Sunday, July 30, 2017

Review| Korean G9 SKIN White In Whipping Cream

Hi Korang,



Lama tak citer pasal skincare ek

Siapa yang tak suka dengan produk kecantik dari Korea kan, terutamanya sekali produk penjagaan kulit muka. Yelah diorang ni kan terkenal dengan macam-macam jenis produk kecantikan, nak mancungkan hidung ada, nak putihkan kulit ada, nak besarkan mata ada, nak kulit berkedut jadi tegang balik pun ada, semuanya lah dari Korea. 

comey plak kotaknye ek

Kali ni aku berpeluang untuk mencuba satu lagi produk terbaru G9 Skin Korea iaitu G9 Skin White in Whipping Cream.

Kemain lagi nama, macam krim atas kek je ek. 

Kenapa di gelar G9 Skin?

Sebab bahan-bahan yang terkandung di dalam produk ini adalah 'Lotus extract, Ivy extract, Eucalyptus extract, Hibiscus extract, Chlorella extract, Pine Sprout extract, Oregano Leaf extract, Green Tea extract dan Chia Seed extract'. Ianya di formulasikan dengan berkonsepkan anti-city pollution skincare yang mana bahan-bahan ini membantu bagi membersihkan dan melindungi kulit letih untuk menjadi kulit yang bersih dan sihat


G9 Skin White In Whipping Cream (50g)

Akak tau ramai yang sukakan kulit agar putih berseri macam pelakon Korea kan? 

Selain daripada G9 Skin White In Whipping Cream ni selain dari popular dengan fungsi untuk memutihkan ianya juga membantu membuatkan kulit muka kita melembap, meratakan warna kulit muka dan anti kedutan so barulah boleh dapat kulit muka bak porcelain.

Cara nak gunakan?

colek sket je tau

ini pun banyak lah huahauhaua

La sapukan di muka sejurus lepas muka di bersihkan dan disapukan toner. Tapi jangan letak banyak sangat kang putih yang amat jadinya nanti hahhahahah

ni masa hari pertama pakai, hah amik ko putih muka sebelah, nak tunjukkan perbezaan

ok ni dah terrer pakai, dah reti balance kan hehehee

hah tengok dah porcelain dah sket muka aku  hahahaha


Selepas gunakan G9 Skin White In Whipping Cream selama 3-4 hari, kulit nampak cam bersih sket yelah baru-baru pakai kan mana boleh tup-tup terus jadi meletops hehehhe. Kena continue pakai untuk dapatkan hasil yang optimum

Origin: Made in Korea

Harga: RM78


Untuk info lanjut mengenai G9 SKIN White In Whipping Cream, sila layari:-

Website: www.g9skin.com

Facebook: fb.com/G9skinMY

Instagram: @g9skin_malaysia




Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com







Saturday, July 29, 2017

REVIEW | G9 Skin First Lipstick

Hi Korang,


Baru-baru ini aku ada post kat Instagram pasal lipstick cantik ni.

Kecoh bebenau sampai ramai yang tanya beli kat mana. Meh aku kongsikan pada kepada korang mengenai lipstick cantik ni ek.

G9SKIN First Lip Stick

Cantikkan warna-warnanya

G9 Skin First Lipstick ini mengandungi dua bahan pelembap utama iaitu:-

Shea Butter 
Melegakan dan melembapkan bibir dan kulit yang kering

Tocopheryl Acetate
Vitamin E sintetik yang melembapkan bibir

So terdapat 5 warna lipstick menarik hati iaitu:-


#01. Midnight Red

#02. Dry Rose

#03. Dazzling Pink

#04. Peach Brown

#05. Vintage Red


Semua cantik-cantik kan!

cuba 02.Dry Rose

saja-saja je cuba style cam ni plak hehehhee


Itulah ramai yang berkenan dengan warna-warna G9 Skin First Lipstick ni, aku sendiri suka warna Dazzling Pink dan Vintage Red.

Oh ye, lipstick ni memang sesuai sangat bagi mereka yang sukakan :
  • lipstick matte dengan sentuhan lembut
  • Warna-warna terang 
  • Makeup tahan lama
Jadi yang mana satu pilihan korang ek


Untuk info lanjut mengenai G9 SKIN First Lipstick, sila layari:-

Website: www.g9skin.com

Facebook: fb.com/G9skinMY

Instagram: @g9skin_malaysia




Thursday, July 27, 2017

Lepak-lepak di The Royal Selangor Yacht Club (RSYC), Port Klang.

Hi Korang,


Hujung minggu ermm of courselah tak de apa nak buat haruslah jalan-jalan bersama keluarga. Ye keluarga akak Lily tak ramai pun, just two of us dan kucing hitam bernama #DakUban tuh. So kitaorang tak kemana pun, lepak depan tv sambil makan makan dan makan hehehhe

Sebab dah lama tak keluar dengan Aakif dan Aalya so aku plan pi makan tengahari cam tuh, googlelah tempat makan yang best dan sedap di kawasan Kuala Lumpur ni. Majoriti kebanyakan kedai aku dah pi dah so luaskan carian hingga ke hujung-hujung Selangor.

nak tengok burung katanya dak aakif ni

Tup-tup aku teringat ada orang suggest untuk pi makan di Port Klang, jauh tapi apa ada hal janji makan sedap kan. Terperasan pulak tempat makan di Royal Selangor Yacht Club (RSYC) ni, view website www.rsyc.com.my ni cam best je lokasi tempat makan ni so plan ke sini jelah.


Meh aku cerita sket sejarah Royal Selangor Yacht Club (RSYC) ni ek. 

Ianya merupakan kelab kapal layar tertua dan terbesar di Malaysia, yang telah ditubuhkan pada tahun 1963. Kelab ini dibawah naungan HRH Sultan Selangor. Dulu-dulu tempat ini dibuka hanya kepada ahli sahaja dan kini dibuka kepada orang awam. 


Kalau korang biasa dengar pertandingan Raja Muda Selangor International Regatta yang amat berprestij itu, ianya di selia oleh RSYC dan ianya merupakan acara pelayaran luar pesisir yang paling mencabar di Asia Tenggara. 

Ini first time aku nak ke RSYC ni. 

Memang kena guna WAZE sebab aku bukan terrer pun jalan-jalan kat Klang ni, senang je terus je kalau dari KESAS Highway tuh.


cantik kan, kalau malam mesti lagi cantik ek


cepatlah mummy, panas ni



Memang cantik RSYC Clubhouse ni, rumah kelab gaya tradisional di tepi jeti kecil dan menghadap laut dan boleh nampak pelbagai jenis bot dan kapal layar di jeti ni. Sesuai benar kalau nak di janjikan lokasi majlis perkahwinan esklusif, sambutan hari jadi, makan malam romantik atau pun just tempat lepak-lepak untuk menenangkan hati dan jiwa yang serabut tu kan.

The View Seafood Terrace nama restoran di RSYC Clubhouse ni, menghidangkan pelbagai jenis makanan tempatan dan juga makanan barat. Yelah ramai juga mat salleh makan di sini masa aku pi hari tuh, so banyak pilihan kan.


Aku akan buat 2 entri makan-makan untuk RSYC ni ek sebab banyak nau makanan yang di order, elah kan masa kitaorang pi kan tengahari so memang lapar. Rambang mata nak order semua kalau boleh hehehhe

Mula dengan simple appetizer dulu

Grilled Chicken Farmhouse Salad (RM20)

Simple je kan, tapi grilled chickennya kemain besar lagi potongannya, nampak cheese tuh. Hah lebar-lebar dia letak, sayurnya crunchy, rasa segar sangat


Beef Bolognese Pizza (RM30)

Thin crust pizza basenya, tak terlalu tebal. Sosnya Bolognese tak terlalu pedas, tomato memang tak pedas pun. Daging rasa seketul-ketul. Yang tukang habiskan pizza ni adalah Aakif. Sekeping-sekeping dia boleh makan, slow and steady je.

nampak pinggan Dak Aakif ni, kemain penuh pizza

mummy nak pizza lagi ek... sedappp. dah kenapa plak nen tuh ek

Itu baru dua hidangan, ada lagi 5-6 jenis hidangan ye. Nanti sambung lagi ek

Bagi aku in terms of harga, walaupun tempatnya esklusif tapi harganya amat berpatutan, tak delah mahal mane pun. Yang penting kita kena cuba dulu then baru tau ye

Untuk kemari, ini alamatnya

The Royal Selangor Yacht Club (RSYC)
Jalan Shahbandar,
42000 Port Klang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.

Latitude 03 00 30 N Longitude 101 23 30 E


Website : www.rsyc.com.my
By telephone: +603 3168 6964
By e-mail: info[@]rsyc.com.my (General Business)


Ok nanti sambung lagi ek...



Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com