Friday, May 5, 2017

Taste New Zealand Food Fair Kembali Kini di Jaya Grocer

Hi Korang,

Pesta Makanan Taste Of New Zealand kini kembali dan kali ini ianya berlangsung di supermarket Jaya Grocer seluruh Lembah Klang.


Apa yang seronok dengan Pesta Makanan Taste Of New Zealand ni ek?

Ek kita boleh dapatkan pelbagai jenis barangan dan produk keluaran dari New Zealand ni tertutamanya epalnya yang segar, buah kiwi yang enak, coklat dan memacam lagi lah.

Di anjurkan oleh New Zealand Trade and Enterprise (NZTE), Taste New Zealand ini sedang berlangsung di kesemua 19 outlet Jaya Grocer seluruh negara dari 3 Mei hingga 21hb Mei 2017. 


Lebih daripada 150 jenis produk keluaran New Zealand yang mampu memikat hati dan perut korang hehehehhe

"Malaysians consistently seek high quality New Zealand dairy products, from healthy and tasty milk powder and cheese to yoghurt and ice cream. This demand continues to grow as Malaysians become increasingly conscious and mindful of what they consume," kata Matt Ritchie, New Zealand Trade Commissioner to Malaysia dan Brunei.

Kanthan K, Head of Merchandising Department berkata, "As Malaysia's Fresh Neighbourhood Grocer, we take pride in carrying quality, premium products for every Malaysian's daily convenience and needs. Jaya Grocer is glad to collaborate with New Zealand Trade and Enterprise to feature an exciting range of both new and readily available products at the New Zealand Food Fair that are equivalently delicious, nutritious and meeting health requirements."

Di antara produk yang korang boleh dapati di outlet Jaya Grocer ni adalah :

'Grow Young Together' with Anlene


Baru aku tau yang susu Anlene ni dari New Zealand ek hehhehehe selama ni minum je tau kan. Anlene MoveMax™ ini diformulasi daripada nutrien penting iaitu magnesium, zinc, and Vitamins B, C, D & E untuk menbantu penjagaan tulang, sendi badan kita.

Whittaker's

Bermula di tahun 1896 iaitu dari James Henry Whittaker, New Zealand's primary chocolate brand. Memang coklat Whittaker’s ni terkenal dengan kualiti yang baik dan coklatnya sedap kerana biji kokonya dari Ghana dan Madagascar yang sememang terkenal dengan biji koko yang bagus.


Sekarang ni ada perisa baru iaitu The Fijian Ginger and Kerikeri Mandarin yang kaya dengan 62% dark coklat dan limau mandarin yang di tanam di Keri Keri New Zealand. 

Whittaker's Tweats ni pun sedap gak, rasa-rasa kiwi sket dan diperbuat daripada 33% koko jugak ye

Griffin's





Ini pun salah satu jenama biskut no.1 di New Zealand, kini korang boleh dapati di Jaya Grocer ni jugak. Pelbagai jenis perisa yang unik lagi enak. 

Eh bukan 3 produk ni je yang ada, ada lagi jugak produk lelain.









Banyak kan, banyak kan. Kalau aku letak semua memang peninglah korang nak tengok semua gambar-gambar ni hehehehe.. saje nak jeleskan korang hehhee



Selain daripada itu, kalau korang belanja RM50 di dalam satu resit di Jaya Grocer Taste New Zealand, korang boleh redeem Esklusif 60 Anniversary themed shopping bag dan boleh join lucky draw contest.  Hadiah utamanya bernilai RM888 barangan New Zealand 

Apa lagi nak tunggu jom lekas-lekas pi shopping ek


Kinohimitsu Beauty Bar Yang Pertama Kini Di AEON Tebrau City, Johor Bahru

Hi Korang,

Kenal Kinohimitsu?

Alah jenama terkenal beauty collagen tuh kan, korang orang pompuan tak kan tau kan hehehhe.


So baru-baru ni aku sempat ke majlis pelancaran pembukaan Kinohimitsu Beauty Bar yang pertama di SASA Aeon Tebrau City. Simple je tapi comel je ada kaunter special Kinohimitsu ni kan.




Selaras dengan itu jugak, Kinohimitsu juga melancarkan ‘Collagen Day’ pada 28 April setiap tahun selepas ini. Pihak Kinohimitsu mahu mendidik wanita di luar sana untuk menambah keyakinan lagi keyakinan pada diri mereka sendiri. 

‘Collagen Day’ ini merupakan pergerakan yang di anjurkan oleh Kinohimitsu untuk meningkatkan tahap kesedaran wanita betapa pentingnya collagen yang bakal membantu mereka agar merasa lebih gembira, sihat dan yakin dengan kulit mereka. 


Tarikh 28 April 2017 dipilih sebagai Kinohimitsu Collagen Day dengan tema LOVE YOURSELF 


Sedikit ucapan dari Ms Jeniffer Chin, Chief Operating Officer Kino Biotech.


Majlis perasmian Kinohimitsu Beauty Bar di SASA Cosmetics bersama pihak SASA Cosmetics dan pihak Kino Biotech.

Mari aku bawa korang jejalan di kaunter Kinohimitsu Beauty Bar ni ek






Pelbagai jenis collagen yang di tawarkan oleh Kinohimitsu untuk keperluan seseorang tuh baik lelaki mahupun perempuan. So dengar apa yang beauty consultant nak cakap then barulah buat pilihan yang betul dan sesuai ye.

Aku sendiri sampai naik pening dibuatnya sebab banyak sangat pilihan yang sesuai dengan aku ni. 

Korang pun boleh ke Kinohimitsu Beauty Bar ni jugak untuk dapatkan collagen yang khas dan sesuai ye

Jom ke

Kinohimitsu Beauty Bar
Sasa Cosmetics
AEON Tebrau City
Johor Bahru



Ermm nak cantik dan sihat kena berkorban sket kan hehehhehe



Thursday, May 4, 2017

Chefmanship Akademi (Unilever Food Solutions) Bekerjasama Dengan MPSJ Dalam Rancangan Kehidupan Lestari

Hi Korang,


Chefmanship Akademi (CA) yang dikelolakan oleh Unilever Food Solutions (UFS) kini memberi nafas baru untuk program inovatif dengan memperkenalkan modul baru iaitu pengurusan sisa dan lebihan makanan.

CA merupakan satu-satunya pusat setempat untuk pengendali makanan mempelajari tentang kualiti makanan, perkhidmatan dan efisiensi supaya boleh menjadi cef bagus berasas penekanan di atas keusahawan bijaksana melalui memperkenalkan modul terbaru mulai sekarang.

Program ini adalah sebahagian dari Rancangan Kehidupan Lestari Unilever (Unilever Sustainable Plan) dengan matlamat meningkatkan tabiat kesihatan, kesejahteraan dan kesihatan di Malaysia.

Nusrat Perveen UFS Malaysia Country Head and MPSJ YDP Yang Bahagia Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan launching Chefmanship Academy

Ketua Negara UFS Nusrat Perveen berkata di upcara pelancaran: “UFS memulakan program pertama CA 2017 bersama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk taklimat khas dengan penglibatan lebih dari 1,600 pengendali makanan sepanjang 3 hari sempena Bazar Ramadhan tahunan.

“Kami telah menerima maklumbalas positif untuk modul kini iaitu keselamatan makanan serta pengiraan kos dan sungguh wajar untuk memperkenalkan program terkini iaitu pengurusan sisa dan lebihan makanan.

“Berdasarkan data dari Instititut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), pembaziran makanan oleh rakyat Malaysia berjumlah 8,000 tan sehari dan kebanyakannya masih bersih dan boleh dimakan.

“Perbadanan Bangsa Bangsa Bersatu menganggarkan pembaziran makan sedunia berjumlah 1.3 bilion tan, bernilai RM4.4 trilion setahun dan cukup untuk memberi makan kepada 3 bilion orang!”

Nusrat Perveen (far right) UFS Malaysia Country Head and MPSJ YDP Yang Bahagia Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan (third from right) with sponsors and top MPSJ officials​.

UFS sudah bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan seluruh Malaysia sejak CA dilancarkan pada tahun 2013. Untuk Lembah Klang, pelbagai sesi CA telah dilanjutkan dengan jayanya dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) serta Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Klang & Pantai.

Program CA juga dikendalikan dengan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

​N​usrat berkata: “Chefmanship Akademi dari Unilever Food Solutions merupakan inisiatif pertama seumpamanya di Malaysia. Dari titik permulaan dengan penglibatan 400 orang, kini dianggarkan lebih 43,000 pengendali makanan sudah terlibat dalam CA.

“Kami amat bangga bekerjasama dengan rakan sepandangan dari pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri dan persekutuan dan ini membantu kami untuk terus maju. “UFS Malaysia berganding bahu dengan PBT utama dan organisasi swasta supaya pengendali makanan yang terlibat dalam CA dapat meningkatkan teknik dan memperolehi pandangan mendalam untuk pengurusan makanan, menjimat masa dan beroperasi lebih berkesan terutamanya dengan pertambahan kos operasi termasuk bahan makanan.”

Pengendali makanan akan diberi lebih kesedaran tentang trend industri dan memahami keperluan peraturan. CA menggabungkan maklumat terkini dengan penyelidikan industri supaya dapat menyediakan pengalaman mengikut k​erja dan membangunkan praktis bisnes yang sesuai. 

Good attendance at the Chefmanship Academy in joint collaboration with the Subang Jaya Municipal Council (MPSJ)

Dengan mengadakan Chefmanship Akademi, UFS menyasarkan supaya kesihatan orangramai tidak terjejas bila bersantap di luar. Penyedia makanan akan membantu dalam memartabatkan kebersihan makanan dan tidak mengutamakan kemudahan atau keuntungan sahaja, terutamanya semasa bulan berbuka puasa di mana sudah menjadi kebiasaan dan keselesaan orang ramai untuk mengunjungi gerai makanan Bazar Ramadhan.

“Untuk mengeratkan komunikasi dengan pengendali makanan dan pihak perniagaan runcit, UFS telah mewujudkan satu rangkaian WeChat yang merangkumi lebih dari medium utusan alat mesej segera, di mana kita juga boleh berinteraksi dan memberi maklumat dan juga tip bagaimana untuk menjadi pengendali makanan yang lebih baik.

“Kandungan rangkaian in termasuk resipi baru, aplikasi dalam mainan yang kerap disegarkan dengan kemudahan link terus ke laman web utama, www.unileverfoodsolutions.com.my,” Nusrat berkata.