Wednesday, March 15, 2017

Shelled Out Di Palm Garden Hotel

Hi Korang,


Ek aku memang tak habis-habis citer pasal makan sedap ni ek. 

Lebih-lebih lagi yang style ala-ala Shell Out ni, yelah nak masak sendiri banyak belanja dan banyak kerja nak buat so sudahnya pi makan kat kedai jelah. Ada beberapa tempat yang aku dah cuba menu Shell Out ni so pelbagai rasa ada semuanya lain di antara sama lain. 

Kali ni aku nak mencuba makan Shelled Out di Palm Garden Hotel.


La sekangkang kera je dari rumah, ni baru je dapat tau ada special ni. Sebenarnya Palm Cafe ni baru je di ubahsuai so diorang letak sekali ‘live’ cooking counter jugak. Inilah masanya untuk diorang cuba menu ni masak di depan guest. 

Nak order cam ne ?

Ishk pi je depan ‘LIVE’ cooking kaunter then order lah.






Tapi sebelum tuh pilihlah nak makan seafood apa, ada pilihan ketam, kerang, udang, lokan, kupang, lala dan tiram. Kemudian ada pilihan sayur yang ranggup seperti lada benggala, bawang, lobak merah, cendawan dan sebagainya. Lepas tu bagi tau Chef nak sos apa, ada jenis-jenis sos iaitu Black Pepper, Chinese Spicy Sauce atau Sos Sambal. 


Tengok Chef ni masak ermm sungguh-sungguh menyelerakan tekak aku yang tengah lapar time tuh hehehehe


Bagi melengkapkan hidangan Shelled Out ni, ada jugak hidangan buffet lain yang bakal menambah selera korang seperti hidangan pembuka selera, menu utama dan pencuci mulut yang enak dan manisss





Aku haruslah mencuba semuanya kan walaupun perut tak besar mane hehehehehhe

Tengok deko cafe ni ek




Promosi Shelled Out ni boleh di dapati setiap hari pada waktu makan tengahari (pada Isnin-Jumaat) dan makan malam (Ahad hingga Khamis) pada harga RM78.00 nett (lunch) dan RM90.00 nett (dinner)

So apa lagi, mari kita reramai cuba di


Palm Cafe
Palm Garden Hotel
(Resort Villa Golf Course Development Sdn Bhd)
IOI Resort City
62502 Putrajaya

Tel: 603 8943 2233
Fax: 603 8943 1122


Ok Selamat Menjamu Selera semuanya… agak-agak kalau aku ajak pi makan korang nak ikut tak ? hehehehehe....





Sedekad Bersama Bio-Oil

Hi Korang,

Diperkenalkan di Malaysia sejak 10 tahun yang lalu, Bio-Oil telah mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama pilihan penjagaan kulit yang memiliki kepakaran untuk mengatasi pelbagai jenis masalah kulit seperti parut, kesan regangan kulit semasa kehamilan dan kulit tidak sekata serta penuaan dan kulit kering.



Keberkesanan Bio-Oil yang telah memenangi pelbagai anugerah ini telah melonjakkan kedudukannya selaku produk parut dan regangan kulit No. 1 di Malaysia, kedudukan sama yang turut diraih oleh 23 buah negara lain yang juga menjual Bio-Oil.

“Kulit merupakan anggota yang amat terdedah kepada pelbagai perubahan sepanjang perjalanan hidup kita, tidak kira sama ada ianya kesan parut kecil dari kecederaan dari zaman kanak-kanak, parut jerawat ketika zaman remaja, kesan regangan kulit semasa kehamilan, kulit tidak sekata mahupun pigmentasi yang disebabkan oleh faktor-faktor persekitaran mahupun hormon atau sekadar mengalami kesan penuaan dan kulit kering. Setelah sekian lama, Bio-Oil yang terbukti secara klinikal telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia menangani masalah-masalah kulit yang mereka alami,” kata Pengurus Bahagian Bio-Oil Malaysia dan Singapura, Ms. Low Hooi Wan.

(LtoR) Low Hooi Wan, Dr. Nazirin Ariffin & Stephanie Ng


Menerusi satu ujian klinikal yang dijalankan di proDERM Institute for Applied Dermatological Research Hamburg, Jerman, sejumlah 92% subjek melaporkan kesan parut semakin pudar selepas lapan minggu; manakala 100% subjek melaporkan pengurangan kesan regangan kulit, lama dan baru, dalam tempoh waktu yang sama.  

“Kulit merupakan organ terbesar dan paling terdedah pada tubuh seorang manusia, sebarang kecacatan pada kulit boleh menjejaskan keyakinan diri terutama jika ianya jelas dilihat orang ramai.  Bio-Oil memahami kesan psikologi yang dialami dan mensasarkan untuk memberi jalan penyelesaian yang mampu mengembalikan keyakinan diri melalui kulit yang sihat berseri,” ujar Ms Low selanjutnya.

Dr. Nazirin Ariffin, Pakar Perunding Residen Dermatologi di Hospital Pantai Kuala Lumpur turut berkongsi pengetahuan beliau mengenai bagaimana keyakinan diri seseorang boleh terjejas akibat dari keadaan kulit yang tidak sempurna.  Dalam pembentangan beliau berjudul “Be Skin Confident Through The Decades”, beliau mengulas mengenai penggunaan minyak topikal sebagai bahan rawatan yang berupaya menangani pelbagai masalah kulit yang dialami seseorang sepanjang kehidupannya.

Stephanie Ng sharing product benefits with her audience


Sesuai untuk kulit sensitif, Bio-Oil dirumus secara unik daripada 7 bahan – ekstrak tumbuhan seperti Kalendula, Lavender, Rosemary dan Kamomil serta Vitamin A & E, dan bahan unggul PurCellin Oil™, yang membantu kulit menyerap khasiat dengan cepat agar kulit sentiasa halus dan lembut tanpa kesan melekit.

Sebuah laman web baharu - www.myskinconfidence.com - juga turut dilancarkan bagi membolehkan rakyat Malaysia mendapat akses mudah kepada pelbagai maklumat serta aktiviti terkini dari Bio-Oil.


(LtoR) Dr. Nazirin Ariffin, Low Hooi Wan, Dr. Nazirin Ariffin & Stephanie Ng cutting the Bio-Oil 10th Anniversary cake together


Bio-Oil boleh diperolehi dalam 3 saiz berbeza, botol 60ml yang mudah dibawa kemana-mana (RM34.95), botol ekonomi bersaiz 125ml (RM58.25) dan botol 200ml (RM79.45).  Bio-Oil kini dijual di semua rangkaian farmasi serta kedai penjagaan diri terkemuka di seluruh negara.

Sempena ulang tahun ke-10 Bio-Oil, para pengguna boleh menikmati penjimatan istimewa sebanyak RM10 bagi pembelian Bio-Oil 60ml pada harga promosi RM24.95.  Dapatkan Bio-Oil di semua rangkaian farmasi serta kedai penjagaan diri yang mengambil bahagian di seluruh negara, tawaran akan tamat pada 31hb Mac 2017.


Tahukah anda? Sebagai pemenang yang sehingga kini merangkul sejumlah 332 anugerah penjagaan kulit dari seluruh dunia, Bio-Oil turut digunakan oleh selebriti terkenal seperti Kate Middleton, Kim dan Khloe Kardashian, Victoria Beckham, Mel B dan Sienna Miller yang telah menggunakan Bio-Oil untuk menangani pelbagai jenis masalah kulit.


#mybiooilis10

#biooilmy

Tuesday, March 14, 2017

UMRAH 2017 | Hari 1 Kuala Lumpur - Madinah (Flight 8 Jam)

Hi Korang,


Hari yang di nanti kan pun tiba!!

Berdebar-debar rasanya. Malam sebelumnya tuh, lepas kemas beg terus seal sekali. Malas nak fikir apa yang bawak or tidak. Kalau tertinggal then tertinggal la ek.


Pagi tuh, kitaorang sempat bersarapan di kedai nasi lemak bawah pokok. Sebab tokeh kedai tuh kawan Mr Big so senantiasalah ada meja special untuk kitorang. Masa nak balik tuh, baru Mr Big bagitau pada tokeh kedai tuh yang kitaorang nak pi umrah hari ni. Terkejut beruk dia, maklumlah tak de khabar berita alih-alih nak pi je kan. 

Sampai rumah, bersiap apa yang patut. Uban kitaorang dah hantar boarding untuk 2 minggu. Sedih je bila kena tinggal langsung tak nak pandang muka aku, merajuk betul tuh Huhuhuhuhu. Off segala elektrik, wifi off, mesin air off, plug kat area dapur semua off. 

Abang teksi sampai sharp pukul 10 pagi, dia pun terkejut bila kitaorang cakap nak fly pi umrah. Memang ramai yang tak sangka lah.

mr Big cakap, muka aku cam mualaf baru masuk islam cisss

baru terhegeh-hegeh anto mesej kan

Actually hanya close friends dan family rapat aku je yang tau aku nak pi umrah ni, so nak bagi fair pada semua orang. Aku bagitau je kat facebook dan Whatsapp, ya ampun berderu-deru notification masuk, coz ramai yang tak sangka tentang pemergian kitorang ni. Ada tuh siap call on the spot untuk confirmkan aku ni memain atau tidak hehehhee.



Lepas check in bag, kitaorang lepak makan kat Mc Donalds coz ada briefing kul 1.00 petang kat tepi tuh. Masa briefing tuh, macam-macam petugas Wira Saujana bagitau apa yang patut dibuat atau tidak, cara bila kaunter imigresen Madinah, kat mana nak tunggu di airport Madinah dan pelbagai lagi.



Bab sedih pun bermula sebab nak tinggalkan family members kan, nasib baik mak aku tak datang so ini kira sebelah family Mr Big je yang datang ni. Lepas bersalaman dengan diaorang, kitaorang masuk ke International Departures untuk ke Satelit Building.




Solat Zuhur Jamak Takdim dan Qasar dulu then berlarian ke sana sebab kitaorang paling last sekali masuk Saudia flight tuh sampai kena panggil hehehe memacam dugaan sungguhlah.


Flight 8 jam.

Nasib baik kitaorang duduk dekat-dekat so boleh borak-borak kan. Mr Big bantai layan movie je, lepas makan dia tidur then bangun layan movie balik. Untuk first timer macam aku flight lama ni mulakan rasa boring. Paling lama aku duduk dalam flight pun 3 jam je, ni 8 jam wei.

bantai tengok movie

makan time yang pertama

Si Aakif buat flight ni macam rumah dia, kedepan ke belakang dia berjalan mengacau orang tapi stewardess baik-baik belaka senantiasa membantu kitaorang ni yelah diaorang pun boring jugak rasanya.


Sampai je ke Prince Mohamad B. Abdul Aziz Airport kat Madinah tuh dalam pukul 7 malam waktu Arab, so lebih pukul 12tghmalam waktu Malaysia beza 5 jam je. Nampak macam airport baru, bersih, kosong dan still ada renovation lagi.




Biasalah mana immigresen mesti akan lambat tapi tak selambat di Madinah ye. Petugasnya suka take their on own sweet time. Slowly je buat kerja, so time inilah kita kena sabar dengan kerenah diaorang ni. Tapi tak delah lama pun, dalam 30-40 minit semua jemaah Wira Saujana dapat lepas immgresen kaunter tuh. Collect bag masing-masing dan tunggu sampai mutawif dan bas sampai.


Satu lagi dugaan tiba, bas yang kitaorang tunggu tuh mengalami masalah pulak. Bukan bas masalah tapi driver yang bermasalah sampai tak boleh bawak bas so kena tunggu lagi sampai driver yang baru sampai. Sabar ye, oh ye keluar je dari airport Madinah ni kemain sejuk betul 9 celcius ye. 

Sempat beli simkad di airport, kita kena siapkan passport dan duit SAR80 riyal untuk 5gb internet. Kira oklah tuh, apa lagi terus IG stories sket.


Bas sampai yeeee

Lepas 30 minit, sampailah kitaorang di Bandar Madinah.

Menitis air mata aku ye sebab tak sangka dapat jejakkan kaki ke Tanah Suci Allah ini. Bila Mutawif bagitau depan tuh Masjid Nabawi lagi menitis air mata aku tau, memang terus rasa tak sabar nak ke sana. 

Kitaorang menginap di Rove Hotel, dulu dikenali dengan nama Holiday Villa Madinah. Ya ampun rupanya dekat benau dengan Pintu 25 Masjib Nabawi 120 meter je tau, nampak orang jalan kaki pi solat masuk ke pintu masjid yang tuh. 

Sampai hotel, kitaorang makan dulu. Ermm lauk orang arab ye so bertabahlah. Makan je macam biasa tak de apa yang pelik pun, cuma rasa lain sket lah sebab rempah yang digunakan tak sama. Lepas makan baru naik ke bilik. Ktorang bilik berdua so selesa sket lah, hotel ni semua guna panel kat dinding tu ye touch screen bagai.


Mandi, rehat dan tidur awal pesan Mr Big sebab esok kitorang solat subuh di Masjid Nabawi

Masuk tengok kat tv tuh, ada siaran langsung ‘LIVE’ suasana di dalam Masjid Nabawi uiskk terus rasa tak sabar nak pi solat esoknya wei.

Ini baru hari pertama, ada lagi 11 hari lagi aku nak citer.

So sabar ye hehehhe

Meh baca entry UMRAH 2017 sebelum ni

1. Umrah 2017 | Rezeki Yang Tak Di sangka