Monday, August 21, 2017

SEP Jeju Mask Pack, Nak Cantik Mesti Kena Guna Tau...

Hi Korang,

Pernah dengar SEP Jeju Mask tak?

Itulah akak Lily dah lama perasan jenama mask ni kat Watson tapi tak pernah cuba lagi. 


So hari tuh ada kesempatan terus sambar beberapa jenis mask dari keluaran SEP Jeju Mask ni lah, yelah harga pun tak mahal tuh yang ambil tuh. 

Diformulasikan dengan bahan alam semulajadi terpilih dari Pulau Jeju, Korea Selatan untuk setiap jenis kulit, empat pek mask wajah iaitu SEP Canola Honey Nourishing Mask, SEP Cactus Fruit Moisturizing Mask, SEP Tangerine Brightening Mask dan SEP Green Tea Soothing Mask.

Diperbuat di Korea, setiap pek mask mengandungi bahan alam semulajadi yang bersih dan terpilih dari Pulau Jeju yang cukup terkenal dengan pulaunya yang mistikal, kejernihan dan kesegaran airnya yang sentiasa terpelihara. Turut mengandungi bahan semulajadi daripada tanah lava volkanik yang tercetus kira-kira dua juta tahun lalu, pulau itu adalah syurga buat rantaian ekologinya yang kaya dan unik dengan flora dan faunanya.

Meh akak Lily citerkan sket mengenai khasiat-khasiat keempat-empat mask ini ek. 


SEP Canola Honey Nourishing Mask

Ia diformulasikan dengan ekstrak pekat madu daripada Madu Canola Jeju yang mengandungi kandungan protein yang tinggi, asid lemak, vitamin dan mineral yang dapat melembap dan menghidrasikan kulit secara intensif. Kandungan tambahan Centella Asiatica yang juga dikenali sebagai 'tiger grass' mengandungi jumlah signifikan asid madecassic yang dipercayai dapat membantu memulihkan kulit yang kusam dan kering. Air mawar (rose), chamomile dan lavender sebagai kandungan tambahan juga dimasukkan ke dalam mask ini yang mana ia memberi bauan yang harum dan menenangkan sesuai untuk mengurangkan rasa resah manakala aloe vera pula dikenali dengan manfaat kelembapannya yang membantu mengurangkan rasa kekeringan dan menjadikan kulit anda sihat dan bersinar.


SEP Cactus Fruit Moisturizing Mask

Mask ultra kelembapan ini menjadikan permukaan kulit yang kering kembali segar dan kekal lembap kerana ia mengandungi khasiat kaktus (cactus fruit) yang terkenal memiliki keistimewaan kandungan Vitamin C yang tinggi. Ia juga mengandungi pelbagai kandungan bahan semulajadi lain dari Pulau Jeju termasuk aloe vera, buluh, asid hyaluronic dan selasih. Bagi menggalakkan kadar serapan nutrisi tersebut, biji oat juga ditambah sebagai bahan dalam mask untuk mengeluarkan, membersihkan dan melembapkan kulit wajah. Mask ini sangat sesuai bagi mereka yang mengalami masalah kulit sensitif memandangkan ia turut mengandungi ekstrak Salvia - sejenis herba yang membantu meredakan keradangan dan mempunyai kesan steril yang membantu merawat dan memulihkan kulit.


SEP Tangerine Brightening Mask

Mask ini membantu mencerahkan kulit yang kering dan kusam dengan sumber limau tangerine Jeju dan timun yang memiliki kandungan nutrisi yang tinggi seperti Vitamin C yang dapat merangsang proses pencerahan dan membantu mengurangkan kemuncukan pigmentasi. Ia mengandungi bahan semulajadi yang dituai di Pulau Jeju termasuk herba yang dikenali sebagai Devil's Claw yang memiliki keistimewaan anti- keradangan dan kesan steril. Selain itu, kandungan bunga daisy juga memberikan kesan detoks dan pencerahan, Bunga Edelweiss dan Niacinamide pula dikenali dengan kandungan air Vitamin B3 yang membantu memutihkan kulit.


SEP Green Tea Soothing Mask

Mask menyegarkan ini mengandungi kepekatan ekstrak teh hijau yang tinggi yang dapat membantu melegakan iritasi pada kulit, memberikan kesan yang sihat dan cerah pada permukaan kulit. Manakala tea tree pula mengandungi bahan anti-bakteria dan reaksi steril yang menyerap melegakan kulit sementara Centella Asiatica pula mengandungi asid madecassic yang menbantu memulihkan kulit. Selain itu, propolis, esen keladi dan lavender membantu melembapkan dan menyegarkan kulit menjadikan ia lembut dan anjal.

tak rata plak pakai mask ni ek

akak lily guna yang green tea mask

Kalau korang nak tau, Pek Mask SEP Jeju ini yang dicipta untuk membantu mengenalpasti masalah kulit dengan memastikan bahan semulajadj aktif ini dapat menyerap dan membekalkan manfaat intensif pada kulit. Tambahan pula, mask yang kaya dengan nutrisi dan mudah digunakan ini adalah amat sesuai untuk digunakan oleh semua golongan wanita tidak kira usia mahupun masalah kulit yang dihadapi.


Pek Mask SEP Jeju boleh didapati secara eksklusif di semua rangkaian Watson bermula Januari 2017 pada harga RM5.90 sekeping dan RM24.90 sekotak yang mengandungi lima keping mask di dalamnya. 



#SEPmask 
#watsonsmalaysia 




Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Sunday, August 20, 2017

Kedai Snek DAIRY TOOTH Di Sunway Piramid

Hi Korang,


Kak Lily kalau jejalan kat memana shopping mall walaupun lepas makan mesti nak beli kudap-kudapan sambil jejalan tuh. 

Tak kisahlah beli apa janji ada benda yang nak di kunyah-kunyah

So masa jejalan di Sunway Piramid hari tuh, lalulah kat depan kedai snek Dairy Tooth ni. 


Akak Lily terperasan ada sejenis makanan yang macam sarang telur cam tuh, rupanya cam waffle pulak kualinya ni, haruslah akak pi cuba la kan. 

Dairy Tooth ni adalah kiosk yang menjual pelbagai makanan ringgan dan minuman istimewa dari budaya masyarakat Hong Kong sememangnya seuatu yang istimewa dan perlu dicuba. Dengan mempertengahkan konsep "take away" sahaja, pelanggan boleh membuat pesanan secara terus dan ianya akan disediakan secara 'fresh'. Kira macam time tuh order then time tuh baru diaorang akan buatlah so bila time kat tangan kita panas-panas tau. 

So meh kita order dan rasa lah kan

DT Original HK Egg Puffs | RM6.90

Inilah yang akak Lily nak rasa sangat tuh, waffle yang macam sarang telur tuh. Rupanya menu ni ‘best-selling’ ye, kira signature snek gituh. Ini adalah antara snek yang menjadi pilihan pelanggan, "best selling" item katanya. Saya sendiri telah mencubanya memang sedap giler. Sebab ianya snek yang rasanya sedap dan memang sangat ranggup. Memang dah try sekali, tak akan berhenti mengunyah.

Ada Egg Puffs perisa coklat jugak tau

Majoriti yang datang ke sini, kebanyakannya memesan Egg Puffs ni, sememangnya ianya snek ringan dan senang untuk di nikmati sambil berjalan-jalan di mall ini.

Sempat jugak akak lily lihat sendiri bagaimana Egg Puffs ni dibuat.




Nampak macam senang gunakan pembakar khas ni tapi kena ada skill jugak tau

Selain daripada Egg Puffs yang menjadi kegemaran ramai ni, terdapat juga snek lain yang turut menjadi permintaan pelanggan. Antaranya seperti:-

Butter Sugar French Toast | RM8.90

Kanak-kanak memang akan teruja dengan warna-warni dan rasa french toast ini. Lemak-lemak berkrim gitu!!

Chocolate French Toast | RM8.90

Sebagai peminat coklat, french toast ini antara yang sedap pernah akak Lily nikmati. Siapa yang tak suka dengan coklat kan.

Jelly in Coconut Milk | RM10.90

Sejuk dan segar je bila akak Lily nikmati. Kalau makan waktu panas terik ni memang awesome sungguh lah kan.

HK Style Ice Lemon Tea | RM6.90

Blackcurrant Tea | RM6.90 dan DT HK Signature Milk Tea | RM7.90

DT HK Signature Milk Tea not bad juga rasanya. Agak pekat juga rasa teh tetapi dibancuh sempurna dengan susu. Ini juga resepi istimewa yang dibawakan dari Hong Kong.

Psst: Harga istimewa hanya RM2 ditawarkan untuk Milk Tea bermula dari 14 August - 27 August 2017. 


Rupanya ada 3 cawangan Dairy Tooth di kawasan Lembah Klang iaitu di Sunway Piramid, Jaya One dan Berjaya Times Square. Ermm tak semestinya nak kena pi Sunway Piramid ek untuk menikmati menu dari Dairy Tooth ni kan.

Info lanjut, korang boleh check it out:-

FACEBOOK RASMI





Baik korang pi cuba dulu ek...








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Friday, August 18, 2017

UMRAH 2017 | Kenangan 2 Minggu Tak Dapat Dilupakan

Hi Korang,

Ermm rasanya ini entry terakhir untuk travelog ke Tanah Suci 2017 ni. 

Memang satu pengalaman yang tak kan dilupakan, terasa beruntungnya dapat menjejakkan kaki ke sini. Langsung tak fikir apa pun just beribadah kepada allah swt. 

Lagi tinggi iman kita lagi tinggi dugaan yang diberikan so jawapannya bersabar je.

Ada beberapa perkara yang jadi kat aku but aku tak nak citer kat sini sebab aku rasa itu sangat personal jadi diam je, dugaan dengan Mr Big dengan mama, siti dan gemuk dan jugak anak-anak berdua tuh Aakif dan Aalya. Rasanya kalau tak sabar dah kena semua tuh..

So SABAR is the key.


Bila tengok citer Kisah dari Mekah tuh, teringat balik masa kat sana.

Oh ye citer –citer yang diaorang tayangkan tuh memang kisah benar tau dan ada jemaah yang dalam group kitaorang alami jugak. Lepas tuh, sekarang ni musim haji so bila tengok tv alhijrah diorang citer pasal keadaan sekarang ni kat sana lagi lah rasa rindu nak ke sana.

on the way nak ke Jeddah Airport, singgah masjid di tepi Laut Mati ni untuk solat maghrib dan makan malam

Insyallah kalau ada rezeki memang nak pergi lagi sekali, kalau tak dapat pi haji dapat pi umrah lagi pun ok dah. Maka kenalah kumpul duit RM10k untuk keselesaan lebih sket. Cari hotel depan pintu masjidil haram dan masjid nabawi so cepat sampai ke masjid. 

dalam flight balik, layang movie sampai 5-6 movie

screen dalam Saudia Flight, ada Sungai Chua tuh umah den

So korang pun kalau ada rezeki lebih boleh mulakan plan ke tanah suci ni, memanglah pi Disneyland, Paris, New York, UK tuh best tapi aku rasa best lagi dapat ke sini..

Dengan akak Lily akhiri dengan ucapan terima kasih kerana sudi menunggu lama untuk habiskan travelog umrah Madinah dan Mekah 2017.

Kalau nak tanya apa-apa boleh je email ek, akak Lily sudi membalasnya walaupun lambatttt…




Meh baca entry UMRAH 2017 sebelum ni

1. Umrah 2017 | Rezeki Yang Tak Di sangka












Selamat membaca....