Thursday, April 13, 2017

ELITE Hair Wax

Hi Korang,

Zaman sekarang, hampir semua gaya rambut dipandang sebagai fesyen; panjang, pendek, yang terpacak, gaya santai mahupun kelihatan “edgy”. Lelaki moden masa kini lebih gemar untuk menjadi lebih kreatif dengan cara memutar, meramas dan menggayakan rambut untuk menghasilkan fesyen tersendiri agar personaliti dan kenyataan itu lebih menonjol.

Gaya rambut hebat adalah elemen yang sempurna untuk menjadikan si jejaka kelihatan sofistikated, “cool”, lebih digemari dan bergaya.


Sesetengah lelaki lebih gemar untuk menggunakan satu gaya ke pejabat, dan menukar gaya rambutnya apabila mereka keluar. Paling penting bagi mereka adalah produk penggayaan rambut terbaik yang memudahkan mereka mereka gaya rambut, dan memastikan gaya tersebut kekal sepanjang hari!

ELITE, jenama penggayaan rambut lelaki terulung memahami keperluan seorang jejaka dan percaya bahawa penggayaan rambut boleh membina imej seseorang. Memperkenalkan ELITE On The Go Hair Wax- wax untuk gaya berkekalan!

Rangkaian ELITE Hair Wax dengan formulasi mudah bilas dan mudah digayakan ini hanya memerlukan penggunaan minimum bagi menghasilkan kesan maksimum, semuanya terkandung dalam pembungkusan yang menarik ini. Produk ini membolehkan si jejaka mengubah bentuk gaya tanpa perlu mengaplikasi semula wax bila-bila masa dan di mana sahaja untuk gaya rambut yang baru.

ELITE menjadikan semuanya mustahil untuk lelaki melangkaui batasan bagi mendapatkan gaya rambut yang mereka inginkan. Dengan pek mudah guna ELITE ON THE GO baharu, si jejaka akan sentiasa bersedia untuk tampil bergaya.

Gayakan Mengikut Keinginan Anda!


Tampil santai, atau gaya berani, rekaan “rugged”, mahupun kekal terpacak atau nampak basah. ELITE adalah cara terbaik untuk gaya berkekalan!


Spiky Web mencipta gaya lawan graviti yang sentiasa terpacak! Awas: Jejaka yang inginkan sesuatu yang lebih buat dirinya akan menjumpai segalanya dalam bekas merah jambu neon ini. 

Wavy Loose menjadikan segalanya santai dan mudah untuk jejaka yang tampil bersahaja. Hanya bekas biru ini yang anda perlukan untuk tampil menawan tanpa tekanan!

Airy Wild hadir dalam wana jingga terang memberikan rasa ringan, bebas dengan jumlah yang mencukupi untuk melepaskan sisi liar anda!


Shiny Wet melangkau lebih berbatu dari yang biasa. Calit pada bekas hijau ini dan gayakan rambut agar kelihatan lebih bersinar, bertekstur dengan hasil yang menakjubkan!


Rugged Matte untuk si jejaka yang berbahaya. Bekas kelabu gelap ini mampu menyembunyikan rahsia anda. Tampil lebih serius dengan kurang kilat membuatkan anda kelihatan benar-benar bahaya. 

ELITE Hair Wax kini boleh didapati dalam dua saiz. 


Pek 68g berharga RM17.10 setiap satu manakala saiz poket On the Go pula berharga RM5.90 setiap satu. 

Cipta apa sahaja gaya rambut yang anda inginkan dengan variasi ELITE yang terdiri daripada fibre, clay ataupun wax. Kini anda tidak akan terhad dengan satu gaya rambut sahaja. ELITE boleh didapati di semua cawangan runcit utama, pasar raya besar dan farmasi terkemuka. 




Wednesday, April 12, 2017

UMRAH 2017 |Hari 6 Mekah – Umrah Pertama, Syukur Alhamdulillah

Hi Korang,

Ok aku sambung lagi citer pi umrah 2017 ni ek

Umrah Pertamaku


Ye inilah tujuan utama aku pi umrah untuk buat umrah yang pertama. Kata Ustaz Safuan, buat umrah yang ni kenalah bersungguh-sungguh dan bayangkan ini umrah terakhir kita.



Setelah apa yang aku pelajari masa kursus dan jugak di youtube ini masanya untuk aku praktikkan. Kami bergerak dalam kumpulan seramai 39 orang tuh, termasuk Aakif dan Aalya sekali. Aalya siti dukung dan Aakif Gemuk dan Mr Big dukung tukar-tukar.

Dulu masa diorang pi Kaabah cam dekat je nowdays dah makin kedalam sebab banyak construction di kawasan dataran masjidil haram ni. Lagi dekat nak sampai lagi dup dap jantung di buatnya. 

Untuk pertama kali aku melihat Kaabah terus air mata berjujuran keluar, sebab tak sangka aku dapat jadi tetamu Allah. Kalau kita tengok dalam TV, nampak Kaabah tuh cam besar je kan tapi sebenarnya tidak. Tak lah besar mana pun tapi manusia memang-memang sangat ramai, city never sleep bila di Mekah ni. 

Ktorang mulakan dengan 7 kali Tawaf, memang kena ikut rukun umrah je jangan pepandai nak langgar or nak skip peraturan. Masa ni kita boleh baca buku panduan pun masa tawaf tapi tak digalakkan sebab takut terlanggar orang hadapan dan takut tertinggal di belakang. Memang ye aku berselawat, berzikir, baca surah dan mintak doa sekali masa aku keliling Kaabah tuh. 7 kali pusingan, aku selang selikan bacaan doa dengan zikir. Mama berpaut pada aku dengan Mr Big, so ktorang tak boleh laju sebab mama tak kuat nak berjalan. Memang air mata tuh senantiasa mengalir je minta ampun dan minta doa.

Habis tawaf tuh, ktorang dapat solat betul-betul selari dengan makam nabi Ibrahim. Terus lepas solat aku bacakan doa kengkawan yang berkirim dan doa aku sekali, lagi sekali air mata jatuh menitis non stop sampai Mr Big bangunkan aku dan bawak aku pi minum air Zam-Zam. Oi lega rasanya lepas dapat buat tawaf ni, hilang rasa beban doa yang kengkawan kirim sebab dah sampai, bayangkan 30 orang punya doa aku baca berulang kali sampai boleh hafal dibuatnya. 

*Semoga termakbullah doa kalian yang aku bacakan tuh, aku belum balik lagi ada yang dah tercapai hasratnya. Ermm aminn alhamdulillah.

lepas habis saie, belum botak lagi

Ktorang teruskan untuk buat Saie dari Bukit Safa ke Bukit Marwah. Kalau korang tau pasal sejarah kedua-dua bukit ni lagi best sebab korang boleh menghayati bila korang berada kat situ. 7 kali ulang alik, dan kat sini best sebab ber aircon dan kawasan laluannya lebar even Aakif boleh main lari-lari lagi dengan kain ihramnya. 

Lepas Saie tuh, kita kena buat rukun terakhir iaitu bertahalul. 

barber shop tepi hotel je

Semua ni Mr Big yang buat, lepas dia gunting sket rambut dia terus je dia guntingkan rambut aku. Duduk sekejap kat kawasan Bukit Marwah tuh, then terus berjalan balik. Masa jalan nak balik hotel tuh, baru nampak keadaan masjidil haram tuh cam ne sebab tadi nak cepat kan. Sempat ambil gambar sket

Sekali tengok jam dah pukul 1 pagi.

Bayangkan dari pukul 10malam sampai 1 pagi, lama kan. Tapi itulah rasa syukur sesangat dapat kerjakan umrah tanpa apa-apa dugaan yang hebat. 

On the way balik tuh, kitorang singgah kat barber shop untuk botakkan kepala laki mak ni hah. Arr baru lega rasanya dapat botak dia cakap. 

kat mekah dan madinah memang tak de katil queen ye

Naik bilik, bersihkan diri then terus tidur sebab penat sangat tapi seronok dan berbaloi tau

Meh baca entry UMRAH 2017 sebelum ni



6. UMRAH 2017 |Hari 5 Madinah – Perjalanan Ke Mekah Selama 6 Jam

Ok nanti sambung lagi ek


Tuesday, April 11, 2017

SAFI BALQIS OxyWhite

Hi Korang,

Proses pencerahan kulit wajah menjadi lebih cepat dan efektif apabila kulit berada dalam keadaan yang sihat serta mempunyai oksigen yang mencukupi. Keadaan udara yang tercemar serta sinaran UV yang berbahaya menyebabkan oksigen yang terdapat di dalam kulit semakin berkurangan.Tambahan pula, ramai tidak sedar akan sinaran IR (Infra-merah) daripada matahari dan benda berbahang dapat menyebabkan kulit menjadi semakin kusam dan gelap.


Memahami impian setiap gadis untuk memiliki kulit wajah cerah sempurna, SAFI jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI Balqis yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabunganNano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna. Kelahiran baharu dalam legasi kecantikan SAFI ini dikenali sebagai SAFI BALQIS OxyWhite.

Menurut Pengurus Pemasaran SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman “Kami di keluarga SAFI menggambarkan SAFI BALQIS sebagai sahabat sejati yang sentiasa sedia memberikan nasihat kecantikan untuk anda tampil cerah secara semulajadi dan yakin.Dengan kelahiran baharu SAFI BALQIS OxyWhite bukan sahaja memberikan kulit 2 tona lebih cerah, malah menjadikan kulit sihat dari dalam secara semulajadi.Setiap satu daripada variasi produknya memberikan manfaat sendiri dalam mengatasi masalah kulit yang gelap dan kusam”.

Berbicara tentang kualiti produk dan keberkesanannya, “Setiap penghasilan produk keluaran SAFI dilakukan berdasarkan penyelidikan oleh SAFI Excelence in Research & Innovation (SERI Research Institute) yang terletak di Subang Jaya. Makmal Research & Development (R&D) Halal terbesar di Asia Tenggara ini menggunakan sumber bahan global yang berkualiti tinggi dan tidak diuji pada haiwan, agar dapat menjamin keberkesanan produk dan memperkukuhkan falsafah SAFI- Selamat dan Suci. Gabungan teknologi serta kepakaran yang kami ada menjadikan produk tempatan ini setanding dengan produk jenama antarabangsa,” jelas Puan Mahsuri 

Kata beliau lagi, “Formulasi OxyWhite terhasil daripada gabungan teknologi Nano Oxygen dengan Nano Biowhite supaya kulit wajah kelihatan sihat berseri dan cerah sempurna. Teknologi Nano Oxygen bertindak membebaskan oksigen tambahan kedalam lapisan epidermis kulit wajah agar mengaktifkan sel kulit supaya membantu Nano BioWhite untuk mempercepatkan proses pencerahan kulit secaraefektif dengan memperlahankanpembentukan melanin yang menjadi punca pigmentasi sambil meratakan tona kulit. Hasilnya, kulit menjadi lebih sihat berseri dan cerah sempurna”.

Menambah keceriaan dalam legasi kecantikan keluarga SAFI, SAFI berbangga untuk memperkenalkan Sarah Hildebrand, pelakon, model serta pengacara program televisyen sebagai duta SAFI BALQIS OxyWhite.“Bagi kami, Sarah merupakan epitome gadis masa kini.Beliau mempunyai personaliti yang bersahaja, namun penuh dengan kecantikan dalam setiap aspek. Raut wajah yang manis, tutur kata yang lembut, perwatakan yang ceria dan penuh jenaka tetapi masih mengekalkan ciri-ciri kesopanan dalam tingkah laku. Sikapnya yang aktif dan sentiasa kelihatan segar di lapangan kerjaya, meniup nafas baharu dalam industri. Setiap gerakannya yang mempesona menjadikan Sarah individu yang paling sesuai sebagai Gadis Balqis terbaharu kami,” terang Puan Mahsuri.

Mengulas tentang kredibiliti Sarah mempromosikan SAFI BALQIS OxyWhite, Puan Mahsuri berkata, “Dengan personaliti down to earth Sarah, beliau akan membawa SAFI BALQIS untuk lebih dekat dengan pengguna, khususnya para gadis yang mengimpikan kulit wajah cerah sempurna. Dengan pengalaman sendiri beliau sebagai pengguna dan duta SAFI BALQIS OxyWhite, Sarah akan menjadi contoh, dan ‘sahabat sejati’ dalam membantu gadis-gadis seusia mencari solusi pencerahan wajah yang terbaik. Sikapnya yang mesra dan mudah didekati membawa keyakinan terhadap produk kami bagi menyampaikan mesej kecantikan kepada semua wanita”.


Alami kulit wajah yang cerah dan sihat dengan tona lebih sekata melalui rejim penjagaan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Safi BALQIS OxyWhite yang dicipta khas untuk setiapgadis.

Formulasi baharu SAFI BALQIS OxyWhite hadir dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang menarik dan mudah di bawa kemana sahaja.Kombinasi warna biru laut dan hijau cerah yang menaikkan jiwa gadis agar tampil segar dan berseri digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite bagi kulit wajah normal, manakala gabungan rona jingga dan kuning yang memberikan mood ceria dan penuh keyakinan pula digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite kawalan minyak.

Seiring dengan rekaan pembungkusan berwajah baharu ini, SAFI turut menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden, dan menarik perhatian pengguna. Logo baharu ini tampil lebih simple & trendy sepadan dengan personaliti SAFI BALQIS yang muda, segar dan yakin sentiasa. 

Berikan nafas baharu pada kulit wajah anda melalui rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite yang berikut:


Rangkaian Produk Penjagaan Kulit SAFI BALQIS OxyWhite (Untuk Kulit Wajah Normal)

1) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka 

2) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Skrub

3) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih & Penyegar 2 dalam 1

4) SAFI BALQIS OxyWhite Esen Pencerah

5) SAFI BALQIS OxyWhite Penyegar

6) SAFI BALQIS OxyWhite Krim CC SPF25PA++

7) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Pelembap Siang SPF20PA++IR

8) SAFI BALQIS OxyWhite Pelembap Gel

9) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Pencerah Lengkap SPF15

10) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Kecantikan

11) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Solekan


Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI@safimalaysia dan saluran Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia