Wednesday, May 17, 2017

Buffet Ramadan 2017 | Streat Thai, Jaya One Petaling Jaya

Hi Korang, 


Ada kesempatan cuti hari tuh aku sempat ke preview buffet ramadhan di restoran Streat Thai ni. Eh jangan ingat hotel je buat ramadhan review, kedai makan, restoran pun tak ketinggalan jugak tau. Best tuh sekali sekala kita berbuka puasa dengan hidangan Thai kan. 


Aku suka konsep restoran Streat Thai ni, konsep terbuka. Tak nampak esklusif pun walaupun makannya awesome, pelbagai jenis stall-stall kecil di jadikan deko di dalam kedai makan ini. Tempat makannya luas, pilih je mana nak duduk hehehhee. 


Bersempena dengan ramadhan tahun ini, Streat Thai turut menawarkan buffet ramadhan bagi membolehkan pelanggannya memcuba lebih daripada 60 menu yang ditawarkan. Daripada hidangan berat seperti kambing bakar, makanan laut yang segar, daging, ikan dan sebagainya yang dimakan bersama kuah/pencicah yang dibuat istimewa dari resepi autentik yang sememangnya menjadi trademark kepada restoran ini. Terdapat juga variasi kerabu seperti kerabu mangga dan pelbagai lagi. Tidak dinafikan tomyam adalah antara hidangan WAJIB ada untuk restoran yang menawarkan hidangan Thai. Dan di Streat Thai ada menyediakan Tomyam versi santan. Memang sedap rasanya, masam-masam, lemak dan manis. Selain itu terdapat juga pelbagai manisan seperti bubur caca, bubur jagung, goreng ubi/pisang, kuih onde onde sebagai pencuci mulut. Dan pastinya pulut mangga adalah antara menjadi feveret saya yang cukup terkenal pencuci mulut istimewa dari negara Thailand. 

Antara hidangan berjaya menambat hati saya adalah seperti:- 






Semuanya menarik hati dan perut jugak ye 

Oh lazatnya 


Keterangan lebih lanjut mengenai promosi buffet ramadhan di Streat Thai seperti berikut:- 

Harga:
Untuk harga promosi tempahan 7 hari awal: RM39.90++
Harga Normal : RM49.90++ (dewasa) 

RM 19.90++ (Kanak 6 hingga 12 )

Masa:
Setiap hari : 7 PM-9:30 PM

Jom kita ke:-

Streat Thai
(Jaya One) 100-G.001 The School
No.72A Jalan Universiti, Petaling Jaya
46200 Selangor, Malaysia



Masa:
Setiap hari : 7 PM-9:30 PM

Social Media

Tempahan:
+603-7496-1297 



So sekali sekala bawa keluarga tersayang pi berbuka puasa bersama-sama apa salahnya kan, alah bukan mahal mana pun. 




Tuesday, May 16, 2017

NUVAFEMME - Menjamin Kesejahteraan Fasa Pertengahan Umur Wanita Secara Semula Jadi

Hi Korang,


Menurut statistik, jangka hayat wanita di Malaysia ialah 77 tahun. Oleh yang demikian, kita boleh membuat anggaran bahawa fasa pertengahan umur wanita akan bermula sekitar usia 38 tahun. Kebanyakan orang sering mengungkapkan frasa "pertengahan umur" dengan menambahkan "krisis" di hadapannya secara spontan, dan perkataan tambahan ini benar-benar mencerminkan gelora yang terpaksa dilalui oleh wanita sepanjang fasa kehidupan tersebut. Namun, apakah sebenarnya ciri-ciri fasa pertengahan hidup yang berupaya mencetuskan perasaan cemas dalam hati wanita? Pertengahan umur sering dikaitkan dengan perimenopaus, suatu peringkat kehidupan yang jarang-jarang dibincangkan secara terbuka. 


Perimenopaus adalah tempoh masa sebelum menopaus, yang secara perbandingannya lebih diketahui umum. Simptom perimenopaus termasuk berat badan yang meningkat semasa pertengahan umur, kemunculan garis-garis halus pada kulit dan kulit yang semakin menggeleber, kelesuan, kerap terlupa, kemurungan dan tidak tahan kepanasan. Simptom-simptom ini berlaku akibat tahap estrogen yang turun naik secara tidak menentu. Ketidakstabilan harmon yang berlaku pada masa ini juga mempengaruhi cara wanita menangani tekanan dalam hidup mereka. 

Pada pertengahan umur, wanita seolah-olah tersepit di antara dua generasi apabila mereka terpaksa menjaga anak-anak dan pada masa yang sama, menjaga ibu bapa yang sudah tua. lni mungkin membebankan dan menyebabkan wanita amat tertekan. Selain menjaga keluarga dan menguruskan rumah tangga, wanita pertengahan umur juga lazimnya diberi tanggungjawab yang besar di tempat kerja dan perlu memenuhi jangkaan prestasi yang tinggi. Sungguh berat beban yang perlu mereka tanggung! 


Walaupun tugas menjaga orang-orang yang tersayang akan memberi kepuasan, tidak dapat disangkal bahawa ia sebenarnya sangat mencabar. Hakikatnya, tugas yang dipikul sebagai penjaga memenuhi takrifan tekanan kronik, sehinggakan ia digunakan oleh saintis sebagai model contoh untuk mengkaj! kesan tekanan kronik terhadap kesihatan. 

Perubahan hormon 

Perubahan hormon yang dialami semasa fasa pertengahan umur merupakan satu lagi bentuk tekanan dari aspek fisiologi wanita. Keseimbangan emosi yang mungkin berjaya dikawal sebelum ini akan mula tergugat. Tahap kerisauan wanita akan memuncak dan hubungan peribadinya dengan orang lain akan terjejas. Menurut hasil penyelidikan neurosains, proses kimia dalam otak akan berubah secara ketara dan drastik apabila dilanda tekanan emosi. Perasaan kecewa dengan perangai suami, sikap mertua yang suka mengambil tahu, kerenah anak remaja yang memberontak, rakan sekerja yang suka menikam dari belakang, panggilan telefon atau e-mel dengan nada yang mendesak- kesemua situasi ini berupaya mencetuskan "serangan amigdala" dalam otak anda. 

Amigdala memainkan peranan penting dalam sistem tindak balas badan bagi memastikan kelangsungan hidup kita apabiia ancaman dikesan. Ketika serangan amigdala, fungsi otak akan memfokus pada respons lawan, lari atau kaku. Apabila kita menghadapi sesuatu situasi yang dianggap oleh otak sebagai ancaman, sistem badan akan bertindak balas secara automatik untuk melindungi dirinya. lni dicapai sama ada dengan melawan (iaitu menyerang seseorang secara lisan atau fizikal), melarikan diri (iaitu meninggalkan bilik/ situasi) atau menjadi kaku (iaitu menjadi terpaku atau fikiran menjadi buntu). 

Faktor-faktor tekanan sebegini akan memusnahkan keharmonian hidup apabila wanita tidak lagi berupaya mendalami perasaannya sendiri dan berbicara dengan orang-orang di sekelilingnya secara produktif. Situasi ini bertambah buruk apabila wanita terganggu disebabkan pengaruh harmon, tanggungjawab menjaga keluarga dan tekanan hidup. Tidak hairanlah mengapa ramai wanita pertengahan umur hampir putus asa dengan kehidupan dan hubungan peribadi mereka. Dalam satu ceramah bertemakan "A Midlife Balancing Act" anjuran Nuvafemme, satu panel pakar telah dijemput bagi membincangkan cara-cara terbaik untuk menghadapi fasa pertengahan umur agar wanita dapat mengekalkan hubungan positif dengan dirinya dan dengan orang-orang di sekelilingnya. 


"Terlalu ramai wanita yang melalui fa sa pertengahan hidup tanpa benar-bena_.r: -. memahami faktor yang mempengaruhi perasaan dan tingkah laku mereka. Situasi ini juga pasti memberi kesan terhadap orang-orang di sekeliling mereka. Nuvafemme® komited untuk melengkapkan dan memperkasakan pengetahuan mengenai kesihatan serta perubahan yang berlaku pada emosi dan fizikal wanita yang memasuki fasa pertengahan umur," ujar Datin Swanee Teh, seorang ahli farmasi dan jurulatih yang juga merangkap Pengurus Unit Perniagaan Nuvanta Sdn. Bhd. Tambah Datin Teh lagi, "Pada tempoh inilah wanita berasa paling sepi dan paling mudah berputus asa. Pesanan kami kepada semua wanita, sayangilah diri anda sendiri dan perkukuhkan pengetahuan serta pemahaman anda agar ciri kewanitaan anda tidak terabai." 

Berbekalkan pengalaman yang luas dan gaya yang mencuit hati, pakar-pakar jemputan di acara anjuran Nuvafemme® telah berkongsi bagaimana wanita dapat memahirkan diri untuk menguruskan kehidupan mereka dan menyeimbangkan tugas yang perlu mereka pikul tanpa dibebani oleh perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh mereka. 

Dialog Positif dengan Diri Sendiri 

Menurut Pakar Hipnoterapi Klinikal, Thanam Selva, langkah pertama ke arah menjalin hubungan yang sihat dengan individu lain adalah dengan memastikan anda mempunyai hubungan yang positif dengan diri sendiri. Bagi membantu mengawal emosi, anda perlu mengawal pemikiran tahap bawah sedar anda, atau dirujuk sebagai subconscious thoughts. Walaupun hipnosis sering dianggap sebagai gurauan atau hiburan semata-mata, ia sebenarnya membawa erti yang lebih mendalam. Hipnoterapi menggunakan kuasa cadangan untuk membantu membentuk minda yang tenang- sekaligus mengurangkan kemungkinan berlaku serangan amigdala. 

"Wanita kerap memikirkan masalah yang rumit - mereka melakukan analisis demi analisis secara berulang kali sehingga mereka terbayang senario kes terburuk. Hipnoterapi telah digunakan secara berkesan untuk membantu mengubah pemikiran negatif minda bawah sedar, agar individu yang terbabit akan kembali bersemangat dan berkeyakinan," jelas Thanam. 

Perbualan yang Efektif dan Berkualiti

Salah satu faktor yang menentukan kualiti sesuatu hubungan ialah kualiti perbualan antara dua pihak yang terbabit. Cindy Duong-Ooi, Jurulatih Kemahiran Perbualan Profesional (C-IQ), telah cuba memahami proses kimia yang berlaku dalam otak untuk membantu wanita pertengahan umur memperbaiki gaya perbualan mereka dengan orang-orang di sekeliling mereka. "Perkataan memainkan peranan penting dalam proses neurokimia otak," ujar Cindy "dan kata-kata positif yang bersifat toleransi, menghargai dan meraikan boleh merangsang otak untuk membebaskan bahan kimia tertentu seperti oxytocin, serotonin dan dopamin yang diperlukan untuk mententeramkan emosi dan menjalin hubungan yang lebih mesra dengan orang lain. Ia pasti membawa kesan positif yang amat besar dalam hubungan peribadi wanita ketika mela!ui fasa pertengahan umur." 

Keseimbangan Hormon 

Ahli farmasi Datin Swanee Teh mengakhiri acara tersebut dengan berkongsi tentang manfaat kawa!an hormon secara semula jadi, terutamanya pada fasa pertengahan umur apabila tahap harmon dijangka menjadi tidak menentu. "Genistein organik telah dikaji dengan teliti dan merupakan produk semula jadi yang berkesan untuk mengembalikan kesihatan dan kesejahteraan harmon wanita. Ia memainkan tiga peranan utama iaitu sebagai fitoestrogen (menyeimbangkan harmon secara semula jadi), antioksida (mengurangkan tekanan, melindungi sel dan mengekalkan kecantikan) dan elemen kawalan metabolisme (mencegah pembentukan lemak dan mengawal aktiviti pembentukan tulang. Dengan "meniru" fungsi estrogen wanita melalui cara yang selamat, selektif dan tidak memudaratkan, keseimbangan harmon akan kembali dicapai seperti sediakala."


Usaha untuk menyeimbangkan kepelbagaian tanggungjawab dan kewajipan untuk menjaga diri sendiri ternyata lebih mudah apabila wanita memahami kesan-kesan yang diakibatkan oleh perubahan harmon pertengahan umur ini. Dengan menggalakkan wanita untuk mengutamakan penjagaan diri, Nuvafemme® berhasrat agar situasi ketidaktentuan harmon yang berlaku dalam fasa pertengahan umur wanita akan dapat dibincangkan dengan lebih terbuka. Malah, wanita juga digesa untuk mengutamakan kesejahteraan diri - dan meraikan ciri-ciri kewanitaan mereka pada setiap peringkat kehidupan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi divisyen Nuvaceuticals® Nuvanta di nombor telefon 03-5636 3758 atau e-mel pharmacist@nuvanta.com.


Saturday, May 13, 2017

CARRIE JUNIOR - Refill Pack, Senang Nak Guna

Hi Korang,

Selama lebih daripada 20 tahun, CARRIE JUNIOR telah mencipta jenama yang dipercayai dalam pasaran penjagaan diri kanak-kanak yang dirumus khas untuk kanak-kanak dan bayi. Sebagai jenama yang percayai dengan inovasi, CARRIE JUNIOR sentiasa mencari cara baru bagi memenuhi keperluan pengguna setia yang sentiasa mengutamakan nilai dan kualiti.

Kos sara hidup yang meningkat telah menyebabkan pengguna mencari alternatif untuk mengurangkan perbelanjaan. Namun bajet yang ketat tidak bermaksud anda perlu mengorbankan keperluan penjagaan diri, terutamanya apabila tiba masa mandi untuk si manja anda.


Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia, CARRIE JUNIOR kini menawarkan pek isian semula, suatu pilihan penjimatan kos. Pek isian semula mudah guna, dan menjimatkan ini bukan sahaja khas untuk pengguna setia, tetapi juga sesuai untuk pengguna baru yang ingin mencari produk penjagaan diri buat si manja tanpa perlu berbelanja lebih.

Pek isian semula baharu ini turut membantu memulihara alam sekitar kerana ia mengurangkan keperluan membeli botol mandian baru yang akan meningkatkan pembaziran sisa plastik dan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar. Dengan CARRIE JUNIOR Refill Packs, ibu bapa dapat berjimat dan menyelamatkan alam sambil menyediakan si manja dengan kelengkapan peribadi yang terbaik.


CARRIE JUNIOR Refill Packs kini tersedia untuk rangkaian Hair and Body Wash dan Baby Bath.

Pek isian semula CARRIE JUNIOR Baby Bath 500g berharga RM8.90* (Semenanjung) dan RM 9.30* (Sabah & Sarawak) manakala CARRIE JUNIOR Hair and Body Wash terdapat dalam harga RM9.90* in (Semenanjung) dan RM 10.40* (Sabah & Sarawak). 

Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di gedung-gedung runcit terkemuka, pasaraya hyper, pasaraya, dan farmasi terkemuka di seluruh Malaysia.

*Harga termasuk GST.


Tentang CARRIE JUNIOR 


CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.

Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari. Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian. 

Diiktiraf Halal, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.