Tuesday, August 1, 2017

Makan Tengahari Di The Royal Selangor Yacht Club (RSYC), Port Klang.

Hi Korang,


Meh aku sambung balik cerita makan-makan sedap kitaorang sekeluarga hari tuh di Port Klang ek. Hari tuh entry lepak-lepak tuh separuh je kan, ok now aku sambung lagi ek.


Makan tengahari kan so haruslah menu kaw-kaw ek

Lets dig in!

Seafood Tom Yum

Nampak macam kosong kan, tapi bila ceduk dalam-dalam ermm macam-macam yang di jumpai, ada sotong, udang, kepingan ikan dan sayur-sayuran. Pedas tapi sedapp


Steamed Squids in Lime

Ini first time aku makan ni, sotong di masak secara stim dengan jus limau. Jangan ingat rasa limau je ek, rupa-rupanya ada cili api tersembunyi dalam menu ni tau. Pedas menyengat jugak !

Sweet Sour Fish

Sangat-sangat crunchy, ranggup seluruh ikan baik daripada isi ikan hingga ke tulang-tulang ikan ek. Kuah masam manisnya awesome betul, sesuai dengan tekak. 

Mutton Varuval 

Daging kambing di masak ala-ala kicap katanya, tapi bila Mr Big makan ada rasa rempah ratusnya yang kuat dan tak berapa pedas.

Kam Heong Chicken

I like this dish, ayam di goreng terlebih dahulu dan kemudianya di masak ala kam heong (Chinese style). 


Soft Shell Crab

Berebut-rebut kitorang makan ketam kulit lembut ni, yelah masa sampai tu panas-panas so ranggup lah. Sampai licin termasuk serdak-serdaknya sekali.

Dessert

Ya ampun order pemanis mulut pulak, padahal tadi makan kemain banyak lagi kan but still teringin nak makan jugak menda-menda manis.

Goreng Pisang with Ice Cream

Walaupun simple je hidangannya setakat pisang goreng dan aiskrim tapi berebut jugak dengan si Aakif ni, dia makan ais krim je

Chocolate Lava

Brownie nya panas betul masa dihidangkan, makan sekali dengan ais krim wow terangkat ooo.. Yang ni pulak Mr Big berebut dengan si Aalya, biar ada budak-budakny cam tuh lah kan utamakan diorang dulu.


So barulah complete!

Bagi aku in terms of harga, walaupun tempatnya esklusif tapi harganya amat berpatutan, tak delah mahal mane pun. Yang penting kita kena cuba dulu then baru tau ye

mereka yang happy dapat makan sedap

Untuk kemari, ini alamatnya

The Royal Selangor Yacht Club (RSYC)
Jalan Shahbandar,
42000 Port Klang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.



Latitude 03 00 30 N Longitude 101 23 30 E

Website : www.rsyc.com.my

By telephone: +603 3168 6964
By e-mail: info[@]rsyc.com.my (General Business)

Itulah dia kisah makan-makan di Royal Selangor Yacht Club, Port Klang. Memang lama betul ambil masa nak menulis ek, yelah baru nak start je ada je orang mengacau ni hah

Sedaplah makan kat sini.

ini lagilah happy, dapat spend time together

Tup-tup terus berangan nak beli kapal layar dan park kat sini ek so boleh lepak kat RSYC ni selalu hehehe.. doakan tau





Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


PPZ TV Bagus Jugak Ek

Hi Korang,

Akak lily ni bukan kaki youtube ye huahauhauahua

Bukan apa lah sebab tak de masa nak layan video-video kat situ, mostly video yang ada kat situ memang entertaining tapi tak educate people lah, itulah pasalnya. Kalau educational video macam tutorial melukis ke, memasak ke yang tuh memang aku layan habis. 

Malaslah nak layan video viral-viral ni sebab buang masa je

Tup-tup ada satu hari tuh masa aku duk godek-godek video masak kat youtube ada iklan pulak satu video ni, kisah orang asnaf. Ermm dalam hati aku cakap ni mesti buat video sebab nak meraih simpati kan. Tapi hati aku cakap alah bukak jelah tengok sekejap kalau merapek-rapek then tutup jelah. 

Lepas aku layan ni terus seronok pulak !!

Sebabnya entertaining dan educational sungguh

Lagi pulak geng-geng dakwah ni pandai bebenau buat kelakar hahahaha sampai sakit-sakit perut di buatnya. Sejak dari tuh, aku seronok pulak duk melayan video-video di PPZ TV ni, banyak jugak info yang dapat aku pelajari. 

Ni aku share beberapa video ek








Kan seronok kan !!!

Apalagi korang pun ushar-ushar lah PPZ Tv Channel di Youtube.com ni

Jangan lupa subscribe PPZ TV sekali…





Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


Monday, July 31, 2017

Shopping Barangan My Little Pony Di ISOOKA.COM

Hi Korang,

Pernah dengar iSooka.com?

Aku memang tak lah

Rupanya website iSooka.com ni merupanya website jualan pelbagai barangan kanak-kanak seperti beg, alatulis, buku, majalah, mainan, pakaian, kasut dan pelbagai lagi. Di antara jenama yang bernaung di bawah iSooka ini adalah Didi and friends, Dreamworks, My little pony, Bobiboy, DC Comics, Marvel, Upin Ipin, Disney, 4M, Oh My English dan Star Wars. Wah semua jenama premium ni.

Of courselah mak-mak masa kini mesti tau website ni, yelah shopping untuk anak-anak barang sekolah kan.

Aku pun sibuk duk scroll jugaklah tengok apa yang menarik di dalam iSooka ni.

Tengah duk belek-belek aku terpandang item dari My Little Pony ni. Siapa tak kenal dengan karakter My Little Pony ni, sejak dari akak Lily kecik sampailah la ni, patung ni senantiasa menjadi ingatan. Yelah comel benau, kuda warnawarni melompat-lompat. Sampai sekarang ada lagi so kira hebatlah kan, jenama ni memang melekat di hati rakyatMalaysia.


My Little Pony: Sitting Plush Toy - Rainbow Dash (Sky Blue) + FREE Luggage Tag

Ya ampun, comel bebenau patung My Little Pony ni ek,Harga tak delah mahal mana pun walaupun ianya merupakanbarangan berlesen tau. Ianya di perbuat daripada material lembut yang selesa di peluk-peluk setiap masa. Ada 6 jenis patung pelbagai warna untuk di jadikan koleksi.



Yang penting dapat luggage tag PERCUMA bagi setiap pembelian kategori mainan yang sama

My Little Pony: Hair Extension Ribbon Clip (Pinkie Pie)


Ada satu lagi aksesori yang aku nak perkenalkan kepada korang ni jugak tau. Khas untuk anak-anak dara kita yang comey lote tuh. Klip rambut yang siap ada hair extension.

Nampak tak kecomelannya hehehhee, ianya sangat-sangat comel dan cute dan mempunyai pelbagai jenis warnayang bakal menjadi kegemaran anak-anak dara kita dan lagi pulah harganya yang tidak kurang dari RM30 saje. Eh mesti kena ada ni tau untuk anak-anak dara kita.


Yang mana rambut pendek tuh boleh berpeluang merasa ada rambut ikat ala-ala pony tail tuh.Ianya berkualiti tinggidan merupakan produk berlesen

Dah tuh apa tunggu lagi, mari dapatkan di






Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com