Friday, August 11, 2017

Peraduan Meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Bersama POKKA, Mari Join Lekas!

Hi Korang, 

Banyak pulak contest sempena bulan kemerdekaan kita ni ek

Itulah

Ini ada satu contest yang aku nak kongsi dengan korang ni tau.

Biasa dengar jenama minuman POKKA tak?

Alah kopinya yang sedap tuh, aku memang suka minum kopi dan honey lemon dari Pokka ni sebab rasanya unik sekali tau. Lagipun harganya tak delah mahal nama so affordable la kann.


Meh ni aku kongsikan info mengenai kontest tersebut

Cara-cara nak sertai:-

1. Beli mana-mana produk Pokka bernilai RM12 minimum (resit tunggal) di Giant sahaja.

2. Lengkapkan ayat atau slogan di bawah :

“ Asli lagi menyegarkan, itulah ____________ !”

Slogan kreatif (tidak lebih daripada 50 patah perkataan) Simpan resit sebagai bukti pembelian untuk tujuan penebusan hadiah (sekiranyan terpilih sebagai pemenang)

3. Hantar penyertaan melalui :

a) Melalui Pos (boleh dapatkan borang penyertaan di Giant) 

b) Melalui Whatsapp Ambil gambar resit dengan jelas.

Whatsapp butir-butir di bawah dan lampirkan gambar resit ke 013-6017211 :

Nama :
No. Kad Pengenalan
No. Resit

Kotest Pokka ini berlangsung dari 1 Ogos hingga 30 September 2017, eh ada masa lagi nak join. Baik lekas-lekas ke Giant lah 

• Contest Terms & Conditions : boleh baca kat FB Pokka ek

Hadiah-hadiah yang menanti korang

 

Hadiah-hadiah berjumlah RM10,500 untuk dimenangi

Hadiah Utama
Peti Sejuk Bernilai RM5,000 x 1 pemenang

Hadiah Kedua 
Peti Sejuk bernilai RM3,000 x 1 pemenang 

Hadiah Ketiga
Ketuhar Stim bernilai RM1,500 x 1 pemenang

Hadiah Saguhati – Baucar Giant bernilai RM100 x 10 pemenang


Not bad jugak hadiah-hadiahnya menarik benau tuh, suka betul kalau hadiah barang-barang rumah kan.

Untuk info lanjut, korang boleh check it out di

Pokka Facebook : 


Selamat berkontest korang, moga-moga adalah rezeki kan




Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


Wednesday, August 9, 2017

4 Perisa Tony Roma’s Beef Ribs Sempena Sambutan 45 tahun Legendary Ribs.

Hi Korang, 


Yeahh cerita pasal makan lagi, kali ni Kak Lily berkesempatan ke Tony Roma’s eCurve untuk merasai sendiri hidangan beef ribs yang merupakan signature dish di sini. 


Chef David Smith first threw baby back ribs on the grill in 1972 and a legend was born. Since then, Tony Roma's has become synonymous with the world's best tasting ribs. As an appreciation to its fans, Tony Roma's around the world is offering special menus for a delectable feast. 

Gituh sejarah Tony Roma’s ni ek


Di Malaysia pula, Tony Roma telah mencipta menu legenda 'Ribs 2' baru yang sesuai untuk pesta perayaan. Para tetamu akan dapat menikmati dua tulang rusuk yang hangat dengan rasa daging lembu yang kaya dengan pilihan empat sos baru; BBQ Pepsi, Smoky Apple BBQ, Sriracha BBQ atau Sweet Sarawak Black Pepper BBQ, di mana di sertakan sekali 2 pilihan hidangan sampingan dan minuman Pepsi ‘bottomless’ hanya RM45

Murah tuh kan!! 

Pepsi BBQ sauce

Smoky Apple BBQ sauce


Pepsi BBQ sauce, rasa manis yang dipenuhi dengan Pepsi yang terkenal di dunia, adalah yang terbaik untuk melengkapkan dengan hidangan sampingan kentang putar dan brokoli yang dimasak. Smoky Apple BBQ sauce sebaliknya, mempunyai rasa berasap yang boleh membuat korang ketagih dengan rasa epal hijau yang menyegarkan yang terbaik untuk dimakan dengan sayur-sayuran panggang api dan kentang panggang untuk pengalaman citarasa yang benar.

Sweet Sarawak Black Pepper BBQ sauce

Sriracha BBQ sauce

Pencinta rempah yang menginginkan Sriracha BBQ sauce, rasa cili pedas ringan yang akan membuat selera anda, yang di imbangkan dengan salad coleslaw dan Ranch style beans. Bagi mereka yang suka Sweet Sarawak Black Pepper BBQ sauce, sos BBQ yang sensitif dengan aftertaste peppers ringan, korang boleh menikmatinya dengan kentang goreng dan sebatang jagung! 

"As we celebrate 45 years of satisfying guests' cravings for the world's best ribs, we are excited to offer a special menu that consist of four new bold sauces for those with an adventurous appetite," kata George Ang, Chief Executive Officer (CEO) of Grand Companions Sdn. Bhd, the franchise holder of Tony Roma's Malaysia. 

"The Ribs 2 menu celebrates the evolution of Tony Roma's tasting experience over the years and embraces the innovative spirit as we are now recognized for, with our daring combinations, especially the Pepsi BBQ sauce," tambah George Ang. 

Eh mestilah akak Lily dah cuba tau..


Tapi rasanya Kak Lily suka yang pepsi dan Smoky Apple BBQ sauce, yelah lately tak berapa kuat makan pedas so pilih yang mild-mild udah ler. Yang Sarawak black pepper tuh not bad jugak terasa black pepper flavor tuh tapi rasa sket je. So sedappp 

Dari 24 Julai hingga 17 September 2017, menu Rib Rib 2 Tony Roma boleh didapati setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti umum.


Korang cubalah dulu, tekak kita bukanya sama pun kan hehehehhe ntah-ntah yang Sriracha BBQ sauce lagi sedap kot hehehehe 

Nak tau lebih info mengenai Tony Roma’s, klik sini: 






Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com



Sewa Kereta dengan MPV ADIKFIRA Untuk Jalan Jauh, Ermm Jimat Belanja

Hi Korang,

Ya ampun tajuk entry kemain lagi tak boleh blah ek.

Sewa kereta, kereta besar dan belanja murah serta jimat duit itu yang aku boleh gambarkan bila naik MPV ADIKFIRA ni. 

Sebenarnya aku tak tau jugak ada perkhidmatan sewa kereta dengan kawasan rumah aku ni, yelah pi keje subuh balik kerja dah malam so memang tak de masa nak ambil tau. 


Di sebabkan hari tuh, nak kena pi Johor Bahru adhoc sebab ada event JOY DESIGN STUDIO tuh so berhempas pulaslah aku mencari kereta sewa. Bukan tak boleh drive sendiri tapi kan bagus kalau boleh pergi sekali reramai dalam satu kereta, banyak boleh jimat tuh

akak lily yang kena collect kereta ni, so merasalah bawak Starex ni 

Cari punya cari tup-tup ada orang bagitau yang kat Bangi ada servis kereta sewa yang besar dan selesa, so terus aku google blog orang tuh, jeng jeng la dekat dengan rumah aku rupanya MPV ADIKFIRA.

Proses deal semuanya melalui whatsapp je, deal harga per day, cara nak ambil kereta, deposit berapa so settle semua hari jumaat malam tuh terus pi ambil.







Kalau korang nak tau Grand Starex Royale menyediakan empat baris tempat duduk dan sekaligus mampu memberikan keselesaan kepada 11 orang penumpang. Selain itu kelebihan ruang dapat dimanfaatkan dengan tempat duduk tengah yang boleh dilipat untuk dijadikan tempat rehat tangan dan boleh berfungsi sebagai meja makan mini. Paling syioknya, MPV ini juga mempunyai ruang simpanan barang pelbagai saiz.

selesa sampai tetidor kan

Eh bukan setakat setiap tempat duduknya boleh dilaraskan malahan Grand Starex Royale ini juga mempunyai enam salur pendingin hawa tersedia bagi memberikan udara dingin ke arah penumpang untuk segenap ruang. Ko rasa selesa ke idokk ? ermm haruslah selesa yang amat.


Dengan kuasa 168 hp pada 3,800 rpm penggunaan minyak diesel Hyundai Starex Royale memang benar-benar menjimatkan untuk perjalanan jauh. Ye wei, aku tuang minyak full tank RM132 dari KL sampai JB takuk minyak tuh tak bergerak sangat pun, before balik KL tambah lagi dalam RM50 cukup sampai pulangkan balik itu pun ada lebih setengah tangki minyak lagi, spare je tuang lebih takut jadi apa-apa kan. Kalau duit minyak tuh bahagi 10 orang dah berapa, so betul-betul jimat kan


Selain daripada dengar radio, eh ada sistem audio dan video yang ada didalam Grand Starex Royale Starex ini ye. Ini kerana ianya dilengkapi pemain DVD dengan paparan skrin tujuh inci di bahagian tengah (untuk penumpang belakang). Hah layan movie sekejap masa on the balik, tapi sekejap je lepas tuh borak je non stop sampai ke KL.

Aku tambah lagi sedikit info mengenai sewaan ADIKFIRA MPV Hyundai Starex Royal ini ek:

ADIKFIRA menawarkan 2 jenis kenderaan untuk disewakan iaitu Hyundai Starex Royale dan Suzuki APV. 


Auto gear dan minyak diesel (tangki penuh RM120.00 - 700km)

RM20.00 per jam (minima 5jam)

RM225.00 separuh hari (12 jam)

RM450.00 per hari (24jam)

RM2,800.00 seminggu (7hari)

RM200.00 Service vvip ‘Drop&Pickup only+Driver’


Seriously memang betul-betul selesa di buat tau, walaupun jauh tapi tak terasa pun ternyata MPV Hyundai Starex Royale menjadi pilihan terbaik!

Korang kalau berminat, boleh hubungi terus:

Fira 0173136065 

Zikri 0179595907

*Untuk sekitar kawasan Kuala Lumpur, Selangor, Shah Alam, Putrajaya, Lembah Klang.

*Kenderaan perlu diambil. Cas sebanyak RM30-50 jika perlu dihantar ke kawasan lokasi tertentu. 





Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com