Lepas balik umrah hari tuh memang terasa perut cam sebu sangatlah.
Mana tak nya siang malam makan sedap je kat sana, maklumlah catering hotel kat Mekah tuh tukang masaknya orang Malaysia so haruslah makanan sedap-sedap belaka.
Belum kira yang kitaorang pi makan kat luar lagi lepas solat kan.
Bantai makan chicken mandi, kebab, sharwama ermm semuanya menyelerakan sungguh. Aduiyai boleh rasa ketembaman pipi aku ni. Dah lah tak bawak Leptos pi sana, langsung tak de diet ek.
Jadi 2-3 malam lepas balik tuh, memang tak berani nak makan heavy-heavy waktu malam. Yelah ko, kang makin naik perut aku mana nak letak muka ni wei.
Sudahnya kitaorang makan salad je.
Alah buat yang simple-simple sudahlah, jangan nak yang complicated sangat.
Beli je salad yang dah pre-packed kat AEON Big hari tuh, dalam tuh dah siap dah sayur-sayur yang dijadikan salad. Ada sesetengah tuh siap di baginya dressing sekali. Nak lagi sedap beli dada ayam dan kemudiannya korang grill je kat pemanggang ajaib tuh sampai masak. Potong nipis-nipis dan campur sekali dalam salad tuh. Kebetulan pulak rumah aku ada sos dressing kewpie tuh, hah kasi taruh sajor untuk kesesuaian tekak korang.
Inilah hasilnya
Ada salad
Ada tomato
Ada ayam grill
Ada dressing
Senang, mudah dan tak perlu fikir panjang nak masak apa bila sampai rumah lepas balik kerja
Ok nanti sambung citer Umrah 2017 ni ek, aduiyai nak tulis pengalaman 2 minggu di Tanah Suci memang mencabar oooo sebab banyak nau gambar nak edit hehehhee
Anak sedara aku si Aakif tuh makin besar jadi makin lasak pulak kan, alah lelaki kot haruslah perangai cam tuh. Even nak minum susu pun dia memilih, agaknya ada rasa unik yang kita tak tau kan.
The other day aku ikut mama Aakif (adik ipar aku) Siti pi beli susu untuk aakif dan Aalya ni, memang banyak betul pilihan sampai rambang mata di buatnya. Kita sebagai mak memang kena ambil tahu apa kandungan susu tersebut bukan main sebat je beli ek.
Si Siti ni memilih Dumex Dugro untuk si Aakif. Lama jugak dia duk belek packaging susu tuh. Rupanya Dugro ni jenama susu yang berformulasi tinggi mengandungi DHA, 15 vitamins dan mineral termasuk sekali IcFOS. Come on aku sendiri pun terbangak-bangak mencari apa menda yang ada dalam packaging tuh hehehehhe nak gelak pun ada gak.. malunya tak tau apa-apa pun pasal bab ni
Memang Dugro ni membantu tumbesaran kanak-kanak dengan lebih sihat lah.
Di kesempatan ini jugak, aku sempat ke Kempen Dugro ‘Build a Backpack and So Much More’ 2017 minggu lepas di One Utama Shopping Mall. Memang nak bawak Aakif dan Aalya hari tuh tapi kebetulan diorang demam kuat pulak so aku jelah pi roadshow ni.
Eventho roadshow ni mainly for kids dan parent tapi banyak jugak manfaat yang aku pelajari. Di antaranya aku dapat kenal apa itu 15 vitamin yang terkandung di dalam susu Dugro ni, kandungan lcFOS tu apa dan pelbagai lagi.
Di antara aktiviti menarik di Kempen DUMEX DUGRO ® ‘SO MUCH MORE’ adalah:-
Mengenal DHA – tengok suka benau anak-anak ni menangkap ikan kan
Nampak? Banyak vitamin yang aku dapat kenal ye. 15 jenis vitamin, seriously tak sangka banyak betul.
Inilah dia lcFOS yang bagus untuk penghadaman yang sihat
Oh ada booth special jugak tau
Kalau korang nak tau, rupanya ada talian 24/7 Careline Dugro® booth yang membantu si ibu untuk mengetahui lebih lanjut atau tips mengenai susu Dugro ni, ada nutritionists dan dietitians sekali tau. Seriously aku memang tak tau menahu pasal hal ni tau. Arrr kagum sekejap..
Eh ada lagi, ada lagi lah
Yang best tuh, aku boleh rasa sendiri bagaimana rasa susu Dugro ni, kalau Dugro® with 5 Nutri perisa coklat tuh memang kaw-kaw rasa coklat nye. Untuk Dugro® Fruit & Veg ni ianya mengandungi 13 jenis extract buah-buahan dan sayuran. Ianya memang di formulasi sehingga 75% serat harian yang diperlukan oleh seseorang kanak-kanak itu. Walaupun warna putih tapi rasanya seakan-akan yogurt atau lassi. Aku sampai 2 cawan minum, sedap tuh.
Lama jugak aku duk bertapa kat Dugro Roadshow ni, yelah banyak menda baru dapat belajar katanya. Sambil memerhati kerenah kanak-kanak yang hadir ni, ishk kalau bawak si Aakif ni mesti dia suka kan
Nampak ni si Aakif sibuk nau dengan backpack yang ada nama dia tuh. Sampai nak alihkan ketepi pun tak boleh katanya. Even nak pi mandi pun nak bawak bagpack ni, sebab train kat beg dia tuh, dia kan peminat setia train hehehhehe.
Kanak-kanak memang cam tu perangainya even adik dia si Aalya tarik beg tuh dia dah marah takut nau hilang ek hehehehe
Eleh cakap orang, korang pun mesti nak customized bagpack yang comel ni kan…
Senang jelah nak dapatkannya
Cara untuk mendapatkan backpack Dugro ‘SO MUCH MORE’
Online Redemption
Si ibu boleh mereka dan mendapatkanya terus secara online dengan setiap pembelian enam (6) packs variasi susu Dugro® di at http://www.dugro.com.my/ dari 1hb March hingga 31hb Mei 2017. Selepas je pembelian korang akan menerima unique code dan mulakan untuk mereka ye. Customized backpack akan di hantar selama 4 – 6 minggu.
Offline / On-the-spot Redemption
Dapatkan customized backpack dengan setiap pembelian enam (6) packs variasi susu Dugro® di 259 lokasi Roadshow Dugro ‘Build a Backpack and So Much More’ yang berlangsung di seluruh negara Bermula dari 1st March hingga 30th April 2017, Untuk info lanjut korang boleh check it out di http://www.dugro.com.my/
Ok layan dulu iklan Dugro ‘So Much More’ ni ek
Itulah dia kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya ye
Untuk berita dan info lanjut mengenai Dugro® Campaign, boleh layari
Dalam usaha untuk terus membanteras kekejaman dan meningkatkan kesedaran umum mengenai kebajikan haiwan, Pawse for a Cause kembali dan akan memeriahkan suasana dengan penganjuran karnival amal tahunan yang kedua pada tahun ini. Berlangsung pada 29 Julai 2017 di Desa ParkCity, acara berkenaan bermatlamat untuk memberi tumpuan terhadap keadaan menyedihkan haiwan-haiwan terbiar di seluruh negara, mengumpul dana secara tidak berasaskan keuntungan khas untuk haiwan serta mendidik masyarakat awam berkenaan Akta Kebajikan Haiwan yang akan berkuat kuasa tidak lama lagi.
Dengan kerjasama United International Pictures, pelancaran edisi kedua program tersebut dianjurkan dalam suasana penuh meriah semasa tayangan perdana filem A Dog’s Purpose di MBO Cinema, CITTA Mall. CITTA Mall dipilih sebagai lokasi pilihan bagi pelancaran ini kerana sejarah pusat membeli-belah bekerja dengan pertubuhan kebajikan anjing lain, lokasi yang senang diakses dan ruang yang luas disediakan disebelahan MBO Cinemas.
Tayangan sulung yang gemilang itu dihadiri oleh pengamal media, rakan acara dan selebriti tempatan yang berkongsi kecintaan mereka terhadap haiwan-haiwan yang malang di jalanan. Diilhamkan daripada ikatan antara haiwan dan manusia, filem berkenaan menggambarkan kisah mengasyikkan tentang seekor anjing yang menyusuri pelbagai kehidupan untuk mengetahui sebab sebenar kewujudannya.
“Kami memilih untuk melancarkan Pawse for a Cause dalam sebuah konsert bersama majlis tayangan perdana Dog’s Purpose kerana mesej yang disampaikan dalam filem berkenaan menyerlahkan misi kami. Menyentuh mengenai hubungan yang dikongsi antara anjing dan manusia, kenyataan yang diterapkan dalam filem berkenaan memberi kesan kepada kami yang merupakan pencinta terhadap sahabat berbulu di bumi ini. Haiwan-haiwan layak menikmati kehidupan yang sempurna dan kami berhasrat untuk menjadikan ia satu realiti dalam negara ini,” kata Seem Subash, Pengasas Pawse for a Cause.
Teras usaha sama berkenaan menggambarkan pergerakan Pawse for a Cause sebagai platform pendidikan akar umbi, saluran pembaharuan sosial dan perundangan, sistem sokongan mampan bagi bantuan kewangan yang berterusan serta perkhidmatan kecemasan dan enjin pemacu usaha populasi sifar haiwan terbiar. Pada dasarnya, kejadian-kejadian kekejaman terhadap haiwan yang terdapat di Malaysia menjadi keutamaan dan keperluan kewujudan kami.
Sementara itu, program amal yang akan dianjurkan pada Julai ini bertujuan untuk menggalakkan usaha dan penglibatan berterusan masyarakat umum dan badan korporat untuk menyumbang dana dan seumpamanya dalam menjayakan matlamat organisasi ini. Acara tahun ini disasarkan menghimpun dana sebanyak RM100,000 yang kemudiannya akan diagihkan secara saksama kepada badan kebajikan haiwan yang layak di seluruh negara. Pawse for a Cause berperanan sebagai pengelola inisiatif-inisiatif yang disenaraikan di atas.
Bagi memeriahkan acara, pelbagai aktiviti menarik telah dirancang. Daripada persembahan ke bengkel-bengkel profesional dan pertandingan, segenap pengunjung pasti bergembira dengan pilihan yang disediakan. Selain itu, pengambilan haiwan angkat akan diadakan bagi membolehkan individu yang serius untuk memelihara dan menambahkan bilangan haiwan untuk disayangi di rumah.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Pawse for a Cause manakala pelabur kewangan berpotensi atau pihak yang berminat untuk membuat sumbangan secara pukal (contohnya untuk makanan dan bekalan tempat perlindungan) digalakkan menghubungi Seema Subash secara terus di talian +6016 2363 197.
Maklumat terkini dan aktiviti-aktiviti berkaitan Pawse for a Cause juga boleh didapati menerusi laman sosial Facebook, Instagram dan Twitter organisasi berkenaan.