Thursday, March 16, 2017

Siri Jelajah SifuFBads 2017, Bagus Untuk Membantu Para Peniaga Di Luar Sana

Hi Korang, 

Sesuatu yang menarik aku nak kongsikan kepada korang ni ek terutamanya mereka yang mempunyai business secara kecil-kecilan mahupun besar-besaran 

78% PEMILIK BISNES BERISIKO UNTUK "GULUNG TIKAR" JIKA TIDAK ONLINE-KAN BISNES PADA 2017 

Takut pulak baca ayat kat atas tu ek, ini boleh merugikan kita ye.. 


Dunia internet kini tiada batasan yang boleh dimanfaat namun malangnya hampir 80 peratus pemilik bisnes tidak memanfaatkan sepenuhnya teknologi hari ini terutama platform Facebook untuk mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Angka ini ditemui oleh pasukan SifuFBads Sdn Bhd selepas kajian dilakukan sepanjang tempoh 2015 hingga 2016. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SifuFBads Sdn Bhd, Mohd Effandy Saadon, pelbagai peluang muncul di dalam bisnes internet dan menjanjikan pulangan yang besar sekiranya bijak menggunakan kemudahan teknologi sekarang. 


"Facebook adalah salah satu platform terbaik untuk peniaga memberitahu kewujudan produk atau servis mereka kepada bakal pembeli. Sayangnya ramai dalam kalangan mereka yang gagal menggunakan Facebook sebagai medan perniagaan. 

"Alhamdulillah, setakat ini kami di SifuFBads telah melahirkan ramai alumni yang berjaya dalam perniagaan dan membina jenama di pasaran tempatan seperti De'Xandra, Marshmallowscarf, Caryazara, Mamadil dan banyak lagi. Mereka juga seperti kebanyakan usahawan lain yang bermula dari kecil sehingga menjadi jenama gergasi di dalam perniagaan internet," kata Mohd Effandy di dalam sidang media Siri Jelajah SifuFBads 2017, hari ini.


"Siri Jelajah FBads 2017 antara usaha kami untuk menyampai di samping berkongsi ilmu tentang pengiklanan Facebook kepada_seramai mungkin mereka yang berada .di luar Kuala Lumpur seperti mana di Johor Bahru pada 18 Februari dan Kota Bharu pada 11 Mac lalu. 

"Alhamdulillah sambutannya sangat menggalakkan dan berdasarkan sambutan itu, nampaknya kami terpaksa mempertimbangkan sekali lagi untuk mengadakan seminar di kedua-dua bandar itu untuk memberi peluang kepada mereka yang terlepas," katanya. 

Siri Jelajah SifuFBads 2017 akan diteruskan di Pulau Pinang pada 22 April, Kuala Lumpur (29 April), Shah Alam (6 Mei) serta Kota Kinabalu, Kuantan dan lpoh yang masih belum mempunyai tarikh tetap.


Setiap peserta akan diberikan sebuah buku secara percuma bertajuk 7 Steps FB Ads For Business Owner yang ditulis sendiri oleh pihak Sifufbads. Buku ini akan diedarkan secara percuma kepada mereka yang berminat dengan hanya mendaftar di www.sifufbads.com/7step.

Siri jelajah ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada bakal usahawan dan usahawan supaya menggunakan platform Facebook sebagai medium pemasaran dengan cara lebih bijak dan berilmu kerana media sosial ini sangat bermanfaat untuk mengembangkan bisnes mereka. Pendedahan oleh pasukan SifuFBads ini adalah antara cabang ilmu terbaik untuk para usahawan.


"Biar modal anda menimbun setinggi Gunung Fuji tetapi tanpa ilmu perniagaan anda mungkin akan menjurus kepada kerugian. Seperti juga ilmu pengiklanan Facebook, anda perlu berhati-hati memilihnya kerana ia sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Perubahannya sangat pantas, jadi pastikan setiap iklan yang anda lakukan tidak sia-sia dan sampai kepada audien sasaran. Di sinilah pentingnya pembelajaran untuk mendapatkan ilmu itu. 

"llmu akan membuatkan anda yakin untuk terus berada di dalam lapangan perniagaan. Keyakinan akan membawa anda pergi lebih jauh untuk mencapai matlamat dan menguatkan lagi tindakan mengejar kejayaan. Saya yakin, anda boleh menjadi usahawan hebat dengan adanya ilmu, tindakan dan mentor yang sentiasa memberi bimbingan," kata Mohd Effandy. 

Tentang SifuFBads Sdn Bhd 



Sifufbads Sdn Bhd yang diasaskan oleh Jamaluddin Bahari atau lebih dikenali sebagi Sifu Jamal merupakan sebuah syarikat penyedia latihan konsultasi dan bimbingan kepada usahawan khususnya dalam bidang pemasaran online yang menggunakan platform "Facebook". Mula bergerak aktif secara online, Sifufbads telah banyak beke asama dengan syarikat korporat, sektor swasta, kerajaan dan juga badan-badan berkanun sebagai penyedia latihan untuk pemasaran secara online. 

Terkini MDEC, FAMA, Vida Beauty dan Kumpulan Media Karangkraf telah memeterai perjanjian bersama Sifufbads untuk melatih para usahawan di bawah naungan mereka. Sifufbads juga telah berjaya melahirkan ramai usahawan berjaya yang semakin ligat membina nama seperti pengasas jenama De'Xandra, Mamadil, Caryazara dan Marshmallowscarf juga menggunakan khidmat nasihat dari Sifufbads dalam perniagaan online.

Misi SifuFBads adalah melahirkan jurulatih berkelayakan untuk ditempatkan di seluruh Asia Tenggara di samping menyediakan modul-modul pembelajaran yang dikemaskinikan dari semasa ke semasa, diuji berkesan dan mudah difahami.line mereka.

Tahun 2017 merupakan tahun untuk Sifufbads mengorak langkah drastik selepas kejayaan demi kejayaan yang dilakar melalui dalam talian. Sifufbads yang terkenal dengan penganjuran Grand Seminar yang rata-ratanya dihadiri seramai 1,500 hingga 2,000 penyertaan yang hanya diadakan di Kuala Lumpur kini bakal menerjah ke bandar-bandar utama di Malaysia.

Sehubungan ltu, Sifufbads juga telah menghasilkan buku "7 Steps FB Ads For Business Owner'' sebagai satu usaha bagi membantu para usahawan dalam memahami apa itu perniagaan online secara ringkas dan seterusnya dapat membantu mereka untuk memulakan perniagaan online melalui 7 langkah mudah.


TOP Lancarkan Rangkaian Revolusi TOP Micro-Clean Tech Dengan Anti-Sebum

Hi Korang,

TOP sedang merevolusikan industri detergen Malaysia dengan pengenalan teknologi terkininya Micro-Clean Tech™. Berbekalkan slogan ‘Belum Bersih Sehingga Mikro Bersih’, jenama tersebut mendorong para pengguna untuk mencapai tahap cucian yang seterusnya dengan menggunakan teknologi pencuci Anti-Sebum.


TOP Micro-Clean Tech™ merupakan satu formula canggih yang dimajukan oleh Lion Corp Japan. Ia telah berjaya mencuci kesan kotoran harian yang biasa sejak dilancarkan. Bagaimanapun, selain mencuci kotoran berkenaan, inovasi melalui Kajian dan Pembangunan juga mampu menangani kotoran tersembunyi yang tidak kelihatan dengan mata kasar tetapi mampu menghampakan harapan kita untuk mendapatkan pakaian yang benar-benar bersih.

Hari ini TOP mengambil satu cabaran hebat baharu, iaitu menangani kotoran tersembunyi yang memberi kesan kepada pakaian yang disebabkan oleh sebum atau minyak badan yang dikeluarkan secara semulajadi oleh tubuh terutamanya dalam cuaca yang lembap dan panas.


Sebum sering terperangkap jauh ke dalam teras fabrik dan gagal dicuci dengan berkesan oleh pencuci biasa sehingga menyebabkan pakaian putih menjadi kekuningan dan memudarkan warna pakaian berwarna.

Sebum yang terperangkap ini juga merupakan nutrisi kepada bakteria yang boleh menyebabkan pakaian berbau busuk selepas dicuci terutamanya pada pakaian yang kerap digunakan untuk aktiviti luar.

Hasilnya ialah pakaian yang lebih bersih untuk gaya hidup yang lebih bahagia dan sihat.

Teknologi Micro-Clean Tech™ dengan rangakaian Anti-Sebum melingkungi semua fungsi yang dimasyhurkan oleh TOP termasuk anti-bau, anti-hama debu, anti-bakteria dan teknologi wangian FreshCare™ bagi kesegaran berpanjangan sehingga 30 hari selepas pembasuhan.

Menurut Pengurus Pemasaran Kanan Bahagian Penjagaan Fabrik, Southern Lion Sdn Bhd, Cik Carmen Foo, inovasi TOP Micro-Clean Tech™ menawarkan tahap cucian bersih yang seterusnya dan gaya hidup yang lebih menggembirakan untuk masa depan yang lebih baik.


Sebagai sebahagian daripada pelancaran ini, TOP memberikan kembali kepada komuniti melalui Kempen ‘Pass It On’ agar lebih ramai pengguna dapat menikmati kebaikan teknologi baru ini.

Kempen Komuniti TOP ‘Pass It On’ ini mengenengahkan keupayaan teknologi terbaharu ini - menghidupkan, menyegarkan dan memperbaharui pakaian. Kempen ini berasaskan premis bahawa semua orang layak mendapatkan pakaian yang telah dimikro bersih untuk gaya hidup yang lebih bersih, ceria dan menyihatkan. Inilah cara kempen ini membantu komuniti secara besar-besaran.


Kempen Komuniti TOP ‘Pass It On’ dilancarkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berusaha Dr Waitchalla Suppiah di pusat beli Belah 1Utama hari ini.

Beliau memuji TOP atas usahanya membina sebuah platform untuk membolehkan komuniti membantu dan memperkasakan ahli-ahlinya, dengan teras pemeliharaan alam sekitar yang kukuh melalui penekanan terhadap kitar semula; dalam masa sama mempromosikan kepentingan gaya hidup yang lebih bersih, ceria dan menyihatkan.

Kempen Komuniti TOP ‘Pass It On’ ini mempunyai empat langkah yang menyaksikan TOP mengumpul dan mengasingkan pakaian terpakai yang disumbangkan oleh orang ramai; dicuci secara profesional menggunakan TOP Micro-Clean Tech™ untuk menyegar dan menghidupkannya kembali sebelum digosok dan dibungkus. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kemudiannya akan menghadiahkan pakaian pakaian itu kepada mereka yang memerlukan.

"Kempen Komuniti TOP ‘Pass It On’ ini amat seiring dengan falsafah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat dan selaras dengan cara kami membantu rakyat. Kementerian beriltizam untuk menggunapakai dan melaksanakan kebajikan produktif bagi memecahkan kitaran kemiskinan melalui penciptaan mereka yang mampu diri; membantu mereka dengan peralatan dan mesin atau memberi bantuan kewangan yang diperlukan untuk berjaya. Kini, kami boleh menambah pakaian terpakai di dalam senarai bantuan yang boleh dikongsikan dengan mereka," kata beliau.


"Kempen ini ialah mengenai perkongsian memori dan pengalaman. Kami memuji TOP kerana membangunkan kaedah yang bermakna dan praktikal untuk membantu mereka yang mempunyai dan mereka yang memerlukan. Di masa yang sama, membantu mengurangkan bahan buangan persekitaran dalam bentuk tekstil dan pakaian yang masih boleh digunakan tetapi dibuang di tempat pembuangan sampah. Sumbangan seperti ini tidak dapat dinilaikan dengan wang ringgit kerana nilainya datang dalam bentuk emosi dan psikologi yang mana ia membantu untuk membina keyakinan diri dan memberikan mereka yang memerlukan pakaian yang boleh membantu mereka mencapai potensi diri. TOP telah memberikan satu program mampan yang melibatkan komuniti di seluruh negara bagi membantu mereka yang memerlukan. Saya amat menyokong program-program seperti Kempen Komuniti TOP ‘Pass It On’ ini kerana ia mengambil pendekatan 360 darjah melalui kerjasama swasta dan awam," tambah beliau.

"Begitu banyak pakaian kita yang tidak digunakan dan terbuang kerana perubahan tubuh badan dan gaya hidup. TOP Micro-Clean Tech™ boleh menghidupkan dan menyegarkan kembali pakaian terpakai ini sebelum ia diberikan kepada orang lain. Kempen Komuniti TOP ‘Pass It On’ merupakan platform yang membolehkan komuniti membantu ahli-ahli mereka dengan memberikan mereka peluang untuk menyumbangkan pakaian terpakai yang akan kami cuci dengan TOP Micro-Clean Tech™ sebelum mengedarkannya kepada yang memerlukan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat," tambah Cik Carmen pula.


Ahli komuniti dan individu digalakkan untuk berkongsi pengalaman mereka di pautan www.toppassion.my. Mereka juga boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai kempen ini dan lokasi ia dijalankan.

"Kempen Komuniti TOP ‘Pass It On’ menawarkan kebolehan teknologi kami iaitu menghidupkan, menyegarkan dan memperbaharui pakaian dan ia juga dapat menangani isu yang lebih besar iaitu membantu dan memperkasakan komuniti dengan pakaian terpakai yang dicuci secara mikro bersih yang bersesuaian dengan keperluan harian ataupun sebarang keperluan khas," jelas Cik Carmen.

Teknologi TOP Micro-Clean Tech™ boleh didapati di premis-premis peruncitan di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut sila lawati pautan http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-0133.

Wednesday, March 15, 2017

Shelled Out Di Palm Garden Hotel

Hi Korang,


Ek aku memang tak habis-habis citer pasal makan sedap ni ek. 

Lebih-lebih lagi yang style ala-ala Shell Out ni, yelah nak masak sendiri banyak belanja dan banyak kerja nak buat so sudahnya pi makan kat kedai jelah. Ada beberapa tempat yang aku dah cuba menu Shell Out ni so pelbagai rasa ada semuanya lain di antara sama lain. 

Kali ni aku nak mencuba makan Shelled Out di Palm Garden Hotel.


La sekangkang kera je dari rumah, ni baru je dapat tau ada special ni. Sebenarnya Palm Cafe ni baru je di ubahsuai so diorang letak sekali ‘live’ cooking counter jugak. Inilah masanya untuk diorang cuba menu ni masak di depan guest. 

Nak order cam ne ?

Ishk pi je depan ‘LIVE’ cooking kaunter then order lah.






Tapi sebelum tuh pilihlah nak makan seafood apa, ada pilihan ketam, kerang, udang, lokan, kupang, lala dan tiram. Kemudian ada pilihan sayur yang ranggup seperti lada benggala, bawang, lobak merah, cendawan dan sebagainya. Lepas tu bagi tau Chef nak sos apa, ada jenis-jenis sos iaitu Black Pepper, Chinese Spicy Sauce atau Sos Sambal. 


Tengok Chef ni masak ermm sungguh-sungguh menyelerakan tekak aku yang tengah lapar time tuh hehehehe


Bagi melengkapkan hidangan Shelled Out ni, ada jugak hidangan buffet lain yang bakal menambah selera korang seperti hidangan pembuka selera, menu utama dan pencuci mulut yang enak dan manisss





Aku haruslah mencuba semuanya kan walaupun perut tak besar mane hehehehehhe

Tengok deko cafe ni ek




Promosi Shelled Out ni boleh di dapati setiap hari pada waktu makan tengahari (pada Isnin-Jumaat) dan makan malam (Ahad hingga Khamis) pada harga RM78.00 nett (lunch) dan RM90.00 nett (dinner)

So apa lagi, mari kita reramai cuba di


Palm Cafe
Palm Garden Hotel
(Resort Villa Golf Course Development Sdn Bhd)
IOI Resort City
62502 Putrajaya

Tel: 603 8943 2233
Fax: 603 8943 1122


Ok Selamat Menjamu Selera semuanya… agak-agak kalau aku ajak pi makan korang nak ikut tak ? hehehehehe....