Wednesday, March 22, 2017

UMRAH 2017 |Hari 2 Madinah – Ziarah Dalam Dan Solat Di Raudhah

Hi Korang,


Sambung lagi citer umrah 2017 yang tak habis ni.

Pagi tuh kitorang bangun awal dalam pukul 4.30pagi sebab first time nak pi solat kat Masjid Nabawi. Just cuci muka dan amik wudhu je sebab sejuk nau nak mandi kan hehehhe.

Kitaorang pi berdua je sebab telupa nak janji dengan diorang tuh. Sekejapan dah sampai yelah 150 meter je dari hotel je Masjid Nabawi ni. Sampai je depan Pintu 25, Mr Big pesan lepas solat jumpa kat gate ni jangan pi memana sebab orang ramai takut tak jumpa nanti. Yelah..

ni waktu sebelum subuh tau dalam pukul dekat 4.50pagi, masjid mulai penuh

ni jalan nak pi ke tempat solat without kid

Bila sampai ke perkarangan pintu Masjid Nabawi yang untuk perempuan punye, ya allah memang rasa nak nangis wei. Memang tak sangka aku boleh jejaki ke sini, ada seminit aku termenung depan pintu tuh. 

Sampai depan pintu besar tuh, ada security pompuan akan check beg. Alah dia check gituh-gituh je yang penting camera tak boleh bawak masuk but handphone boleh ingat tuh. Masuk je luasnya masjid ni, kiri kan ada tong air zam-zam, minum seberapa banyak ko nak kan. Aku terus jalan kedepan sampai je tempat solat women without kid. Masuk je dah penuh dah kawasan tuh, tup-tup aku terpandang satu slot kecik yang just nice untuk aku solat. Hah terus duduk kat situ dan buat solat tahyatul masjid, belajar thru google je malam sebelum tentang apa yang patut di buat ketika menanti waktu solat. 

Masuk je waktu subuh terus solat ikut imam, by the way solat kat Madinah dan Mekah tak de bacaan doa qunut. Setiap hari habis solat fardhu akan ada solat jenazah, memula aku cam blur jugak so duduk je perati then terus aku dapat tangkap yang diorang solat ni solat jenazah. Lepas dari tuh dah pandai dah. Masuk masjid terus solat tahyatul masjid, solat sunat rawatib, then kalau ada free time baca al-quran, then solat fardu dan solat jenazah pas tuh.


Abis je solat, minum seteguk air zam-zam dan terus keluar tunggu kat Pintu 25. Rupanya diorang pun tunggu kat situ gak so takdelah rasa bimbang pun kan.

cantik tak khimar Neelofa kite? 

Terus balik hotel, sarapan then bersiap untuk aktiviti yang pertama iaitu ziarah dalam. Alah dekat-dekat je tak yah naik bas.





Ktorang di bawa melawat di persekitaran Masjid Nabawi ni. Ya allah memang luas betul perkarangan masjid ni.




Kemudian kitaorang di bawa ke Sohaifat Bani Saedah, tempat ni bersebelahan dengan Masjid Nabawi ianya merupakan tempat bermesyuarat sahabat –sahabat nabi untuk berbincang mengenai pertahanan ketika itu. Cantik tempat, taman yang indah penuh dengan pokok-pokok menghijau, sejuak mata memandang. Kemudian di tunjukkan pula Souq iaitu pasar tempat penduduk Madinah berniaga, macam-macam boleh di dapati ke sini pada harga yang murah tapi kena sediakan duit kecil ye.



al quran terbesar di dunia


al quran interaktif

Kami di bawa masuk Muzium Al-Quran. Masyallah pelbagai jenis Al-Quran di pamerkan untuk tatapan umum termasuklah al-quran terbesar di dunia. Lepas tuh, kami dibawa melawat Makam Rasulullah S.A.W dan Perkuburan Baqi. Walaupun kami orang perempuan dapat masuk ke makam, kami memberi salam dari luar sahaja. Menitik lagi air mata aku kan huhuhuhuhu syukur sangat

yang hijau tuh makam rasullah SAW

nak pi sampaikan salam dari kengkawan

tukang cuci di masjid nabawi, canggih kereta dia ek


sebelah kanan ni perkuburan Baqi, kalau kita meninggal di sini so dikuburkan di tempat ni. luas sangat tak boleh nak masuk

Habis sudah ziarah dalam dan bilik hotel untuk berehat sambil tunggu solat Zohor. Setiap kali abis solat, on the way balik ke hotel harus cuci mata kat kiri kanan jalan sebab kedai jual jubah merata-rata tempat rambang mata ooooo. Tapi hari tuh tak shopping lagi sebab survey harga dulu kan..



Pintu 25 yang terdekat nak pi Raudhah

ini semua nak masuk Raudhah ni tau, bayangkan

Malam tuh lepas solat isyak dalam pukul 9 malam cam tuh, kami Jemaah perempuan akan di bawa ke Raudhah oleh Ustazah Ririn (Indonesian). Ustazah ni memang orang kenal kat Madinah ni sebab kerjanya bawak Jemaah ke Raudhah je, maybe dengan pengalaman dan kefasihan dia bercakap dalam Bahasa arab.

Mama dengan Siti tak pi pun sebab Aakif meragam pulak, so aku pi dengan acik-acik yang lain. Sebelum masuk ke Raudhah tuh, Ustazah Ririn memberikan tips cam ner nak masuk ke Raudhah dengan mudah.

Pitstop pertama - betul-betul depan kawasan Raudhah dah ni

Kena ikut urutan ye bukan main redah je,maklum ramai sungguh ni orang. Kita orang-orang Asia ni (Malaysia, Indonesia mostly) ni baik-baik je sopan santun tapi kalau Jemaah lain macam dari Turki, India, Arab diorang main tolak je berebut-rebut nak masuk.

Pitstop kedua - betul-betul tepi jalan nak masuk Raudhah ni, group kitaorang paling last sekali ni.

Sementara tunggu turn tuh, Ustazah Ririn bagi tazkirah sket mengenai adab-adab bila berada di kawasan Raudah sampai Jemaah lain pun terus dengar sekali sebab bagus sangat info yang diberi. Akhirnya 3-4 kali bertukar tempat sampai jugak aku ke karpet hijau tuh. Ya allah kawasannya memang memang memang sangat kecil, lebih kurang saiz bilik tidur kita kat rumah tuh. Tapi manusia yang nak masuk dan bersolat di situ lebih ribu orang. 

Ye berkat doa dan amalan beberapa surah yang di baca semasa menunggu tuh, memang rezeki aku dapat solat di penjuru depan sekali sebelah kanan atas bantuan Ustazah Ririn. Dia memang make sure semua kami 12 orang ni dapat solat di tempat yang mustajab sekali. Tapi azab nak sampai tuh memang mencabar sungguh, dengan orang India pegang kaki ko supaya jangan kedepan, dengan orang Turki solat sampai tak nak keluar dengan orang Indonesia solat se’geng’ (sekali ramai-ramai) dan memacam lagi lah.

nampak tempat mimbar tuh, inilah tempat muazin laungkan azan setiap kali masuk waktu dan ini adalah kawasan solat lelaki dan raudhah di tepi kiri tempat mimbar tuh. Kat situ aku dapat solat, alhamdulillah

Ustazah Ririn pesan once dah sampai kawasan Raudah tuh terus buat solat sunat taubat, solat hajat dan sujud syukur sekali dan memandangkan aku orang terakhir sekali aku dapat buat kesemua solat tuh dengan tenang. Masa sujud tuh memang aku terus mintak apa yang aku nak, abis je solat tuh aku undur kebelakang dan bagi ruang kepada Jemaah lain untuk bersolat di situ. Masa kat sebelah belakang ni aku terus mintak doa berkali-kali, air mata memang tak boleh nak cakap lagi, menitik non-stop sebab memikirkan apa yang aku nak tuh. 


Selesai sudah solat di Raudhah, kami tunggu di pintu keluar kawasan Raudhah ni. Rasa bersyukur sangat dengan rezeki di berikan tadi, suasana di jalan keluar senyap dan sunyi je. Alhamdulillah syukur ya allah, mudah-mudahan apa yang aku pinta dan kengkawan aku pinta tuh termakbul lah hendaknya.

muke lepas nangis tadi masa kat raudhah huahauhaua

nampak pekerja tuh dah nak bukak tirai tuh, untuk solat esok subuh. Ktorang sebenarnya solat di kawasan lelaki tadi

ok team acik-acik rock yang berjalan solat di raudhah pulang ke hotel

Balik hotel Mr Big tak tidur lagi sebab tunggu aku balik. Dia bimbang takut apa-apa jadi kat aku hehehehe alhamdulillah semuanya selamat..

Ini baru hari kedua, ada lagi 10 hari lagi aku nak citer.

So sabar ye hehehhe

Meh baca entry UMRAH 2017 sebelum ni

1. Umrah 2017 | Rezeki Yang Tak Di sangka


Tuesday, March 21, 2017

Makan Chinese Food Di DYNASTY Restaurant, Renaissance Kuala Lumpur Hotel

Hi Korang,

Chinese food ermm payah nak jumpa kalau tak betul-betul cari, especially yang ada ala-ala Cantonese style kan. Nak plak time lunch, nak bawak client melayu pi makan mana pulak nak cari ek

Di sebabkan itu, Dynasty Restaurant di Renaissance Kuala Lumpur Hotel mengambil inisiatif untuk menukar restoran cina kepada restoran pork-free dan proses samakannya berlangsung beberapa minggu sebelum restoran ini di buka kepada para tetamunya. 


Restoran ini diterajui oleh pemenang anugerah Executive Sous Chef Kok Chee Kin yang menawarkan pelbagai jenis hidangan aunthentic Cantonese samaada ala carte menu mahupun hidangan dimsum. 

Para tetamu boleh memilih dari pembuka selera berkonsep barbeku dan panggang termasuklah sup dan makanan laut bersama-sama dengan hidangan ayam dan sayur-sayuran dan boleh dihidangkan didalam claypot yang senantiasa panas.


Kata Chef Kok Chee Kin, "Cantonese cuisine is famously subtle and the cooking techniques are kept simple - steaming, braising or frying and some of the processes that go in a dish are known to be complex. Guests dining at Dynasty will be treated to an interesting array of dishes that is light on the palate while emphasizing on a distinct primary flavour of the main ingredients used."

Diantara hidangan yang menjadi santapan kitaorang hari tuh adalah:-


3 Fried Dim Sum

Pan seared Shanghai dumplings 

Crispy chive biscuit filled with shrimps 

Crispy prawn toast with sesame


3 Steamed Dim Sum 

Steamed buns with custard 
Green dragon chive dumplings
Minced chicken dumplings topped with dried scallops


Appetizer

Deep fried oyster

Barbecue

Barbecued chicken with glazed honey sauce

Seafood Favorites

Baked cod Portuguese style

Poultry

Aromatic duck breast with tea leaf

Beef, Venison & Lamb

Oriental grilled lamb with Mongolian sauce, sauteed greens & diced mango

Claypot 

Poached fish fillet with ginger soup and chili in claypot

Dessert

Sweetened mango puree with sago and pomelo

Ermm semuanya tempting kan, aku masa tulis entry ni pun still terasa-rasa lagi keenakkan kesemua hidangan ni tau hauhauhaua rasa cam nak repeat balik makan kat sini je lagi.

Dengan kapasiti tempat duduk sebanyak 168 dan 3 bilik makan peribadi, Dynasty Restoran ini dibuka setiap hari untuk makan tengahari dari 12.00 tengahari ke 2.30 petang dan makan malam dari 6.30 petang hingga 10.30 mlm. Sarapan pagi Dim Sum dihidangkan dari 9.30 pagi ke 2.30 petang pada hari Ahad dan cuti umum. Dengan 3 bilik makan peribadi, apabila dibuka ianya mempunyai kapasiti tempat duduk untuk 80 orang. 

Ia adalah sebuah tempat yang sempurna untuk perkahwinan yang eksklusif, menyambut hari lahir untuk yang teristimewa, Sambutan Ulang tahunnya yang bagi orang-orang tersayang, perayaan bulan penuh bagi orang-orang baru atau apa-apa perjumpaan.

Jom kita ke:

Dynasty Restaurant,
East Wing Level 1,
RENAISSANCE KUALA LUMPUR HOTEL 
Corner of Jalan Sultan Ismail & Jalan Ampang 
50450 Kuala Lumpur

Tel: 03 2716 9388 


Facebook : www.facebook.com/DynastyKL
Instagram : Dynasty_KL


Ermm selamat menjamu selera semuanye.....



Urutan Pada Harga Berpatutan Kata MAB Shoppe

Hi Korang,


Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) telah pun melancarkan MAB Shoppe yang baru diubahsuai dan dinaiktaraf bagi menawarkan rawatan refleksologi kaki dan urutan badan yang santai dan menyegarkan kepada semua pengunjung di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.

(LtoR) Mr. Charles Chew & Y. M. Tan Sri Dato Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar

Pelancaran MAB Shoppe baharu ini telah disempurnakan oleh Presiden MAB, YM Tan Sri Dato’ Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, yang mengulas bahawa premis yang diperbaharui ini akan menyediakan peluang yang lebih baik bagi golongan kurang upaya penglihatan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan taraf kehidupan mereka, selaras dengan misi Persatuan.

Dari sebuah kedai kecil yang sempit bertempat di tingkat atas pasar raya ini, pusat penjagaan kesihatan dan kelestarian hidup ini telah berubah menjadi lebih besar dan lebih baik, sesuai dengan peningkatan taraf perkhidmatan yang kini ditawarkan oleh MAB. Pelanggan kini boleh bersantai dan menikmati sesi urutan dengan sepenuhnya di ruangan yang lebih luas dan dalam suasana yang lebih mendamaikan.

Charles Chew, Ahli Majlis MAB dan juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Perniagaan MAB yang menyedari betapa pentingnya kepuasan pelanggan turut memberi kepastian bahawa “walaupun tukang urut kami mengalami kecacatan penglihatan, namun mereka akan mengkaji setiap aspek tubuh anda untuk memberikan tahap perkhidmatan yang terbaik.” 

Mr. Charles Chew speaking at the MAB Shoppe opening ceremony

“Walaupun kurang upaya, mereka telah dilatih oleh sebilangan pakar urut yang terkenal di dalam negara, serta pakar-pakar urut dari negara China bagi memberikan kepakaran terapi yang mampu melegakan simpulan serta lenguh di badan dan meredakan ketegangan pada kaki anda,” ujar Chew selanjutnya.

MAB menawarkan 2 jenis urutan. Yang pertama merupakan urutan badan penuh, manakala yang satu lagi merupakan urutan refleksologi kaki dengan kadar harga yang berbeza mengikut tempoh masa urutan.


Lebih separuh daripada pendapatan yang diperolehi akan diberikan kepada tukang urut yang terlatih ini, manakala bakinya dimasukkan ke dalam dana penyelenggaran umum pusat tersebut; ini pasti akan memupuk keyakinan yang lebih tinggi dalam diri pelanggan dengan mengetahui bahawa setiap sen yang mereka belanjakan akan dimanfaatkan sebaik mungkin.

Selain dari perkhidmatan mengurut, MAB Shoppe juga turut menjual barangan kraftangan seperti sabun dan minyak yang dihasilkan sendiri oleh mereka yang cacat penglihatan, dan pengunjung boleh membuat pembelian untuk menyokong aktiviti pembangunan komuniti tersebut. 


Sama ada anda memerlukan urutan untuk melegakan lenguh di badan mahupun meredakan ketegangan di kaki, sila kunjungi MAB Shoppe di NP2K-01, Tingkat P2, Zon C, Mid Valley Megamall. Untuk pertanyaan lanjut atau tempahan sila hubungi 03-2284 6050.


Mengenai Persatuan Orang Buta Malaysia


Ditubuhkan pada tahun 1951, Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) merupakan organisasi sukarelawan bagi orang-orang buta di Malaysia yang membekalkan perkhidmatan bagi membantu orang-orang buta serta menjalankan usaha untuk mencegah kebutaan. MAB menawarkan program-program pendidikan, kursus rehabilitasi, latihan vokasional serta perkhidmatan penempatan. Ia juga mengendalikan perpustakaan Braille, perpustakaan buku “bercakap”, Unit Penerbitan Braille, Pusat Teknologi Informasi, Pusat Sumber serta Unit Produksi dan Jualan.