Thursday, June 1, 2017

LEGO® 'Cities Of Wonders Kini Di Pavilion KL

Hi Korang,

Cuti sekolah sudah pun bermula, dan LEGO® Malaysia kini membawa satu lagi aktiviti menarik dalam senarai aktiviti menyeronokkan yang boleh mengisi masa lapang kanak-kanak Malaysia. LEGO® Malaysia, blok binaan yang mencetus daya imaginasi dan kreativiti, hari ini mengumumkan pelancaran rasmi kempen #BuildAmazingMY. 


Kempen ini membawakan pelbagai aktiviti membina yang menyeronokkan menerusi acara Cities of Wonder di Pavilion KL seperti peraduan online, dan binaan mini Kebudayaan Malaysia Edisi Terhad yang mencatatkan mercu jaya sulung dalam sejarah jenama LEGO®.

Jacob Leighton Rennison, Head of Marketing, LEGO® Malaysia, revealing that LEGO® aims to inspire people to explore more about Malaysia’s unique cultures through LEGO®.

“Sejak dari mula lagi, para pengasas LEGO®’ telah menetapkan wawasan jelas untuk membina sesuatu yang mendorong kreativiti generasi. Kami memahami peranan kami dengan baik – matlamat kami adalah untuk menggalakkan kanak-kanak bermain menggunakan tangan mereka, dengan jenis permainan yang memupuk kreativiti minda. Apa yang kami lakukan dengan #BuildAmazingMY adalah sesuatu yang sangat istimewa. Kita tidak perlu memandang jauh untuk mendapatkan sumber inspirasi,” kata Jacob Leighton Rennison, Ketua Pemasaran, LEGO® Malaysia. 

“Malaysia terkenal kerana keunikan dan kepelbagaian budayanya. Kempen kami memaparkan beberapa unsur unik menerusi binaan mini edisi terhad, dan dalam pada itu kami ingin rakyat Malaysia memberitahu kami apa yang istimewa buat mereka menerusi LEGO®. Paling penting, kami mahu orang ramai seronok memulakan pengembaraan kecil yang telah kami bina ini,” tambahnya. 

Dengan matlamat memastikan kanak-kanak terus menggunakan daya kreativiti mereka sambil menikmati cuti sekolah ini, #BuildAmazingMY mencabar ibu bapa dan kanak-kanak untuk membina sesuatu yang luar biasa bersama, berilhamkan daya tarikan atau keajaiban yang wujud di bandar raya masing-masing. Kempen ini juga termasuk usaha membina bangunan mozek LEGO® secara beramai-ramai di Pavilion KL dengan matlamat mencatatkan rekod Malaysia. 

LEGO® Cities of Wonders at Pavilion Kuala Lumpur (From left to right: Kung Suan Ai, Director of Marketing, Pavilion Kuala Lumpur; Jacob Leighton Rennison, Head of Marketing, LEGO® Malaysia; Sylvie Ting, Associate Brand Manager, LEGO® Malaysia; Feina Leow, Marketing Manager, Toys ‘R’ Us)

Ketua Pegawai Eksekutif Peruncitan bagi Pavilion KL, Dato’ Joyce Yap berkata, “Sebagai pusat belah-belah pemenang anugerah yang membawakan pengalaman bertaraf dunia secara konsisten kepada pembeli, kami berbangga untuk berganding bahu dengan LEGO® yang bertaraf antarabangsa untuk kempen musim cuti sekolah kali ini. LEGO® ialah jenama yang diminati oleh semua peringkat usia – dengan usaha sama ini, kami mengalu-alukan para peminat dan keluarga untuk mengunjungi pusat beli-belah ini bagi mencipta pengalaman indah dan berharga bersama kami.” 

Peraduan Facebook My Own Creation 

Kempen bermula dengan projek cuti sekolah yang paling sesuai untuk ibu bapa dan kanak-kanak. Peraduan My Own Creation LEGO® (Hasil Ciptaan Saya Sendiri) di Facebook diadakan dari hari Isnin, 22 Mei hingga 16 Jun dan bertujuan mencari binaan LEGO® paling kreatif yang memaparkan daya tarikan Malaysia paling dekat di hati pembinanya. Hadiah mingguan akan diumumkan di laman Facebook LEGO® Malaysia setiap Rabu, bermula pada 31 Mei dan berakhir pada 23 Jun. LEGO® akan menganjurkan majlis penyampaian hadiah utama di Pavilion KL pada hari Sabtu, 1 Julai. Para pemimpin kumpulan peminat paling tegar akan hadir untuk mengadili penyertaan. Untuk maklumat lanjut tentang peraduan My Own Creation, sila layari laman Facebook LEGO® Malaysia


Acara Cities of Wonder di Pavilion KL

Sebagai sebahagian penting daripada kempen #BuildAmazingMY, acara Cities of Wonder (Bandar Raya Menarik) diadakan di Pavilion KL dari Khamis, 25 Mei hingga Ahad, 4 Jun. Berilhamkan LEGO® City dan LEGO® Friends, ruang acara direka seperti bandar LEGO® saiz sebenar. Selepas pendaftaran, kanak-kanak boleh meminjam sarung tangan luar biasa LEGO® untuk meneroka Cities of Wonder dalam bentuk figura mini LEGO®. Mereka akan menerima pasport Cities of Wonder untuk menyusuri denai aktiviti dan mengumpulkan pelekat sambil mereka menyelesaikan setiap cabaran. Hadiah menarik menanti yang berjaya mengumpulkan semua pelekat. Acara ini memaparkan laluan yang menempatkan empat stesen aktiviti LEGO®: 






· Emma’s Photo Studio – membina kamera dengan bata LEGO® 

· Stephanie’s Cupcake Kitchen – kanak-kanak perlu menghiasi kek cawan mereka hanya menggunakan bata LEGO® yang dicedok daripada baldi

· Police Station – kanak-kanak perlu membina mozek LEGO® bagi penjahat yang mereka perlu tangkap 

· City Jungle – kanak-kanak boleh belajar tentang binatang dan alam sekitar di stesen ini kerana mereka perlu mencari 4 permata sebelum ditemukan oleh penjahat. 

Selain daripada aktiviti ini, Cities of Wonder juga akan menyediakan ruang pameran memaparkan daya tarikan Malaysia yang diperbuat daripada LEGO® oleh kumpulan peminat LEGO® tempatan. Ruang pameran ini juga memaparkan binaan daripada pemenang minggu pertama peraduan Facebook My Own Creation. 


Binaan Mini Kebudayaan Malaysia Edisi Terhad 

Kemuncak kempen ialah pelancaran 4 Binaan Mini baru ciptaan LEGO® yang memaparkan tarikan budaya Malaysia iaitu: Bunga Raya, Kampung, Wau, dan Ketupat. Ini merupakan kali pertama dalam sejarah LEGO® telah mencipta sesuatu yang khas untuk Malaysia. Dikeluarkan dalam jumlah terhad dan dilancarkan setiap Sabtu dari 27 Mei hingga 17 Jun, Binaan Mini ini hanya boleh didapati dengan pembelian minimum produk LEGO® bernilai RM300. Sementara itu, satu tawaran khas dibuat hanya di lokasi pelancaran setiap Blok Binaan Mini (maklumat lanjut disenaraikan di bawah), di mana seramai 150 peminat pertama boleh mendapatkannya dengan pembelian minimum RM200 produk LEGO® menerusi aktiviti eksklusif Bina dan Bawa Pulang. Selepas setiap Sabtu berkenaan, Binaan Mini ini kemudiannya boleh didapati di enam gedung (yang disenaraikan di bawah) selagi stok masih ada. 

“Ini merupakan satu detik bersejarah bagi LEGO® kerana kami belum pernah mencipta sesuatu yang khas untuk Malaysia. Perkara ini memang jarang dibuat dalam sejarah LEGO® dan kami berbangga kerana LEGO® Malaysia telah berjaya melakukannya. Apa yang penting bagi kami ialah Binaan Mini ini memberi inspirasi kepada orang ramai untuk terus meneroka daya tarikan Malaysia menerusi LEGO®, dan anda boleh membina apa sahaja menggunakan bata mainan ikonik ini,” tambah Jacob. 

Tarikh Pelancaran dan Lokasi Binaan Mini 

Sabtu, 27 Mei – Bunga Raya 
Pelancaran: 12:00 tgh hari, Centre Court, Tingkat 2, Pavilion KL 
Gedung lain yang turut serta: Gedung Toys ‘R’ Us di Mid Valley Megamall, Pavilion KL, 1 Utama, KLCC, 101 City Mall, Empire Subang

Sabtu, 3 Jun – Kampung 
Pelancaran: 10:00pg, Toys ‘R’ Us Mid Valley Megamall 
Gedung lain yang turut serta: Centre Court, Tingkat 2, Pavilion KL; gedung Toys ‘R’ Us di 1 Utama, KLCC, 101 City Mall, Empire Subang

Sabtu, 10 Jun – Wau 
Pelancaran: 10:00pg, Centre Court, Tingkat 2, Pavilion KL 
Gedung lain yang turut-serta: Gedung Bertauliah LEGO® di Pavilion KL, The Curve, Bangsar Village, Setia City Mall, 101 City Mall, Empire Subang 

Sabtu, 17 Jun – Ketupat 
Pelancaran: 10:00pg, Gedung Bertauliah LEGO®, The Curve 
Gedung lain yan gturut serta: Gedung Bertauliah LEGO® di Pavilion KL, The Curve, Bangsar Village, Setia City Mall, 101 City Mall, Empire Subang 

Binaan Mozek LEGO® Terbesar di Malaysia 

Selepas berakhirnya tempoh acara rasmi bagi Cities of Wonder, LEGO® akan terus berada di Pavilion KL untuk acara membina Mozek LEGO® yang sangat besar. Sempena sambutan Hari Raya, LEGO® berganding bahu dengan Pavilion KL untuk menganjurkan sesi membina Mozek LEGO® terbesar di negara ini. Projek luar biasa ini akan dibina oleh peminat tegar daripada komuniti LEGO® sepanjang tempoh dua hujung minggu dengan matlamat mencatatkan rekod baru Malaysia bagi Mozek LEGO® terbesar di negara ini. Mozek ini akan dibina pada hujung minggu 9-11 Jun dan 16-18 Jun. Ikuti laman Facebook LEGO® Malaysia untuk butiran lanjut dan cara mengambil bahagian. 


Untuk maklumat lanjut mengenai kempen LEGO®’s #BuildAmazingMY dan cara untuk mengambil bahagian, sila layari laman Facebook LEGO® Malaysia di, www.facebook.com/LEGOMalaysia.official dan semak hashtag #BuildAmazingMY #LEGOMY.

Wednesday, May 31, 2017

Restoran Korea GO FULL, Mont Kiara. Unik Sekali Makanannya, Mesti Kena Cuba

Hi Korang,


Sekarang ni makanan Korea memang dah jadi trend pilihan rakyat Malaysia untuk makan tak kira waktu pun. Sebab rasanya unik dan lebih berkhasiat, yelah banyak pilihan hidangan ’side dish‘ yang pelbagai rasa.


Aku pun suka juga makanan Korean ni. 

Dia lebih kurang sama macam makanan Malaysia, pedas-pedas, bersup dan memacam lagilah. 


Kebetulan hari tuh aku dapat jemputan ke restoran GO FULL di Solaris Mont Kiara ni, ermm haruslah tidak di lepaskan. Lepas kerja so bergerak ke sana, nasib baik blogger Mahamahu dah ada kat sana so seronoklah sket. 

Simple je dekorasi restoran GO FULL ni.


Aku suka akan suasananya, kemas bersih dan kedai nampak luas. Masuk-masuk je terus nampak kerusi meja seakan-akan menjemput kitaorang masuk ke dalamnya. Rupa-rupanya hasil deko restoran ini adalah idea cetusan salah seorang ahli lembaga pengarah restoran ni.

Ok jom aku nak kongsi dengan korang beberapa hidangan Korea yang kitaorang sempat makan pada malam tuh. 

Apa itu kimchi?

Sini aku terang sket untuk pengetahuan korang ek

Kimchi a staple in Korean cuisine, is a traditional banchan (side dish) made from salted and fermented vegetables, most commonly napa cabbages and Korean radishes, with a variety of seasonings including gochutgaru (chili powder), scallions, garlics, ginger, and jeotgal (salted seafood) among othersThere are hundreds of varieties of kimchi made with different vegetables as the main ingredients In traditional preparations, kimchi was stored underground in jars to keep cool, and unfrozen during the winter months.

So memang kebiasaan orang Korea memang makan kimchi bersama hidangan utama yang lelain alah nak menambah sekali lagi katanya

Pembuka Selera

Kimchi Chicken Salad with Spicy Dressing RM18.90

Sayur kimchinya banyak dan rasa tapainya tak berapa masam, enak sekali makan bersama ayam dan sosnya.

GoFull Soy Sauce Fried Chicken

(6pcs) RM26.90
(9pcs) RM36.90
(12pcs) RM45.90

GoFull Honey Butter Fried Chicken

(6pcs) RM26.90
(9pcs) RM36.90
(12pcs) RM45.90

Walaupun nampak cam sama je kedua-dua jenis ayam goreng ni tapi rasanya berbeza ye. Aku sukakan honey butter sedap ada rasa pedas-pedas manis gituh, lagipun ada madu tuh lagilah sedap kan ehehe

Kimchi Ramen with BBQ Beef RM22.90

nampak kenyal kan ramennya

haruslah aku makan sesungguhnya kan hehehehe

Ala-ala mee sup versi korea, walaupun pedas tapi terangkat sungguh bila dah makan. Memula rasa sket je ermm lelama jadi makin sedap pulak, maybe level kepedasan tuh sesuai dengan tekak aku ek.

Hidangan Utama

Waffle Chicken Sandwich with Fries RM25.90

kemain banyak lagi kejunya ek

Yang ni kena makan panas-panas sebab nak rasa betapa garingnya waffle tuh yang di gunakan sebagai base sandwich. Kentang goreng ranggup!!

Korean Kimchi Fried Rice With Cheese & Beef RM23.90

cheese lagi, suker betul dengan cheese ek

Orang Korea ni memang tak boleh di pisahkan dengan kimchi ek, even nasi goreng pun di letaknya kimchi sekali. Untuk ini, bila kimchi bersama keju dan daging sekali di hidangkan rasanya memang membangkitkan selera. 

Cheese Topokki (Spicy Rice Cake) With Fries RM21.90

Aku suka topokki ni sebab ianya kenyal-kenyal gituh, kek beras di panggilnya. Di makan panas-panas bersama kentang goreng dan keju sekali, yum yum yum

Minuman

Untuk hidangan minuman ni, ada 2 hidangan minuman yang menjadi ‘signature drinks’ di restoran Go Full ni iaitu

Peanut Butter and Salted Caramel Milkshake RM15.90

Rainbow Party Milkshake RM15.90

Kedua-dua hidangan ni memang menambahkan lagi rasa kenyang perut lepas makan kesemua hidangan korea di sini. 

Bagi aku kesemua hidangan yang di cuba ternyata sedap-sedap belaka, selain rasanya yang unik dan membangkitkan selera bagi si pencinta makanan Korea ni. Hehehehe In terms of harga, berpatutan dan sesuai dengan setiap hidangan tersebut. 


Eh ada lagi satu ni, Restoran GO FULL ni juga ada hidangan combo untuk menu makan tengahari tau. Biasalah set lunch orang putih kata, which is ada hidangan utama, percuma minuman dan pencuci mulut sekali tau. Berbaloi-baloi sekali harganya lah

Korang dah excited la tu kan, ini tempatnya

Restoran GO FULL
13, Jalan Solaris 2, 
Solaris Mont Kiara, 
50480 Kuala Lumpur.

Phone: +60 11-1111 1638
Business hour: Daily 11am- 11pm




GPS: 3.1745374,101.66044

Untuk peminat makanan Korea tuh, boleh korang datang dan mencuba sendiri makanan-makanan asli unik dari restoran GO FULL ni ek


Julie’s Hari Raya Khas Love Letter’s Edisi Terhad

Hi Korang,

Ramadan kian menjengah lagi dan disambut dengan penuh kesyukuran. Selain beramal dan beribadah, pastinya Ramadan mengundang perasaan yang pelbagai di kalangan masyarakat yang menyambutnya. Persediaan awal dilaksanakan, namun bagaimana pula insan tersayang yang berada jauh di mata?


Dengan meneruskan usaha kempen “Titipkan Luahan Kasih Anda” selama 3 tahun berturutan, tujuan utama kami adalah ingin menggalakkan orang ramai lebih menghargai dan mencurahkan kasih sayang mereka melalui penulisan. 

Dalam majlis pelancaran, Encik Benny Chia, Pengurus Pemasaran Biskut Julie’s berkata, “Julie’s berharap amalan kasih sayang di kalangan masyarakat Melayu akan berterusan, dan kami ingin mengambil berkesempatan ini untuk melancarkan kuih belanda Julie’s Love Letters edisi terhad yang boleh dijadikan buah tangan semasa kunjung-mengunjungi”.

Katanya lagi, Julie’s juga berharap dapat memainkan peranan sebagai pengantara untuk menggalakan masyarakat berkongsi perasaan mereka bersama orang tersayang sepanjang bulan yang mulia ini. Dengan itu, Julie’s menyediakan Pek Sampul Raya di dalam setiap tin edisi terhadnya untuk menyeru orang ramai mengarang perasaan yang terpendam. Keunikan Sampul Raya ini adalah ianya mempunyai dua fungsi. Selain boleh dijadikan sampul wang, ianya juga membolehkan si pengirim menulis perasaanya kepada si penerima di ruang kosong yang disediakan. 


Edisi Terhad untuk Raya 

Chia juga berkata, “Julie’s Love Letters tin edisi terhad akan ditukar kepada warna hijau menjelang Hari Raya nanti. Setiap tin Julie’s Love Letters 700g juga mengandungi 3 warna sampul Raya yang membawa maksud simbolik yang tersirat. Pada masa yang sama, anda juga boleh menikmati diskaun 18% ke atas semua pembelian barang-barang di laman web atau aplikasi Zalora. Anda hanya perlu memuat naikkan resit rasmi sebagai bukti pembelian melalui aplikasi “BrandCode” untuk menikmati diskaun tersebut. ”

Percuma Pembalut Istimewa

Budaya kunjung-mengunjungi yang diamalkan semasa musim perayaan boleh diistimewakan lagi dengan pemberian Julie’s Love Letters edisi terhad sebagai buah tangan. Selain daripada itu, anda juga boleh mendapatkan pembalut istimewa secara percuma di pasaraya tertentu dengan setiap pembelian Julie’s Love Letters 700g. 

“Apa yang unik tentang pembalut istimewa ini ialah ianya mempuyai ruang untuk anda menitip ucapan kasih kepada insan tersayang anda. Oleh itu, ianya sesuai dijadikan hadiah semasa saling ziarah-menziarahi di samping menjadikan sebagai kenang-kenangan,”. ujar Encik Benny Chia, Pengurus Pemasaran Biskut Julie’s.

Roadshow di Pasaraya Terutama 

Sempena kempen ini, Julie’s juga akan mengadakan roadshow di pasaraya terpilih. 


Setiap pembelian Julie’s Love Letter 700g semasa roadshow akan mendapat pembalut istimewa secara percuma dan nama penerimanya akan dilukis khas oleh krew Julie’s. Selain daripada itu, pengunjung juga berpeluang mendapat beg kertas edisi Raya dan juga hadiah-hadiah lain yang menarik. 

“Secara tidak langsung, Julie’s ingin mendidik sebuah masyarakat yang berprihatin serta memupuk amalan memberi Julie’s Love Letters sebagai buah tangan semasa kunjung-mengunjungi sempena musim perayaan ini,” kata Encik Benny.

Pendermaan kepada Buku Jalanan Chow Kit

“Selain itu, kami juga berharap dapat mengumpulkan derma untuk membiayai pembelanjaan pendidikan kanak-kanak Buku Jalanan Chow Kit sempena bulan Ramadan ini. Program CSR ini bukan sahaja membantu mereka mendapat akses pendidikan sekolah yang sempurna, tetapi ianya juga memberi harapan serta manfaat kepada kanak-kanak dari Buku Jalanan Chow Kit di jangka panjang. ”

Roving Team

“Roving team Julie’s akan mengelilingi kawasan Lembah Klang di pejabat, bazaar, pasar malam dan stesen LRT yang terpilih untuk menjual pakej Raya Julie’s yang bernilai RM30. Setiap pakej Raya mengandungi setin Julie’s Love Letters 700g edisi terhad, sebungkus biskut Julie’s aneka rasa 285g, sebungkus biskut sandwic mentega kacang 135g, sebungkus biskut mentega Julie’s 200g dan juga sebungkus biskut sandwic keju Julie’s 100g. Di samping itu, RM2 akan didermakan kepada Buku Jalanan Chow Kit dengan setiap pembelian pakej Raya Julie’s untuk menampung pembelajaan pendidikan kanak-kanak mereka.” 


Jemputan Orang Awam Ke Aktiviti Buka Puasa (Iftar)

Pada tahun lepas, Julie’s bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk mengadakan aktiviti iftar yang berjaya mendapat seribu para hadirin. Pada tahun ini pula, Julie’s sekali lagi dengan MBMB akan mengadakan acara berbuka puasa secara beramai- ramai pada 16hb Jun 2017 di Dataran Menara Taming Sari, Melaka. Acara seumpama ini bertujuan mengeratkan lagi silaturahim sesama kaum dan justeru itu, mewujudkan sikap toleransi serta persefahaman kaum.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ir. Haji Idrin bin Haron bersama 150 anak- anak yatim akan menyertai acara yang penuh bermakna ini. Selain menyediakan bungkusan makanan dan minuman untuk semua yang hadir, kami juga akan memberikan Julie’s Love Letters kepada orang ramai. Untuk memeriahkan lagi suasana Ramadan, kami juga menyediakan pelbagai persembahan menarik untuk menghiburkan para- para hadirin pada hari itu. Selain itu, bubur lambuk juga akan disedia dan diagihkan kepada orang umum sempena acara Iftar ini. 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kempen “Titipkan Luahan Kasih Anda 2017”, sila melayari halaman Facebook Julie’s Biscuits atau lawan web Julie’s di www.julies.com.my.