Tuesday, April 4, 2017

The Greens@Subang West – Semuanya Dekat Kalau Tinggal DiSini

Hi Korang, 


Aku ni musim tengok rumah ke? 

2 minggu lepas aku pi showroom kat Tropicana Heights, Kajang ni dan last weekend aku ke The Greens @Subang West pulak, ishkk aku nak beli rumah ke? Hehehehhe 

Alah sesaje cuci mata lah 


The Greens@Subang West ini merupakan pembangunan kediaman pegangan kekal yang terdiri dari 646 unit kondominium dibangunkan di sebidang tanah seluas 7 ekar dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM400 juta. Kondominium ini boleh didapati dalam 8 jenis susun atur dari 3 bilik tidur, unit teres dan penthouse dengan binaan antara 915 kaki persegi hingga 1,830 kaki persegi. Harga bermula dari RM568, 800 ke atas dan tarikh dijangka siap untuk pembangunan Mei 2018.


Pembangunan ini menekankan gaya hidup sihat dan dilengkapi dengan 45 jenis kemudahan yang meliputi kawasan seluas 120,000 kaki persegi, termasuklah gelanggang bola keranjang, gimnasium, laluan pejalan kaki refleksologi, dek Yoga, Kolam renang infiniti, BBQ Teres, trek Berbasikal, Bilik Sauna dan banyak lagi. Pembangunan juga dilengkapi dengan sistem keselamatan pelbagai peringkat untuk mewujudkan persekitaran hidup yang selamat dan terjamin. 

Aku haruslah ke showhouse gallery ek, nak tengok jugak saiz rumah ni besar mana

masuk pintu je dah nampak ruang tamu ek

ruang tamu yang simple dan just nice

master bedroom, tak boleh nak amik full

bilik tidur kedua, not bad

bilik tidur ketiga

dapur

sempat berangan kat sini ek
Hah amik ko, sempat bergambar bagai. Berangan tuh dah confirm kan, kalau beli nanti apa letak apa, nak pasang apa kan.


The Greens ni di bawah anak syarikar Crest Builder Holding Berhad telah melangsungkan Kempen Cabutan Bertuah 'TWO-RIFFIC BONANZA' bermula pada Januari 2017 di Galeri Jualan The Greens @ Subang West.


Kempen Cabutan Bertuah - 'TWO-RIFFIC BONANZA' di The Greens @ Subang West melibatkan hampir 4 bulan cabutan bertuah yang akan berlangsung setiap bulan dari Februari sehingga Mei 2017 dengan satu Cabutan yang Grand yang akan berlangsung pada Jun 2017.

Kempen Cabutan Bertuah - 'TWO-RIFFIC BONANZA' di The Greens @ Subang West ini menawarkan hadiah yang lumayan termasuklah Honda Jazz, Mac Book & Ipad serta cabutan bertuah bulanan termasuklah Iphone 7 dan juga hadiah misteri.

Dengan bayaran ZERO ketika masih dalam pembinaan, Hanya perlu bayar RM5,688 Untuk BOOKING - 3 bilik dari hanya RM482,000 - Bagi anda yang promote pada rakan anda akan di bayar RM1,500 setiap satu unit yang dibeli. 


So korang rasa camne? 

Beli atau tidak!

site untuk The Greens @Subang West

Kalau beli buat investment boleh untung jugak ni aku rasa sebab lokasi kondominium ini berdekatan dengan pelbagai jenis universiti so tak mustahil tak de student yang tak nak sewa rumah ni kan ermmm nantilah boleh di fikirkan 


Untuk maklumat lanjut, sila layari :
atau sila hibungi :
03-50366060 


PROJECT INFORMATION 


Name Residensi Hijauan (The Greens)
Location Jalan Budiman 22/3 
Property Type : Residential Condominium

Land Size 7.12 acres 
Land Tenure Freehold 

No. of Blocks 2 blocks of 16 storeys 
No. of Units 646 units (323 units per block) 

Unit Sizes 
Type A- 915 sqft 
Type A1 - 1184 sqft 
Type A2- 1109 sqft 
Type 8- 915 sqft 
Type 81 - 1109 sqft 
Type C- 915 sqft 
Type C1 - 1184 sqft 
Pent House- 1830 sqft 

Carpark Provision: Each unit given minimum 2 carparks 

Monday, April 3, 2017

Buffet Ramadhan 2017 | DORSETT GRAND SUBANG – Dapatkan Voucher EARLY BIRD Murah Sekarang Jugak Tau

Hi Korang,


Kita sambung lagi citer pasal buffet Ramadhan 2017 ni ek

Kali ni aku nak kongsikan pada korang buffet ramadhan 2017 di Terazza Brasserie, Dorsett Grand Subang yang sempat aku pi baru-baru ini.


Oleh kerana Ramadhan yang bakal kunjung tiba, Dorsett Grand Subang menawarkan kepada para tetamu dengan pelbagai pilihan iftar yang santai di bulan yang mulia ini. 

Terletak di tengah-tengah Subang Jaya, Dorsett Grand Subang akan memberikan para tetamu keenakan Enak-enak Ramadhan, menawarkan hidangan tempatan kampung yang lazat Wonders of Iftar yang menghidangkan masakan Timur Tengah yang asli dari 27 Mei untuk 24hb Jun 2017. 


Enak-Enak Ramadhan at Melati


Bufet "Enak-enak Ramadhan" Dorsett Grand Subang pada Melati menawarkan lebih daripada 50 hidangan masakan tradisional dari seluruh Malaysia pada RM145 bersih untuk setiap orang. Ruang legar serba guna ini ditukarkan kepada suasana kampung untuk membolehkan para pengujung merasai lagi kenikmatan hidangan masakan kampung. Mencetuskan citarasa anda dengan beberapa pembuka selera seperti Pecal Leleh, Kerabu Jantung Pisang dan pelbagai jenis ulam segar kampung diiringi Cincalok, Budu dan Sambal Belimbing sebagai pencicah.







Di antara hidangan yang bakal menambah lagi selera korang di bulan ramadhan nanti adalah Sup gearbox, Steamed Silver Pomfret, Roti Pak Ali, dan pelbagai lagi.




Bagi pencuci mulut pula, pihak hotel menyediakan hidangan kuih melayu seperti Seri Muka, Tepung Pelita, Lompat Tikam, Kaswi dan banyak lagi. 


Tidak dilupakan jugak, Geng lama Wak akan menghiburkan korang semua dengan pertunjukan wayang kulit dan dendangan muzik kontemporari

Wonders Of Iftar at Terazza Brasserie


Bagi Wonders Of Iftar di Terazza Brasserie pula akan membawa tetamu ke Timur Tengah dengan suasana yang mempesonakan lampu warna warni dan khemah-khemah hiasan indah berserta dengan alunan muzik dari dari Timur Tengah yang unik sekali. 





Pelbagai jenis hidangan masakan timur tengah dan juga pilihan makanan barat, Europe dan hidangan tempatan yang bakal membuatkan para tetamu senantiasa ingin makan makan dan makan. 

Boleh didapati di RM155 bersih untuk setiap orang, Terazza Brasserie akan membawa kegembiraan yang ke Ramadhan tahun ini melalui perayaan yang mewah disediakan Khas oleh pakar-pakar masakan di hotel. Anda akan mendapati diri anda membuat beberapa Lawatan ke garisan bufet kerana adalah mustahil untuk menikmati hidangan setiap di satu tempat duduk. Berbuka puasa dengan Tabbouleh dan roti Arab yang disertakan sekali dengan humus, Tahini dan Labneh. Selepas itu, menikmati hidangan istimewa seperti permainan Nasi Briyani, Nasi Mandy kambing panggang keseluruhan dengan nasi ayam Hainanese.


Aiskrim Turki (atau Dondurma yang bermaksud pembekuan di Turki) adalah pencuci mulut biasa dijual di Turki oleh vendor jalanan troli dan dihadapan kedai. Aiskrim Turki lebih unik daripada Aiskrim biasa oleh kerana faktor tekstur dan ketebalan. Oleh kerana sifatnya yang tebal dan agak liat sedikit, Aiskrim Turki itu perlu sentiasa dipusing ke kiri dan ke kanan dengan lebih lama untuk mendapatkan hasil yang menarik. Kita pun boleh jadi leka dibuatnya tau melihat sendiri bagaimana tukang ais krim mengayun pencedok ais krim tersebut.

Promosi buka puasa Enak-enak Ramadhan dan Wonders of lftar mulai dari 6.00pm hingga 9.30pm pada 17 April 2017 hingga 5 Jun 2017.

Sekarang ini, Dorsett Grand Subang sedang menawarkan promosi ‘Advance Purchase Vouchers’ iaitu 25% off untuk Melati - Enak-enak Ramadhan pada harga RM108.75nett seorang dan Terazza Brasserie - Wonders of lftar at RM 116.25 nett seorang di mana korang boleh beli di Ramadhan Counter yang terletak di hotel lobi. 


Harga buffet Ramadhan 2017 di Dorsett Grand Subang adalah

RM145nett untuk dewasa (Enak-Enak Ramadhan – Melati)

RM155nett untuk dewasa (Wonders Of Iftar, Terazza Brasserie)

50% diskaun bagi kanak-kanak dan warga emas

Untuk tempahan, korang boleh hubungi +603 5031 6060 atau pun email je ke bookfnb.subang@dorsetthotels.com

Jom kita ke:

DORSETT GRAND SUBANG
Jalan SS12/1,
Subang Jaya 47500, Malaysia 
Tel : 60 3 +603 5031 6060


So boleh lah plan dari sekarang ek hehehee

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan review tahun 2017, peta destinasi, koordinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2017 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.


Cabaran Raja Kuah Knorr 2017

Hi Korang,

Untuk korang yang terrer masak sedap-sedap tuh ermm patut join pertandingan anjuran KNORR ni lah


Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 bersiap sedia menghayatkan penghargaan baru untuk hidangan berkuah Melayu yang digemari oleh ramai rakyat Malaysia. 

Sejak diperkenalkan buat kali pertama tahun lalu, acara anjuran Unilever Food Solutions akan berfokus pada hidangan berkuah yang mewakili sehingga 70% daripada hidangan pengendali makanan Melayu terutamanya sebagai kari, dihidangkan dengan kicap, kunyit dan rempah lain.


Pengarah Urusan UFS Malaysia Nusrat Perveen berkata: "Oleh kerana kini terdapat satu trend menggunakan perasa ayam juga untuk menggelitik selera, Unilever Food Solutions memberi pengiktirafan terhadap usaha masakan menggunakan Serbuk Ayam Knorr. 

"Tahun lepas, kami telah mengadakan buat kali pertama satu cabaran khas yang melibatkan pertandingan berantau di kesemua empat penjuru Semenanjung Malaysia, iaitu Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 di mana pemenangnya dinobatkan yang terbaik daripada yang terbaik dalam kecemerlangan makanan Melayu di seluruh negara." 

Harry Brouwer, Naib Presiden Eksekutif Unilever Food Solutions yang hadir sebagai tetamu kehormat di acara pelancaran berkata: "Unilever Food Solutions ingin berkembang untuk masa depan dan kita menyentuh 800 juta pengguna setiap tahun. Kami berhasrat mencapai matlamat ini dengan cara yang mampan dan menumpukan kepada empat bidang di mana kami boleh membuat perbezaan: memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan, meningkatkan keselamatan makanan, mengurangkan pembaziran makanan dan mencari sumber yang mampan. 


"Makanan hebat harus menjangkaui sempadan geografik dan perbezaan budaya. Makanan merupakan penyatu besar dan kenyataan ini jelas sekali di sebuah negara berbilang budaya seperti Malaysia di mana semua di sini, daripada penduduk tempatan pelbagai kaum dan juga warga asing yang menginap atau melawat, menikmati hidangan yang ditawarkan dalam suasana citarasa berharmoni yang berbeza!


"Unilever Food Solutions Malaysia terus berada di barisan hadapan dalam arena makanan tempatan, berkongsi kepakaran dan terus membuat inovasi untuk memberikan kandungan makanan terbaik untuk rakan perniagaan dan pelanggan kami," katanya.


Para juri yang mengadil tahun lalu termasuk cef selebriti Mohd Johari Edris (lebih dikenali sebagai Chef Jo), Cef Profesional UFS Mohd Hadzrin Mohd Din dan bloger tempatan yang bersama menentukan pemenang berdasarkan kriteria seperti kebersihan, penampilan dan citarasa hidangan.



Pemenang dari Kawasan Utara iaitu Budiman Bistari Mohamed dinobatkan sebagai Raja Kuah Knorr 2016, diikuti dengan naib johan Mohd Hilmi Mohamad Alias Ahmad dari Pantai Timur, pemenang ketiga Mohd Salehzarin Mohd Saleh dari Kawasan Selatan dan pemenang keempat Raiei Mahidin dari Kawasan Sentral.

Penyertaan 2017 dibuka kepada semua rakyat Malaysia dan sungguh mudah sekali dengan menampilkan 3 jenis resepi hidangan berkuah menggunakan Stok Ayam Knorr. Seramai 20 penyerta akan dipilih untuk bertanding dalam peringkat akhir di Lembah Klang.

ini hidangan yang menang tau, tengok pun terus lapar ek

Hadiah Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 bertambah menarik dengan:

Hadiah utama berupa pakej umrah untuk dua orang bernilai RM25,000 serta wang tunai sebanyak RM15,000 dan hamper

Naib johan menerima tunai RM10,000 beserta hamper

Pemenang ketiga mendapat tunai RM6,000 dan hamper

Pemenang saguhati dari 13 tempat teratas yang berikutan menerima tunai RM500 beserta hamper.