Monday, April 10, 2017

UMRAH 2017 | Hari 5 Madinah – Perjalanan Ke Mekah Selama 6 Jam

Hi Korang,



Sambung balik citer Umrah 2017 ni ek, kan banyak hari.

Hari 4 Madinah – Rehat, Solat, Makan dan Shopping je Kerjanya

Untuk hari ke empat, tak de aktiviti ziarah pun. Kitaorang tawaf kidai sajor lepas habis solat fardu. Apa lagi shopping lah. Di sebabkan Hotel Rove tuh bagi aku location wisenya sangat best, so sepanjang masa aku shopping jelah. 

ni tepi hotel je ni

kedai tepi laluan nak ke masjid

Depan hotel, tempat shopping, tepi hotel tempat, jalan nak ke masjid laluan shopping so memang seronok membeli belah. Ya allah, betul jubah memang murah tak sini. Kalau kat Malaysia sepasang jubah average dalam RM150 kat sini ermm dalam SAR25 riyal dah dapat sehelai jubah yang cantik. Kira sehelai jatuh tak sampai RM30 pun. Memang tak henggat dunia bila time shopping ni, pantang nampak cantik beli, beli dan beli. Aku ni boleh di katakana pi masjid hari-hari jubah baru, kan aku bawak 3 helai je pi sana kan hehehehhe

Eh ingat tujuan balik pi umrah ni ek.

setelah subuh


Hari Ke 5 

Pagi tuh bangun aku dah mula rasa sedih yelah nak tinggalkan Madinah, nak tinggalkan tempat Rasullah SAW yang tenang ni. 


Mr Big pesan lepas solat Subuh terus pi but tawaf Wida sekali. Aku pun cakap ok jelah, rupanya dia cakap buat asing-asing bukan buat sekali. Yang aku ni ingat buat sekali so tunggu jelah, sekali punya tunggu dah pukul 7pagi pun. Eh semua orang dah balik tapi dia aku tak nampak batang hidung lagi. 


cantik kan lepas subuh di masjid nabawi

Dah mungkin rezeki aku agaknya, dapat jugak aku tengok sendiri cam ne payung-payung di Masjid Nabawi ni di buka. 


Wah syukur sangat ek sebab sebelum tuh aku duk sibuk sebut-sebut nak tengok sangat cam ner payung tuh dibuka.

Eh dah pukul 7 lebih ni Mr Big tak nampak batang hidung lagi then aku pulak nak terkencing, so balik hotel tuh buat apa yang patut then datang balik ke Pintu 25 tuh sebab takut dia tunggu pulak kan. Rupanya memang betul dia tunggu aku, dari jauh aku dah nampak dia. Ceritanya dia dah buat Tawaf Wida kat dalam masjid tadi, sebab orang lelaki boleh lalu kat kawasan makam Rasullah SAW tuh cuma orang perempuan je yang tak boleh masuk. 

So aku cakap tak perlah aku buat sendiri jelah, nanti jumpa kat bilik je.


semua ni gambar sebelum pukul 7.30pagi, cantikkan


Tak delah susah mana pun tawaf wida tuh, ikut je instruction dalam buku panduan tuh. Yelah adat kita bertandang rumah orang bila nak balik kenalah bagitau kan itu je. Berjujuran jugak air mata keluar masa nak tinggalkan kawasan makan Rasullah SAW tuh. 

Balik bilik packing barang siap-siap sebab pukul 10pagi, porter akan ambil bag untuk dinaikkan atas bas. Habis kemas terus mandi siap-siap mandi sunat ihram sebab lepas zohor terus nak ke Mekah. 

siap berpakaian ihram

Ktorang berdua adalah orang yang paling last sekali naik bas untuk ke Mekah sebab apa? Sebab Mr Big ni terhegeh-hegeh nak siap. Aku dah siap, memang dugaan nak tunggu dia siap dengan nak pakai kain ihram lagi. Nasib baik Mutawif tuh tak bising, lambat dah perjalanan ktorang setengah jam daripada jadual. 

Di Bir Ali


Naik je bas, lebih kurang 7km dari Bandar Madinah tuh ktorang berhenti di Bir Ali. Masjid Bir Ali ni merupakan tempat untuk bermiqat bagi mereka yang hendak mengerjakan umrah dari Madinah. Orang sangat-sangat ramai, nasib baik aku dah ada air wudhu so sampai je terus solat tahyatul masjid dan solat sunat ihram. 

Lepas tuh ktorang niat beramai-ramai di dalam bas, kemudiannya bertalbiyah. 


So kena jaga 13 pantang larang ihram tu ye jangan sampai ke dam tau. Penat bertalbiyah, aku tidur sepanjang jalan. Eee really bad habit ek, eh penat lah sepanjang hari tuh jalan sana sini. 









Dalam pukul 6 petang cam tuh, ktorang sampai ke satu RnR ni. Memang lapang selapangnya, luas kawasannya. Tup-tup ada bangunan sebutir dua hehehe, turun bas pi toilet then naik bas balik. Kat Tanah Arab ni walaupun negara Islam tapi kebersihannya out sungguh, aku pi toilet tuh sebab nak terkencing sangat dan tutup mata dan hidung je kalau tak memang aku tak turun. 

Lebih kurang dekat pukul 8malam cam tuh ktorang sampai Mekah. 

Mr Big terus kejut aku bangun, masa on the way tuh aku tengok bangunan-bangunan di Mekah tak sama langsung cam tempat kita ni. Semuanya petak, macam dinding konkrit di susun-susun bentuk petak je. Dalam bas aku nampak orang solat depan bangunan, tepi jalan, even dekat kaki lima je yang mana tak sempat nak ke masjidil haram. 

Hotel ktorang adalah Hotel Nada Daefah, belakang Le Meridien Hotel di atas bukit dan jaraknya hanya 180meter dari Masjidil Haram. Masa aku sampai tuh, masih belum nampak pintu Kaabah lagi so ktorang makan, naik bilik berehat sekejap dan turun lobby balik untuk buat umrah pertama iaitu umrah wajib.

Excited nak tau kan??

bekal dalam bas


Sebab entry ni panjang sangat so aku akan sambung nanti ek, nak bagi korang teruja kan. Walaupun korang dah pernah pi agaknya ke sini kan hehehhhe

Ini baru habis cerita di Madinah, belum lagi masa berada di Mekah 

So sabar ye hehehhe

Meh baca entry UMRAH 2017 sebelum ni



Selamat menbaca ek

Friday, April 7, 2017

Watsons VIP #GETACTIVE Card, Lagi Banyak Reward Untuk Mereka Yang Aktif.

Hi Korang,


Korang ni kan, takkan tak de membercard Watsons ni?

Seriously tak de ek!

Meh sini meh aku perkenalkan Watsons VIP card yang terbaru ni, yang terbaru ni lagi banyak kelebihannya tau. 


Watsons Malaysia mengambil langkah berani untuk menggalakkan rakyat Malaysia menjadi aktif dan menjalani kehidupan yang lebih sihat dengan secara rasminya melancarkan #GETACTIVE, sempena sambutan Hari Kesihatan Sedunia. #GETACTIVE adalah bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan Watsons memberikan para pelanggannya pengalaman membeli belah dengan memperkenalkan pelbagai jenis jenama kesihatan yang terkemuka.


"Watsons Malaysia is once again setting its foot ahead with this health campaign. With the support of our key business partners and through the extensive loyalty program with our customers we hope this campaign will inject the healthy living in every one," kata Caryn Loh, General Manager and Country Head of Watsons Malaysia.


Untuk tujuan ini juga, Watsons memperkenalkan Duta #GETACTIVE bagi kempen ini iaitu Ann Osman, Malaysia's first female professional MMA fighter, Lena Lim, actress and cyclist, Kit Mah, fitness influencer dan Mark O'dea, model and sports commentator.


"We leverage #GETACTIVE campaign with Watsons Celebrity Friends who fit the bill and ideal to represent the campaign in their respective field. And we look forward through their influence and life testimony, Malaysians in general are also encourage and inspired to #GETACTIVE with Watsons," kata Danny Hoh, Customer Director, Watsons Malaysia.


Mereka para Duta #GETACTIVE ini juga sempat berkongsi tips sihat mereka termasuk diet dan senaman jugak tau, ye aku nak sharelah pada korang ni

Lenna Lim, an actress and budding cyclist shared, "With my demanding schedule as an actress, I always make it a point to spend my time for exercise. And my hobby is cycling which I do regularly every week, and this is the best way for me to maintain my fitness and at the same time have a peace of mind as it gives me relaxation."

Ann Osman, Malaysia's celebrated and first female pro MMA fighter shared, "In this sport which is predominantly known to be aggressive and man dominated, it is a motivation for me to go one step further by working hard and to be dedicated. Ideally it is the same discipline you need to lead a healthy lifestyle with balance diet and exercise."

Kit Mah, fitness influencer explained, "There should be no excuse when it comes to exercise and having a healthy diet because your body needs to be loved by yourself. Hence, we should find time to exercise and not giving excuses while taking the extra mileage to have decent healthy diet."

Nampak!!!

Terkesan tak kat hati korang ermm itulah kesimpulannya senaman tuh bila-bila je kita boleh buat tak kira di office, dalam kereta, dalam lift sekalipun yang penting bersenam untuk membuatkan segala anggota badan kita ni bergerak. 

Sejurus lepas media launch tuh, kitaorang ada aktiviti senaman ye.

boleh ke kayuh ke tidak basikal ni ek

Kitaorang dibahagikan kepada 4 kumpulan dan bertanding dengan bersenam mengikut station-station yang di tentukan. Alah bukan susah mana pun, simple je tapi penat gak oooo

Buat lunges ni pun dah penat, itu belum buat senaman lain lagi ek

Ermm apakan daya, team lain yang menang huhuhuhuhu its ok janji dapat bersenam pun jadilah.

Bagi pendaftar baru Watsons VIP Card ni, korang akan diberikan RM300 worth of Watsons vouchers, menerima 500 VIP Points selepas pengaktifan dan RM5,000 vouchers untuk health club, dining, travel, beauty lifestyle reward.


The Watsons VIP Card mempunyai 8 kelebihan esklusif, termasuklah:-

• Lifetime membership

• Great deals at more than 1,000 #watsonsrewards merchant locations

• Earn 1 point for every RM1 spend

• Pay using points; 200 points for RM1

• 2X Points on all Watsons Brand products

• 5X Points on Birthday month

• 5X Points when paying with Watsons VIP Card

• Exclusive discounts on health products


Lebih daripada 1,000 outlet/merchant yang menyertai program Watsons VIP Card ni tau.

Hebat tak!!!

For more information on #GETACTIVE, visit www.watsons.com.my/get-active

For more information on the all new Watsons VIP Card, visit www.vip.watsons.com.my


Thursday, April 6, 2017

SAY IGNITE 2017 - Membangunkan belia untuk menjadi juara pada masa hadapan

Hi Korang,

Selangor Youth Community (SAY) menyemarakkan semangat belia bagi mewujudkan masa depan yang lebih cerah untuk negeri Selangor dan juga Malaysia, dengan menyediakan platform untuk mereka melonjakkan diri ke peringkat seterusnya dan menjadi juara dalam bidang masing-masing. 


Selangor Youth Community (SAY) adalah cetusan minda daripada Raja Muda Selangor sendiri, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, dan ditubuhkan bagi merealisasikan visi baginda untuk masa depan negeri Selangor. Sebagai sebuah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan, tidak berkaitan politik dan bukan kerajaan, SAY menyasarkan untuk menjadi pemangkin sekaligus berperanan sebagai pemudahcara antara pihak kerajaan, sektor korporat dan komuniti belia bagi mencipta komuniti belia yang berkembang maju, dari belia untuk belia.


Selaras dengan misinya, SAY IGNITE 2017 yang julung-julung kali diadakan ini memfokuskan pada tunggak Seni dan Budaya, Hiburan, Keusahawanan dan Sukan & Kesihatan, dengan memberi peluang kepada belia bagi menyampaikan maklum balas mengenai isu berkaitan generasi mereka, selain membolehkan mereka meneroka, membangun dan menyesuaikan bakat serta minat mereka dengan matlamat bahawa mereka akan memainkan peranan penting dalam merancang dan membentuk masa depan Selangor dan juga negara.

Acara penuh yang diadakan selama sehari ini dibuka kepada orang awam dan diadakan di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid. Pelbagai aktiviti disediakan di mana pengunjung boleh mengambil bahagian dalam sesi ceramah dan bengkel yang dijalankan oleh rakan kongsi strategik SAY dari sektor awam dan swasta yang menyentuh pelbagai tajuk dari keusahawanan, kesihatan dan sukan kepada dunia kreatif seni dan budaya.


Aktiviti-aktiviti ini selaras dengan misi SAY bagi memudahkan 3C – connectivity (penyatuan), capacity building (pembinaan kapasiti), dan collaboration (kerjasama) – di kalangan belia di Selangor, yang menyediakan wadah bagi menghubungkan mereka dengan peluang pembangunan, selari dengan inisiatif Smart Selangor oleh Kerajaan Negeri dan Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang diterajui oleh Kerajaan Persekutuan, yang bermatlamat mengubah Malaysia menjadi negara yang berkaliber dengan cara berfikir yang baru.

Ribuan pengunjung berpusu-pusu ke acara ini di mana mereka turut dihiburkan dengan pelbagai aktiviti termasuk penghibur, pelawak komedi, penyanyi beatbox, persembahan muzikal dan bola sepak gaya bebas. Pengunjung turut meluangkan masa membeli-belah di bazar yang terdiri daripada usahawan-usahawan muda yang datang daripada sekitar Lembah Kelang.

Pengasas dan Penaung SAY, Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, begitu percaya bahawa inisiatif seperti SAY IGNITE 2017 bakal menjadi pencetus kepada era baru untuk belia di Selangor.


“Selangor ialah negeri yang mempunyai paling banyak kepelbagaian di Malaysia dari segi umur, kumpulan etnik dan latar belakang, sebahagiannya disebabkan oleh perpindahan belia dari negeri-negeri lain dan melalui SAY IGNITE, kami berharap dapat menyediakan cetusan bagi menyatukan minat dan semangat mereka dalam mewujudkan komuniti yang dinamik dan saling berhubung," kata DYMM Raja Muda.



"Saya membayangkan Selangor yang dipenuhi dengan komuniti belia yang bersemangat dan bermotivasi, melahirkan bakat yang mampu mengubah dunia dengan pantas, sama ada dalam perniagaan, sukan dan hiburan. Saya mahu kita menjadi contoh yang diikuti oleh negeri-negeri lain, malahan negara-negara lain," jelas baginda lagi.

Agenda utama SAY IGNITE adalah sesi pleno yang bertajuk ‘Menyemarakkan Minda Golongan Muda Malaysia’. Forum ini menampilkan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj (Raja Muda Selangor), YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz bin Tengku Abdul Aziz (Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group Holdings Berhad) dan Raja Jesrina Azlina Raja Arshad (Ketua Pegawai Eksekutif PurelyB) sebagai ahli panel.

SAY IGNITE juga membawakan pertandingan bakat SAY ADA GAYA dan anugerah SAY CHAMPION yang merai dan mempromosikan para ikon belia di Selangor yang berjaya dan mempunyai masa depan cerah yang bukan sahaja menyumbang dalam bidang mereka masing-masing malahan kepada masyarakat umum.


Barisan finalis SAY ADA GAYA – Muhammad Akmal Harith bin Saiful Bahri, Nursyafiqah bt Mustafa dan Dynamic Duo – bersaing bagi merebut takhta juara dalam pertandingan bakat dan mendapat bimbingan mentor dari penyanyi rap berkarisma, Altimet. Dari persembahan nyanyian kepada tarian, mereka mempersembahkan personaliti dan gaya tersendiri di hadapan barisan juri yang antaranya terdiri daripada Raja Muda Selangor, Altimet dan Bernad Paul, iaitu wakil daripada Sunway Group.

SAY IGNITE 2017 ditaja oleh Sunway, iaitu rakan kongsi strategik Selangor Youth Community (SAY), yang sememangnya begitu menitikberatkan pembangunan belia melalui cabang pendidikan dan pelbagai aktiviti CSR mereka. 

Evan Cheah, Naib Presiden Eksekutif, Pejabat Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, China, Sunway Group, berkata, “Di Sunway, kami berbangga kerana menjadi Pemaju Komuniti Utama yang menghargai kepelbagaian dan keterangkuman dalam komuniti kami termasuk pembangunan belia yang penting bagi membentuk masa depan negara. Usaha ini juga sejajar dengan komitmen kami yang mementingkan kelangsungan dengan dibimbing oleh Matlamat Pembangunan Lestari PBB ke-17. Kerjasama kami bersama SAY memberi peluang kepada kami menggandingkan usaha bagi mendekati komuniti belia di Selangor dengan lebih meluas."


Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini, layari www.selangoryouth.com atau buat carian @SAYIGNITE2017 di Facebook, Twitter dan Instagram.

#sayignite2017 
#selangoryouthcommunity