Tuesday, July 25, 2017

Men’s Health Women’s Health Night Run 2017

Hi Korang,

Lama kot tak join event lari-lari ni hehehhe..

Sebab rasa tak confident nak lari, yelah badan kan banyak lemak so rasa berat jelah. Tup-tup bila dapat invite untuk join Men Health Women Health Night Run ni aku tertarik nak join pulak, dengan geng tak de yang join dengan Mr Big tak ikut. Yakin je kan nak lari ni…


Memang tak de preparation apa-apa pun, just bersenam naik tangga turun tangga office je ni kan, jadilah dari tingkat 1 ke tingkat 5 tapi bukan hari-hari pun bila ada mood je baru buat hahahaha pemalas sungguh la kan. Running kit mintak tolong blogger Kelly Chin ambilkan sebab aku tak de kat KL 2 minggu lepas huahauhaua

So sabtu lepas, Men Health Women Health Night Run ni berlangsung. 

Dah nama pun night run so berlari malam la ek cuma kanak-kanak je berlari waktu petang, tapi di sebabkan aku ni over excited, maka tersampailah aku awal daripada orang lain. Larian #MHWHNightRun ada banyak kategori, di antaranya:-

Kategori dan Jarak Larian 

Men's and Women's Open 21KM 

Men's and Women's Veteran 21KM 

Men's and Women's Open 12KM 

Fun Run 5KM 

Kids Run 3KM and 700M 

Korang rasa aku dalam kategori mane? Hahaha haruslah Fun Run 5km sajor. Manalah kuat nak lari jauh-jauh tuh kan.

depan khemah AIA, cantik nau props nya

sempat tengok permainan yang AIA sediakan, cam best je





khir khalid kat booth Shick, main menda alah ni, dapatlah hadiah

Sementara nak tunggu turun Fun Run berlari dalam pukul 7malam tuh, sempat jugak aku check it out booth-booth penaja yang ada pada hari tuh. Ada booth AIA Vitality, Ultron, Fossil, Clear, Schick, Lucozade Sport tapi booth yang ramai orang sekali of courselah booth AIA Vitality dengan booth Clear sebab boleh dapat banyak goodies hehehhe


Kan sampai awal tadi so sempatlah aku saksikan pelepasan untuk larian kanak-kanak yang 700metre dan 3km. Alah comey-comey belaka anak-anak yang berlari kan, ada yang lari dengan parents jugak, kira bagi moral support gituh. 

Ok its time to run now!!


Memang exactly 7pm kitaorang berlari. Pada mulakan aku just ambil gambar untuk update nak blog je so langsung tak beratur kat ruangan yang di sediakan tup-tup tengok orang berlari so aku pun join sekali gak lah.

muka kengkonon tak nak lari

ermm lari jugak lah

part daki bukit yang tak tahan penat tuh

Alah 10 minit pertama je aku berlari lepas tuh berjalan laju je, nasib baik ada blogger Max Lim dan Kelly so diaorang temankan aku berjalan sekali but then Kelly cakap dia nak lari so terus dia memecut tinggalkan aku hauhauhauahuahau nangis mak masa jalan tuh cis itu tipu belaka.



Eh ingat tak penat ke berjalan laju ni, eh sama penat dengan berlari ye walaupun berjalan tau huahauhua, sampai je 2km yang terakhir tuh kaki dah mula rasa kebas-kebas, tulang pinggul pun dah berkeletup berbunyi, terus terslow jalan sebab takut anything happen. Tapi tak de apa-apa pun, sambung je jalan cam biasa then sampailah ke finishing line.

nampak tak akak lily yang comel kat dalam screen tuh


dengan Max Lim, peneman akak lily berjalan hah

Bila sampai ke finishing line tuh ya ampun rasa gembira sangat wei yelah setelah sekian lama tak berjalan jauh cam tuh tapi berjaya jugak habiskan. Masa dapat medal dan sijil tuh, terus senyum sendiri sambil dalam hati berkata-kata hebat jugak aku ni ek huahauhauaaa poyo benau ayat kan. 

Lepas tuh beratur redeem goodies bag then apalagi haruslah selfie time!!

cantik je kelly walaupun berpeluh-peluh kan

ok tunjuk medal masing-masing ek

dah nak balik baru jumpa dak Nuar ni hah


Bergambar sakan la gamaknya, IG story lagi kan eh mestilah kena war-war dengan seantero dunia yang aku berjaya habiskan larian. 

Overall it a good event, dengan tempat makannya yang banyak, dengan boothnya best-best, tempat parking yang luas kan so lain kali boleh join lagi lah tahun depan hehehhee

Thank you #MHWHNightRun hehehehehe




Kaki Bebel,

LILY



Monday, July 24, 2017

Periksa Tahap Kesihatan Diri Di VITACARE HEALTH & WELLNESS Pharmacy

Hi Korang,


Korang sebenarnya sihat ek tak? 

Kalau tengok luaran haruslah sihat kann tapi dalaman tak de siapa pun yang tau even kita sendiri pun tak tau kalau kita tak buat medical check up.

meja pendaftaran belum bukak lagi aku dah sampai, so bergambar dulu kan

Orang macam aku ni ni lagi lah, pemalas + penakut ya ampun nak pi medical check up ni, selagi badan still kuat dan tak sakit kira sihat lah tuh kann huahauhauahua

Tapi sebenarnya

Lagi meningkatnya usia, lagi tinggi risiko korang untuk mendapat penyakit-penyakit yang tengah fames masa kini macam sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan juga kanser. Lagi pulak dengan gaya hidup siang malam 24 jam makan, lepak di kedai kopi, malas bersenam itu bakal menambahkan lagi cepatkan korang mendapat penyakit. 


best jugak farmasi Vitacare ni ek

Bila ada invite mengenai masalah kesihatan dan pemakanan ni memang haruslah aku tak lepaskan dan minggu lepas aku dapat hadirkan diri kempen ujian darah – Live Blood Analysis di Vitacare Pharmacy, The Garden Mall ni.


Ini kira pertama aku di perkenalkan pada ujian darah ni.

Ujian LBA (Live Blood Analysis) dijalankan oleh pakar yang dijemput khas oleh farmasi Vitacare, kira in house farmasi la ni. Just ambil darah sket je dari pesakit dan sample darah tersebut di letakkan di atas plate microskop.


Di sebabkan nak tengok nak microskop tu halus sangat so pihakVitacare dah pancarkan melalui projektor untuk kami semua melihat sendiri hasilnya.

Antara hasil analisis dari ujian darah yang dilakukan seperti:-

pharmacist tengah terangkan mengenai darah ni

yg kecik-kecik asid yang tengah melompat-lompat, pesakit ni baru lepas makan so banyak yang tak hadam lagi


yang dia tunjuk tuh white blood cell, mesti kena 2 kali ganda dari red blood cell yang dalam bulat-bulat tuh

yang bulat ada spike kat tengah tuh, contoh 'Acidic Blood' yang mana badannya mengandungi banyak asid

Ini adalah contoh keadaan darah yang datangnya dari badan yang sihat. Nampak rupa bulatan yang kemas dan cantik.

Yang bestnya setelah melakukan analisis darah, kita bukan sahaja diberikan penerangan bahkan akan mendapat keputusan bertulis. Jadi ianya memudahkan pemahaman melalui analisi yang telah dijalankan.

Kemudian kami di perkenalkan pula dengan AstaZan Natural Astaxanthin dengan penerangan dari Cik Lau Hui Wan, Nutritionist yang dijemput khas oleh Vitacare.


Pertamanya kita perlu tahu apa itu OXIDATION FREE RADICALS? 

Ianya boleh diimaginasikan seperti dari ujian potongan buah epal. Di mana buah epal yang baru dipotong, teksturnya masih cantik dan baru tetapi cuba dibiarkan 30 minit dan seterusnya. Memang kita akan dapat lihat perubahan tekstur epal itu masa ke semasa. Semakin lama, rupanya semakin lebam (teruk). Ianya serupa juga dengan badan kita sebenarnya.

Takut kan!!


Kita sedar tak punca badan kita jadi cam tu, memang tak lah kan. Kalau kita sedar dah tentu kita jaga badan kita ni sebaik mungkin. Sebagai contoh kesan dari stress boleh menyebabkan badan kita akan terus kurang tenaga dan lesu,hilang fokus dan banyak lagi.

So masa sessi ni macam-macam jugak aku dapat tau mengenai lebih lanjut mengenai kebaikan dan kelemahan badan kita ni kan.





Banyak jugak info yang aku dapat tau mengenai segala jenis permasalahaan di badan kita, so kenalah berjaga-jaga dari sekarang. Ermm ini pun dah lewat tapi tak per daripada tak buat langsung kan.


Sebelum pulang, kami juga diberikan "Energy Jar" yang mengandungi pelbagai ramuan yang sihat. Antaranya puri pisang, mangga, chia seed, yogurt, oat dan banyak lagi. Rasanya memang sedap sangat, kira sesuai di ambil mereka yang yang ingin sihat. 

Live Blood Analysis (LBA) akan diadakan di The Gardens Mall dan Suria KLCC pada setiap hari Sabtu pertama untuk setiap bulan bermula pada bulan Ogos 2017 ini. Jadi untuk sesi pertama yang akan datang adalah pada 5 Ogos 2017, dari jam 10 pagi sehingga 6 petang. 

Harga bagi Live Blood Analysis (LBA)

VCard Member semasa VCare Day : FREE

VCard Member normal days : RM10

Non VCard Members : RM30


Apapun terima kasih Vitacare di atas produk kesihatan yang diberikan. Semuanya akan akak lily amalkan untuk menjaga tubuh badan agar lebih sihat dan bertenaga sepanjang masa.


Kaki Bebel,

LILY


Sunday, July 23, 2017

POWER ROOT PENUHI HASRAT 36 PELANGGAN UNTUK MENUNAIKAN UMRAH

Hi Korang,

Power Root Berhad, yang terkenal dengan jenama kopinya Alicafe, membantu 36 orang rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat untuk memenuhi hasrat mereka untuk menunaikan Umrah, dalam sebuah inisiatif uniknya untuk menyumbang semula kepada komuniti.


“Kami memahami bahawa menunaikan ibadah Umrah dan Haji di Mekah adalah satu tuntutan agama yang perlu dipenuhi bagi mereka yang beragama Islam. Dan sebahagian besar daripada mereka telah menyimpan wang selama bertahun-tahun, semata-mata untuk tujuan ini,” kata Pengerusinya, Dato' Afifuddin Bin Abdul Kadir.

“Kami membuat keputusan untuk memainkan peranan kami, dengan membantu rakyat Malaysia menunaikan Umrah, yang dianggap sebagai Haji kecil, melalui peraduan “Tunaikan Hasrat Umrah” kami dimana kami menawarkan 18 pakej umrah. Dan oleh kerana setiap pakej adalah untuk dua orang, kami sebenarnya menghantar 36 orang pelanggan ke Mekah,” tambah beliau.


Bercakap di majlis penyampaian hadiah kepada tujuh pemenang pertama, Dato’ Afifudin berkata: Untuk memastikan keselesaan dan ketenangan fikiran mereka sepanjang perjalanan menunaikan ibadah tersebut, kami telah bekerjasama dengan Tabung Haji Travel, ahli syarikat Kumpulan Tabung Haji, untuk memberikan salah satu pakej terbaik mereka kepada para pemenang.” 

Peraduan tersebut telah bermula pada 1 Mei bersempena dengan bulan Ramadhan dan bakal berakhir pada 15 September 2017. 

Setakat 15 Julai 2017, tujuh pemenang telah dipilih menggunakan cara algoritma untuk memilih nombor siri yang bertuah. 

Untuk menyertai peraduan, pelanggan perlu membeli mana-mana produk Power Root, dalam bentuk pek atau tin, gunting keratan logo atau cabut pembuka tin untuk dikepilkan bersama borang peraduan. Butir-butir, syarat-syarat dan peraturan peraduan boleh didapati di laman www.powerroot.com.my atau Facebook Alicafe, Facebook Per’l dan Facebook Powerroot.

Dato’ Afifuddin turut berkata bahawa Syarikat tersebut sangat gembira kerana pemenang yang terpilih adalah daripada pelbagai lapisan masyaratkat dan berbeza latar belakang. Beberapa orang pemenang telah berkongsi cerita mereka dengan Power Root.


Mereka adalah:

i. Ruhaizat bin Hj Mohamed Amin, seorang pesara yang berasal dari Melaka, yang telah kehilangan kesemua wang simpanannya selepas dompetnya tercicir di sebuah pusat membeli-belah di Melaka. Tidak bernasib baik dalam mencari pekerjaan, jadi agak sukar bagi beliau untuk memenuhi keperluan hidup. 

“Saya tidak dapat menggambarkan betapa gembiranya saya memenangi Pakej Umrah ini. Terima kasih kepada Power Root, walaupun saya tidak mempunyai apa-apa simpanan lagi, sekarang saya dan isteri dapat melaksanakan Umrah.” 

ii. Aziana bt Adnan, dari Klang berkata memenangi Pakej Umrah ini adalah satu rahmat yang sangat besar baginya, dimana beliau ingin mengucapkan rasa syukur dengan membantu seorang kawan yang memerlukan. Perkara pertama yang difikirnya adalah untuk membawa rakan perempuannya yang kurang upaya dan berkerusi roda, untuk pergi menunaikan ibadah Umrah. Tetapi, oleh kerana peraturan yang menetapkan perlunya “Mahram”, beliau harus ditemani sama ada bapa atau adik lelaki atau saudara lelaki. 

iii. Abdul Mustakim bin Ali, masih tidak percaya dengan berita kemenangan tersebut kerana beliau sibuk berulang-alik dari rumahnya di PPR SRI STULANG, Johor Bahru dan Singapura dimana beliau bertugas sebagai petugas perkhidmatan kurier United Parcel Services. Nyaris tidak dipilih sebagai pemenang kerana kesukaran untuk menghubunginya, namun atas kesungguhan pihak Power Root, beliau akhirnya berjaya dihubungi. 

iv. Puan Shuhadah, dari Puchong berkata beliau dan suami memang gemarkan minuman Power Root dan bernasib baik kerana kakak beliau memiliki sebuah restoran di Kota Kemuning dimana minuman tin Ali Cafe merupakan salah satu item minuman utama yang dijual disitu. Beliau tidak menyangka usahanya dan suami yang tidak jemu menghantar borang peraduan akhirnya membuahkan hasil.

v. Puan Pauziyah bt Jantan dari Shah Alam pula berkata beliau menyertai peraduan ini dengan niat untuk membawa ibu mertuanya menunaikan Umrah bersama kerana ibu mertuanya belum pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Ibu kandung beliau telah lama meninggal dunia dan ibu mertualah yang banyak menjaga beliau sekeluarga. 

Pemenang-pemenang yang lain ialah: Mohd Hanafi bin Nasarudin (Jerantut, Pahang) and Nawi bin Awang (Felda Besout 6, Sungkai, Perak).

Dato’ Afifuddin berkata bahawa peraduan Tunaikan Hasrat Umrah menunjukkan bahawa Power Root, sebuah syarikat tempatan, benar-benar memahami keperluan pelanggan mereka yang beragama Islam. 

“Kami bukan sahaja mengeluarkan produk minuman berkualiti tinggi yang memenuhi selera rakyat Malaysia, malah turut memastikan produk kami adalah halal terutamanya untuk memenuhi keperluan pelanggan kami yang beragama Islam,” tambah beliau. 

Power Root, yang tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad, mengilang dan mengedarkan produk-produk minuman dan mempunyai rangkaian minuman tenaga herba yang diperkaya dengan dua ramuan herba berharga yang berasal dari Malaysia.

Herba-herba ini, yang biasanya dikenali dengan sebagai "Tongkat Ali" dan "Kacip Fatimah", kaya dengan pelbagai khasiat yang membantu meningkatkan kesejahteraan fizikal, dan sangat digemari oleh rakyat Malaysia. 

Dengan tekad untuk mempromosikan produk-produk tempatan ini ke pasaran antarabangsa, Power Root telah banyak melabur dalam aspek penyelidikan dan pembangunan herba-herba tradisional ini, untuk menghasilkan produk-produk jenamanya sendiri, antaranya Alicafe, Alitea, Per’l dan Extra Power Root.

Untuk maklumat lanjut tentang Power Root, sila layari www.powerroot.com.my


Kaki Bebel,

LILY