Sunday, June 4, 2017

ALTHEA Raya Giveaway Festival, Dapat Hadiah Percuma Tau

Hi Korang,

Lama tak dengar citer pasal online shopping ALTHEA ni ek.

Itu tandanya lama betul aku tak shopping kat ALTHEA nilah, huhuhuhuh budget makeup dah kurang kena berjimat-cermat kaedahnya. 

Tapi raya ni mana boleh tahan kalau tak shopping barang makeup kan, of courselah pagi raya nak nampak cantik ala-ala Neelofa so mari membeli belah

Haruslah buka website ALTHEA ni dulu tengok apa yang patut, ada promosi ke idokk.


Sempena dengan bulan Ramadhan ni ada promosi menarik lagi dengan setiap pembelian korang dari website ini, korang berpeluang menerima 1 lagi hadiah PERCUMA. Wei siapa yang tak nak barang PERCUMA, haruslah aku orang no. 1 yang pi beli ni

Lebih esklusif untuk promo Ramadhan kali ini, ALTHEA didatangkan dengan kotak edisi khas. Menarikkan? Kotak cantik-cantik ni kalau kita terima sayang nak buang boleh dijadikan tempat simpanan barang.


Dan bagi perbelanjaan RM99 ke atas tidak akan dikenakan caj penghantaran. Jadi sambil tambah stok barangan kecantikan dan penjagaan diri. Boleh juga korand jimatkan kos penghantaran dan diskaun atas barangan daripada pembelian. Dan jangan lupa yang paling best untuk promosi kali ini sebelum check out korand boleh pilih satu item lain sebagai hadiah PERCUMA yang bakal diberikan.

Terdapat banyak jenama besar yang dijual di dalam laman web Althea, kalau nak di senaraikan memang banyak giler wei tapi di antaranya yang aku minat dan suka adalah 






· Belif

· BEYOND







· IOPE





· Missha




















Dah macam rasanya semua jenama aku minat di ALTHEA nie k hahahahhaha

So tak sabar nak check it out apa yang di website ni lah ek, ermm tengahari kang bos kuar makan aku mesti dulu lepak kat depan pc ni 

Yang penting cantik di Hari Raya nanti

Nak check it out lekas :

Website: www.althea.kr

Instagram: @altheakorea


Bertenaga Di Bulan Puasa Dengan EFFERVESCENT

Hi Korang,

Pernahkah anda mengalami masalah kekurangan tenaga disebabkan kepenatan dan kurang sihat? Mungkin sudah tiba masanya untuk anda menambah tenaga dan kualiti hidup ke dalam regim penjagaan kesihatan harian menerusi rangkaian vitamin dan mineral yang mudah larut daripada Guardian. 

Suplemen yang berguna dan mudah diambil iaitu tablet Vitamin C + Zink serta Vitamin B - Complex + Vitamin C + Minerals Effervescent ini diperkenalkan oleh Guardian, yang merupakan satu rangkaian farmasi, peruncitan barangan kesihatan dan kecantikan terbesar di Malaysia. lanya mudah larut untuk menghasilkan segelas minuman segar yang mampu membantu meningkatkan tahap ketahanan dan tenaga tubuh badan anda. 


Mulakan Pagi Anda dengan Penuh Tenaga! 

Menerusi jaminan produk buatan Jerman yang berkualiti tinggi, Tablet Vitamin C + Zink dan Vitamin B - Complex + Vitamin C + Minerals Effervescent Guardian larut dengan mudah di dalam air sejuk. Ia menawarkan minuman yang kaya dengan nutrien berperisa oren yang menyegarkan untuk dinikmati pada waktu pagi. 


Guardian Vitamin C 1OOOmg + zinc 1Omg Effervescent Tablets 

'Guardian Vitamin C 1 OOOmg +zinc 1 Omg Effervescent Tablet' mengandungi Vitamin C dan Zink. Vitamin C penting untuk penyelenggaraan tubuh secara umumnya. Produk ini juga mengandungi diformulasi Dual Action yang mengandungi 1 Omg zink. Zink ialah sejenis mineral penting untuk mengekalkan kesihatan tubuh yang baik. 

Pengambilan Harian yang Disarankan (RDA) untuk Vitamin C ialah 90mg1 • Vitamin C ialah vitamin yang larut di dalam air kerana ia mudah diuraikan, dikumuh dan tidak disimpan oleh tubuh manusia. Jadi, anda perlu menambah bekalan vitamin C yang larut air ke dalam tubuh pada setiap hari. 

Sediakan 'Guardian Vitamin C + Zinc Effervescent Tablets' di dalam beg atau di tempat kerja untuk meningkatkan ketahanan tubuh setiap hari dan mengelakkan anda daripada jatuh sakit. 

Setiap 'Guardian Vitamin C + Zinc Effervescent Tablets' mengandungi 1 ,OOOmg vitamin C dan 1 Omg Zink, cukup untuk keperluan harian anda. 


Guardian Vitamin 8-Complex + Vitamin C + Minerals Effervescent Tablets

'Guardian Vitamin B-Complex + Vitamin C + Minerals Effervescent Tablets' padat dengan tenaga melalui gabungan lima vitamin B yang penting - B1, B2, B3, B6, B 12, Vitamin C dan mineral. Ia membantu anda supaya kekal bertenaga untuk menjalani gaya hidup yang sibuk pada setiap hari.

Setiap pengambilan 'Guardian Vitamin B-Complex + Vitamin C + Minerals Effervescent Tablets' mengandungi 90.01 mg vitamin B-complex dan 500mg vitamin c.

Jangan bimbang kerana, kedua-dua produk ini dirumus tanpa kanji, yis, gandum, jagung, soya, tenusu atau bahan pengawet tambahan untuk memastikannya selamat dimakan.

Pengarah Jenama Korporat Kesihatan & Kecantikan, The Dairy Farm Company Limited, Puan Segolene Defline berkata, "Produk-produk jenama Guardian diinovasikan untuk memberi lebih kebaikan dan kemudahan kepada para pelanggan komi. Sebab itulah suplemen-suplemen komi ini dirumus dalam bentuk tablet yang mudah larut bagi membolehkan pelanggan komi menikmati manfaat kesihatan dengan lebih mudah dan lebih 'sedap kerana ia boleh dilarutkan ke dalam air sejuk. Tablet-tablet ini juga menawarkan cora pengambilan suplemen yang lebih efisien kerana ia boleh diserap dengan lebih pantas dan sekata," tambah Segolene Defline.

Harga dan Cara Mendapatkannya

'Guardian Vitamin C + Zinc Effervescent Tablets' ( 10 biji tablet) kini boleh didapati di semua cawangan Guardian di seluruh negara dan e-stor di https://online.guardian.com.my pada harga runcit yang disyorkan, RM16.50


Untuk lebih nilai untuk wang anda, 'Guardian Vitamin C +Zinc Effervescent Tablets' (10 biji tablet) juga hadir dalam satu set kotak dengan 30 tablet untuk pengambilan selama sebulan pada harga runcit RM33.90. 'Guardian Vitamin B-Complex + Vitamin C + Minerals Effervescent Tablets' (15 biji tablet) pula ditawarkan pada harga runcit RM25.50.



Saturday, June 3, 2017

REVIEW | SUNPLAY Skin Aqua Super Moisture Essence SPF50 PA++++,

Hi Korang,

Tidak kira samada cuaca panas terik atau mendung, memakai pelindung UV (sunblock) adalah langkah yang sangat penting dalam rutin penjagaan kulit harian. Manfaat utama pelindung matahari ialah ia bertindak sebagai perlindungan daripada sinar UV yang berbahaya. Ia membantu menghalang kulit daripada kesan-kesan penuaan kulit dan membantu mencegah tompok gelap, kulit kusam dan tidak sekata yang disebabkan oleh pendedahan kepada UV matahari. 


Memperkenalkan Sunplay Skin Aqua Super Moisture Essence baharu. Pelindung UV ini berasal dari Jepun dan ia dirumuskan dengan formulasi terkini yang bukan sahaja memberikan anda perlindungan UV SPF50 PA++++ yang berpanjangan tetapi juga dirumuskan dengan 4 ramuan kelembapan yang hebat (iaitu Super Hialuronik Asid, Nano Hialuronik Asid, Asid Amino dan Kolagen) untuk membekalkan kulit dengan kelembapan yang terunggul dengan serta-merta dan berpanjangan. Teksturnya amat ringan, tidak melekit, amat mudah disapu dan diserap kedalam kulit agar kulit terasa segar, selesa dan boleh bernafas secara bebas. Dengan teksturnya yang ringan seperti air, pelindung UV Skin Aqua sesuai sekali untuk kegunaan harian, malah ia juga berfungsi sebagai asas solekan yang baik. 


Sunplay Skin Aqua Super Moisture Essence sesuai digunakan pada bahagian muka dan badan dan ia didatangi dengan perlindungan UV SPF50+ PA++++ yang tinggi untuk mencegah kerosakan pada kulit disebabkan oleh sinar UV. Ia telah diuji kesan alergi, bebas daripada pewarna, pewangi dan minyak mineral dan oleh itu sesuai untuk kulit sensitif.

Hari tuh sebelum masuk swimming pool, aku tepek je serata kulit, jadi tak di jilat matahari masa berenang heheheh


Sunplay Skin Aqua Super Moisture Essence (RM55.90) kini berada secara eksklusif di Watsons seluruh negara.

Dapatkan sekarang tau!!