hasinda Sim, alah Chinese muslim food kat Bangi Seksyen 9 sebab dah lama benau tak kesana kira cam teringin gituh lah. Disebabkan kami follow each other di social media so diaorang pun tahulah pasal birthday ni then diorang wish as well hehehe.


Abis je makan tengok borak-borak tup-tup lampu kedai terpadam plak, terus je fikir agaknya diorang suruh kitaorang balik lekas agaknya. Tetiba kena tepuk bahu dengan Datin Hasinda, rupanya aku kena tiup lilin kat atas kek comel nie hahahahhaha nak gelak pun hado, suker pun hado yelah dah tua-tua ni ada jugak birthday celebration kan.


Potong jugak kek tu dan distribute kat semua orang yang ada dalam kedai termasuk pelanggan yang ada, alah rezeki di kongsi bersama-sama kan.

Terima kasih Datuk dan Datin Hasinda Sim for the cake, sedap benau

So kepada korang yang sudi wish birthday kat akak lily samaada di facebook, Instagram, twitter dan whatsapp di ucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas tanda ingatan korang tuh, akak lily hargai sesangat tau. Ya ampun timeline FB akak lily dah macam timeline artis ting tong ting tong bunyi notification masuk, nasib baik tepon silent kat opis kalau tak naya ooo bos bising hehehehe.


Di umur 39 tahun ni kak lily tak mintak banyak just bersyukur apa yang ada, di panjangkan usia, di murahkan rezeki, di panjangkan jodoh dengan abang banker Mr Big yang tercinta, rajinkan diri dekat kepada Allah dan senantiasa berbuat baik sesame insan. 

Itu je dah cukup..







Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com