Sunday, June 11, 2017

Jom Beli Produk Mamonde Di 11 Street

Hi Korang,

Mamonde, korang tau tak?

Eh kalau orang kaki makeup dan jaga muka mesti kenal jenama ni.


Mamonde Malaysia, satu jenama kosmetik di bawah Amorepacific Malaysia telah memperkembangkan lagi pasarannya melalui kalobrasi jualan didalam talian bersama 11street (www.11street.my), salah satu web jualan dalam talian yang terbesar di Malaysia.



Dengan pelancaran Mamonde di website 11street, korang boleh membuat lebih 57 pilihan barangan penjagaan kulit dan produk solekan dari Mamonde. Di antaranya adalah Rose Water Toner 500ml, AC Balance Spot Serum 15ml, AC Balance Spot Patch (12 patches) dan the Colour Tone Up Base 30ml (01-Green & 02-Purple).


Bersempena dengan pelancaran rasmi jualan Mamonde di laman web11street, Mamonde Malaysia telah menawarkan harga dalam talian istimewa pada bulan Jun. Antara tawarannya ialah pada Jun termasuklah Basic Skincare Set RM49 (jimat sebanyak 49%), First Energy Serum Set RM119 (jimat 20%), Highlight Lip Tint Set RM50 (hadiah dengan setiap pembelian), Mascara (Volume) Set Color Tone Up Base 30ml, Rose Water Toner 500ml, AC Balance Spot Serum 15ml, AC Balance Spot Patch (12x) RM59 (hadiah dengan setiap pembelian), Complimentary Cushion Case dengan setiap pembelian Cover Powder Cushion No.21 or No.23 (hadiah dengan setiap pembelian).

Tawaran hebat berterusan pada pertengan 2017 dengan adanya bengkel solekan Mamonde eksklusif untuk pelanggan 11street. Selain itu produk Mamonde boleh juga didapati di AEON 1 Utama dan AEON Mid Valley di Klang Valley, AEON Bukit Indah dan AEON Tebrau City di Johor dan AEON Queensbay Pulau Pinang.

"Mamonde Malaysia kini mempunyai bilangan yang terhad kaunter di seluruh negara dan kita dapati peluang untuk mendekati lebih ramai pelanggan adalah melalui kehadiran produk kami di dalam talian. Selain dari itu, dengan cara ini ianya dapat memenuhi pembeli yang lebih suka membeli-belah dalam talian" kata Celine Diong, Brand Pengurus Besar Mamonde Malaysia.



Tengok ni, aku dah ada yeahhh!!!



Untuk

Cik Lily Putih











Friday, June 9, 2017

UMRAH 2017 | Hari 8 Mekah – Ziarah Luar Ke Jabal Thur (Gua Thur), Jabal Rahmah, Padang Arafah, Mudzalifah, Mina dan Miqat Di Jaaranah

Hi Korang,


Lama betul terberhenti kisah UMRAH 2017 aku ni.

Ye ko, sebab nak menulis tuh tak kena mood so hanging sekejap. Ni ada masa terluang then kita sambung balik. Cam nak ingat citer 4 bulan lepas ek hahahaha 

#bertabahlah

Hari 8 – 26 Feb, kitaorang ada aktiviti melawat yang di gelar Ziarah luar di mana kitaorang akan melawat Jabal Thur (Gua Thur), Arafah (Jabal Rahmah), Mudzalifah, Mina dan Jamarat.


Baca cam banyak je tapi tak delah lama pun, tak sampai ½ hari pun.


Di Jabal Thur, kitorang melawat kira macam tanah lapang kat bawah sebelum naik ke Jabal Thur. Kat sini mutawif terangkan sejarah mengenai Jabal Thur ni, juga sinonim dengan sebuah gua yang digelar Ghar al-Thawr (harfiah Gua Lembu jantan), di sinilah Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar menyorok atas perintah Allah daripada ancaman pembesar Bani Quraish, peristiwa ini berlaku ketika baginda sedang dalam perjalanan Hijrah ke Madinah. Inilah gua yang dimaksudkan dalam Hadis Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar di dalam gua.

Pintu timur Gua Thur atau Ghar al-Thawr tingginya 1.25 meter, manakala lebar pintu guanya adalah 3.5 m X 3.5 m. Gua tersebut memiliki 2 pintu iaitu disebelah barat dan sebelah timur. Pintu disebelah baratlah yang digunakan Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar untuk masuk. Pintu gua barat tingginya hanya 1 meter sekaligus lebih kecil dari pintu timur. Pintu timur hanya baru dikorek bagi membolehkan pelawat masuk dan melihat keadaan gua. Pendaki / pelawat yang berhasrat masuk ke gua thur harus mendaki sampai ke pintu gua, dakian memakan masa 1 jam setengah bergantung kepada kekuatan stamina.

Hah seronok kan dapat belajar sejarah islam ni ek

comey si aalya pakai tudung hah

sempat mama bagi burung merpati makan

tengok buat perangai si aakif ni tau

anak-anak pompuan

kami sekeluarga

Kitaorang duk bergambar je kat sini sebab tak de apa-apa pun, just tanah lapang je

Kemudian kitaorang ke Jabal Rahmah


Jabal Rahmah terletak di tepi padang Arafah yang merupakan daerah yang di pinggiran timur Mekah. Sejarah Jabal Rahmah merupakan titik pertemuan antara nabi adan dan hawa setelah masing-masing terpisah di antara ujung dunia. Di titik itulah kini berdiri monumen putih tanda pertemuan kedua manusia pertama tersebut.

Sesuai nama nya, bukit ini yang di yakini sebagai pertemuan antara Nabi Adam dan Siti Hawa setelah mereka di pisah kan dan diturunkan dari Syurga oleh Allah SWT.

mama aakif dan aalya, masa ni kat bawah lagi

anak-anak sedaraku yang anginnya tak menentu


ni baru level 1 je, banyak lagi batu nak kene panjat

Aku dengan Mr Big pun panjat jugaklah Jabal Rahmah ni, tapi tak sampai atas pun, sampai tingkat yang pertama tuh je kemudian duduk situ pemandangan dari atas yang cantik jugak. Orang lain berlumba-lumba panjat ke atas, ktorang chillax je di sini. 

Turun bawah balik, ada pulak jualan jubah murah-murah hah apa lagi singgah lah kejap diorang ni, sebab murah betul ada yang borong terus hehehe. Itu mutawif cakap, jaga-jaga bila sampai Jabal Rahmah ni dugaannya lagi hebat. Rupanya dugaan shopping hehehe

Kitorang hanya lalu sahaja di kawasan Padang Arafah, Mudzalifah dan Mina.


Tak de pun kat sini tapi umrah ni tapi cuba pi musim haji, kawasan ni memang penuh dengan Jemaah yang mengerjakan haji. Ada bullet train jugak tau untuk kegunaan Jemaah haji bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, itu air tangan rakyat Malaysia tuh.


Tempat terakhir sekali kami keluar ke Ja’aranah iaitu tanah halal untuk bermiqat sebab nak buat umrah lagi sekali. Siap berniat, solat sunat dan pakai pakaian ihram terus balik ke Masjidil Haram untuk kerjakan umrah kali kedua.



Eh ada jugak jemaah yang singgah shopping di tepi masjid Ja'aranah ni, yelah kat sini lagi barang murah-murah. Rambang mata ooo tapi aku tak shopping pun sebab takut lambat.

Di sebabkan masa tuh dah tengahari dekat nak Zohor, memang panas mencarak bila tawaf keliling Kaabah tuh tapi seronok sebab terasa dah dekat dengan Kaabah. Bila buat tawaf berdua dengan Mr Big ni macam pi honeymoon pulak. Semua sesama macam adam dan hawa pulak hahahaha #jiwangsengal.

masa ni baru habis tawaf on the way nak ke tempat Saie

Sudahnya kitaorang solat Zohor kat tempat Saie, macam Saie baru yang ke 4 then azan pulak. Tengok ramai je orang-orang arab duk solat kat tempat Saie tuh then kitaorang pun sama gaklah berhenti sekali. Amik wudhu guna air zam-zam je sebab itu yang dekat. 

Abis solat Zuhur sambung habiskan Saie dan Tahalul then terus balik hotel dan makan lepas tuh tidur sampai nak pi solat Asar. 

Meh baca entry UMRAH 2017 sebelum ni

1. Umrah 2017 | Rezeki Yang Tak Di sangka








Thursday, June 8, 2017

Resipi Sajian Sahur KIMBALL Yang Sempoi

Hi Korang,

Tak de apa sangat nai citer petang ni, so aku share pasal resipi sahur yang sempoi untuk di masak. Alah aku pun belum cuba lagi, so aku ambil resipi siap-siap dulu.

Disebabkan sharing is caring, so aku kongsikan resipi ni untuk korang sekali la ek


SOS AYAM CENDAWAN DENGAN ANGEL HAIR KIMBALL

Masa Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak: 15 minit
Saiz Hidangan: 5 orang
Disediakan oleh: Chef Rohani Jelani

Bahan-bahan

Untuk Sos Ayam Cendawan:

2 cawan stok ayam 
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
3 sudu besar kicap cair
½ sudu teh garam
½ sudu teh serbuk lada putih
2 sudu besar minyak
2 sm halia, dihiris nipis
3 ulas bawang putih, dicincang halus
300 g isi dada ayam, dipotong nipis
200 g cendawan tiram, dihiris tebal

Untuk Adunan Angel Hair Kimball:

3 sudu besar minyak
4 ulas bawang putih, dihiris halus
2 sudu besar Sos Tiram Kimball
2 sudu besar sos caramel pekat
2 sudu besar kicap cair
½ sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh gula
400 g Angel Hair Kimball
200 g pak choy, petik anggaran 5 sm

Cara memasak: 

1. Untuk Sos Ayam & Cendawan: Satukan stok, tepung jagung, Sos Tiram Kimball, kicap cair, garam dan lada putih. Kacau dan ketepikan. Panaskan minyak dan tumis halia bersama bawang putih sehingga perang keemasan. Masukkan ayam dan goreng 5 minit. Tambah cendawan kemudian dan masak lagi 5 minit. Campurkan adunan kuah yang telah dibancuh tadi dan biar sehingga mendidih. Bila jadi pekat, ketepikan.

2. Untuk Adunan Angel Hair Kimball: Tumis bawang putih atas api sederhana sehingga perang keemasan. Tutup api dan tuang bawang putih berserta minyak ke dalam mangkuk, ketepikan. Dalam mangkuk besar, campur Sos Tiram Kimball, sos karamel pekat, kicap cair, lada putih dan gula. Kacau sehingga sebati.

3. Sementara itu, jerang air dalam periuk sehingga didih. Masukkan 1 sudu teh garam, Angel Hair Kimball dan pak choy. Celur dalam 3 minit atau sehingga lembut. Angkat dan sejat Angel Hair Kimball berserta sayur, kemudian gaul dengan campuran sos. Tabur bawang putih bersekali minyak. 

4. Hidangkan segera bersama sos ayam cendawan tuang di atas.


NASI GORENG TOMATO PEDAS KIMBALL

Masa Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak: 20 minit
Saiz Hidangan: 5 orang
Disediakan oleh: Chef Rohani Jelani

Bahan-bahan:

3 sudu besar minyak
4 ulas bawang putih, dicincang halus
200 g isi ayam, dipotong 1 sm kiub
1 biji lobak merah, dipotong kiub kecil
5 batang kacang panjang, dihiris halus
5 biji cili burung, dihiris nipis
3 sudu besar Sos Tomato Kimball
1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
5 cawan nasi
2 cawan kangkung, petik anggaran 5 sm
1 sudu besar sos ikan
1 sudu teh serbuk lada hitam
5-6 daun limau purut, disiat halus
3 sudu besar bawang goreng

Untuk hiasan:

3 sudu besar minyak
4-5 biji telur
2-3 sudu besar sos karamel pekat
1 biji timun, dihiris
2-3 sudu besar bawang goreng
4-5 limau nipis, dipotong baji

Cara memasak: 

1. Panaskan minyak dalam kuali atas api sederhana. Tumis bawang putih sehingga perang keemasan. Masukkan ayam, lobak merah, kacang dan cili burung dan goreng selama 10 minit. Campurkan Sos Tomato Kimball dan Sos Berperisa Tiram Kimball, biar 5 minit lagi.

2. Masukkan nasi dan kacau atas api besar selama 10 minit. Tambah kangkung, sos ikan, lada hitam dan daun limau purut anggaran selepas 5 minit. Tutup api.

Hidangkan nasi goreng bersama telur dan percik sos karamel pekat di atasnya. Hias dengan hirisan timun, bawang goreng dan limau nipis. Hidangkan segera.

Aku share 2 resipi dulu la ek, nanti aku tambah lagi ye

Selamat mencuba ye....