Tuesday, May 9, 2017

Berus Gigi Elektrik Philips Sonicare DiamondClean Bakal Jadi Trend Nanti

Hi Korang,

Dah bertahun lama guna berus gigi biasa, nowdays timbul pula inovasi terkini berus gigi elektrik. Ermm seram jugak nak guna sebab takut ngilu gigi dan bimbang akan kena ‘electric shock‘ lah kan.

Tapi tidak ye..

Mana mungkin pencipta produk sebegini akan membahayakan bakal penggunanya.


So baru-baru ni aku ke majlis pelancaran Philips Sonicare DiamondClean di Bangsar South bersama dengan dengan kengkawan bloggers dan sebahagian doktor gigi juga si jemput hadir sekali. Ermm terus rasa segan nak senyum lebih-lebih kat dentist ni takut diorang nampak gigi mak yang banyak nak kena tampal kann hehehehe

Philips Malaysia sekali lagi mengambil inisiatif untuk memberitahu rakyat Malaysia dengan kepentingan membersihkan gigi dan penjagaannya melalui pelancaran produk berus gigi elektrik Philips Sonicare DiamondClean ini. Turut hadir sekali iaitu Matt Moran, General Manager for Personal Health Philips ASEAN Pacific, Muhammad Ali Jaleel, Country Manager of Philips Malaysia dan Luda Zueva, Regional Marketing Manager for Personal Health, Philips ASEAN Pacific.


"Today's hectic lifestyle demands more attention to overall healthcare, and oral healthcare is not an exception. With the launch of the Philips Sonicare DiamondClean, we are offering another innovative product that makes a real difference to the lifestyles of our customers and reflects our deep understanding of people's needs and desires. The Philips Sonicare DiamondClean, being our best creation yet in oral healthcare solutions, is indeed clinically proven to remove plaque up to seven times better and provides superior teeth whitening up to four times better compared to manual toothbrushes, and superior gingival health after just two weeks. We want to help you maintain a healthy mouth by complementing your oral healthcare routine with a smart and convenient solution that will ensure a thorough clean for your teeth and gums," kata Muhammad Ali Jaleel, Country Manager of Philips Malaysia.


"Philips is committed to spreading the word on the importance on good oral healthcare through our partnership with the FDI World Dental Federation. We joined them in celebrating World Oral Health Day in March, themed "Live Mouth Smart" which empowers people to take control of their oral health. Through our technological innovations, Philips is offering people the means to achieve this with greater convenience. We designed the Philips Sonicare DiamondClean with modern lifestyles in mind. We understand how important it is to maintain oral health with efficiency and ease in the midst of a hectic daily schedule. We want people to be proactive about teeth and gum care, and are equipping them with the best tool to do so," Muhammad Ali Jaleel, Country Manager of Philips Malaysia.


Meh aku citer sket mengenai Philips Sonicare DiamondClean

Ianya mempunyai 5 mode yang bersesuaian dengan jenis gigi korang



  • Clean (2 mins)The ultimate in plaque removal (Standard mode)
  • White (2.5 mins)- Whitening mode of 2 minutes to remove surface stains, plus an additional 30 seconds to brighten and polish your front teeth
  • Gum care (3 mins)- Complete mode combines Clean mode with an additional minute to gently stimulate and massage your gums to improve gum health
  • Sensitive (2 mins)- Extra gentle mode for sensitive teeth and gums
  • Polish (1 min)- Quick 1-minute mode to brighten and polish your front teeth


Cara nak guna, senang je

Tekan je button ON terus pilih mode yang mana sesuai dengan masalah gigi korang tapi sebelum tuh letakkan ubat gigi dulu. Masukkan kedalam mulut then baru korang tekan mode yang mane korang nak. 

Once dah abis proses, berus gigi ni akan berhenti serta merta. 


Itu je

Berus gigi elektrik Philips Sonicare DiamondClean di jual pada harga RM999 ni boleh di dapati dalam dua warna iaitu hitam dan purple. Untuk warna hitam boleh di dapati di kedai-kedai dan secara online dan untuk warna purple hanya untuk klinik gigi sahaja. 


Bagi aku, kalau mereka yang agak-agak takut nak jumpa dokor gigi boleh la kot cuba dulu berus gigi, may be boleh mencegah daripada berlarutan kan


Sunday, May 7, 2017

Buffet Ramadhan 2017 | Kelab Rahman Putra, Sungai Buloh

Hi Korang,

Ramadhan bakal kembali, umat Islam dan seluruh warga Kelab Rahman Putra Malaysia juga turut merasa gembira dengan kehadiran bulan yang mulia ini. 


Sempena menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini, Kelab Rahman Putra Malaysia amat mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk singgah dan menikmati juadah berbuka puasa dimana tahun ini bufet ramadhan kami bertemakan ‘SELERA ANEKA RASA’ yang menyediakan pelbagai hidangan yang menyelerakan di mana terdapat lebih daripada 70 jenis sajian dari masakan Melayu, Cina, India, Timur dan Barat seperti kambing panggang, Nasi Briyani Hyderabad, Ayam Mentega Masala, Ulam-ulaman dan Kerabu. 



Disamping itu terdapat gerai-gerai yang menyajikan pelbagai jenis pencuci mulut seperti ais kacang, cendol, agar-agar dan aneka kuih muih. 




Bufet berbuka di Kelab Rahman Putra Malaysia akan bermula pada 29 Mei 2017 sehingga 22 Jun 2017. 

Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan harga promosi (Early Bird) yang bermula daripada harga serendah RM40.00 bersih/Dewasa untuk hari biasa (Isnin hingga Khamis) dan RM60.00 bersih/Dewasa untuk hujung minggu (Jumaat hingga Ahad), sila dapatkannya bermula dari tarikh 13hb April sehingga 15hb Mei 2017, manakala harga untuk warga emas dan kanak-kanak adalah adalah RM29.00 bersih setiap seorang. 


Hubungi kami di talian 03-61566870 sambungan 1303/1901/1903 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

Saturday, May 6, 2017

Buffet Ramadhan 2017 | EASTIN Hotel Kuala Lumpur

Assalamualaikum... 

Pada hari Khamis baru-baru ini, Eastin Hotel Kuala Lumpur telah memberi peluang kepada pihak CikLilyPutih untuk merasa hidangan buffet Ramadan bertemakan Warisan Tradisi Kampung D'Utara Ramadan masakan utara (terutamanya masakan Penang, Kedah dan Kelantan) di Swez Brasserie, tingkat 1. 


Penerangan dan dedikasi untuk menyajikan pelbagai jenis masakan utara telah diberikan sendiri oleh ketua Chef Swez Brasserie. Antara menu yang menjadi tarikan utama buffet Ramadan tahun ini ialah Kelapa Bakar, Sup Daging, Nasi Kandar dan Mee Laksa. Tak lupa juga menu kegemaran ramai iaitu Kambing Bakar yang dimasak sekali dengan nasi. 





Selain itu, para tetamu boleh merasa pelbagai menu unik lainnya seperti Malaysian Folder Pizza, Ink Squid Noodles, dan macam-macam lagi. Kenalah mai baru boleh tahu! He he! 

Kesemua hidangan ini boleh dinikmati dengan harga yang tertera di bawah. Booking lah awal untuk menikmati harga diskaun hamper 50% daripada harga asal. Berbaloi-baloi!


Early Bird Special 

Price: RM72 nett per person 
Validity: 29 May – 2 June 2017 

Special Buffet Price & Weekend Special 

Price: RM100nett/adult RM50/child 
Validity: 29 May – 4 June / 10 – 11 June / 17 – 18 June / 22 – 23 June 

Normal Price 

Price: RM142nett/adult RM72/child 

Booking boleh dibuat di sini : http://www.eastin.com/kuala-lumpur/


Info sampingan lainnya: 

Parking flat rate RM5 selepas pukul 6 petang 

Ruang makan yang luas dan selesa. 

Terima kasih kepada blogger Jard kerana sudi menjadi wakil untuk team CikLilyPutih ke buffet ramadhan 2017 di Eastin Hotel Petaling Jaya baru-baru ni.

Korang nak jadi wakil Cik Lily Putih tak?..
Kalau nak bagitau ek...