Sunday, July 23, 2017

POWER ROOT PENUHI HASRAT 36 PELANGGAN UNTUK MENUNAIKAN UMRAH

Hi Korang,

Power Root Berhad, yang terkenal dengan jenama kopinya Alicafe, membantu 36 orang rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat untuk memenuhi hasrat mereka untuk menunaikan Umrah, dalam sebuah inisiatif uniknya untuk menyumbang semula kepada komuniti.


“Kami memahami bahawa menunaikan ibadah Umrah dan Haji di Mekah adalah satu tuntutan agama yang perlu dipenuhi bagi mereka yang beragama Islam. Dan sebahagian besar daripada mereka telah menyimpan wang selama bertahun-tahun, semata-mata untuk tujuan ini,” kata Pengerusinya, Dato' Afifuddin Bin Abdul Kadir.

“Kami membuat keputusan untuk memainkan peranan kami, dengan membantu rakyat Malaysia menunaikan Umrah, yang dianggap sebagai Haji kecil, melalui peraduan “Tunaikan Hasrat Umrah” kami dimana kami menawarkan 18 pakej umrah. Dan oleh kerana setiap pakej adalah untuk dua orang, kami sebenarnya menghantar 36 orang pelanggan ke Mekah,” tambah beliau.


Bercakap di majlis penyampaian hadiah kepada tujuh pemenang pertama, Dato’ Afifudin berkata: Untuk memastikan keselesaan dan ketenangan fikiran mereka sepanjang perjalanan menunaikan ibadah tersebut, kami telah bekerjasama dengan Tabung Haji Travel, ahli syarikat Kumpulan Tabung Haji, untuk memberikan salah satu pakej terbaik mereka kepada para pemenang.” 

Peraduan tersebut telah bermula pada 1 Mei bersempena dengan bulan Ramadhan dan bakal berakhir pada 15 September 2017. 

Setakat 15 Julai 2017, tujuh pemenang telah dipilih menggunakan cara algoritma untuk memilih nombor siri yang bertuah. 

Untuk menyertai peraduan, pelanggan perlu membeli mana-mana produk Power Root, dalam bentuk pek atau tin, gunting keratan logo atau cabut pembuka tin untuk dikepilkan bersama borang peraduan. Butir-butir, syarat-syarat dan peraturan peraduan boleh didapati di laman www.powerroot.com.my atau Facebook Alicafe, Facebook Per’l dan Facebook Powerroot.

Dato’ Afifuddin turut berkata bahawa Syarikat tersebut sangat gembira kerana pemenang yang terpilih adalah daripada pelbagai lapisan masyaratkat dan berbeza latar belakang. Beberapa orang pemenang telah berkongsi cerita mereka dengan Power Root.


Mereka adalah:

i. Ruhaizat bin Hj Mohamed Amin, seorang pesara yang berasal dari Melaka, yang telah kehilangan kesemua wang simpanannya selepas dompetnya tercicir di sebuah pusat membeli-belah di Melaka. Tidak bernasib baik dalam mencari pekerjaan, jadi agak sukar bagi beliau untuk memenuhi keperluan hidup. 

“Saya tidak dapat menggambarkan betapa gembiranya saya memenangi Pakej Umrah ini. Terima kasih kepada Power Root, walaupun saya tidak mempunyai apa-apa simpanan lagi, sekarang saya dan isteri dapat melaksanakan Umrah.” 

ii. Aziana bt Adnan, dari Klang berkata memenangi Pakej Umrah ini adalah satu rahmat yang sangat besar baginya, dimana beliau ingin mengucapkan rasa syukur dengan membantu seorang kawan yang memerlukan. Perkara pertama yang difikirnya adalah untuk membawa rakan perempuannya yang kurang upaya dan berkerusi roda, untuk pergi menunaikan ibadah Umrah. Tetapi, oleh kerana peraturan yang menetapkan perlunya “Mahram”, beliau harus ditemani sama ada bapa atau adik lelaki atau saudara lelaki. 

iii. Abdul Mustakim bin Ali, masih tidak percaya dengan berita kemenangan tersebut kerana beliau sibuk berulang-alik dari rumahnya di PPR SRI STULANG, Johor Bahru dan Singapura dimana beliau bertugas sebagai petugas perkhidmatan kurier United Parcel Services. Nyaris tidak dipilih sebagai pemenang kerana kesukaran untuk menghubunginya, namun atas kesungguhan pihak Power Root, beliau akhirnya berjaya dihubungi. 

iv. Puan Shuhadah, dari Puchong berkata beliau dan suami memang gemarkan minuman Power Root dan bernasib baik kerana kakak beliau memiliki sebuah restoran di Kota Kemuning dimana minuman tin Ali Cafe merupakan salah satu item minuman utama yang dijual disitu. Beliau tidak menyangka usahanya dan suami yang tidak jemu menghantar borang peraduan akhirnya membuahkan hasil.

v. Puan Pauziyah bt Jantan dari Shah Alam pula berkata beliau menyertai peraduan ini dengan niat untuk membawa ibu mertuanya menunaikan Umrah bersama kerana ibu mertuanya belum pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Ibu kandung beliau telah lama meninggal dunia dan ibu mertualah yang banyak menjaga beliau sekeluarga. 

Pemenang-pemenang yang lain ialah: Mohd Hanafi bin Nasarudin (Jerantut, Pahang) and Nawi bin Awang (Felda Besout 6, Sungkai, Perak).

Dato’ Afifuddin berkata bahawa peraduan Tunaikan Hasrat Umrah menunjukkan bahawa Power Root, sebuah syarikat tempatan, benar-benar memahami keperluan pelanggan mereka yang beragama Islam. 

“Kami bukan sahaja mengeluarkan produk minuman berkualiti tinggi yang memenuhi selera rakyat Malaysia, malah turut memastikan produk kami adalah halal terutamanya untuk memenuhi keperluan pelanggan kami yang beragama Islam,” tambah beliau. 

Power Root, yang tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad, mengilang dan mengedarkan produk-produk minuman dan mempunyai rangkaian minuman tenaga herba yang diperkaya dengan dua ramuan herba berharga yang berasal dari Malaysia.

Herba-herba ini, yang biasanya dikenali dengan sebagai "Tongkat Ali" dan "Kacip Fatimah", kaya dengan pelbagai khasiat yang membantu meningkatkan kesejahteraan fizikal, dan sangat digemari oleh rakyat Malaysia. 

Dengan tekad untuk mempromosikan produk-produk tempatan ini ke pasaran antarabangsa, Power Root telah banyak melabur dalam aspek penyelidikan dan pembangunan herba-herba tradisional ini, untuk menghasilkan produk-produk jenamanya sendiri, antaranya Alicafe, Alitea, Per’l dan Extra Power Root.

Untuk maklumat lanjut tentang Power Root, sila layari www.powerroot.com.my


Kaki Bebel,

LILY



Saturday, July 22, 2017

Selamat Ulangtahun Ke-50 GUARDIAN Malaysia

Hi Korang,


Diam tak diam dah 50 tahun usia Guardian Malaysia ni ek, ermm lagi tua daripada aku rupanya hehehe hebat kan.

Aku sempat menghadiri majlis sambutan ulangtahun ini di Guardian The Weld Kuala Lumpur lokasi dimana sejarah Guardian bermula.


Meraikan ulang tahunnya yang ke-50 tahun ini, dengan persaingan hebat daripada saluran-saluran baru dan lama, Guardian Malaysia berkata syarikatnya telah membuat pelbagai perancangan untuk mengekalkan posisinya sebagai peneraju pasaran.


Mr. Soren Lauridsen, Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health And Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia) berkata: “Dengan mengambil kira kepantasan inovasi teknologi yang mengganggu tabiat penggunaan, persaingan sengit daripada saluran-saluran baru dan lama, keutamaan kami adalah untuk memastikan semua pelanggan dapat menikmati pengalaman membeli-belah dan tawaran yang terbaik.”

“Ini mungkin melibatkan pelbagai kajian untuk lebih memahami gaya hidup dan keperluan pelanggan dengan lebih baik. Ia turut melibatkan program latihan BFF (BEST FRIEND FOREVER) dimana kami akan menghantar pekerja kami yang bekerja di Pejabat Sokongan Stor (Store Support Office) untuk bekerja di stor-stor kami selama tiga hari, dan merasai sendiri pengalaman bekerja di stor agar mereka memahami cara-cara untuk melayan pelanggan dengan lebih baik.”

Beliau turut berkongsi bahawa melalui kajian, “kami telah mengenal pasti beberapa kategori produk seperti kesihatan, solekan dan penjagaan rambut adalah penting bagi pelanggan, dan kami sedang bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi untuk menawarkan lebih banyak produk yang relevan kepada mereka.” 

Menggambarkan perjalanan 50 tahun di Malaysia sebagai menarik dan berwarna-warni dan dipenuhi pelbagai peristiwa penting, namun, jelas Mr Lauridsen, satu perkara masih kekal sehingga kini. 

“Ini adalah komitmen kami untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang positif kepada para pelanggan setiap kali mereka berkunjung ke Guardian, menerusi pelbagai pilihan dan tawaran hebat pada harga yang kompetitif. “Nilai-nilai yang telah memberi ilham kepada penubuhan stor pertama bersaiz 200 kaki persegi ini, kekal sebagai teras jenama kami hari ini.”

Beliau berkata pendapatan Guardian Malaysia telah meningkat sejajar dengan pertumbuhan KDNK negara, dan sejak 2016, secara konsisten ia telah menerima purata tiga juta pelanggan setiap bulan. 

“Kami menyediakan pekerjaan kepada 3,300 rakyat Malaysia, dan kami berbangga bahawa operasi dan pelaburan kami dalam perniagaan ini telah menjana ekonomi sampingan yang penting kepada pengilang, pengimport dan pelbagai penyedia perkhidmatan – kecil dan besar.” 

Sejarah penubuhan Guardian Malaysia




Walau bagaimanapun, menjejak usia 50 tahun, adalah penting untuk kami menyoal diri sendiri, ke mana hala tuju kami selepas ini? 

“Matlamat utama kami adalah untuk menjadi sahabat kepada para pelanggan kami, dan untuk memenuhi keperluan mereka. Seperti seorang sahabat baik, seorang yang dicari untuk mendapatkan keperluan kesihatan dan kecantikan. Jika usaha ini berjaya, kami akan kekal sebagai peneraju pasaran dan kekal sebagai peruncit pilihan ramai,” tambah beliau. 

Bersempena sambutan ini, Guardian mengadakan sebuah promosi ulang tahun, dengan kerjasama bersama Petron, Jotun, Makeover Guys dan Kuvings, dimana pelanggan berpeluang untuk memenangi pakej hias semula kediaman. 

“Kami memilih untuk menawarkan pakej hias semula kerana kami berpendapat bahawa ia adalah hadiah terbaik yang para pelanggan kami inginkan sebagai hadiah. Lebih-lebih lagi, hias semula kediaman bukan hanya memberi manfaat kepada seorang pelanggan tetapi kepada seisi keluarga"

Untuk mengambil bahagian, pelanggan perlu berbelanja sebanyak RM10 dan ke atas di dalam satu resit di mana-mana cawangan Guardian, isikan maklumat peribadi, dan jawab tiga soalan mudah. Atau, isi petrol RON 95, RON 97 or RON 100 minimum RM10 di Petron dengan Kad Miles Privilege Petron yang sah.


Berikutan sidang akhbar tersebut, Mr Lauridsen telah melancarkan semula Guardian Weld, yang kini merupakan sebuah ruang perniagaan berkeluasan 1,652 kaki persegi, yang berwajah baru, selaras dengan penjenamaan semula Guardian.


Beliau disertai Mr. Ricky Soon, Pengarah Hartanah dan Projek, Ms. Christina Low, Pengarah Pemasaran, Mr. Nicholas Chiew, Pengurus Kawasan dan Cik Nur Syazira bt Shafiee, Pengurus Stor Guardian Weld. 

Bagi Guardian Malaysia, ulang tahun turut diraikan secara tradisinya menerusi sumbangan semula kepada komuniti, menerusi Projek Amal Ulang Tahun. Tahun ini, tradisi tersebut diteruskan dengan membantu menghias semula 10 buah rumah kebajikan, termasuk tujuh rumah anak-anak yatim di seluruh negara, 

Projek tersebut, yang bakal siap dalam tempoh enam bulan, dijangka membantu meningkatkan persekitaran hidup sekurang-kurangnya 500 kanak-kanak yang tinggal di rumah-rumah tersebut.

So Happy Birthday Guardian Malaysia !!



Kaki Bebel,

LILY



Friday, July 21, 2017

UMRAH 2017 | Mekah – Kehidupan di Mekah Serba Sederhana

Hi Korang,


Bila ada hari-hari yang tak de aktiviti so kitaorang akan explore kawasan masjidil haram ni

Normally pagi lepas sarapan di cafe hotel, naik bilik basuh baju then pi sidai kat roof top kat atas. Matahari kat Mekah ni panas so kain baju memang cepat je kering. Even aku basuh jubah tebal-tebal tuh petang dah kering dah. 

makan kebab orang sedekah tepi tangga sebelum masuk waktu isyak

So ada masa terluang je kitorang jalan-jalan berdekatan masjidil haram ni, kalau tak ke Orchid Safwa Tower, kitaorang ke Zam Zam Tower. Kedua-dua shopping kompleks ni berhadapan dengan pintu masuk kawasan Kaabah. 

Kira lepas solat waktu je malas nak balik hotel boleh lepak-lepak kat sini. 

Eh shopping itu harus ye, aku pun terjebak dengan shopping mopping ni. Nasib baik dah settle umrah so tak de rasa caca marba ek. Memang betul ko, masuk-masuk mall ni kedai jual jubah melambak-lambak. Pandang kiri jubah, pandang kanan jubah even pandang depan pun jubah sebab peniaga jubah tu sibuk duk tayang-tayang kat depan aku hahahaha.


Menipu kalau cakap aku tak shopping kan, memang aku membeli-belah pun. Alah beli jubah untuk family aku, keychain untuk kengkawan, mainan untuk anak sedara aku, barang masak untuk dapur aku, kurma dan memacam lagi.

Aku sempat wakafkan 3 kerusi atas nama aku untuk di hantar ke masjidil haram, eh saham akhirat kena topup jugak. As long as ada orang guna, maka bertambahlah pahala aku kan. Nak wakafkan alquran pun boleh tapi mahal sket dekat seratus lebih harganya. Ikut kemampuan masing-masing lah, janji yang termampu. 






By the way, dekat Mekah pun ada jugak kedai makan Malaysia tau iaitu Felda D’Saji. Hah kat sini bolehlah nak order roti canai ke teh tarik ke, mengidam menu makanan melayu kan semuanya ada kat sini. Tapi disebabkan hotel aku provide semua menu makanan Malaysia so tak delah aku kebulur sangat, sudahnya aku pi order menda-menda lain hehehhe





Kadang-kadang tuh ada hari yang kitorang malas nak balik hotel lepas Asar sebab nak tunggu Maghrib so lepak kat Starbucks kat Zam-Zam Tower ni. Beli sorang secawan kopi then lepak je main wifi kat situ, ingat orang arab tak reti lepak-lepak ke, diaorang pun sama gak.


So berapa banyak duit yang perlu di bawa?

Terpulang pada individu, kalau ada budget lebih bawak lebih. Macam aku, hanya bawak SR2000 (RM2500 cam tu lah duit Malaysia) tapi tak habis pakai pun. Duit Malaysia pun aku bawak sket in case anything happen. Kad kredit dan ATM kad aku activate siap-siap sebelum pi itu pun incase jugak. 


Kenapa tak abiskan duit tuh semua?

Mr Big tengah susun beg dia kat belakang tuh

nampak beg aku yang penuh tuh

Ermm boleh je abiskan dengan membeli belah tapi berat kg beg setiap Jemaah hanya 25kg + 5kg untuk air zam zam so mana nak sumbatkan. Nasib baik beg kitaorang boleh muat sampai 30kg so sumbat je mana yang boleh. Aku pulak beli sejadah kecik-kecik, jubah kain ringan-ringan so oklah kan. Auntie Uji sampai nak tersembul begnya sebab beli sejadah yang tebal-tebal sampai 10 helai, yelah ko murah giler kot itu yang seronok membeli. 

Apa pun 2 minggu di Mekah dan Madinah sangat-sangat bermakna bagi aku. Kehidupan kami amat sederhana, langsung tak ingat apa menda kecuali beribadat kepada allah taala sebab itu tujuan asalnya pun kan. Memang siang malam ke masjid je kerjanya sebab tak de menda nak buat.

So tetapkan niat insyallah segalanya akan sempurna…

Ok ada last part lagi tau so tungggu…

Ok aku rasa ada 1 lagi entry untuk citer Umrah 2017 ni, ishk cepat-cepatlah dapat sambung ek


Meh baca entry UMRAH 2017 sebelum ni

1. Umrah 2017 | Rezeki Yang Tak Di sangka