Thursday, August 17, 2017

Paddle Pop Young Builders Award 2017

Hi Korang,


Hari minggu lepas, kak Lily berkesempatan ke Pertandingan akhir peringkat kebangsaan Paddle Pop Young Builders Award 2017 di Corus Hotel Kuala Lumpur.


Pertandingan akhir ini yang berlangsung selama tiga hari menyaksikan sebanyak 20 pasukan melibatkan murid-murid sekolah rendah dari seluruh negeri berentap untuk membina struktur robot mesra alam sekitar di program Paddle Pop Young Builders Award 2017. Paddle Pop Young Builders Award 2017 yang dianjur dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan pertandingan tahunan peringkat kebangsaan bertujuan memupuk kesedaran terhadap alam sekitar di mana para pelajar membina struktur kreatif dengan menggunakan bahan-bahan terpakai dan kitar semula.

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-60, setiap pasukan yang diwakili oleh empat orang murid perlu menggabungkan elemen-elemen yang menggambarkan Malaysia dan negeri-negeri pasukan bertanding ke dalam rekaan struktur mereka.

Dato’ P.Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia (tengah) bersama dengan pemenang-pemenang Paddle Pop Young Builders Award Peringkat Kebangsaan 2017.

Tepat Pertama: SK Peramu Jaya, Pahang
Tempat Kedua: SK Bukit Rokan Utara (F), Negeri Sembilan
Tempat Ketiga: SK Stella Maris (M), Perlis

Pertandingan akhir Paddle Pop Young Builders Award 2017 menyaksikan kemenangan SK Peramu Jaya dari Pahang sebagai Juara, manakala SK Bukit Rokan Utara (F) dari Negeri Sembilan muncul sebagai Naib Juara dan tempat ketiga dimenangi oleh SK Stella Maris (M) dari Perlis. 

Di samping itu, tahun ini Paddle Pop Young Builders Award telah menyediakan tiga hadiah kategori khas bagi ‘Penggunaan Bahan Kitar Semula Terbaik’, ‘Semangat Kerja Berpasukan’ dan ‘Penyertaan Paling Kreatif dan Lengkap’. Anugerah Penggunaan Bahan Kitar Semula Terbaik dimenangi oleh SK Durian Mas 1 dari Terengganu. Anugerah Semangat Kerja Berpasukan dimenangi oleh SK Kepala Batas (Pasukan 2) dari Kedah dan Anugerah Penyertaan Paling Kreatif dan Lengkap, pula disandang oleh SJK(C) Chung Hwa dari Pahang. 


“Tahun ini, kami telah berjaya menarik minat lebih 20% sekolah rendah dan 80% murid yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini berbanding tahun sebelumnya. Peningkatan penyertaan dari sekolah-sekolah ini juga menyaksikan pertandingan akhir tahun ini lebih sengit dan kompetitif. Juri pertandingan ini yang juga merupakan seorang pelukis terkenal tempatan iaitu Professor Jalaini turut kagum dengan kreativiti dan usaha yang dilakukan oleh murid-murid untuk pertandingan tahun ini yang mana ia membuktikan Paddle Pop telah berjaya menarik minat pelajar untuk memelihara alam sekitar,” ujar Encik Shiv Sahgal, Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd. 

“Kami telah membuat pelaburan yang sewajarnya dan berkomited untuk menggalakkan bakal pemimpin masa depan negara ini bagi memelihara dan membina masa depan negara yang lebih hijau dengan cara mengguna semula, membuat semula dan mengitar semula,” tambah beliau.

Paddle Pop Young Builders Award 2017 yang bertemakan “Perpaduan untuk Kesejahteraan Alam Sekitar” (Unity for a Greener Future) merupakan sebuah platform untuk mendidik murid-murid sekolah rendah mengenai pelbagai jenis bahan yang boleh diguna, dibuat dan dikitar semula dengan cara yang berinovasi dan menyeronokkan. 

Pertandingan akhir ini telah disempurnakan secara rasmi oleh Dato’ P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1, dan Encik Shiv Sahgal, Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd.


“Kementerian Pendidikan mengucapkan syabas kepada Unilever Malaysia kerana berjaya menganjurkan Paddle Pop Young Builders Award untuk tahun kelima berturut-turut. Usaha yang dilakukan Unilever seharusnya dipuji khususnya dalam mendidik dan menggalakkan para pelajar untuk lebih peka terhadap kepentingan menjaga alam sekitar bagi membina masa depan lestari,” kata Dato’ P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1.

“Saya cukup berbangga kerana Paddle Pop Young Builders Award bukan saja mendidik pelajar untuk menyemai nilai murni terhadap pemuliharaan alam sekitar, tetapi juga menggalakkan mereka untuk meraikan perpaduan dan rasa cinta kepada negara. Saya berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk manfaat generasi masa depan,” tambah beliau.

SK Peramu Jaya dari Pahang, kumpulan yang menyandang tempat pertama membawa pulang wang tunai RM6,000 dan percutian keluarga selama 3 hari 2 malam di LEGOLAND® Malaysia Resort beserta dengan baucar perjalanan bernilai RM500, tiket masuk kombo dan penginapan di hotel serta sijil kecemerlangan untuk keempat-empat ahli pasukan.

Paddle Pop Young Builders Award 2017 yang terbuka kepada semua murid-murid tahun 4, 5 dan 6 sekolah rendah kebangsaan menyasarkan pencarian idea-idea kreatif untuk menghasilkan sebuah robot bersaiz sebenar menggunakan bahan-bahan terpakai dan kitar semula yang turut berperanan menyampaikan mesej tentang kepentingan masa depan yang lebih hijau. Pada tahun ini, para peserta perlu membina sebuah robot menggunakan bahan-bahan terpakai yang digunakan setiap hari yang mana fungsi robot ini ialah untuk memantau dan menjaga persekitaran hijau di sekolah melalui cara yang menyeronokkan dan berinovasi.

Bagi menambahkan lagi elemen-elemen inovasi dan kreativiti, murid-murid ini dibawa melawat ke Petrosains semasa pertandingan akhir yang berlangsung selama tiga hari tersebut.



Pada pertandingan akhir, kesemua 20 struktur kreatif ini akan dinilai oleh para juri yang diketuai oleh ketua juri iaitu Profesor Madya Jalaini Abu Hassan dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara bersama-sama seorang juri yang masing-masing mewakili Kementerian Pendidikan Malaysia dan Unilever Malaysia.

Sekolah yang memenangi pertandingan ini bakal menerima hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM6,000, Percutian Keluarga selama 3 Hari/ 2 Malam di LEGOLAND® Malaysia Resort termasuk baucar perjalanan bernilai RM500, tiket masuk kombo dan hotel penginapan serta sijil penyertaan untuk keempat-empat peserta dalam pasukan tersebut. Dua sekolah yang memenangi hadiah saguhati akan menerima wang tunai berjumlah RM2,000, dan 2 tiket masuk kombo LEGOLAND® Malaysia Resort untuk setiap ahli pasukan. 

Sebanyak 20 pasukan dari sekolah seluruh Malaysia terlibat di Program Paddle Pop Young Builders Award Peringkat Kebangsaan 2017.

Program Paddle Pop Young Builders Award merupakan sebahagian daripada Pelan Kehidupan Lestari Unilever (Unilever Sustainable Living Plan, USLP) bertujuan mewujudkan lebih banyak persekitaran yang mempromosikan gaya hidup mapan. USLP menyasarkan untuk mengurangkan kesan buruk terhadap alam sekitar melalui perkembangannya dan meningkatkan impak sosial yang positif. Ini termasuklah menangani isu kesihatan dan kesejahteraan pengguna dengan cara meningkatkan lagi nutrisi. Varian aiskrim Paddle Pop dirumus bagi memenuhi kriteria pemakanan yang berkhasiat dan mematuhi garis panduan pemakanan sihat terutamanya dari segi kalori, lemak tepu dan gula. Melalui USLP, rangkaian aiskrim kanak-kanak Paddle Pop dijamin mengandungi tidak lebih daripada 110kcal bagi setiap hidangan, 3 gram lemak tepu bagi setiap hidangan dan 20 gram gula tambahan bagi setiap 100 gram. 

“Sebagai satu jenama ikonik yang telah menjadi sebahagian daripada kehidupan ramai kanak-kanak, varian aiskrim Paddle Pop telah dirumus dengan kaedah terbaik agar ia menjadi pilihan yang sihat untuk kanak-kanak hari ini,” tambah Shiv Sahgal.

Bangga jugak kak Lily dengan anak-anak ni, kecik-kecik lagi dan di dedahkan dengan semua ni, kak Lily masa sekolah tak tau apa pun pasal award-award ni lah. Betul tak??





Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


Wednesday, August 16, 2017

Shopping Barangan WATSONS Di SHOPEE, Penghantaran PERCUMA Tau

Hi Korang,


Watsons Malaysia telah meraikan pelancaran kalobrasi bersama Shopee sebuah platform membeli-belah antara yang terbaik di Malaysia. Kini dengan seramai lebih daripada 3 juta pelanggan dari Malaysia, boleh membeli-belah produk yang dijual dari Watsons secara dalam talian dari portal Shopee.


Terdapat lebih 2000 produk yang ditawarkan di Watson's offical shop di Shopee, ini termasuklah barangan penjagaan diri, alat solek dan pelbagai lagi. Apa yang menarik, tiada caj penghantaran yang dikenakan untuk setiap pembelian. Dan bagi mereka yang berbelanja pada hari Rabu. pembeli juga berpeluang merebut berbelanja barangan promosi "Watsons Wednesday", yang mana promosi istimewa ini khas ditawarkan oleh Watson's untuk pengunjung laman Watson's di web Shopee.

Wah makin seronoklah shopping online sekarang ni ek


Sempena dengan pelancaran ini juga, Watsons dan Shopee juga telah mengadakan acara Watsons X Shopee Customer Engagement,. Yang mana para media dan juga pelanggan bertuah yang terpilih perlu mengambil sebanyak yang mungkin barangan alatan mekap dalam masa 1 minit dan tidak boleh melebihi nilai RM200.

Yesza akak Lily jadi salah seorang peserta dalan shopping spree ni. 

Memang kali pertama join benda-benda cam ni so berdebar jugak lah tapi nasib baik kengkawan blogger ada menolong kan so senang sket keje tak yah nak fikir huahauahuaha jahat tak!!


Bayangkan boleh fikir apa dalam masa seminit kan, so ambil yang mana nampak depan mata jelah dengan tak kira berapa harga kan. Ambil ambil dan ambil penuhkan kotak Shopee tuh. 


Memang meriah sangat melihat gelagat masing-masing termasuk dengan akak lily sekali yang terpilih ini berebut-rebut mengisi alatan solek dalam bekas kotak yang disediakan. Masing-masing menyusun strategi jenis barangan yang hendak dikaut dalam masa 1 minit.


Tada.. ini hasilnya.


Tak lebih RM200 dalam masa seminit.


Majoriti aku ambil lipstick jelah senang, kecil dan mudah nak fit dalam kotak Shopee tuh. Disebabkan banyak so aku bagilah kat bebudak yang menolong aku tadi ermm happy memasing kan.. 

Actually ada banyak lagi barangan Watsons yang korang boleh dapatkan secara online di website Shopee ni. So apa tunggu lagi, moh shopping lekas..

Nak shopping di Shopee, mari layari :-



Boleh jugak korang download secara percuma di smartphone melalui Apple App Store and Google Play Store







Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


Tuesday, August 15, 2017

AL Fresco BBQ Dinner Di Palm Garden Hotel, iOi Putrajaya

Hi Korang,


Kan Kak Lily dah cakap yang BBQ dinner memang menjadi kegemaran kitaorang berdua.. Pantang ada tempat makan yang ada serve BBQ mesti kitaorang akan terjah. 

Kali ni kami ke Courtyard di Palm Garden Hotel Putrajaya. 


Nasib baik dekat dengan rumah so lepas maghrib kitaorang sampai. Boleh tahan jugak ramai orang yelah jumaat kan so orang boleh chillax a bit.

Kenape di Courtyard?

Eh sebab BBQ kan so kenalah tempat openspace barulah syiok lagipun tak kan nak letak BBQ Pit dalam hotel pulak. 





Terdapat kaunter BBQ yang mana korang boleh lihat sendiri bahan-bahan perapan ni di panggang termasuklah ayam golek, daging lembu, kambing, sosej dan memacam lagi pilihan menu BBQ.








Selain daripada menu BBQ ada menu-menu lain seperti sup, salad, beberapa menu utama macam nasi goreng, mee goreng, pasta, sate dan pencuci mulut sebagai penutup. 

ini pinggan ketiga yang sempat ambil gambar, yang lain ntah kemana hehehhe

Promosi Al Fresco BBQ ni boleh di dapati setiap hujung minggu iaitu Jumaat dan Sabtu bermula dari pukul 6.30petang hingga 10.00malam pada harga RM80.00 nett (dewasa) dan RM48.00 nett (kanak-kanak 4-12tahun) serta warga emas.

The Al Fresco BBQ 
Courtyard
Palm Garden Hotel
(Resort Villa Golf Course Development Sdn Bhd)
IOI Resort City
62502 Putrajaya



Tel: 603 8943 2233
Fax: 603 8943 1122


Ok Selamat Menjamu Selera semuanya…






Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com