Monday, March 20, 2017

Makan Dimsum ‘HO HO CHIAK’ Di TUNG YUEN Chinese Restaurant, Grand BlueWave Hotel

Hi Korang,


Masakan Cina adalah satu bahagian penting dalam budaya Cina, termasuklah masakan yang berasal daripada pelbagai Wilayah China, serta dari orang Cina di bahagian-bahagian lain di dunia. Ho Chiak adalah dialek Hokkien secara literal bermakna makanan itu bagus dan lazat. Ianya biasanya digunakan untuk menghuraikan makanan yang lazat di restoran. 


Oleh kerana itu, Grand BlueWave Hotel Shah Alam menawarkan promosi istimewa untuk hidangan masakan mewah cina yang halal diperakui Ho Ho Chiak bagi membolehkan para tetamu mempunyai lebih banyak kepelbagaian dalam pemilihan makanan dengan harga berpatutan di suasana hotel 5-bintang. 



Promosi Ho Ho Chiak ini semata-mata disediakan oleh satu-satunya Chinese Chef, Chef Patrick Ng setiap hari untuk makan tengahari pada 11.30 pagi hingga 2.30 petang dan makan malam pada 6.30 petang hingga 10.30 mlm.


Promosi ‘Ho Ho Chiak’ boleh dinikmati pada kadar minimum 2 orang pada harga RM57.00+ seorang, dihidangkan dengan 10 jenis hidangan steam and fried dimsum , 4 jenis hidangan claypot dan pemanis mulut. 





Kepelbagaian dimsum ini terdiri daripada Chicken Dumpling, Fresh Prawn Crystal Dumpling, Golden Ocean Leaf Dumpling, Phoenix Eye Dumpling, Steam Seafood Dumpling with Crab Roll, Steam BBQ Chicken Bun, Deep Fried Yam Ball, Deep Fried Vietnamese Spring Roll, Pan Fried Shanghai Gua Tie dan Steam Glutinous Rice with Chicken and Mushroom (Loh Mai Kai).

Fried Rice with Crab Meat

Braised Sliced Top Shell Abalone with Seasonal Vegetable

Stir Fried Szechuan Style Fish Fillet

Baked Cheese Prawn

Eh bukan itu je, ada lagi hidangan claypot seperti Stir Fried Szechuan Style Fish Fillet, Braised Sliced Top Shell Abalone with Seasonal Vegetable , Baked Cheese Prawn with Mantao dan Fried Rice with Crab Meat. Kemudiannya di sudahi dengan pemanis mulut Chilled Longan with Sea Coconut yang sangat menyegarkan.

Chilled Longan with Sea Coconut

So apa lagi, lekas buat tempahan awal ye di Tung Yuen Restaurant ext. 8811 03-5511 2616 atau Jabatan Telemarketing ext. 2724. Semua harga adalah tertakluk hanya kepada 6% GST. 


HALAL ke Dim Sum ? 
Of courselah HALAL sebab di Hotel Grand Bluewave semua makanannya adalah HALAL.


Ini hah alamatnya:-

Restoran Tung Yuen,
Hotel Grand Bluewave 
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14
40000 – Shah Alam, 
Selangor Darul Ehsan.

Phone: 03- 5511 8811 ext.2616



Selamat menjamu selera semuanye....





LAZADA 5th BIRTHDAY Surprise Box 2017

Hi Korang,


Tau tak korang yang Lazada's 5th Birthday Surprise Sale akan berlangsung pada 22 - 24 Mac 2017. Giler tuh online sales kan, haruslah aku tak akan lepaskan peluang.


Dah 5 tahun rupanya wujudnya LAZADA ni ek, pejam celik pejam celik tup-tup dah lama kan. Kiranya dah banyak jugak aku laburkan wang kat website ni yelah perempuan dan shopping memang tak dapat nak dipisahkan hehehe

tengok QAQC aku tengah check barang..

La nak shopping online pun tak tau ke? Ishkk korang ni jangan nak bagi malu anak negeri ye huahauhauahua

Jap aku share kan cara-cara nak shopping sempena Lazada's 5th Birthday Surprise Sale pada 22 - 24 Mac 2017 :-

1. Klik website LAZADA

2. Pilih barang yang hendak di beli.

3. Proses ke payment (Nilai diskaun tu, kita akan dapat setelah siap pilih barang dan nak proses ke pembayaran)

Selamat membeli belah ye korang, beli item yang banyak diskaun tau hehehe

Aku, tak shopping?

Korang dah kenapa kan

Lazada Malaysia
Nak korang klik kat gambar ni, terus direct ke LAZADA website

Nampak ni

LAZADA SURPRISE BOX DAH SAMPAI, 
Sempena Lazada's 5th Birthday Surprise Sale pada 22 - 24 Mac 2017

Ye aku tunjukkan lah pada korang ni sabar sabar sabarrrr

GooN Friend Pants Super Jumbo Pampers [ XXL and M Size] 



Philips Avent Breast Care Essentials Pack SCF257/00 



Wah ni memang betul-betul surprise!!!

Rumah aku ni mane ada baby, tapi di berinya barangan baby tak per tak per mane tau ada rezeki nak dapat baby tak lama lagi agaknya..

So bersyukur lah…

Terima kasih Lazada. You really make my day!

Dah dah tuh, jangan lupa

Save the date

22-24 March 2017

tentunya di LAZADA

Oh ye, HAPPY 5th BIRTHDAY LAZADA!!!

Sunday, March 19, 2017

Barangan NESTLÉ Kini Di PLATFORM SHOPEE

Hi Korang,


Shopee, pasaran social mudah alih No 1 di rantau Asia Tenggara dan Taiwan telah dipilih oleh Nestlé Malaysia sebagai rakan beli-belah atas talian terbaharu. Menerusi usahasama ini, Nestlé mensasarkan jualan berjumlah RM1 juta dengan menawarkan produk makanan dan minuman secara ‘bundle’ bawah 14 jenama terkemuka. 


Ini merupakan sebahagian promosi pra-kempen Nestlé pada bulan April iaitu “Wellness-Together-Gather”. Kempen Wellness Together-Gather yang berlangsung pada bulan Oktober 2016 merupakan kempen pelbagai jenama bagi produk nutrisi, kesihatan dan kesejahteraan di terbesar di Malaysia dan menjadi kempen e-dagang terbesar bagi kategori barangan runcit harian. Nestlé Malaysia menjangkakan jualbeli menerusi e-dagang akan mencecah RM500 juta dalam masa terdekat. 


“Nestlé adalah salah satu jenama kegemaran ramai yang dekat di hati kita, dari kelahiran hingga dewasa. Kami mahu pengguna menikmati produk Nestlé kegemaran mereka apabila menukarkan tabiat membeli tradisional di kedai pada pembelian atas talian untuk kemudahan mereka,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 

Menurut Joshua Zhu, Ketua E-Dagang, Nestlé Malaysia, “Saluran e-dagang merupakan salah satu enjin pertumbuhan yang terbaik di Nestlé Malaysia. Pengalaman membeli-belah di Shopee yang unik menjadikannya platform yang luar biasa bagi usahasama ini. Kami yakin, kami akan menempa standard baharu bersama!


Bagi meraikan usahasama antara Shopee dan Nestlé, pengguna boleh menikmati potongan harga pada masa yang terhad selagi stok masih ada menerusi Flash Deals untuk produk berikut (Terhad pada 300 unit bagi setiap ‘bundle’):

1. NESTLÉ OMEGA PLUS Adult Milk Powder 1kg – Beli 3 paket pada RM90

2. NESTLÉ OMEGA PLUS Adult Milk Powder 1kg – Beli 1 paket pada RM39.90 dan dapatkan 1 paket NESTUM 3in1 Original (15 bungkus) PERCUMA 

3. Memperkenalkan NESCAFÉ Mountain Wash dalam tin (12 bungkus) 
– Baharu di Shopee Malaysia hanya pada RM12.90!

[Tertakluk pada terma & syarat]

Selain Flash Deals yang dijadualkan berlangsung atas platform Shopee bermula pukul 12.00 tengah hari, rakyat Malaysia akan bergembira kerana Shopee menawarkan jualan murah sehingga potongan 40% bagi produk Nestlé lain seperti MILO, NESCAFÉ, MAGGI, NESTUM dan LACTO-KID. Shopee yang terkenal dengan penghantaran PERCUMA ke seluruh negara juga menawarkan perkhidmatan tersebut bagi pembelian melebihi RM25 dalam satu transaksi dan produk tersebut akan dihantarkan terus ke rumah pengguna secara PERCUMA. Nikmati potongan harga tambahan with dengan kod baucar: NESTLE10 (Tertakluk pada terma & syarat).


Kempen Shopee X Nestlé ini merupakan satu titik permulaan. Pengguna Shopee yang menggemari produk Nestlé boleh terus menikmati pembelian dengan potongan harga pada masa akan dating. Pada bulan Mac 2017, Shopee telah merekodkan Nilai Barang Dagangan (Gross Merchandise Value, GMV) tahunan berjumlah USD 2.5 bilion dengan jumlan produk tersenarai melebihi 100 juta unit di rantau ini. Walaupun masih muda berbanding platform e-dagang yang lain di pasaran, Shopee telah melangkaui jumlah 30 juta muat turun di tujuh (7) negara, dengan Malaysia menyumbang 2 juta muat turun. Shopee juga mempunyai lebih 2 juta pengikut media social di rantau ini yang aktif berinteraksi dalam aplikasi tersebut. 

Aplikasi Shopee boleh dimut turun secara PERCUMA di App store dan Google Play. Layari www.shopee.com.my untuk maklumat lanjut.