Monday, August 7, 2017

Produk Penjagaan Rambut & Badan Botaneco Garden

Hi Korang,

Untuk info korang ni tau..

Gedung farmasi juga peruncit barangan kesihatan dan kecantikan terbesar Malaysia, Guardian, sedang meluaskan koleksi penjagaan rambut dan badan popular Minyak Argan serta Minyak Zaitun Dara Organik Botaneco Garden bagi memberikan pengguna lebih kebaikan yang memenuhi kesesuaian mereka. 


Dijual pada harga mampu milik, barisan ini dirumuskan untuk para pelanggan yang mahukan ciri-ciri organik dan penyelesaian kecantikan yang disahkan mesra alam bagi melindungi mereka daripada bahan kimia yang berbahaya. 

Barisan Botaneco Garden telah diuji secara dermatologi dan terbukti, mengandungi formulasi yang bebas daripada parabens, silikon, sabun, pewarna, lanolin, DEA, SLS dan SLES. Ia diperkaya dengan Minyak Argan Organik dari Maghribi dan Minyak Zaitun Dara dari Sepanyol yang disahkan 100% eko. Produk-produk ini tidak diuji ke atas haiwan.

Dos asid lemak yang tinggi dalam minyak Argan seperti Omega-6, Omega-9, vitamin A, tocopherol dan asid linoleik boleh memberi ketenangan pada kulit, anti penuaan, anti oksida dan memberi kelembapan pada kulit[1]. Minyak argan juga membantu rambut kelihatan lebih bersinar; mengurus kekusutan dan menguatkannya. Selain itu, membantu rambut untuk mudah diurus dan mengurangkan rambut daripada putus, kusut dan terbelah di hujung rambut1. 

Minyak zaitun pula sarat dengan anti-oksida seperti squalene, yang dikenali dengan khasiatnya untuk kesihatan kulit yang membantu proses anti-penuaan[2]. Ciri-ciri perapian minyak zaitun pula membantu melembapkan kulit kepala. 


Produk-produk baharu Botaneco Garden ini dinamakan mengikut kebaikan fungsi-fungsi iaitu ‘Replenishing’, ‘Moisturising & Nourishing’, ‘Smooth & Shiny’ untuk penjagaan rambut; ‘Nourishing’, ‘Radiant’ dan ‘Skin Repair’ bagi rangkaian penjagaan badan.

BARISAN PENJAGAAN RAMBUT


Keseluruhan barisan penjagaan rambut Botaneco Garden dirumuskan dengan formulasi bebas silikon. Silikon sering digunakan dalam produk-produk penjagaan rambut terutamanya dalam perapi bagi memberikan ilusi sementara rambut licin dan bersinar bak sutera[3]. Bagaimanapun, penggunaan kerap produk-produk rambut yang mengandungi silicon akan menyebabkan rambut terasa melekit; kusam dan sukar untuk digayakan[4].

Oleh itu, para pengguna perlu mencari produk penjagaan rambut yang formulasinya bebas silikon seperti yang ditawarkan Botaneco Garden bagi melembapkan serta memberikannya khasiat bagi mendapatkan rambut yang benar-benar sihat.

‘Replenishing’ 

Untuk Rambut Yang Halus, Rata dan Nipis

Barisan ‘Replenishing’ Minyak Argan dan Minyak Zaitun Dara Organik Botaneco Garden terdiri daripada syampu dan perapi yang dirumus khas untuk membantu mengembalikan rambut keadaan sihat. Kedua-duanya diperkayakan dengan 4X perapi rambut dan kulit kepala yang penting – Jus Aloe Vera, Ekstrak Batang Buluh, Vitamin E serta Vitamin B5 dan Mentega Shea yang masing-masing terkandung dalam syampu dan perapi. 

‘Moisturising & Nourishing’ 

Untuk Rambut Normal atau Kering

Barisan ‘Moisturising & Nourishing’ Minyak Argan dan Minyak Zaitun Dara Organik Botaneco Garden amat sesuai untuk mereka yang mempunyai rambut normal atau kering. Syampu, perapi dan serumnya boleh digunakan secara bersama atau berasingan untuk mengembalikan dan menyimpan lembapan. Syampu dan perapinya digabungkan dengan 4X perapi rambut dan kulit kepala minyak Argan, minyak zaitun, glycerin dan ekstrak bunga raya. 

‘Smooth & Shiny’

Untuk Rambut Lurus, Kusut atau Kusam 

Barisan syampu, perapi dan serum rambut ‘Smooth & Shiny’ Minyak Argan dan Minyak Zaitun Dara Organik Botaneco Garden dicipta untuk keperluan mereka yang berambut kusut atau kusam yang mahu meluruskannya; mengurangkan statik serta memudahkan pengurusannya. 4X Perapi penting dalam serum adalah minyak Argan, minyak zaitun, minyak Abyssinia dan vitamin E. Bagi mendapatkan keputusan yang terbaik, gunakan kaedah tiga langkah ini - syampu, perapi dan serum setiap hari untuk mendapattkan rambut yang licin dan kelihatan bersinar. 

BARISAN PENJAGAAN BADAN


‘Nourishing’

Cecair mandian; krim tangan dan mentega badan ‘Nourishing’ amat sesuai untuk semua jenis kulit. Krim tangan dan mentega badan mengandungi 4X pelembap penting termasuklah jus Aloe Vera, ekstrak batang buluh, mentega Shea dan vitamin E untuk mendapat pengalaman kulit yang dimanjakan dan wangi. 

Cecair mandian ‘Radiant exfoliating bath’ boleh digunakan secara bersendirian atau sebagai set penuh rejim kecantikan Botaneco Garden. Ia membersihkan kulit dengan lembut bagi mengeluarkan kulit mati agar kulit kelihatan cantik, sihat dan bersinar. Ia mengandungi 4X pelembap penting termasuklah jus Aloe Vera; ekstrak batang buluh, vitamin E dan glycerin. Ia sesuai digunakan setiap hari.


Untuk kulit kering atau yang sangat kering, Losyen Badan Minyak Argan & Minyak Zaitun Dara Organik Botaneco Garden adalah penyelesaiannya. Losyen ini kaya dengan 10X pelembap termasuklah minyak Jojoba, minyak bunga matahari, jus Aloe Vera, ekstrak batang buluh, mentega Shea, vitamin E, minyak Abyssia, ekstrak bunga raya, ekstarak bunga ‘Rosa Canina’ dan ekstrak bunga ‘Sweet Violet’. Ia membantu menghidratkan dan memberi khasiat pada kulit lalu menjadikannya segar sepanjang hari walaupun di ruang pejabat paling sejuk.

Pengarah Jenama Koporat, Kencantikan & Kesihatan, The Dairy Farm Company, Puan Segolene Defline berkata, “Barisan Minyak Argan & Minyak Zaitun Dara Organik Botaneco Garden adalah tawaran penjagaan rambut dan badan paling popular kami. Kami menambah varian baharu kepada barisan ini selepas memahami dengan teliti keperluan dan kehendak pelanggan disamping memastikan kualiti dan harga yang terjaga. Para pelanggan yang celik eko akan mendapati barisan Botaneco Garden menawarkan semua keperluan mereka.”

Harga* dan cara mendapatkannya

Pelihara alam semulajadi dengan rejim kecantikan anda dengan koleksi tambahan Minyak Argan dan Minyak Zaitun Dara Organik Botaneco Garden. Ia boleh didapati secara eksklusif di cawangan Guardian di seluruh negara dan e-stor di pautan https://online.guardian.com.my. Harga bagi produk-produk ini berada antara RM11.40 hingga RM27.90.



[1]http://www.med-health.net/Argan-Oil-Benefits.html
[2]Health Benefits of Olives and Olive Oil, A review of the research. http://www.aboutoliveoil.org/oohealthbenefits.pdf
[3]Evaluation of leave-on hair serum containing higher amount of silicones, Research Journal of Pharmaceutical, Biological and Chemical Sciences, 2017. 2016. ISSN: 0975-8585. http://www.rjpbcs.com/pdf/2016_7(6)/[343].pdf
[4]The Encyclopedia of Skin and Skin Disorders, Third Edition. Turkington, T. & Dover J. S., 2009. Pg.168 [Google Books: https://books.google.com.my/books?id=GKVPHoIs8uIC&printsec=frontcover&dq=isbn:0816075093&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwiuyr-A-57UAhWBN48KHeieAPEQ6AEIJzAA#v=onepage&q&f=false]







Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Thursday, August 3, 2017

Watsons Shopping Spree 'Switch and Save'

Hi Korang,


Jenama Watsons lebih sinonim dengan produk berpatutan, berkualiti tinggi dan lebih nilai-untuk-wang. Mempunyai pengikut setia kalangan pelanggan, baru-baru ini Watsons telah melayan sepuluh ahli VIP Watsons untuk berbelanja sakan bersama Fasha Sandha yang merupakan Rakan Selebriti Watsons bersempena dengan kempen "Tukar dan Jimat" dengan produk jenama Watsons. 


"Sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan terbesar Asia, produk jenama Watsons yang merupakan jenama kami sendiri telah terbukti disukai oleh para pelanggan kami, menawarkan beraneka barangan penjagaan peribadi, keperluan kecantikan dan penjagaan kesihatan. Kami sentiasa mendengar maklum balas dari pelanggan kami untuk memberikan produk berkualiti yang terbaik setanding dengan jenama terkemuka dipasaran. Aktiviti belanja sakan ini ialah salah satu cara untuk kami berterima kasih kepada para pelanggan yang dihargai diatas sokongan berterusan kepada jenama Watsons dan juga bersempena meraikan Hari Raya" kata Caryn Loh, Pengurus Besar (Ketua Negara) Watsons Malaysia. 

Akak lily jugak sempat hadir ke Watsons Shopping Spree ni hari tuh yang diadakan di cawangan Watsons dipusat beli belah My Town, Cheras.


Para pemenang "Tukar dan Jimat" telah dipilih melalui kempen peraduan di instagram yang dianjurkan terdahulu, peserta dikehendaki memuat naik gambar di instagram dan berkongsi pendapat mengapa mereka bertukar kepada jenama Watsons dengan hashtag #myswitchandsave dan #watsonmalaysia. 
 
comey nau Fasha mencari barang ek, gelak je lebihh hehehe

susun jangan tak susun ayu

Sepuluh pemenang telah dipilih dan diberikan layanan berbelanja sakan selama 60 saat bersama Fasha Sandha yang juga Rakan Selebriti Watsons, dalam satu tempoh masa yang diberikan mereka dikehendaki mengambil produk jenama Watsons seberapa banyak yang boleh. Para pemenang berjaya mengambil produk jenama Watsons sejumlah RM (Angka sebenar akan disediakan pada hari acara) dalam tempoh masa yang diberikan. 

Dengan rangkaian yang luas dan beraneka produk, rangkaian Jenama Watsons memberi pilihan kepada pelanggan untuk berjimat dengan banyak tanpa berkompromi dengan kualiti.


Caryn Loh menambah, setiap produk jenama Watsons akan melalui pelbagai peringkat program pembangunan dan penyelidikan dengan proses kawalan kualiti yang ketat. Produk­ produk jenama Watsons akan melalui proses ujian kawalan kualiti selama 18 bulan. lni untuk memastikan pelanggan Watson hanya menerima produk terbaik dan menjadikan produk yang dikeluarkan selamat dan berkesan untuk memenuhi kehendak pelanggan yang dihargai.

"Ia merupakan pengalaman yang menarik dan menyeronokkan bila dapat menyaksikan aktiviti belanja sakan oleh pemenang peraduan, ketika kita merayakan Hari Raya. Ia adalah satu cara kami membalas budi kepada pelanggan yang telah menyokong produk jenama Watsons', ujar Fasha Sandha, pelakon terkenal yang juga merupakan pemenang anugerah.

"Sebagai pelakon, ibu dan usahawan dalam satu masa, saya mempunyai jadual harian yang sangat sibuk. Saya akan memastikan keluarga dan diri saya akan mendapat produk yang terbaik untuk penjagaan peribadi dan saya sangat gembira menyatakan bahawa produk jenama Watsons memberikan kepuasan kepada keluarga saya. Ia meliputi rangkaian penjagaan diri, keperluan kecantikan dan barangan penjagaan kesihatan dimana ia memenuhi kehendak keluarga saya," jelas Fasha Sandha.

happy memasing dapat shopping ek - eh Nisa Kay pun ada gak...

Kempen Tukar dan Jimat merupakan inisiatif berterusan oleh jenama Watsons Malaysia untuk memastikan Ahli VIP dan pelanggan mendapat produk berkualiti terbaik pada harga yang berpatutan. Sila ke cawangan-cawangan kami dan untuk promosi atas talian, lawati: www.watsons.com.my/switchandsave



Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


Wednesday, August 2, 2017

JOY DESIGN STUDIO Kini Di Johor Bahru, Jom Shopping!!

Hi Korang, 

Dengar pasal shopping je terus tersembul biji mata korang ek!! Hehehe 

Biasalah orang perempuan memang camtuh, pantang dapat tau ada tempat baru untuk shopping ermm terus usha line. Tak kira apa pun bendanya janji shopping dan hati senang. 

Pernah dengar JOY DESIGN STUDIO

Ermm tak pernahlah tuh, ok ok meh aku cerita sket ek. 


Syarikat perabot Malaysia, Joy Design Studio ('JOY') yang ditubuhkan sejak 2014 oleh Sheikh Mohamad Azrul S.M Nasimuddin Kamal menambah satu lagi cawangan baharu premis itu di Johor Bahru, Johor. 

Akak lily bersama-sama blogger lain turut hadir ke majlis pembukaan rasmi Joy Design Studio ini, pepagi lagi dah sampai ke sini tau. 

Jom kita intai apa yang ada di dalam bangunan comel 3 tingkat ni ek 
















Wah cantik-cantik belaka kan 

Mestilah cantik pelbagai jenis perabut berkonsepkan ada Scandinavia, so unik sekali rekaannya. 





Konsep dan reka letak keseluruhan gedung perabot tersebut diberikan rupa baharu yang cukup unik, di mana pelanggan akan merasai suasana membeli­ belah yang nyaman dan mewah, iaitu konsep baharu yang diperkenalkan menerusi produk mewah mampu milik, JOY COLLECTION

Cawangan baru itu terletak di Pusat Perdagangan Danga Utama, Johor Bahru. Bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat, cawangan itu kini merupakan bilik pameran terbesar JOY setakat ini, terletak di lokasi strategik dengan kawasan trafik tinggi dalam pusat Bandar yang sibuk. 

Syarikat tersebut turut mengumumkan pembukaan unit perniagaan baharu, JOY ID & CAFE, iaitu sebuah kafe dalam premis dengan nama CUPPAJOY, dan firma konsultan rekabentuk dalaman, JOY DESIGN & BUILDING yang bakal mula beroperasi di ibu pejabat di Setia Alam, Shah Alam. 

JOY Johor Bahru merupakan bilik pameran terbesar dan akan menjadi premis pertama memiliki kafe sendiri, dinamakan CUPPAJOY. Kafe ini bakal dilengkapkan dengan mesin kopi terkini dan pasukan barista terlatih yang akan menyediakan hidangan kopi panas menyegarkan. Kafe ini dijangka beroperasi tidak lama lagi. 








Hah sempatlah kak lily dan kengkawan lain merasai sendiri keenakan pelbagai jenis hidangan di CUPPAJOY ini. 


"Kakitangan jualan kami bukan saja cukup terlatih, tetapi juga memiliki pengetahuan Rekabentuk Dalaman yang mampu memberikan pelanggan aneka perkhidmatan dan pengalaman," kata Pengarah Joy Design Studio, Sheikh Mohamad Azrul SM Nasimuddin Kamal.


Menurut Sheikh Azrul lagi, kajian JOY mengenai demografik cawangan tersebut pastinya dapat menampung jumlah kehadiran pelanggan sekitar wilayah Selatan tanah air, termasuk penduduk Johor dan Singapura. Malah, cawangan baharu tersebut juga mampu berfungsi sebagai pintu masuk kepada Joy Design Studio untuk cuba berjinak dalam pasaran antarabangsa.

akak lily bersama orang kuat JOY DESIGN STUDIO dan blogger lelain - credit photos rawlins

Kalau korang nak tau, JOY adalah syarikat milik anak Malaysia 100 peratus dan JOY sememangnya sentiasa menyokong kehadiran jenama tempatan. Malah, JOY sebelum ini pernah berkolaborasi dengan beberapa pengeluar produk jenama tempatan seperti MimpiKita, KREE, Royale Orchid, Whimsigirl dan lain-lain. Bukan itu saja, JOY turut membuka peluang kepada mana-mana pengusaha tempatan lain untuk mewujudkan platform bisnes dengan JOY yang mungkin mampu menguntungkan jenama syarikat dan produk mereka.

mereka yang happy - credit abam Nazlan

Sheikh Azrul menambah "Kami sedang merancang membukan gedung keempat di Pulau Pinang menjelang 2018 berdasarkan permintaan tinggi yang semakin meningkat dari wilayah Utara. Selain itu, kami juga akan menambahbaik dalam beberapa perkara berhubung teknologi, logistik dan produk.


Dengan pelancaran cawangan baharu di Johor Bahru, JOY kini sudah memiliki tiga bilik pameran di Malaysia. Selain di Johor, dua lagi premis terletak di Setia Alam, Shah Alam yang juga ibu pejabat JOY, dan Bangsar, Kuala Lumpur.

Ermm korang yang berada di Johor Bahru dan Singapura tuh, boleh lah ke

No 76, Jalan Pertama 1, 
Pusat Perdagangan Danga Utama, 
81300 Johor Bahru, Johor 



Korang boleh layari :

Website : https://www.joyd.my/ 



Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com