Tuesday, March 14, 2017

Kempen 11street ‘Shop The World’ Boleh Menang Baucar Petrol bernilai RM1 juta

Hi Korang,


Meh layan video music yang syiok dari 11street ni ek


Seronok kan, aku tengok pun rasa nak terikut-ikut nyanyi dah... ini gara-gara kempen 'Shop The World' dari 11street ni lah.


11street (www.11street.my) mengumumkan pelancaran kempen beli-belah global dalam talian – 'Shop The World' yang menyediakan jutaan produk berjenama antarabangsa, khususnya dari negara-negara seperti China, Jepun, Korea, Taiwan dan Amerika Syarikat (AS) kepada para pelanggan di negara ini.

Wong Siew Lai, Naib Presiden Komunikasi Pemasaran 11street memaklumkan bahawa kempen 'Shop The World' merupakan idea syarikat berkenaan untuk memenuhi permintaan pengguna untuk mempelbagaikan lagi produk dan jenama-jenama global terkenal bersama promosi dan tawaran menarik.

“Kini, 11street mempunyai hampir 10 juta produk yang tersenarai di platform kami, malah lebih separuh daripadanya merupakan produk merentasi sempadan yang popular dan berjenama antarabangsa. Sebagai salah satu peneraju platform e-dagang di Malaysia, kami mahu memberi peluang kepada pelanggan untuk membeli-belah di seluruh dunia tanpa perlu meninggalkan tanah air. Bagi membolehkan perkara ini dicapai, kami menjalin kerjasama dengan nama-nama global yang terkenal. Menerusi usaha sama ini kami mampu mempertingkatkan lagi penawaran bagi manfaat pelanggan 11street,” katanya.

Photo 1: (from left to right) – Pia Huang, Marketing Manager, MSI Malaysia; Beh Kok Seong, Senior Sales Planning Manager, MamyPoko; PY Choy, Chief Executive Officer of Momentum Strike (exclusive distributor of Coleman); Wong Siew Lai, Vice President of Marketing Communications, 11street; Margaret Chin, General Manager, AmorePacific Malaysia (Laneige); Niklas Yong, Marketing Manager, Primer Group of Companies; and Yvonne Wong, Marketing Manager, Philips AVENT at the launch of 11street’s ‘Shop The World’ campaign.


Kempen tersebut akan memperlihatkan sinergi antara 11street dengan tiga pemain e-dagang global terkemuka – syarikat induknya, 11street Korea; UiTOX dari Taiwan dan *WorldFront dari Australia - membawakan pilihan meluas produk-produk luar negara yang popular. 

[* WorldFront merupakan penggiat e-dagang global yang mempunyai pusat pemenuhan keperluan di tiga negara – United Kingdom (UK), AS dan New Zealand. WorldFront juga memiliki dan mengendali platform beli-belah dalam talian terbesar di New Zealand dan Australia. Ditubuhkan pada tahun 2004 dan kini mempunyai lebih 23 juta produk yang terbahagi dalam rangkaian kategori yang pelbagai, WorldFront telah meletakkan dirinya sebagai pembekal utama produk bagi pasaran di seluruh dunia.]

Ben Powles, Ketua Pegawai Eksekutif WorldFront menambah: “WorldFront menanti-nantikan kerjasama dengan 11street ini. Sebagai pasaran dalam talian terbesar di Australia dan New Zealand, kami mahu menawarkan pelbagai rangkaian produk dari Australia, UK dan AS pada harga kompetitif menerusi gedung kami – Awesome Everyday Prices – di 11street kepada pengguna di Malaysia.”

“Kami menyediakan lebih 1 juta produk termasuk jenama-jenama laris yang meliputi kesemua kategori 11street sepanjang kempen ini dan kami bertekad untuk meningkatkan aneka produk yang ditawarkan di platform berkenaan kepada 3 juta menjelang pertengahan 2017. Kami berhasrat untuk melangkaui halangan geografi dan memberikan akses produk terbaik dari seluruh dunia kepada rakyat negara ini dengan bersandarkan kempen 'Shop The World' 11street,” kongsi Powles.



Bermula 11 Mac ini, kempen 'Shop The World' akan memperlihatkan 11street menawarkan diskaun sehingga 99 peratus terhadap produk-produk antarabangsa dan jenama global, di samping penghantaran seberang laut secara percuma untuk item-item terpilih. Selain itu, sebagai bonus untuk menggalakkan pelanggan membeli-belah secara online, menawarkan penjimatan dan meringankan bebanan ekoran peningkatan kos sara hidup masa kini, 11street juga menyediakan baucar petrol berjumlah RM1 juta kepada para pelanggan yang membeli barangan yang terdapat dalam senarai kempen.





Tempahan Awal Eksklusif dan Tawaran Menarik disediakan. Ia Mudah, Klik-Klik Saja! 

Turut mengambil bahagian dalam kempen ini adalah jenama-jenama global terkemuka seperti Coleman, Laneige, MamyPoko, MSI, Philips AVENT dan Primer Group (pengedar tempatan bagi label fesyen antarabangsa seperti Flossy, Jansport, Native dan Outdoor Products), sekali gus menjadikan kempen 'Shop The World' satu usaha yang holistik dan meletakkan 11street sebagai sebuah gedung online global yang menawarkan pelbagai promosi gabungan dan diskaun mengejutkan eksklusif dalam platform beli-belah berkenaan. Selain itu, ia juga menyediakan khidmat tempahan awal secara eksklusif bagi gajet-gajet yang dinantikan-nantikan di pasaran.

Penawaran Baucar Petrol bernilai RM1 juta

Kempen 'Shop The World' datang dengan bonus membeli-belah dalam bentuk baucar petrol. Sejajar dengan peningkatan harga minyak, 11street mempertingkatkan usaha dengan menawarkan baucar petrol bernilai RM10 untuk setiap pembelian bernilai RM100 bagi produk-produk dan jenama yang didaftarkan di bawah kempen 'Shop The World'.

Sebagai penutup, Wong berkata: “Ini merupakan satu cara bagi kami menghargai pelanggan di atas sokongan mereka terhadap 11street. Sebenarnya, kempen ‘Shop The World’ ini hanyalah satu permulaan terhadap rancangan lain yang disediakan untuk pelanggan platform ini. Kami mahukan pelanggan menikmati pengalaman membeli-belah global yang sebenar. Tidak lama lagi, para pelanggan kami akan menyedari betapa kecilnya dunia apabila mereka membuat pembelian di 11street, khususnya apabila kami terus berusaha untuk mempertingkatkan kepelbagaian pilihan produk dan inventori jenama global yang ditawarkan.”


Kempen 'Shop The World' berlangsung dari 11 Mac hingga 18 April 2017, menyediakan pelbagai tawaran menarik yang boleh dinikmati pelanggan bagi musim perayaan akan datang.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kempen 'Shop The World' di 11street, sila layari http://bit.ly/shoptheworld11street

Monday, March 13, 2017

Buat Resipi Salad Mudah dan Senang Tapi Menyelerakan

Hi Korang,

Lepas balik umrah hari tuh memang terasa perut cam sebu sangatlah. 

Mana tak nya siang malam makan sedap je kat sana, maklumlah catering hotel kat Mekah tuh tukang masaknya orang Malaysia so haruslah makanan sedap-sedap belaka.

Belum kira yang kitaorang pi makan kat luar lagi lepas solat kan.

Bantai makan chicken mandi, kebab, sharwama ermm semuanya menyelerakan sungguh. Aduiyai boleh rasa ketembaman pipi aku ni. Dah lah tak bawak Leptos pi sana, langsung tak de diet ek.

Jadi 2-3 malam lepas balik tuh, memang tak berani nak makan heavy-heavy waktu malam. Yelah ko, kang makin naik perut aku mana nak letak muka ni wei.

Sudahnya kitaorang makan salad je.

Alah buat yang simple-simple sudahlah, jangan nak yang complicated sangat. 

Beli je salad yang dah pre-packed kat AEON Big hari tuh, dalam tuh dah siap dah sayur-sayur yang dijadikan salad. Ada sesetengah tuh siap di baginya dressing sekali. Nak lagi sedap beli dada ayam dan kemudiannya korang grill je kat pemanggang ajaib tuh sampai masak. Potong nipis-nipis dan campur sekali dalam salad tuh. Kebetulan pulak rumah aku ada sos dressing kewpie tuh, hah kasi taruh sajor untuk kesesuaian tekak korang. 

Inilah hasilnya



Ada salad
Ada tomato
Ada ayam grill
Ada dressing

Senang, mudah dan tak perlu fikir panjang nak masak apa bila sampai rumah lepas balik kerja

Ok nanti sambung citer Umrah 2017 ni ek, aduiyai nak tulis pengalaman 2 minggu di Tanah Suci memang mencabar oooo sebab banyak nau gambar nak edit hehehhee

Dapat Backpack Comel Untuk Tersayang Di Kempen DUMEX DUGRO ® ‘SO MUCH MORE’

Hi Korang,


Anak sedara aku si Aakif tuh makin besar jadi makin lasak pulak kan, alah lelaki kot haruslah perangai cam tuh. Even nak minum susu pun dia memilih, agaknya ada rasa unik yang kita tak tau kan.


The other day aku ikut mama Aakif (adik ipar aku) Siti pi beli susu untuk aakif dan Aalya ni, memang banyak betul pilihan sampai rambang mata di buatnya. Kita sebagai mak memang kena ambil tahu apa kandungan susu tersebut bukan main sebat je beli ek. 


Si Siti ni memilih Dumex Dugro untuk si Aakif. Lama jugak dia duk belek packaging susu tuh. Rupanya Dugro ni jenama susu yang berformulasi tinggi mengandungi DHA, 15 vitamins dan mineral termasuk sekali IcFOS. Come on aku sendiri pun terbangak-bangak mencari apa menda yang ada dalam packaging tuh hehehehhe nak gelak pun ada gak.. malunya tak tau apa-apa pun pasal bab ni

Memang Dugro ni membantu tumbesaran kanak-kanak dengan lebih sihat lah. 


Di kesempatan ini jugak, aku sempat ke Kempen Dugro ‘Build a Backpack and So Much More’ 2017 minggu lepas di One Utama Shopping Mall. Memang nak bawak Aakif dan Aalya hari tuh tapi kebetulan diorang demam kuat pulak so aku jelah pi roadshow ni. 


Eventho roadshow ni mainly for kids dan parent tapi banyak jugak manfaat yang aku pelajari. Di antaranya aku dapat kenal apa itu 15 vitamin yang terkandung di dalam susu Dugro ni, kandungan lcFOS tu apa dan pelbagai lagi. 

Di antara aktiviti menarik di Kempen DUMEX DUGRO ® ‘SO  MUCH  MORE’ adalah:-


Mengenal DHA – tengok suka benau anak-anak ni menangkap ikan kan


Nampak? Banyak vitamin yang aku dapat kenal ye. 15 jenis vitamin, seriously tak sangka banyak betul.


Inilah dia lcFOS yang bagus untuk penghadaman yang sihat

Oh ada booth special jugak tau


Kalau korang nak tau, rupanya ada talian 24/7 Careline Dugro® booth yang membantu si ibu untuk mengetahui lebih lanjut atau tips mengenai susu Dugro ni, ada nutritionists dan dietitians sekali tau. Seriously aku memang tak tau menahu pasal hal ni tau. Arrr kagum sekejap.. 

Eh ada lagi, ada lagi lah




Yang best tuh, aku boleh rasa sendiri bagaimana rasa susu Dugro ni, kalau Dugro® with 5 Nutri perisa coklat tuh memang kaw-kaw rasa coklat nye. Untuk Dugro® Fruit & Veg ni ianya mengandungi 13 jenis extract buah-buahan dan sayuran. Ianya memang di formulasi sehingga 75% serat harian yang diperlukan oleh seseorang kanak-kanak itu. Walaupun warna putih tapi rasanya seakan-akan yogurt atau lassi. Aku sampai 2 cawan minum, sedap tuh. 


Lama jugak aku duk bertapa kat Dugro Roadshow ni, yelah banyak menda baru dapat belajar katanya. Sambil memerhati kerenah kanak-kanak yang hadir ni, ishk kalau bawak si Aakif ni mesti dia suka kan



Nampak ni si Aakif sibuk nau dengan backpack yang ada nama dia tuh. Sampai nak alihkan ketepi pun tak boleh katanya. Even nak pi mandi pun nak bawak bagpack ni, sebab train kat beg dia tuh, dia kan peminat setia train hehehhehe.

Kanak-kanak memang cam tu perangainya even adik dia si Aalya tarik beg tuh dia dah marah takut nau hilang ek hehehehe

Eleh cakap orang, korang pun mesti nak customized bagpack yang comel ni kan…

Senang jelah nak dapatkannya

Cara untuk mendapatkan backpack Dugro ‘SO MUCH MORE’ 


Online Redemption


Si ibu boleh mereka dan mendapatkanya terus secara online dengan setiap pembelian enam (6) packs variasi susu Dugro® di at http://www.dugro.com.my/ dari  1hb   March hingga 31hb  Mei 2017. Selepas je pembelian korang akan menerima unique code dan mulakan untuk mereka ye. Customized backpack akan di hantar selama 4 – 6 minggu. 


Offline / On-the-spot Redemption



Dapatkan customized backpack dengan setiap pembelian enam (6) packs variasi susu Dugro® di 259 lokasi Roadshow Dugro ‘Build a Backpack and So Much More’ yang berlangsung di seluruh negara Bermula dari 1st March hingga 30th April 2017, Untuk info lanjut korang boleh check it out di http://www.dugro.com.my/

Ok layan dulu iklan Dugro ‘So Much More’ ni ek


Itulah dia kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya ye

Untuk berita dan info lanjut mengenai Dugro® Campaign, boleh layari


Dugro® Malaysia’s Facebook page (@DumexDugro)

Atau hubungi Dugro® Careline di 1800-38-1038.