Thursday, June 15, 2017

Masalah Mengenai Kereta Dan Motor Dengan JPJ

Hi Korang,


Aku ada banyak sungguh soalan-soalan berkaitan dengan JPJ dalam entry Panduan Tukar Hakmilik Kenderaan –step by step tuh


So aku kongsikan beberapa soalan bersama jawapannya sekali untuk panduan korang mengenai permasalahan JPJ ni ek.


1. Macam mana nak tukar nama geran kalau tiada lesen motor
Jawapan : yang penting lesen motor tuh, mesti kena buat kalau nak tukar geran ye

2. Assalamualaikum..nak tanya pasal classic car/kereta 25 tahun ke atas, ada ke diskaun roadtax? 
Jawapan : Walaikumsalam. road tax tetap sama ikut CC kereta tersebut tak kira baru ataupun classic. Kalau CC rendah so sket je bayaran roadtaxnya.

3. Saya pun nak tanya,cam ne nak tukar nama kereta,sekiranya owner asal tak boleh nk contact? geran keretanya dah ada tapi owner asal tidak dapat dikesan? 
Jawapan : boleh refer kat JPJ tapi rasanya kena cari jugak owner lama tuh. Takut jadi apa-apa kan

4. Nak tumpang tanya motorsikal dah mati roadtax 6 bulan boleh ke tukar nama pada pemilik baru. 
Jawapan : hidupkan roadtax dan insurance dulu then baru boleh tukar nama kepada pemilik yang baru. Bawa geran motor ke JPJ untuk diaorang check nombor chasis dan nombor enjin semua. 

5. Kalau owner di luar negara, kena dapatkan surat pengesahan kan? Ada format tak untuk surat pengesahan tu 
Jawapan : boleh email kepada owner lama untuk buat surat pengesahan, format simple je yang penting ada nama pemilik lama, no kenderaan, NRIC

6. Saya nak tukar nma tapi dah lost contact dengan owner lama tapi detail owner ic copy semua saya ada. Macam mane erk? 
Jawapan : kene pi ke JPJ dulu untuk dapatkan pengesahan takut nanti awak di tuduh mengambil data pemilik lama tanpa kebenaran


Ok kalau korang pun ada permasalahan mengenai JPJ dan masalah kereta, insyallah aku boleh tolong carikan maklumat. Actually memang kena banyak membaca tapi kekadang terms-terms yang di perkatakan tuh kita tak berapa paham kan. 



Dari 

Cik Lily Putih


Wednesday, June 14, 2017

Buka Puasa Bersama Guardian Malaysia, Dettol Dan Penghuni Cilik 2 Rumah Kebajikan.

Hi Korang, 


Citer pasal buka puasa lagi. 

Kali ni aku dapat berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Cahaya Bistari di Batu Caves. Selangor, dan Asrama Darul Falah (ASDAF) di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur atas jemputan Guardian Malaysia dan Dettol.


Majlis di adakan di pusat latihan Guardian, Bandar Kinrara, nasib baik dekat dengan office so tak delah tergopoh gapah nak pi kan, abis kerja terus je kesana. 

Atas semangat prihatin dan saling memberi di bulan Ramadan, Guardian Malaysia telah melancarkan sebuah kempen amal untuk mengumpul dana untuk dua buah rumah kebajikan kanak-kanak. 

Melalui kempen tersebut. satu usaha sama dengan Reckitt Benckiser (M) Sdn Bhd, Guardian Malaysia akan mendermakan RM1 untuk setiap jualan bernilai RM30 produk Dettol di mana-mana cawangannya kepada dua buah rumah kebajikan - Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Cahaya Bistari di Batu Caves. Selangor, dan Asrama Darul Falah (ASDAF) di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.


"Dengan sokongan pelanggan, kami menyasarkan kutipan sebanyak RM20,000 daripada Kempen Beli & Derma ini, agar setiap rumah dapat menerima RM10,000, yang mana dana tersebut boleh digunakan untuk persediaan Aidilfitri atau membayar yuran sekolah dan keperluan-keperluan lain," kata Ms Christina Low, Pengarah Pemasaran Guardian Malaysia. 

Berucap di majlis iftar istimewa bersama-sama 100 kanak-kanak dan penjaga­ penjaga mereka, Christina berkata: "Ramadan adalah bulan yang mulia dimana umat Islam dilatih untuk bersabar dan bertolak-ansur melalui ibadah puasa. Ia juga adalah masa untuk bermaafan, dan melakukan amal kebajikan dan membantu golongan yang memerlukan adalah amat digalakkan." 

"Atas semangat Ramadan, rakan-rakan kami di Guardian Malaysia amat berbesar hati apabila berpeluang untuk bekerjasama dengan Reckitt Benckiser untuk mengumpul dana untuk dua rumah kebajikan yang menjaga hampir 100 kanak-kanak." 

"Kepada pelanggan Muslim kami, kempen amal ini membolehkan mereka berkongsi dan memberi kepada mereka yang memerlukan ketika membeli­ belah barangan keperluan perayaan dan keperluan harian, seperti produk penjagaan kebersihan," tambah beliau. 

Pengarah Pemasaran Reckitt Benckiser, Malaysia dan Singapura, Ms Tiffany Tang berucap di majlis yang sama berkata: "Melalui kerjasama ini, kami dapat mendekati berjuta pelanggan Guardian yang membeli-belah di cawangan Guardian di seluruh negara, mahupun secara dalam talian. Kami juga bersetuju dengan Christina di mana ramai pelanggan bakal mengalu-alukan peluang untuk beramal ketika membeli-belah untuk persiapan Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi."






Selain daripada mengumpul dana, Guardian Malaysia turut membawa kanak-kanak tersebut membeli-belah dimana setiap seorang telah diberikan RM100 untuk berbelanja, manakala Dettol mengadakan satu sesi interaktif tentang penjagaan kebersihan diri.

Untuk melengkapkan 'outing' mereka, kedua-dua rakan kongsi itu telah mengadakan iftar istimewa di pusat latihan Guardian di Bandar Kinrara.

"Kempen Beli dan Derma" berlangsung sepanjang bulan Jun di cawangan­ cawangan Guardian di seluruh negara. Di akhir majlis tersebut, setiap kanak-kanak turut membawa pulang satu beg barangan Dettol bernilai RM50.


Simple je kitaorang berbuka kan, makan makanan sunnah. Heheeh bukan ini je ada lah menu lain lah tapi yang penting simple but marbeles...



Dari 

Cik Lily Putih


Ramadan Feast Di Boat Noodle Dan CatchThatBus Mixstop Ramadan Contest

Hi Korang,


Aku memang seronok citer pasal makan ni lebih-lebih lagi bila makan tak yah keluar duit hahahaha sesangat best tuh, just senyum jehehehhe

Boat Noodle, pernah dengar pi makan kat sane tak?
La tak pernah ke, betul ni tak pernah?

Sedaplah makan kat sini, korang kena cuba jugak tau jangan tidak tidak.

Meh aku kongsikan sedikit info mengenai Boat Noodle yang mereka yang tak tau kan


Rupanya sudah 3 tahun Boat Noodle bertapak di Malaysia ni, berbanding dari tahun pertama yang hanya ada 5 outlet, sekarang ini Boat Noodle sudah pun mempunyai 32 outlet yang beroperasi seluruh Malaysia. Berita baik Boat Noodle akan meluaskan empayarnya ke Australia tidak lama lagi di dalam tahun ini juga. 

Ramai yang tidak tahu bahawa Boat Noodle diuruskan oleh Utara 5 Food & Beverage Sdn Bhd yang juga menguruskan tempat makan Mkn a 24/7 di Bangi, CnC (Cookies n coffee in One Utama), dan minuman Chill Chill, yang asalnya adalah minuman Premium Thai Tea dari Boat Noodle yang membawa jenama sendiri tahun lepas dengan 50 outlets seluruh Malaysia. 


Sempena bulan puasa ni ada promosi hebat iaitu "RAMADAN FEAST" Set yang sesuai dimakan untuk 2-4 orang sekali makan

Set "RAMADAN FEAST" ni mengandungi:


1 x Chicken meatballs

1 x Beef Meatballs

1 x Chicken Wings

1 x Chickaboom

1 x Tempura

1 x bowl of Thai chilli sauce

1 x bowl of Yellow sauce

Boleh pilih samaada : 2 x Krapow Chicken Rice (as usual serving) 

atau

2 x Hulk Smash Green Curry (as usual serving)

Harga : RM29.90 (before GST)






Promosi ni bermula dari 27 Mei 2017 hingga 24 Jun 2017 ermm kira dalam 1 bulan Ramadan nilah dan boleh di dapati sepanjang masa. Kira macam non muslim pun boleh makan set ni eventho time lunch.

Korang boleh check it out di Boat Noodle Facebook Page (https://www.facebook.com/myboatnoodle)


CatchThatBus Mixstop Ramadan Contest 



Ye aku nak citer pasal contest lah ni, ishkk tak sabar betullah korang ni kan.

Untuk korang yang kaki contest dan juga pengikut setia facebook page CatchThatBus ada contest menarik yang aku nak kongsikan pada korang ni tau.

MixStop Ramadan telah bermula! 

Bersempena bulan yang mulia ini, kami ingin memberi semula kepada pelanggan setia CatchThatBus yang sentiasa memberi sokongan. Sertai peraduan MixStop Ramadan dan korang berpeluang memenangi tiket bas untuk balik kampung sempena Ramadan atau Aidilfitri serta baucar makanan percuma dari Dominos Malaysia, Boat Noodle dan Haagen Dasz. Korang boleh gunakannya ketika berbuka puasa atau kongsi bersama yang tersayang. 

Bagaimana sertai peraduan MixStop Ramadan? 

Mudah aje!

1. Sertai di sini : http://bit.ly/ctbmixtopramadan 

2. Klik imej GIF, hentikan ia dan ambil screenshot.

3. Kepilkan screenshot korang di ruangan komen di bawah berserta #CatchThatRamadan.

4. Kongsi dan tag lima (5) rakan anda.

5. 10 pemenang bertuah akan dipilih dan diumumkan pada 15 Jun 2017 (Khamis).


Tarikh tutup minggu ketiga peraduan MixStop Ramadan adalah pada 14 Jun 2017 (Rabu).

Tertakluk kepada Terma dan Syarat. 


Untuk informasi lanjut, klik: bit.ly/mixstop_ramadan

So senang je kan, so apa tunggu lagi!!

Cepat-cepatlah log in ke website bit.ly/mixstop_ramadan dan join contest ni tau


Dari

Cik Lily Putih