Wednesday, August 23, 2017

Promosi Ayam KRR CHAMPION Meal dan VICTORY Meal

Hi Korang,

Lama tak citer pasal ayam Kenny Rogers Roasters ni ek ermm sedapnya ayam grill, sesuai sangat untuk akak Lily yang acah-acah nak diet ni hehehehehe


Hari tuh kami-kami blogger kaki makan ni dapatlah merasai sendiri promosi ayam panggang yang terbaru dari KRR ni. Yeahh seronoklah dapat get together, borak-borak sambil makan-makan kan 

Kali ni Kenny Rogers ada promosi baik punya tau..

Ada 2 promosi iaitu Victory Meal dan Champion Meal

Ok akak Lily citer satu per satu ek supaya terang bijik mata korang ni hah..


Victory Meal

Of courselah mesti ada ayam dan pilihan 3 side dish bersama muffin sekali tau.

Sekarang ni ada promosi baik punya..

BUY 1 FREE 1 Untuk Victory Meal ni


Bermula dari 21hb Ogos hingga 25hb Ogos 2017 ( 5 hari je tau dari pukul 11 pagi hingga 3 petang), kalau korang memilih untuk makan victory Meal ni boleh dapat PERCUMA 1 set. 

Kemudian kita ada 

Champion Meal 

Ada 2 jenis pilihan perisa ayam panggan yang korang boleh cuba iaitu Honey BBQ dan Spicy BBQ. Akak Lily dah rasa dua-dua tapi Spicy BBQ tuh podeh betul kata orang Negeri Sembilan tapi kalau kaki pedas mungkin korang akan cakap alah mild mild je ni.


Kemudian korang boleh tambah lagi side menu hanya pada harga RM5 each. 

Ada pilihan Power Up
 
A)Garlic Toasties + Country-style Chicken Soup

atau

B)Kenny's Home-made Muffin + Single Happiness 

Eh jangan bimbang, korang boleh dapati kedua-dua promosi ini di seluruh restoran KRR di Malaysia ni. So janganlah ragu-ragu ek.


Layari laman web www.krr.com.my untuk dapatkan maklumat tentang aktiviti dan promosi terkini oleh Kenny Rogers ROASTERS, atau boleh juga layari www.facebook.com/krrmalaysia






Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Tuesday, August 22, 2017

Tin Coca-Cola Edisi Terhad 'Reggie Lee' Meraikan 60 Tahun Merdeka

Hi Korang,

Coca-Cola Malaysia melakarkan kepelbagaian gaya hidup rakyat Malaysia dan apa yang menjadikan kita rakyat Malaysia melalui kerjasama dengan kartunis Reggie Lee untuk set terhad tin minuman sempena memperingati 60 tahun kemerdekaan.

The four Merdeka designs can be found on Coca-Cola Classic and Coca-Cola Zero Sugar cans

Reggie merupakan salah satu kartunis terkemuka di negara ini yang dikenali kerana karyanya yang memaparkan maksud jelas, di samping membangkitkan isu semasa dan komentar sosial. Gaya unik beliau turut meliputi mesej terhadap perpaduan rakyat Malaysia dan ini menjadikan beliau pilihan sempurna sebagai rakan buat Coca-Cola yang juga adalah syarikat minuman terbesar di dunia dan sudah berada di negara ini sejak tahun 1936. 

Coca-Cola unveils its 60th Merdeka edition cans by Reggie Lee_L-R_Lim Kean Yew_ Ahmed Yehia_ Reggie Lee_ Gareth McGeown

“Pandangan Reggie terhadap budaya tempatan serta bakat beliau untuk menunjukkan ciri-ciri ini di dalam karyanya menjadikan beliau sebagai rakan yang ideal untuk projek Merdeka ini dan kami yakin rakyat Malaysia akan memahami karya kartun yang beliau hasilkan. Ini adalah detik yang cukup penting dan kami menghasilkan tin minuman edisi terhad ini bagi mengingatkan semua rakyat Malaysia apa yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang istimewa,” kata Ahmad Yehia, Pengurus Negara untuk Malaysia-Singapura-Brunei, The Coca-Cola Company.

Tin minuman edisi Merdeka ini memaparkan empat karya Reggie yang tidak asing lagi merangkumi empat topik yang sangat dekat dengan rakyat Malaysia – makanan, cuti umum, badminton dan semangat kemasyarakatan – dan dilancarkan hari ini di Kelab Diraja Selangor yang terletak di tapak bersejarah, Dataran Merdeka. 

Cartoonist Reggie Lee at the launch of the Coca-Cola 60 Years Merdeka edition cans

“Saya sangat teruja kerana dapat menjadi sebahagian daripada kempen Merdeka Coca-Cola tahun ini. Saya tidak pernah membayangkan saya akan dihormati dengan permintaan untuk mengadakan watak-watak kartun saya pada tin Coca-Cola. Saya akan berkongsi kegembiraan ini dengan ibu saya yang berada di Pulau Pinang, yang sebelum ini merasakan bahawa saya tidak akan ke mana dengan bakat saya. Oleh itu, beliau pasti akan rasa cukup bangga dengan anak lelakinya ini,” kongsi Reggie pada pelancaran itu.

“Menerusi pembabitan saya dalam bidang pengiklanan sejak sekian lama, saya sebenarnya amat menggemari kempen iklan Coca-Cola yang banyak dihasilkan sebelum ini terutamanya yang memaparkan bagaimana Coca-Cola menyatukan rakyat. Hasil karya saya selama ini juga sering mengetengahkan semangat muhibbah rakyat Malaysia, bahawa kita adalah sebuah negara yang meraikan kepelbagaian dan disatukan melalui makanan enak dan jenaka menarik. Justeru, peluang untuk bekerjasama dengan Coca-Cola dalam kempen ini adalah satu penghormatan yang cukup bermakna,” tambah Reggie. 

Tin edisi Merdeka ini boleh didapati di seluruh Negara dan diperolehi pada tin Coca-Cola Classic dan Coca-Cola Zero Sugar, sementara stok masih ada.



Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Monday, August 21, 2017

Malaysia Day Hi Tea Di Royale Songket, Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Hi Korang,


Dah ada plan ke masa Hari Malaysia 16hb September 2017 nanti ek.

Kalau tak kemana boleh ke Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) kerana ada promosi baik punya sempena hari tersebut. 

“Malaysia is a country unlike any other: Full of promise and fragility. Its history, cultural and religious diversity make it a rich, compelling and surprising land” 

Haruslah promosi makan-makan lah..

Restoran Royale Songket Restaurant akan mengadakan promosi Hari Malaysia Hi-Tea bermula dari RM68.00 bagi orang dewasa, RM55.00 untuk warga emas dan RM35.00 untuk kanak-kanak. Hanya pada 16 September 2017, korang boleh menjamu selera kesemua juadah bermula dari jam 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang.




Di antara pembuka selera yang bakal menjadi hidangan seperti sandwich mini, open sandwich, pilihan keju bersama keropok, Cold Chinese Salad of the Day, Sotong Kangkung Padang Kota dan pembuka selera lain. Manakala mereka yang lebih suka pembuka selera yang panas, korang boleh mencuba hidangan sup cendawan dan Sup ekor Assam Pedas dan Assorted Rolls and Butter.









Bagi promosi ini juga, Restoran Songket Royale menawarkan hidangan panas yang menarik seperti Laksa Johor, Itik Salai dengan masak Lemak Cili Padi, Devil Curry, Ikan Patin dengan Tempoyak, Burasak dan banyak lagi. Pihak hotel juga menawarkan Live Show Kitchen yang menunjukkan Satay Ayam Serai Wangi Kuali Leper with Peanut Sauce dan Otak-otak Kempas di masak panas-panas. 


Di samping itu, kelab kanak-kanak juga disediakan untuk kanak-kanak yang kami sediakan makanan seperti Fish Finger with Tartare Sauce, Golden Chicken Nugget, and many more. Lastly, for the dessert, we have Assorted French Pastries, Assorted Fresh Fruit Platter, ABC Stall with Condiments dan banyak lagi

Info mengenai Hi Tea Buffet di Hari Malaysia


Harga : 

RM 68.00+ (Adult)

RM 55.00+ (Senior Citizen) 60 years above

RM 35.00+ (Children) 4 – 11 years old

Hari : 16th September 2017 (Saturday)

Masa : 12.00 noon – 4.00 pm

Lokasi : Royale Songket Restaurant, Ground Floor

Mari jadikan Hari Malaysia ini sebagai satu kenangan korang yang berharga yelah menghabiskan masa bersama yang tersayang kan. Untuk pertanyaan lanjut dan tempahan, sila hubungi di Restoran Songket Royale 03-5511 8811 ext. 2612 atau 2613. Semua harga adalah tertakluk hanya kepada 6% GST.

Jom kita ke

Grand BlueWave Hotel,
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor.

Tel : 03-5511 8811




Jom pi makan la ek...





Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com