Wednesday, June 21, 2017

Baju Raya Oh Baju Raya, Sempat Lagi Ke Prima Valet Bangi

Hi Korang,

Cam ne persiapan raya?

Ermm dah tinggal 2-3 hari ni mesti dah siap kot kan, yelah aku tengok hujung minggu je mesti mall penuh dengan orang membeli belah. 

Beli baju raya, kasut raya,tudung raya, kuih raya, handbag raya, makeup raya even ada orang tuh siap beli kereta baru untuk raya lagi, hebat orang Malaysia ni. Pendek kata biar papa asal bergaya!!

For me?

Tak de lah apa sangat persiapan raya pun sebab kitorang semua dah beli masa pi Umrah hari tuh, beli untuk sekeluarga sebab tahun ni kitaorang beraya dengan mama then later baru balik Melaka untuk beraya dengan family aku pulak. 

So settle baju raya sedondon kitaorang sekeluarga untuk hari raya pertama.

Untuk raya kedua pulak? Still memikirkan lagi nak pakai baju apa. Actually aku ni memang banyak baju yang pakai sekali je then simpan especially dress, baju kurung dah jubah. Kekadang tu sampai tak perasan rupa-rupanya aku ada baju warna yang nak di pakai. Padahal baju-baju ni bukan murah tau kebanyakannya tempah dari famous designer hehehhe… sebab tamok (my BIL) kawan baiknya Hatta Dolmat so kitaorang ni kiranya dapat easy access lah eh bayo ek bukan free tau tapi harga kawan-kawan katanya. 

Tapi tahun ni tak tempah kot, aku nak cuba cari baju yang dah siap.

Readymade, banyak jugak tempat aku survey. Bukanlah kena paksa beli tapi suka-suka tengok, kalau cantik, muat nak pakai dan harga berpatutan so why not.

Kebetulan hari tuh, aku mengikut bebudak ni pi cari baju raya kat Prima Valet di Ostia Bangi ni. Alah sebab dekat dengan rumah so pi jelah. Jejak kaki time lunch waktu kerja memang tak berapa ramai orang so sempatlah gatal tangan cuba 2-3 helai baju artis ni. 

nampak membeli belah sangat kan

Prima Valet ni gedung pakaian 2 tingkat, yang majoritinya banyak baju keluaran artis ada di sini seperti, Fattah Amin, Amy Search, Anzalna, Puteri Zarith, Shaheizy Sam dan ramai lagi. Sebut je korang nak artis mana, ada je baju jenama mereka ni. 

Harga of courselah harga artis, dari RM79++ hingga ke RM300++ lebih lagi cantik design so lagi mahal lah tapi tak per janji puas hati dapat melaram di hari raya. 

ni bukan baju raya, itu suit. Nampak cam gemuk pulak bila pakai tapi cantik kalau pakai sepasang ala-ala Neelofa gituh huahauhau poyooo

muat tapi tak sampai nak zip, ok jugak tapi bukan baju artis lah

Aku adalah cuba 3-4 pasang baju-baju ni dah kebanyakkan tak fit untuk aku,bukan lah tak buat langsung. Kat sini semua baju-baju perempuan sampai saiz XL je so camne aku nak fit kan. Ada baju yang kainnya besar dan selesa aku pakai tapi masalahnya bahu tak boleh masuk, ada yang tak boleh zip sampai atas, ada yang nampak macam sarung nangka hehehehhe memacam lah. 

pattern barbie doll

kain plated, kembang tangan acik hah

Well well well setelah berhempas pulas aku mencuba ke semua baju-baju ni akhirnya dapat jugak baju yang muat dengan aku tak nak alter apa-apa pun. Kira aku dah kurus lah ek sebab dah boleh pakai saiz XL huahuahauhauhauahua gelak syaitonnn

Dapatlah 2 helai baju koleksi ‘youme & hunny’ dari Anzalna. Ok posing sket dalam fitting room. Yang ni selesa, nak zip senang, kain longgar. Hah patutnya buatlah cam ne, buat besar sket kecian pada kami-kami perempuan yang bersaiz comel ni. 

Itulah kisah aku dalam misi mencari baju raya untuk tahun 2017 ni ek.

Memang penat rupanya keluar masuk masuk fitting room tukar-tukar baju ek, ermm bayangkan kalau aku jadi model mau letih giler di buatnya kan.

So korang yang masih belum jumpa lagi baju raya yang menjadi pujaan hati korang silakan membeli-belah di hujung minggu ni ek, eh still sempat lagi tau. Banyak tempat ada, Prima Valet, Bangi Sentral, PKNS Shah Alam, Jalan TAR dan pelbagai tempat lagi.

Selamat membeli belah semuanya






Dari 

Cik Lily Putih





Sambutan Hari Bapa BERSAMA dengan GINTELL dan juga Dato’ Jalaludin Hassan

Hi Korang,

Nak citer pasal kerusi urut Gintell ni

Dato’ Jalaludin Hassan membuat penampilan khas sebagai duta GINTELL di 1 Utama Shopping Centre, PJ, untuk bertemu dengan para pelanggan GINTELL untuk meraikan Hari Bapa.

Bersempena dengan pameran kesihatan ini, GINTELL telah menjemput duta GINTELL Dato’ Jalaludin Hassan untuk menyertai pameran kami pada 18 Jun 2017, jam 3 petang untuk berinteraktif dengan pelanggan. 


Menjaga anak adalah pekerjaan sepenuh masa untuk ibubapa. Dalam keseronokan menjalani rutin keibubapaan, pelbagai tekanan juga dirasai. Kini, GINTELL memperkenalkan Pakej Kebahagiaan Berganda sempena Hari IbuBapa. Satu hadiah untuk ibubapa anda, manakala satu lagi pula dihadiahkan oleh GINTELL kepada anda, supaya anda dan ibubapa anda dapat menjalani kehidupan yang lebih bahagia dan sihat.

GINTELL De’ Space U.F.O

GINTELL De’ Space kerusi urut U.F.O adalah kerusi urut yang memenuhi keperluan untuk semua. Dengan adanya GINTELL Dé Space, segala kepenatan akan hilang dengan keseronokan dan kepuasan urutan yang selesa. Penggelek QUAD 3D akupuntur diperkenalkan untuk memenuhi keperluan setiap orang. Ciri-ciri ini memberi urutan wisdomatic yang disesuaikan dengan saiz badan anda. Selain itu, pengesan pintar dengan tepat mengikut titik Akupuntur badan anda yang dapat menyenangkan seluruh badan. Selain itu, Aero V-Trek akan mengikuti setiap lengkung badan anda bagi menyediakan urutan yang persisi dan disasarkan dengan ergonomik dan keselesaan dari leher ke paha. Aero V-Trek ini akan membantu melegakan sakit belakang dan pinggang dan melegakan sengal otot. Selain itu, Regangan 180 Space Stretch akan membantu melegakan dan menghilangkan penat anda setelah seharian penat bekerja.

GINTELL De’Vano S FUNtastic Sofa

GINTELL De’Vano S FUNtastic Sofa adalah sofa urutan pertama yang mempunyai kontur urutan terpanjang dari leher sampai paha. Lanjutan Trek V yang berukuran 105cm panjang dapat melegakan kesakitan dan tekanan anda dengan urutan yang selesa pada bahagian leher, pelvic, punggung dan paha. Teknologi penggelek urut berhaba 3D merangsang pengedaran darah dan memperbaiki metabolisme untuk meredakan nyeri bahu. Selain itu, ciri beg tekanan udara pada sofa urutan ini membentuk dan membetulkan pinggul dan paha untuk memastikan anda terus tampil anggun.

Diperkemas dengan fabrik yang berwarna ceria dan cerah, GINTELL De’Vano S FUNtastic Sofa adalah sofa urutan yang bergaya modern dan ergonomik. Sofa urutan ini mempunyai 4 sistem kawalan mudah dan mesra pengguna. GINTELL De’Vano S FUNtastic Sofa yang ringan dan bersaiz kecil ini adalah pilihan yang tepat dan sempurna untuk kediaman dan juga pejabat kerana sofa ini sesuai untuk diletakkan di mana-mana sahaja.

GINTELL memperkenalkan Pakej Kebahagiaan Berganda sempena Hari IbuBapa. Satu hadiah untuk ibubapa anda, manakala satu lagi pula dihadiahkan oleh GINTELL kepada anda, supaya anda dan ibubapa anda dapat menjalani kehidupan yang lebih bahagia dan sihat. Promosi dari harga RM4988*, tertakluk kepada terma dan syarat.

Terence Chang 庄凯仁
(GINTELL Rest N Go – Senior Business Development Manager 高级业务发展经理)
Bond Wong 黄耀邦
(GINTELL (M) – Assistant General Manager 副总经理)
Aly Wong 黄爱丽
(GINTELL (M) – A&P Manager 广告与宣传部经理)
Monica Chee
(Singnan Communications Sdn Bhd – Managing Director)
Dato’ Jalaludin Hassan 拿督查拉鲁丁哈山
(GINTELL Ambassador 代言人)
Dato’ Goh Cheh Yak 拿督吴正益
(GINTELL Group Managing Director 集团董事经理)
Datin Sophia
Anna Wong
(One Utama – Leasing General Manager 商场租务总经理)
Patrick So
(One Utama – General Manager 总经理)

GINTELL adalah salah satu rangkaian produk penjagaan kesihatan yang terkenal di Malaysia. Kini, GINTELL mempunyai lebih daripada 100 cawangan di pusat membeli belah terkemuka di serata Malaysia dan diiktiraf oleh Malaysia Book of Records bagi “Rangkaian Produk Penjagaan Kesihatan Terbesar”!

Untuk maklumat yang terlanjut, hubungi Talian Khidmat Pelanggan 1800 88 6332 atau layari www.gintell.com, GINTELL MALAYSIA Facebook, Instagram #GINTELLMALAYSIA dan juga GINTELL WeChat.




Dari 

Cik Lily Putih


Tuesday, June 20, 2017

Shopping Raya Di MYDIN – Girang Syawal Tiba 2017

Hi Korang, 


Sempena dengan musim Syawal, MYDIN mengadakan promosi Ramadan dan Syawal untuk memenuhi setiap keperluan persiapan orang ramai untuk menyambut Syawal. Promosi Ramadan telah bermula pada 11Mei 2017 sehingga 4 Jun 2017 manakala promosi Syawal telah bermula pada 8 Jun 2017 sehingga 2 Julai 2017. 



Pelbagai promosi dengan tawaran harga yang mampu milik seperti pelbagai seleksi kurma, kuih raya, perhiasan dan dekorasi raya, baju kurung, baju Melayu, kain sampin, kurta, jubah, tudung, kerongsang magnet dan banyak lagi. 





Para pelanggan boleh mendapatkan koleksi busana raya MYDIN seperti baju kurung raya serendah RM29.90, baju melayu raya serendah RM49.90 dan jubah raya lelaki serta jubah raya wanita serendah RM29.90 dan RM39.90. Semua koleksi Raya ini turut dipromosikan di dalam majalah seperti majalah Nona, Keluarga, Wanita, Maskulin dan Hijabista. 

Aku ringkaskan jelah supaya korang senang ek 




Koleksi
Jumlah Kuantiti
Kadar Harga
Baju Melayu
180 ribu pasang
Mikhail
RM49.90 - RM79.90
Mikhail Junior
RM35.90 - RM59.90



Jubah Lelaki
70 ribu helai
RM29.90 – RM99.90

Kurta
50 ribu helai
RM29.90- RM49.90
Kain Sampin
50 ribu helai
Dewasa
RM 19.90- RM99.90
Kanak-Kanak
RM7.90 - RM 19.90
Baju Kurung
30 ribu helai
Mikayla
RM39.90 -- RM 129.90
Mikayla Junior
RM29.90- RM59.90
Jubah
80 ribu helai
Mikayla
RM39.90- RM 129.90
Mikayla Junior
RM29.90- RM59.90


Sepanjang bulan Ramadan ini, MY DIN mengadakan Bazar Ramadan dengan pelbagai jualan juadah makanan, minuman dan kuih-muih yang bermula pada pukul tiga petang sehingga tujuh malam. 

banyaknya pilihan juadah nak berbuka ek

Melalui Iaman sosial rasmi MYDIN, MYDJN kongsikan resepi-resepi berbuka, tazkirah dan banyak lagi untuk menghidupkan suasana bulan yang penuh keberkatan ini. MYDIN juga menawarkan harga borong dan perkhidmatan bantuan sukarelawan 'helper' kepada rombongan-rombongan 'charity shopping' yang ditaja oleh individu perseorangan, agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan untuk persiapan Syawal bagi golongan yang kurang berkemampuan dan tidak bernasib baik. 





Antaranya ialah Lembaga Zakat Selangor, TriPle Berhad, AmBank, Puspanita Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBSM), UNIRAZAK, Noah Foundation, Nouvelles Visages Mazda Lentis, Majlis Agama Islam Selangor, Fomema dan banyak lagi.




banyak pilihan kurma ek


"Resepi Berbuka Puasa ada, Tazkirah Ramadan ada, Promosi Ramadan dan Promosi Syawal pun ada. Pendek kata, di MYDJN, macam-macam ada! Pelbagai aktiviti dan promosi telah dirancang dan dilaksanakan untuk menghidupkan suasana girang dalam menyambut Ramadan dan Syawal kali ini. Pada mereka yang ingin membuat persiapan Syawal, pastikan MYDIN menjadi pilihan utama anda. Jangan lupa tonton #ceritakain dan #tigakuihtigarasa." 

Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin 
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd. 






Menariknya promosi Syawal kali ini, MYDJN mengetengahkan koleksi baju kurung dan jubah 'satin digital' dan 'satin printed' dengan harga minima RM79.90.


Yang best tuh ada koleksi kurta istimewa Aiman Tino yang dikenali sebagai #QurtaUnivercity pada harga RM79.90. Ini pertama kali Mydin berkoloborasi dengan selebriti menjual pakaian. Hebat gak ekkk. Lagipun harga yang di Mydin lebih murah daripada korang beli diluar ye.


Kegirangan Syawal tiba ini turut disemarakkan dengan promosi 'Purchase with Purchase' bersama Procter & Gamble (P&G). Promosi ini mengetengahkan konsep beli enam barang terpilih MYDIN dan dapat enam  barang terpilih P&G dengan diskaun menarik eksklusif untuk para pelanggan yang berbelanja di MYDIN .


NI aku ringkaskan lagi untuk panduan korang untuk berjimat tau, ingat senang je nak dapat harga yang betul-betul murah ni kan

Beli
Dapat
Tuala mandi bernilai RM18 dan ke atas di dalam satu resit
Diskaun RM6 untuk Oral-B MouthRinse Pek 3's
Dua set tisu muka jenama Royal Supreme atau Sutera di dalam satu resit
Satu unit Ambi Pur lnstantmatic Starter pada harga RM 16
Dua unit balang kuih raya di dalam satu resit
Dua botol cecair pencuci pinggan Joy pada harga RM7
-
Dua tudung Mikayla/Dua Songkok Wadimor di dalam satu resit
Satu botol Rejoice 340ml pada harga RM6
Satu pasang baju Melayu dewasa bernilai RM49.90 dan ke atas di dalam satu resit
Satu botol Dynamo 2.7kg/3kg pada harga RMI6
Langsir baru bernilai RM50 dan ke atas di dalam satu resit
I botol Febreze 370 ml pada harga RM5




Terkini mengenai MYDIN, MYDJN sudah mempunyai 323 buah cawangan seluruh Malaysia selepas pembukaan MY DIN CityONE, Kuching, Sarawak pada 30 Mac 20 I 7 dan Mydin Mart Padang Jawa, Shah Alam pada 21 April 2017. Tahun ini MYDIN akan membuka dua Jagi cawangan baru iaitu MY DIN Masjid India, Kuala Lumpur dan MYDIN Vista Tunku, Kuching, Sarawak yang masing-masing dijangka akan dibuka pada bulan Ogos dan September 2017. Secara holistiknya, jumlah pelaburan untuk pembukaan empat buah cawangan MY DIN pada tahun ini adalah setengah bilion. 


mereka yang happy bila shopping di Mydin


Perkembangan, Aktiviti dan Promosi MYDIN boleh didapati secara terus di: 

Laman Web : 

Facebook : 

Twitter : 

lnstagram :  




Dari 

Cik Lily Putih