Saturday, April 1, 2017

Ayam Brand™ Meraikan 125 Tahun Sebagai Sebahagian Daripada Keluarga Malaysia

Hi Korang,

Ayam Brand™, yang kini dalam sambutan ulang tahunnya yang ke-125 sebagai sebahagian daripada rantau Asia Tenggara terutamanya Malaysia, hari ini mengumumkan pelancaran tema “Kami prihatin, kita adalah sekeluarga” (“We Care, We Are Family”) bagi meraikan tanda aras satu suku abadnya itu. 

Ayam Brand™ yang dikenali dengan logo Ayam itu ditubuhkan pada 1892 dan ia merupakan antara syarikat tertua di Asia yang terus mengeluarkan jenama-jenama barangan pengguna di benua ini. Sayrikat ini memiliki pejabat di Malaysia, Singapore, Hong Kong, Thailand, Australia, China, Perancis dan Jepun yang mana hasil keluarannnya boleh diperoleh di lebih 30 negara. 


Jenama terkemuka ini terkenal dengan produk-produk berkualiti tinggi, tidak menggunakan pengawet mahupun MSG. Ia merupakan produk pilihan bagi kebanyakan keluarga di rantau Asia Tenggara.

Ramai dalam kalangan kita membesar dengan sardin dalam tin merah kuning Ayam Brand ™ yang terkenal sebagai hidangan segera yang mengenyangkan dan menjadi kegemaran ramai untuk dijadikan sebagai sanwic atau puf untuk dimakan ketika majlis keraian serta perkelahan.

Ayam Brand™ kini jauh lebih maju sejak penubuhannnya sebagai pakar sardin dan mackerel. Ia kini memiliki rantaian produk yang meliputi tuna, sotong, santan, kacang panggang, kacang pea, buah-buahan serta pencuci mulut yang boleh didapati di 300 store keeping unit (SKU) gabungan diseluruh rantau ini dan dalam masa sama masih dikenali ramai dengan produk-produk sardin dan mackerel.

Pengalaman selama 125 tahun memberikan Ayam Brand™ kefahaman yang keluarganya mahukan hidangan yang boleh terus dimakan; mudah disediakan; lazat; tanpa perisa tambahan mahupun MSG. Inilah sebab mengapa rakyat Malaysia memilih Ayam Brand™ untuk dijadikan hidangan harian dan keraian khas dengan memilih untuk menggunakan resipi keluarga ataupun pustaka resipi meluas jenama ini yang disediakan dalam bentuk video, dalam talian dan bercetak.

Produk-produk Ayam Brand™ telah disahkan halal oleh JAKIM untuk memberikan ketenangan untuk memakannya. 

Ayam Brand™ kekal terkini, segar dan menggembira generasi demi generasi peminatnya. Sebagai pendahulu pasaran, jenama ini menjalankan usaha berterusan untuk menyediakan pilihan sihat dengan mengurangkan kandungan gula, garam dan lemak melalui rangkaian “Lite” yang merupakan varian pilihan organik yang pesat berkembang yang sesuai dengan pelbagai citarasa dalam kalangan kurang pedas hingga sangat pedas serta sentiasa berinovasi dalam pembungkusannya.

Bagi meraikan ulang tahun ke-125 tahunnya, para pengguna akan secara berterusan diberikan maklumat mengenai kebaikan untuk kesihatan produk-produk utama Ayam Brand™ melalui iklan media cetak, radio, interaksi melalui media sosial dan laman webnya dari masa ke semasa Para pengguna juga boleh melihat promosi-promosi yang berkaitan dengan produk pilihan bulanan.


Lebih menarik, mereka juga boleh menjadi antara yang pertama menikmati produk-produk terbaharu Ayam Brand™ ketika aktiviti uji rasa yang diadakan di lokasi terpilih.

Pengurus Pemasaran Ayam Brand™, Nicholas Nyeow berkata, usia panjang jenama berkenaan merupakan bukti hubugan akrabnya dengan para pengguna yang dibina sejak awal penubuhannya berasaskan kepercayaan, inovasi, komitmen terhadap kualiti serta perkongsian sejarah kenangan.

“Sebahagian besar pelanggan Ayam Brand™ tidak akan memilih jenama lain. Keluarga Ayam Brand™ mengiktiraf kualiti, rasa dan inovasi jenama ini. Sebagai balasan, jenama ini memberikan mereka jaminan hidangan pilihan makanan yang lebih sihat; mudah dan cepat disediakan tanpa menggunakan perisa tambahan mahupun MSG. 

“Sejak sekian lama, kami telah membina keyakinan tinggi dalam kalangan pengguna dengan mematuhi asas-asas penubuhan syarikat ini dan dalam masa sama menghasilkan mencipta inovasi dalam produk, pembungkusan dan perkhidmatan.

“Kami menjaga para pelanggan kerana mereka bagi syarikat ini adalah keluarga. Seperti kami, mereka berkongsi produk-produk Ayam Brand™ dengan keluarga masing-masing kerana kasih. Kami amat berbangga berada dalam kitaran ini sejak 125 tahun yang lalu,” kata beliau.

Menurut Nicholas, sambutan ulang tahun 125 tahun Ayam Brand™ yang sama waktu dengan Hari Kemerdekaan ke-60 serta Tahun Ayam dalam kalender Cina menjadikannya lebih bermakna.

“Malaysia sejak ia dikenali sebagai Persekutuan Negeri-negeri Melayu telah menjadi tempat asal kami, malah, nama Ayam itu juga diambil daripada perkataan Melayu. Rakyat Malaysia telah membesar dengan Ayam Brand™ sejak lima generasi menjadikan kami sebahagian daripada keluarga mereka sejak sekian lama; telah berkongsi masa gembira dan sedih mereka! Sambutan ulang tahun yang jatuh pada Tahun Ayam ini juga menjadikannya lebih bermakna dan simbolik!” tambah beliau.

Ayam Brand™ bukan sahaja berjaya memenangi hati rakyat Malaysia, tetapi juga pelbagai anugerah unggul sejak sekian lama. Jenama ini telah dinobatkan sebagai salah satu 10 jenama FMCG paling digemari di Malaysia untuk tiga tahun berturut-turut iaitu 2013, 2014 dan 2015 dalam Kajian Kesan Jenama Kantar Worldpanel.

Tunjukkan kasih sayang anda kepada keluarga dan nyata mereka adalah sebahagian daripada keluarga Ayam Brand™ sejak 125 tahun yang lalu.

Untuk maklumat lanjut mengenai sambutan ukang tahun 125 tahun Ayam Brand™ ini, sila lawati pautan www.ayambrand.com.my

Friday, March 31, 2017

Hanya 8 jam Yang HAVOC Di JB

Hi Korang,


Bos aku ni memang suka nau bagi aku task last minit. 

Macam hari tuh, kan aku baru je balik dari Umrah. Ni baru je naik kerja 2 hari dah kena travel pi JB plak. Kira macam esok meeting, tengahari tadi dia bagitau suruh aku pi. Ko rasa tak ke kelam kabut hidup sekejap dengan nak book ticket flight dengan nak arrange teksi untuk pick up dengan prepare material untuk submission. Ishk boleh tunggang terbalik hidup aku hari tuh. 


Dah ler first flight je yang ada untuk pi JB pagi tuh so kul 5 pagi dah kuar rumah, nasib baik abang teksi yang biasa tuh dah standby sebab still harga midnight lagi so kena RM120 huahauhauah nangissss

Sampai airport ok je walaupun pukul 5.40pagi tapi orang dah macam ulat taik, maybe semua dapat tiket murah kot itu yang travel pagi tuh. Aku sampai JB just nice kul 8pagi, sarapan then terus amik teksi ke CIDB.


Dalam kul 12tghari kot baru abis discussion dengan diaorang ni, itu pun kene datang balik untuk collect certificate lepas kul 3.30petang.

pekena cendol sedap di Angsana dulu sementara tunggu diorang amik

So apa nak buat ni?

Whatsapp semua geng-geng sekolah terus buat reunion tergempar.

Tak payah plan, sorang tukang culik, sorang tukang jemput so kitaorang jumpe di CupChai Resto Bandar Baru Uda hahahahaha. Yang ada Iena, Abby dan Zaliza je oklah itu pun dah cukup seronok.

nasi jemaah ni merupakan nasi dulang yang boleh di kongsi untuk 4 orang sekali makan



Order Nasi Jemaah, Kacang Pool dan air yang ntah apa-apa warna janji sedap. Dah tengahari pun memasing lapar



geng satu sekolah - zaliza, abby, iena

dulu muke selenga je, sekarang kemain vogue lagi ek


Sampai borak-borak, sambil gossip-gossip, sambil melantak memang awesome. Terus bukak citer-citer lama masa sekolah dulu kan . Abis makan,t erus hantar Abby balik office dia sebab dah lambat hahaha padan muka. 


Sementara nak tunggu kul 3.30petang untuk cert collection, kitorang bertiga sempat pi mana? 

nampak lagu bersusun masuk

ok test 123 test 123, lagu aiman tino satu

lagu dangdut je diaorang ni hahahaa

tokan karaoke

Hah pi karaoke lah wei. Tak ke giler kan, ada je port baik untuk karaoke yang Iena ni tau ek. Hah terus je Sutera Mall sebab karaoke untuk weekdays memang sangat murah kat sini. 

Korang rasa giler tak sebab kitaorang masuk tempat karaoke tuh tak sampai 30 minit pun sebab CIDB office tuh dah call. Hahahahahaha eh nyanyi mesti nyanyi lepas gian dulu, dapat sorang nyanyi 3 lagu gituh kan 

Dengan halangan dan dugaan nak sampai balik ke CIDB tuh, sampai jugak ktorang kul 3.15petang. Eh tengok pintu dah tutup pulak. La rupanya hari khamis memang diorang tutup lekas, ishkkk bahaya ni. Nasib baik mintak tolong dengan pak guard, dapat jugak masuk ikut pintu belakang. Rupanya officer tu memang tunggu je aku sebab aku dah bagitau memang aku akan lambat sampai.

kat airport

Dapat je cert tuh terus lega di buatnya, bayangkan kalau tak dapat memang aku kene tiau dengan bos aku kan huahauhauahuaha


Habis semua job, lepak kejap then terus je bebudak ni hanta raku kat Senai airport sebab takut jem petang kan. Just nice sampai kul 5.30 petang cam tuh, masuk terus check in adui mak lepak kepenatan ooo. 

Duduk je dalam flight terus tidur sampai KLIA siap kena kejut lagi hahahahha

Ermm pengalaman sungguh tapi yang penting kerja siap dan enjoy pun dapat.

Nak buat lagi ke trip cam nie?

Of courselah nak kan!!!






Pelanggan Astro Kini Boleh Menikmati Astro GO Secara Percuma

Hi Korang,

Astro hari ini mengumumkan bahawa semua pelanggannya akan mendapat akses percuma untuk aplikasi Astro Go (sebelum ini dikenali dengan Astro on the Go) sebagai sebahagian daripada langganan mereka. Aplikasi Astro GO telah dipertingkatkan dari segi antara mukanya yang mana ianya lebih kemas dan lebih bersifat intuitif untuk digunakan dengan kandungan yang lebih relevan dan boleh disesuaikan mengikut citarasa setiap individu.


Selain itu, bermula 1 April sehingga 31 May 2017, semua pelanggan Astro yang telah mendaftar dan menghubungkan akaun Astro GO mereka, berpeluang menikmati tontonan percuma untuk semua saluran televisyen dan kandungan On Demand di Astro Go tanpa mengira pakej yang dilanggan. Mereka yang bukan pelanggan Astro juga boleh mendapat akses ke beberapa saluran Astro terpilih dengan memuat turun aplikasi Astro GO sepanjang tempoh tersebut. Menarik lagi, semua pelanggan Astro yang telah mendaftar dan menghubungkan akaun Astro GO mereka boleh menonton “La La Land”, sebuah drama filem yang dibintangi Ryan Gosling dan Emma Stone secara percuma menerusi on demand bermula 25 April sehingga 31 May 2017.

*pengecualian untuk Pay Per View dan kandungan premium pilihan untuk sukan


Liew Swee Lin, Ketua Pegawai Komersial Astro berkata, “Respon positif yang diterima oleh aplikasi Astro GO dengan lebih 3 juta muat turun, membuktikan kehendak pelanggan Astro yang mahukan lebih fleksibiliti dan kawalan dalam menentukan cara tontonan mereka samada melalui peranti pintar seperti telefon bimbit, komputer riba atau tablet di aplikasi Astro GO. Kami masih memfokuskan pada usaha-usaha dalam memperluaskan jangkauan pelanggan kami melalui cadangan kandungan di Astro GO dimana cadangan dibuat berdasarkan corak tontonan penonton yang diperoleh hasil daripada pemerhatian dari segi tingkah laku, citarasa penonton, topik yang menjadi trend dan juga sentimen sosial. Kini, pelanggan kami dapat menikmati sebanyak 71 saluran, 23,000 kandungan on demand dari Hollywood, Korea, Jepun, Cina, Hong Kong dan India melalui Astro Go pada bila-bila masa dan dimana jua”.


Aplikasi Astro GO telah mencatatkan sebanyak 3.2 juta muat turun dan 1.1 juta pengguna berdaftar. Lebih membanggakan, jumlah masa tontonan di Astro GO telah meningkat sebanyak tiga kali ganda daripada kurang 60 minit pada awal pelancarannya kepada 215 minit setiap minggu.

Ciri-ciri utama Astro GO


· Antara muka yang kemas dan pintar untuk meningkatkan pengalaman tontonan dan memudahkan navigasi. Ini termasuklah keupayaan untuk menyorot kandungan mengikut bahasa atau genre, dan juga menyusun daripada A hingga Z atau berdasarkan kandungan yang boleh dimuat turun atau baru dikeluarkan.

· Tontonan berdefinisi tinggi (HD) untuk semua saluran sukan dan Korea.

· Ciri Cadangan Peribadi yang memaparkan kandungan bersesuaian dan relevan dengan citarasa penonton Astro GO.

· Bar ke tab laman utama yang ringkas (Laman utama, Sukan, Saluran, On-Demand, Tetapan) untuk pencarian saluran dan kandungan kegemaran yang bersifat lebih intuitif.

· Ciri-ciri ‘Download2Go’ yang membolehkan pengguna memuat turun filem kegemaran untuk tontonan tanpa sambungan internet atau penggunaan data tambahan.

· Meningkatkan mobiliti untuk memudahkan pengguna bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain sambil menonton Astro menerusi peranti pintar.

From left Ridhuan Sidek, Gan Ling Sze, Rosanne lo, Liew Swee Lin, Charmaine Kwan, Tina Tong and Alexa

Pada masa hadapan, Astro GO menyasarkan untuk melakukan beberapa inovasi dengan memperkenalkan ciri-ciri tambahan seperti kemudahan akses untuk empat orang pengguna secara serentak dalam satu masa bagi setiap akaun Astro dan juga casting feature yang membolehkan pengguna memancarkan program kegemaran mereka daripada peranti mudah alih ke skrin besar tanpa menggunakan kabel HDMI. 

Dengan sebanyak 16 saluran sukan, Astro merupakan platform untuk rakyat Malaysia menonton pelbagai jenis sukan dan dengan ciri terbaru yang akan diperkenalkan kelak iaitu Sports Control, peminat sukan pastinya akan lebih teruja dan tidak akan terlepas menonton program sukan kegemaran mereka. Dengan adanya Sports Control, mereka boleh mengulang tayang, mengezum jauh dan dekat melalui pelbagai sudut kamera, menonton sorotan video, berita, mengetahui kedudukan pemain dan menyemak jadual liga.

Saluran Baru Eksklusif di Astro GO


Sebagai tambahan kepada saluran yang sedia ada, Astro GO baru-baru ini menawarkan tiga saluran baru yang eksklusif iaitu Comedy Central buat mereka yang gemar dengan lawak jenaka; K-PLUS buat peminat tegar drama Korea; dan ANIPLUS yang membawakan anime dan budaya pop Jepun yang terbaru.

Selain daripada tiga saluran baru dan kandungan on-demand yang terdapat di Astro Go, aplikasi ini turut menawarkan seleksi pilihan saluran Celestial Movies, Nickelodeon, DIVA, AXN, dan KIX.

Aplikasi Astro GO boleh didapati dan dimuat turun di Andriod dan peranti IOS. Selain itu, pengguna juga boleh mencuba ciri-ciri yang telah kemas kini ini menerusi laman web www.astrogo.com