Thursday, September 7, 2017

Candle Light Dinner Di Club Lounge, Level 18 Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Hi Korang, 


Kitaorang memang bukan pasangan romantik pun dan memang tak pernah having ‘Candle light dinner’ seumur hidup ni tau kecuali masa Earth Hour dan kalau elektrik tak de kat umah hahahaha bengong kan. 

Dengan masa tak de, memasing busy memanjang so cam nek nak beromantik bagai. 


Kebetulan di Grand BlueWave Hotel Shah Alam ada buat pakej ‘Candle light dinner’ ni so apa lagi grab lah kan. Buat booking dulu nanti masa booking tuh diaorang akan tanya menu pilihan semua so senang tak delah nak fikir-fikir panjang masa datang sebab semuanya dah ready tau. 


Ingatkan dinner kat area lobby hotel ermm rupanya dinner di tingkat 18 ye di Club Lounge, mestilah best sebab pemandangannya cantik sangat dan suasananya tenang dan sunyi je. Walaupun setting up meja tuh simple tapi menarik dengan taburan kelopak bunga ros, lilin dan belonnn ye, akak lily suka belon tau. 



Jom tengok menu yang menjadi hidangan ‘Candle light dinner’ ni ek 

Pembuka Selera 

Herbs Salad with an Array of Smoked Chicken Breast Drizzle with Honey Mustard Dressing 

Hidangan pembuka selera yang cukup ringkas tapi mengenyangkan dengan adanya dada ayam yang di hidangkan sekali dengan sos mustard. Yang lagi best, Chef akan menunjukkan demo bagaimana salad ini di buat. 


Wah live demo tau, leka sekejap di buatnya. Padahal just mixing je tapi seronok jugak wei hehehehe

Hidangan Sup 

Puree of Green Pea Soup with Mushroom Oil and Parmesan served with Bread Roll and Butter. 

Akak lily suka sup kacang hijau ni, rasanya tak terlalu pekat dan tak terlalu cair, sedap dimakan panas-panas bersama roti. 

Hidangan Utama terdiri daripada 4 pilihan iaitu, 

Oven Baked Chicken Breast, Chilly Homemade Wedges Baby Carrots and Wild Forest Mushroom "Jus': 

Baked Tiger Prawn served with Sauteed Vegetables and Pommes Puree 

Grill Rib Eye Beef served with Onion Sauce and Herb Potato Mash, 

Roasted Lamb Shank served with Rosemary Reduction and Sauteed Beans. 

Roasted Lamb Shank served with Rosemary Reduction and Sauteed Beans

Grill Rib Eye Beef served with Onion Sauce and Herb Potato Mash

Akak Lily pilih Grill Rib Eye Beef served with Onion Sauce and Herb Potato Mash dan Mr Big pilih Roasted Lamb Shank served with Rosemary Reduction and Sauteed Beans. 

Not bad kedua-dua hidangan ni, dagingnya lembut dan hidangan sampingan bersesuaian sekali. Kitaorang makan slow and steady je sebab portionnya boleh tahan jugak ek. 


Pemanis Mulut 

Chocolate Mousse Cake with Strawberry Coulis. 

Walaupun dah kenyang tapi pemanis mulut dan kopi mesti nak pekena jugak, sebab dah terbiasakan. Coklatnya tak terlalu pekat just nice. 

Untuk pakej ‘Candle light dinner’ ni berharga RM350.00+ per couple dan kalau korang nak tambah hand bouquet pun boleh, pada harga RM150++. 

romantik tak? haruslah kan hehehehe

Make sure korang buat tempahan dan bayaran dalam masa tujuh (7) hari sebelum majlis tau. 

Untuk pertanyaan lanjut dan tempahan, sila hubungi di Club Lounge di 03-5511 8811 ext. 2612 atau 2613. Semua harga adalah tertakluk hanya kepada 6% GST


Info mengenai pakej 'Candle Light Dinner' 

Harga : RM 350++ sepasang (2 orang) 

Lokasi : Club Lounge, Level 18 

Hotel Manager : Tn. Hj. Mohd Ghazali bin Sayed Ibrahim 

Executive Sous Chef : Chef Firdaus bin Ismail 

Chef in charge (Senior Chef De Cuisine) : Chef Ahmad AI-Hafiz bin Redzuan 


Jom kita ke 

Grand BlueWave Hotel, 
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 
40000 Shah Alam, Selangor. 



Tel : 03-5511 8811


Korang sibuk nak cari tempat romantik nak bawa pasangan makan, akak Lily syorkan mencuba 'candle light dinner' di Grand BlueWave ni ek, alah sekali sekali romantik-romantik apa salahnya kan 










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


Wednesday, September 6, 2017

Konsert Terunggul AFGAN & UNGU 2017

Hi Korang,


Ada beri gembira bagi peminat Afgan dan Ungu tau...

Meh baca sini.


Buat julung kalinya, Popcorn Studio akan membawakan bukan satu, tetapi dua gandingan sensasi genre ‘pop/balada’ dan ‘rock/balada’ Indonesia di dalam satu konsert yang pastinya mengegarkan dan ditunggu-tunggu peminat muzik tempatan.

Konsert Terunggul Afgan & Ungu akan diadakan pada 6 Oktober 2017 (Jumaat), pukul 8.30 malam bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam bakal menampilkan Afgansyah Reza atau Afgan sebagai bintang utama dan kumpulan Ungu sebagai pembuka tirai.

Kali ini dan berbeza dengan konsert sebelum ini, Afgan akan membuai perasaan peminat dengan persembahan melalui seleksi lagu-lagu hits miliknya selain rantaian lagu popular masa kini. 


Konsert bertemakan rock dan jazz balada dijangka mengambil masa dua (2) jam akan menyenaraikan lagu-lagu terkenal Afgan seperti Terima Kasih Cinta, Padamu Ku Bersujud, Jodoh Pasti Bertemu, Katakan Tidak, Untukmu Aku Bertahan dan lain-lain termasuk Pesan Cinta dan Bukan Cinta Biasa yang melodinya digubah semula.


Tidak dilupakan persembahan Kumpulan Ungu yang pastinya akan mencipta mood ‘cinta’ pada pembukaan tirai konsert dengan alunan lagu-lagu rock balada popular mereka seperti Tercipta Untukku, Demi Waktu, Kekasih Gelapku, Cinta Dalam Hari dan Aku Tahu.

Tiket konsert dijual pada harga RM130 (Bronze), RM150 (Silver), RM200 (Gold), RM200 (Rock Zone), RM250 (VIP) dan RM350 (Platinum) boleh didapati melalui www.ticketpro.com.my dan diskaun sebanyak 20% ditawarkan sehingga 31 Ogos 2017 kepada pembeli terawal tiket Platinum dan VIP.

video credit to : www.nazlannasir.com


Ini merupakan langkah pertama Popcorn Studio Sdn Bhd yang mula beroperasi pada tahun 2009 untuk meluaskan empayar dan meneroka persembahan muzik peringkat antarabangsa melalui penganjuran konsert ini. Popcorn Studio berpengalaman dalam menganjurkan beberapa persembahan seperti Konsert Raya @Oasis yang menampilkan artis lokal seperti Anuar Zain, Ella dan Man Kidal serta Laugh Die You – sebuah ‘stand up’ komedi menampilkan artis komedi ternama tanah air dan luar negara dalam satu pentas. Antara artis yang pernah membuat persembahan di Laugh Die You ialah Gurmit Singh, Kumar, Douglas Lim dan lain-lain mendapat sambutan luar biasa penggemar ‘stand up’ komedi di Malaysia dan juga Singapura.

Penganjuran konsert ini diharap dapat membawa peminat muzik tanah air menikmati alunan muzik dari sisi yang berbeza dan meluaskan jalinan kerjasama industri muzik serantau selain meninggalkan momen indah buat penonton dan peminat yang hadir.








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


Tuesday, September 5, 2017

Restoran Nasi PAK MAN Kota Damansara, Makanan Pantai Timur Unik

Hi Korang,


Memang akak Lily bukan pengemar makanan Pantai Timur tapi boleh gak makan kalau dah terhidang depan mata. Rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari ewah kemain lagi ek. 

Sebab apa tak minat? Alah memang bukan makanan harian kita dan lagipun mak kak Lily bukan orang Pantai Timur pun so buat apalah dia nak masak kan, jadi dari kecil memang tak de pendedahan dengan makanan-makanan yang di gambarkan manis ni.

Dah besar dah merantau dan belajar hidup sendiri barulah, kenal semua makanan-makanan unik ni. Ada yang boleh masuk tekak dan ada yang tak, even nak rasa secubit pun idok ye hehehhe teruk perangai ek.


Bila bebudak blogger ni ajak pi makan kedai pantai timur ni, akak Lily excited sebab inilah masanya untuk merasai makanan-makanan authentic ni. Ok set lets go, so ahad lepas pukul 11pagi akak Lily dengan Mr Big dah terpacak depan Restoran Nasi Pak Man di Kota Damansara ni.

wah JJCM lagi cepat daripada ciklilyputih.com ni aduiyaii

Datang time dekat nak lunch of courselah ramai orang kan so bertabahlah menunggu kerusi meja hehehe, so sekejapan je dapat meja terus susun panjang, ramai kan. Luas dan selesa nak makan di Kedai Nasi Pak Man ni.



Kenapalah dalam banyak-banyak order air, akak lily boleh tersnap gambar air tembikai ni ek. Ermm semua air sama je macam kedai makan lain, itu yang tak ambil gambar tuh.

Meh kita tengok menu-menu yang terdapat di Restoran Nasi Pak Man ni ek

Nasi Pak Man | RM8

Ini merupakan signature dish untuk Restoran Pak Man. Nasi putih panas-panas yang dicurahkan sekali kuah kerutub bersama 3 ketul ayam goreng yang saiz gebu, sambal dan timun. Ayam goreng tuh kemain besau gak saiznya, kena makan panas-panas so barulah kelazatan terserlah.

Nasi Kerabu Daging Bakar | RM4 (kosong) + lauk lain harga

Di Restoran Pak Man untuk set nasi kerabu biasa (kosong) adalah berharga RM4.80, manakala jika kita tambah lauk seperti daging bakar akan ditambah lagi dengan harga RM4.80. Selain itu, terdapat juga lauk tambahan lain antaranya seperti ayam kampung (RM5.50), ayam goreng (RM5.80) dan ayam percik (RM6).

Nasi Berlauk Ayam | RM5.80

Set ini memang lengkap dengan nasi, ayam, sambal serta sayur iaitu timun. Apa yag menarik hidangan ini dihidangkan dengan meletakkan lauk berkuah ayam tersebut didalam bekas kecil. 

Nasi Dagang Ikan | RM7.50

Ya ampun, kemain suka lagi Mr Big dengan hidangan ni. Sampai licin kuahnya dia bedal, akak Lily nak rasa pun tak dapat. Ciss sedap bebenau la tuh kan. 

Laksam | RM6.80

Ini yang di tunggu-tunggu, hidangan tradisi ni tau. Laksam ni cam ala-ala laksa tapi kuahnya putih sebab guna santan dan rasa asam-asam sket. Rupanya mee laksam tuh buat sendiri ek, baru tahu ni hah. Memanglah sedap sungguh. Simple je hidangannya tapi rasa kuah tuh meletopss

Roti Goldees | RM4

Roti paun di bakar yang diletakkan kaya yang sungguh sungguh manis. Kena makan panas-panas sambil pekena kopi panas secawan wow weee awesome

Roti Tik Tak |RM5

First time makan jap. Special rupanya roti di Pantai Timur ek. Roti paun bakar yang di letakkan sebiji telur separuh masak di atasnya. Makan cam tuh ek, lazattt

mahamahu in action

geng gossip makan je lebey

nasi pak man, ayam 3 ketul ko mampo

sanggup Mr Big abiskan nasi dagang ni ek, sket pun tak tinggal kan aku

Dah ramai-ramai ni seronoklah makan kan, yelah sharing is caring. Mana larat nak makan ini semua so kitaorang mengamalkan tukar-tukar pinggan, sekejap orang ni makan ni, sekejap orang tuh makan yang ni begitulah bergilir-gilir sampai licin kesemuanya

Ok kan harganya, tak delah mahal mana. Just nice dan sesuai bagi golongan marhaen cam kita-kita ni

Eleh excited lah tuh kan.

Ini hah alamatnya:

Restoran Nasi Pak Man
49G, Jalan Sepah Puteri 5/1B, 
Kota Damansara, 
47810 Selangor



Nak cepat sampai, ikut lebuhraya NKVE exit (keluar) tol KOTA DAMANSARA. Dekat traffic light yang pertama tuh pandang kanan dan nampaklah Restoran Nasi Pak Man ni, so belok ke kanan dan ikut je jalan tuh nanti sampai lah kan 

Harus kena kerjah lagi sekali sebab sedap betul!!








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com