Friday, June 23, 2017

Makan-Makan Keluarga Di SUKIYA, MYTOWN Shopping Mall

Hi Korang,

Kitaorang sekeluarga memang dikatakan tiap-tiap minggu ade meet up. Alah bukan apa pun just lepak-lepak tanya khabar, makan-makan, bukan lama pun

anak dara rugged

So hari tuh, tak de apa nak hari minggu tuh gemuk ajak pi ke MyTown Shopping Mall alah sebelah IKEA Cheras tuh dan kebetulan jugak kitaorang tak pernah pi lagi so confirm jelah. Bayangkan hari ahad tengahari haruslah jem nak masuk IKEA tuh but still kitorang dapat masuk dengan senangnya alah parking kat MYTOWN building je melambak parking ooo

Pusinglah dari satu level ke satu level, ada banyak kedai dah bukak so cuci-cuci mata lah sket. Yang best MYTOWN ni dia banyak tempat duduk yang berlatarbelakang lukisan 3D, memang cantik untuk ambil gambar. Kitorang jalan sket then nampak je dinding cantik terus bergambar hehehhe


Sebab tak tau nak makan apa, kitaorang ke SUKIYA. 


Restoran steamboat ala-ala Japanese gituh. Masa kitorang sampai tuh kena beratur jugak jadi gemuk buat booking dulu then jejalan kat area tuh sampai diaorang call kejap je pun. 






Korang yang tak pernah makan di SUKIYA ni meh aku terangkan sket. Dia macam makan kat kedai steamboat yang biasa tuh tapi bahan makanannya ala-ala kesihatan, pelbagai jenis sayur-sayuran, cendawan, jagung dan daging pun ada jugak. Kita boleh buat pilihan sup samada nak sup ayam ke sup pedas.

tengok si bijak pandai ni tak sabo nak makan

Aalya duduk dengan Nen dan PapaLong

jom makan



Hah duduklah 1-2jam makan kat situ sambil borak-borak kosong pasal family, pasal dak Aakif dengan Aalya,pasal baju raya dan memacamlah.

Itulah citernya kitaorang habiskan masa di hujung minggu ek







Dari

Cik Lily Putih



Antabax On-the-Go untuk Ramadan Dan Hari Raya Yang Lebih Bersih

Hi Korang,

Barisan produk penjagaan diri Halal nombor 1 Antabax[1], bakal memastikan semua keperluan kebersihan anda ketika dalam perjalanan terjaga dengan barisan produk pembasmi kuman yang anda boleh bawa ke mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Barisan pembasmi kuman Antabax ini amat sesuai untuk keperluan pembersihan yang pantas tetapi menyeluruh ketika anda sibuk membuat persiapan untuk Ramadan dan Hari Raya termasuklah sewaktu perjalanan balik kampung yang menceriakan.

Barisan ini terdiri daripada tiga produk hebat bersaiz poket iaitu tisu, gel dan spray pembasmi kuman Antabax, yang amat sesuai digunakan dalam keadaan yang memerlukan perbersihan pantas dan bersih. Saiznya yang kecil tidak akan mengambil ruang yang banyak di dalam beg tangan; beg kembara; beg bayi; kantung pinggang; kotak kecemasan mahupun kereta. 


Barisan produk pembersihan Antabax memberikan perlindungan 24 jam dan membasmi 99.9% kuman berbahaya. Produk ini dirumuskan dengan vitamin untuk kulit dan Aloe Vera bagi memastikan kulit anda sentiasa sihat dan lembap sementara Sistem Derma Protect produk ini pula mengandungi Serum Micro Moisture bagi menjadikan tangan lembut, licin dan sihat. Barisan produk yang diuji secara dermatolgi pada kulit sensitif ini terbukti sesuai untuk penggunaan harian. 

Kesemua produk Antabax disahkan Halal, memberikan umat Islam keyakinan penuh untuk menggunakannya. 

Penggunaan


Tisu Pembersih Antibakteria Antabax sesuai untuk pembersihan segara ketika anda tidak mempunyai air dan sabun seperti sewaktu anda membeli belah di bazar Ramadan atau ke pasar. Bawa produk ini bersama anda dalam perjalanan balik kampung untuk membersihkan si kecil dan diri sendiri. Letakkan ia di meja hidangan Hari Raya supaya para tetamu boleh membersihkan tangan sebelum menikmati biskut dan kek yang dihidangkan.

Gunakan Penyembur Permbersih Antabax pada pemegang troli juga pada palang atau pemegang di dalam bas atau keretapi ketika anda sedang bergerak. Ia paling berguna untuk membersihkan penutup tandas awam. Semburkan pada tempat duduk tandas, lap kering dengan tisu dan anda boleh gunakan kemudahan itu dengan selesa. 

Gel Pembersih Antabax pula amat berkesan bila digosok pada kedua-dua tangan dan jari jemari untuk mendapatkan pembersihan menyeluruh daripada kuman ketika ketiadaan sabun dan air. 

Menurut Pengurus Kanan Jenama Bahagian Penjagaan Rumah dan Peribadi Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Mandy Lee, penjagaan kesihatan yang baik berkait rapat dengan amalan kebersihan diri yang baik. Amalan pembersihan yang ringkas dan cepat memberikan impak besar dalam mengurangkan risiko penyakit berjangkit, terutamanya yang disebarkan melalui tangan kotor ketika musim perayaan. 

“Sewaktu Ramadan, kita berinteraksi dengan legih ramai orang daripada biasa dengan keluarga dan rakan yang datang dari dalam dan luar negara. Oleh itu, amat penting untuk sentiasa menerapkan amalan kebersihan sebagai langkah pencegahan dan menjaga kebersihan bagi mendapatkan ketenangan fikiran,” kata Cik Lee.

Barisan produk pembersihan Antabax boleh didapati di farmasi dan peruncit terkemuka di seluruh negara termasuklah Guardian, Watsons, AEON dan banyak lagi.


Tisu Pembersih Antibakteria Antabax (3 X 10 helai) 
Cadangan harga jualan: RM 4.80 

Penyembur Permbersih Antabax 50ml 
Cadangan harga jualan: RM 4.80 

Pembersih Tangan Segera Antabax 50ml 
Cadangan harga jualan: RM 4.20 

Untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Antabax dan mendapatkan tips-tips kebersihan terbaik bagi mewujudkan gaya hidup yang lebih bersih dan penuh keyakinan, sila tekan butang “Like” Antabax di pautan www.facebook.com/NewAntabax dan @Antabax di Instagram.

[1]*Nielsen MAT April ’16, Medicated Liquid segment



Dari 

Cik Lily Putih


Thursday, June 22, 2017

Lepak di SANGKAYA Sunway Piramid Lepas Buka Puasa

Hi Korang,


Lepas buka puasa hari tuh, tekak rasa cam teringin sangat nak makan manis-manis. Of courselah kalau dapat pekena ais krim memang terbaik plak kan. Kebetulan pulak hari tuh memang feel nak berjalan lepas buka so apa lagi start enjin kereta terus shot ke Sunway Piramid.


Dah sampai terus teringat ada outlet Sangkaya kat sini, tanya reception depan pintu yang ada singa kembang tuh then dia cakap turun ground floor bawah lift je outletnya. Oh pusing je belakang then terus nampak hehehehe

Sebab tak tau nak order apa, so aku ikut suggestion staff kat situ, bukan apa semua nampak sedap walaupun baru je berbuka puasa tadi kan hehehhehe

Kitaorang cuba


Bandung Bliss

Ais krim kelapa perisa bandung sebenarnya,memang rasa bandung sebijik. Hajat hati nak ambil 4 scoop ermm tak larat sebab nak cuba perisa lain pulak. 

Kalau beli 4 scoop Ais Krim Rose Bandung ni, ianya akan di hidangkan didalam tempurung kelapa yang comel pada harga RM12.20. Promosi Blissful Riang Raya ni akan berakhir sehingga 31hb Julai 2017. Hah baik lekas korang pi cuba ek.

Lagi satu aku nak citer kat korang ni, kitaorang cuba gak

Ais Krim Gula Melaka

Ya ampun, korang tau kan rasa gula Melaka tuh cam ne? hah sebijik cam tuh gak rasanya bila korang beli ais krim Gula Melaka di Sangkaya ni. Rasanya cam manis-manis buah gituh walaupun ianya Gula Melaka hehehhe…

Ok kita tambah order lagi tau.

Kitaorang cuba


Malaysian Toast

Hidangan ni merupakan hidangan roti bakar berinti kan butter dan ais krim kaya. Cuba bagi aku biar ais krim kaya tuh banyak sket so baru boleh balance dengan rasa butter tuh sekali. Takdelah mahal mana pun Cuma RM6.90 je


Ais Krim Campur

Sama macam ais batu campur yang kita duk minum kat gerai tepi jalan tuh tapi, aisnya di gantikan dengan ais krim hehehehhe wah lagi marbeles. Kalau makan time cuaca panas mau 2-3 cawan boleh habis ek

sedap oooo ais krim bandung ni

licin semuanye

coconut shake pun sempat dicuba gak hehehee


Apmacam?

Cuci mata korang tak hari ni bila tengok gambar-gambar aku ni, hehehehhee. So apa lagi lepas buka kang terus pi terjah Sangkaya ek.


Ada banyak outlet di sekitar Lembah Klang ni, korang boleh check it out di social media Sangkaya ni tau, jangan lupa...

Website : 

Facebook : 

Instagram : 

Twitter : 

Hashtag : #nutsaboutcoconuts




Dari 

Cik Lily Putih