Tuesday, September 5, 2017

REVIEW | KINOHIMITSU Superfood Supreme

Hi Korang,

Ermm akak Lily tau ramai yang amalkan makanan tambahan macam kolagen, vitamin dan banyak lagi. Of courselah bila usia dah meningkat ni semua nak kena jaga. Nak kena makan ubat itu ubat ini, end up sampai kita tak tau yang mana satu nak makan kan.


So akak Lily cadangkan korang amalkan Kinohimitsu Superfood Supreme ni. 

Memang ye pun, akak Lily ambil Superfood Supreme keluaran Kinohimitsu ni je. Senang segalanya ada dalam satu bancuhan. 

Eh, kenalah cuba untuk berikan kesihatan yang baik untuk badan kita. 


Kinohimitsu Superfood 500gram ini mengandungi 7 ramuan utama yang ternyata sangat membantu memelihara kesihatan badan. Ianya merujuk kepada 7 warna seperti yang telah diringkaskan seperti gambar di atas. Apa yang akak lily dapat simpulkan ianya adalah kombinasi sumber-sumber pemakanan yang sihat dan digabungkan menjadikannya pemakanan yang lengkap untuk tubuh badan.

Perasan tak kemain aktifnya kak Lily sekarang ni cam sotong! Hahahaha

Sotong sangat kan, yelah sekejap ke sini sekejap ke situ. Siang kat office, malam kat event, tengahmalam kat kedai mamak makan hahahhaaha… so semua tenaga ni datang dari Kinohimitsu nilah tapi memang semulajadi akak Lily seorang yang ligat punggg.

Yang pentingnya Kinohimitsu Superfood Supreme ni bebas dari gula dan kolestrol dan membuatkan akak lily kurang rasa lapar kalau tak dulu kejap-kejap nak mengunyah je nowdays no more ye.

Didalam setiap pek Kinohimitsu Superfood Supreme ni didatangkan bersama scoop plastik khas didalamnya. Pek kedap udara didatangkan juga dengan penutup plastik selain daripada penutup tin didalamnya. ianya bagi memastikan bekas ini benar-benar boleh menutup rapat bagi mengelakkan bahan didalamnya mudah untuk terdedah dengan angin. 

Cara nak minum?

Alah mudah je 


Letakkan 2 scoop ke dalam 150ml-200ml air suam. Kalau korang nak guna air sejuk pun boleh. Kacau rata. Nak senang guna shaker je, masukkan dan goncang terus sebati

Rasanya?

Rasa beras perang tuh kuat sket tapi ada manis-manis madu dihujungnya itu yang senang tuh. Eh tak de rasa pelik lah. Korang ni memang nampak warna gelap je korang dah assume tak sedap kan


Tapi akak lily nak ingatkan Kinohimitsu Superfood Supreme bukan ubat kurus nye walaupun ianya dapat mengurangkan selera makan korang, ianya makanan kesihatan. Kalau nak kurus, makan Superfood Supreme ni dan bersenam selalu so barulah nampak kesannya hehehhee

Kak lily amalkan sebab selalu terskip breakfast tuh, dah tu kul 10 pagi dah lapo. Bila dah makan Superfood ni rasa lapar teruk tuh takdelah sangat. 

Nak cuba Kinohimitsu Superfood Supreme ni, korang boleh check it out di laman web portal talian membeli-belah antara yang terkemuka di Malaysia iaitu di 11street.my!








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Monday, September 4, 2017

Soft Shell Crab Di Crabby Crab Seafood dan Grill Seksyen 7 Shah Alam

Hi Korang,


Soft shell crab memang payah nak makan kalau tak jumpa kedai yang betul-betul jual kan, paling kuat teringin nak makan pun kat kedai sushi macam Sushi King dan Sakae Sushi. Itu pun portion kecik je dan harga boleh mahal plak tuh.


Tapi bila ada orang ajak pi makan Soft Shell Crab eh haruslah tak lepaskan peluang, yelah makan sedap. 

Petang tuh, lepas kerja terus berdesup ke Seksyen 7 Shah Alam. Jalan still ok lagi so tak delah jem sangat masa aku sampai ke Crabby Crab Seafood & Grill ni. Rasanya student-student kat Shah Alam mesti familiar dengan restoran ni, mana taknya dalam kawasan universiti diorang je. 

Jap jap korang pernah makan Soft Shell Crab tak ?

Ya ampun tak pernah. Biar betul ek. Soft Shell Crab ni adalah ketam yang berkulit nipis dan selalunya di masak dengan cara di goreng ranggup dan makan cam tuh je dengan kulit-kulit sekali. Of courselah sedap wei, tak tercekik kulit ketam pun tau. 


Restoran di Jalan Kristal 7 ini menghidangkan pelbagai jenis hidangan Soft Shell Crab yang di masak ala barat dan fusion. 


Kalau korang nak tau ada macam-macam jenis minuman yang terdapat di Crabby Crab Seafood & Grill ni. Di antaranya, yang dari hujung tu Orange Juice,Watermelon Juice, Apple Asam Boi, Sirap Bandung Blended, Carrot Milk, Teh O Laici, Limau Ais dan Vanilla Milkshake. 

Kemudian menu makanan la plak kan. Meh korang tengok menu-menu yang sempat aku cuba hari tuh ek

Thai Baby Crab

Mega Burger

Crabby Fried Meehoon

Telur Masin

Tangy BBQ

Superior Soya

3 Rasa 

Ketam Bunga 3 Rasa 

Tiger Prawn

Pacific Clam

Tom Yum Seafood 

Sotong Goreng Tepung

Pizza Sizzling Seafood

Amatraciana

Chicken Burger

Thai BBQ Chicken Wing 

Yang ni menu pemanis mulut yang signature kat sini, rasa sekali pasti nak lagi kan. Akak Lily tau perangai korang ni ye

Durian Ice Cream

Hah itulah sebahagian menu-menu di Restoran Crabby Crab Seafood dan Grill. Letih jugak kitaorang nak makan hari tuh tapi habis jugak kesemuanya. In terms of harga, not bad berpatutan dan amat sesuai untuk budget-budget student di sini. So seharusnya kita pun lagilah seronok ka

Restoran Crabby Crab Seafood &dan Grill ni di buka setiap hari dari pukul 1.00 tengahari hingga 12.00 malam. So make sure kena buat pilihan yang betul tau sebab kebanyakan menu kat sini sedap-sedap belaka.

Nak datang, sini alamatnya

Crabby Crab Seafood Restaurant
1A, Jalan Kristal 7, 
Seksyen 7, 
Shah Alam Selangor






Hah mari-mari cuba dulu then baru tau keenakan soft shell crab ni kan








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Sunday, September 3, 2017

GUARDIAN OUTSTANDING BRANDS AWARDS 2017

Hi Korang,


Anugerah Jenama Terunggul Guardian (OBA), edisi ke-17 anugerah tahunan terkemuka untuk jenama-jenama kesihatan dan kecantikan kini kembali dan telah dilancarkan dalam sebuah sidang media hari ini.


Anugerah tahunan, yang pertama kalinya diperkenalkan oleh Guardian Malaysia pada tahun 2000, diadakan bertujuan menghubung jutaan pengguna dengan semua rakan-rakan perniagaan dan pemilik jenama mereka, dengan memberi kuasa mengundi kepada pengguna untuk memilih jenama yang terbaik.

Ms Christina Low, Pengarah Pemasaran Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata: “Anugerah Jenama Terunggul adalah satu cara kami meraikan dan mengiktiraf kecemerlangan jenama rakan-rakan perniagaan kami.”

Ms. Christina Low, Marketing Director Guardian Malaysia (left) and Ms Shirley New, Senior Marketing Manager Guardian Malaysia checking out the OBA 2017 online voting site

Beliau berkata bahawa sejak ia dilancarkan 16 tahun lalu, anugerah tersebut menjadi semakin popular di kalangan para pelanggan Guardian, yang menantikan detik untuk membuat pilihan mereka dan merebut peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik. 

“Anugerah ini juga telah berkembang sejajar dengan perubahan gaya hidup, perbelanjaan dan trend pengguna. Tahun ini, OBA akan dikendalikan sepenuhnya dalam format digital. Ini bermakna, keseluruhan proses undian akan dilakukan secara dalam talian," tambah beliau.


Bagi OBA 2017, sebanyak 200 jenama akan bersaing dalam 60 kategori antaranya penjagan rambut, penjagaan wajah, kosmetik, kebersihan, makanan tambahan, ubat-ubatan, produk ibu dan bayi dan banyak lagi dan akan ada satu jenama pilihan paling digemari bagi setiap kategori. 

Bagi pelanggan, mereka berpeluang untuk memenangi salah satu daripada 50 hadiah yang ditawarkan, berjumlah RM25,000 dalam bentuk baucar Guardian. Antara hadiah yang ditawarkan:

  • Lima (5) hadiah utama bernilai RM1,000 setiap satu 
  • Lima (5) hadiah pertama bernilai RM1,000 setiap satu
  • Lima belas (15) hadiah kedua bernilai RM5000 setiap satu, dan
  • Dua puluh lima (25) hadiah saguhati bernilai RM200 setiap satu. 

Jelas Christina: “Apa yang telah kami hasilkan adalah sebuah platform undian yang ringkas, mudah dan tersendiri. Pada masa yang sama, set soal selidik tersebut membolehkan kedua-dua Guardian dan rakan-rakan kongsi kami memahami tingkah laku keutamaan jenama dengan lebih baik, sekaligus memberikan gambaran tentang demografi dan segmentasi pengguna. 

“Dengan menghubungkan pengguna kami di seluruh negara dengan jenama-jenama tersebut, dan membantu mereka memahami kehendak pelanggan dengan lebih baik, kami menyumbang kepada pelaburan pemilik jenama dalam pembangunan hubungan dengan pelanggan mereka,” tambah beliau. 

Untuk melayakkan diri untuk mengundi, para pelanggan perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM10 di stor atau secara dalam talian. Kemudian log masuk ke http://m.me/GuardianOBA atau imbas kod QR yang diberikan untuk membuat undian. Undian boleh dibuat pada bila-bila masa di antara 1 September dan 27 September 2017. 

Peraduan ini terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas. Sebagai bukti pembelian, pembeli hendaklah menyimpan resit Guardian asal yang mengandungi nombor invois cukai, nombor kod kedai, tarikh pembelian dan jumlah pembelian.


Kitaorang para bloggers pun dapat join mengundi OBA 2017 ni, so berpusu-pusu memasing melayan soalan-soalan bernas dan menguji minda ni hehehhe. Tengok akak Lily pun samo gak hah, kyushuk betul

Untuk maklumat lanjut dan butir-butir berkenaan OBA dan peraduan, sila layari www.guardian.com.my.






Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com