Hi Korang,
Ni ada kesempatan baru aku nak citer pasal event yang gah lagi gemilang khas untuk blogger ni iaitu Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2017.
As usual bila Blogger Kidd duk war-warkan pasal event ni of courselah kitaorang bebudak BKM akan pi bagi tanda sokongan pada dia kann, lagipun team Denaihati selalu nau bantu kitaorang dalam hal blogging ni so tak baiklah kalau tak pi.
And one day Kid hantar email kat aku dan blogger Mahamahu pasal di pilih menjadi speaker bagi SBB kali ni, ko rasa tak ke kecut perut di buatnya. Dah lah tak de pengalaman langsung dalam public speaking ni, tup-tup kena bercakap di khalayak ramai pulak.
Arrr penin 2-3 hari tuh, until Kid cakap bagilah sokongan sket so kitaorang pun terus kata ON.
Once poster comel dah keluar, semua blogger yang mana jumpa aku asyik panggil puan speaker je hahaha aku memang bantai gelak tapi dalam hati tuhan saje yang tau.
Lagi seminggu nak SBB2017, ktorang tak decide lagi nak pakai baju apa. Terus je aku bagi cadangan pakai baju BKM je senang kemudian sarung blazer or jacket je. So tak yah nak beli baju baru, arrr settle satu masalah kan. Then lagi 2-3 hari kitorang sibuk duk book hotel pulak sebab lepas SBB2017 malam ada gala dinner pulak so dah balik rumah malas, terus aku booked Concorde Hotel je. Eh bebudak ni pun samo gak, booking sekali satu hotel. Senang nak park then jalan kaki je ke Matic.
On that day tuh, aku memang tak de buat persediaan apa pun just Mr Big sibuk je bagi soalan-soalan yang maybe akan ditanya dan ternyata a few soalan tuh keluar hehehehe. Bagus jugak laki aku ni kan, sekali sekala bijak gak dia.
Aku ke Matic dengan Madid an Zaza Iman, Mr Big tak ikut sebab malas so dia letak kat bilik je.
Masa kitaorang sampai tuh, hati dah dup dap dup dap cuak tuh kot.
Jumpa bebudak blogger boleh gelak-gelak lagi sebab nak hilangkan rasa gemuruh tuh hauhauhauahua.
Pengalaman menjadi speaker SBB 2017
Once MC Muslim dah panggil kitaorang berdua untuk naik ke pentas, rasa jantung nak jatuh dah. Walaupun dewan tuh hanya ada 100 lebih blogger dan penggiat social media yang lain tapi rasanya cam berdepan dengan 10,00 orang.
Nasib baik Tuan Hj Amir jadi moderator so kurang sket rasa gemuruh tuh.
Kitaorang berdua berkongsi pengalaman di dalam duit blogging ni, sejak dari mula hingga ke hari ini. Banyak jugak soalan dan pandangan yang kitorang dapat feedback dari forum ni terutamanya dari segi bayaran blogger, tatacara ke event dan banyak lagi.
Seronok memang sangat seronok aku rasa, tapi Mahamahu lagi pandai cakap daripada aku. Sambil gelak-gelak je dia menjawab soalan, aku cam control-control sket sebab takut salah jawab je hehehhee
Habis kitaorang kongsi tips blogging ek, siapa rasa tak cukup tuh hah boleh email aku ek.
Habis je sessi kitaorang tuh terus rasa lega seleganya macam habis graduate je hehehhe
Seterusnya sessi bersama Datuk Ibu Hanim-Leadership Trainer, ND dari Misi Viral dan Content Mastery dari Dr Wan Yusof.
Haruslah kitaorang sedut ilmu kaw-kaw sebab hati dah lega kan hehhehe
Itulah dia serba sedikit citer mengenai Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2017 yang telah berlangsung di Matic. Pelbagai pengalaman yang dapat aku timba dari sessi petang ni. Ok nanti kan citer di Gala Dinner pada sebelah malam pulak ye
Terima kasih pada penaja-penaja #SBB2017 :-
- Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
p/s : Kepada yang bagi namecard tuh, nanti aku check it out blogger korang satu persatu ek. Ingatkan bulan puasa ni ada lah masa nak rileks baca blog dan pi komen kat blog orang kan ermm rupanya tidak busy tak menentu je ni hah