Monday, March 6, 2017

Nasi Kukus Ayam Dara, Sg Ramal Kajang. Murah Lagi Sedappp

Hi Korang,


Aku dah 2-3 kali pi makan kat sini tapi rasa macam malas nau nak citer.. biasalah sindrom malas tuh memang akan ada di dalam setiap blogger kan hehehhehe

So lunch ni korang makan apa?

Cam aku ikutlah nasi campur ke, nasi ayam kunyit mat rock ke, makan biskut ke kan janji makan. 

Meh aku citer kat korang pasal nasi kukus ayam dara ni. 


Banyak tempat kot jual nasi lauk ayam goreng kuah kari ni kan but normally diorang jual kat tepi jalan untuk tapau bawak balik jadi kat sungai Ramal ni ada kedai makan nasi kukus ayam dara ni. Dapatlah makan panas-panas ayam tuh. 

As usual Mr Big dan Alza geng yang kongsikan tempat makan celah-celah bedah ni. 

Kitorang pi jumaat lepas, abis solat jumaa tuh Mr Big ajak pi situ untuk makan sebab kedai makcik tepi jalan ni tutup plak. Sebab dah pukul 3 petang tak delah orang ramai lagi makan kat situ yelah lunchtime dah abis pun. 

Dah kedai nasi kukus ayam dara so makan itulah kan

Nasi yang di tanak panas-panas

Pilihan ayam goreng – yang besar

Pilihan ayam goreng – yang kecil


Kuah kari dan sambal hijau untuk tapau bawak balik, yang makan di kedai just ceduk je sendiri mengikut kadar kepedasan korang hehehhee

Nampak ni..



Awesome kan. Yang ni aku punye, kalau Mr Big nasinya menggunung macam pekerja kontrak tuh hehehehehe

Harga biasalah harga standard yang di jual di pasaran alah bukan mahal mana pun, RM6.00 – RM7.50 mengikut pilihan saiz ayam yang korang pilih. 

Mari ke

Nasi Kukus Ayam Dara
Medan Selera Adikku
Kampung Sungai Ramal Dalam, 
43000 Kajang, Selangor



Selamat menjamu selera...


Kembali Sudah

Hi Korang,

Mesti korang bosan baca blog aku 2 minggu lepas kan? 

hehehehhee

janganlah marah nanti kena jual hehehehhe


Eh aku bukan sesaje nak post pasal event je tapi sebab aku tak de kat Malaysia masa tuh so semuanya schedule post je aku buat.

Aku sebenarnya bercuti ke Mekah dan Madinah mengerjakan umrah. Kata bos aku pegi Hajj je dia bantai sebab dia rasa umrah dengan haji tu sama je cuma balik cepat atau lambat je.

12 hari 10 malam di Tanah Arab

Memacam cerita yang aku nak kongsikan untuk bacaan korang semua. Ada yang baik boleh di jadikan pengajaran yang buruk di jadikan sempadan ewahhhh..

Oklah nanti sambung lagi ye...



Friday, March 3, 2017

K-Fever Kini di SHOPEE Malaysia

Hi Korang,

Annyong haseyo! 


Shopee, pasaran sosial mudah alih No 1 di rantau Asia Tenggara dan Taiwan melancarkan Kempen ‘Shop for Free’ (Beli-belah secara Percuma) dalam bulan Mac bersempena dengan Korean Fever Week, K-Fever dari 9 hingga 22 Mac 2017. Sepanjang kempen ini, penggemar produk Korea boleh membeli-belah tanpa had dan berpeluang menjadi antara 500 pembeli bertuah untuk mendapatkan semula bayaran balik dalam bentuk baucar tunai Shopee.


Perkembangan trend K-Fever di Malaysia yang begitu memberangsangkan mencetus idea untuk Shopee menumpukan promosi terhadap produk keluaran Korea yang dijual di platform tersebut. Produk keluaran Korea merupakan sebahagian daripada 98 juta produk yang disenaraikan merentasi rantau ini. Produk bawah kategori Kecantikan & Penjagaan Diri mencatatkan jualan tertinggi berbanding kategori lain. 


Di platform Shopee, pengguna boleh menikmati sensasi ala-Korea melalui promosi jualan gila-gila sepanjang tempoh terhad ini termasuk jualan Lucky RM7 untuk mendapatkan produk kecantikan dan fesyen terkini dan bergaya pada harga serendah RM7 sahaja! Peminat budaya pop Korea perlu terus mendapatkan maklumat terbaharu berkaitan kempen K-Fever dalam aplikasi Shopee agar tidak terlepas peluang untuk menikmati promosi pada harga lelong. 


Bagi menambahkan lagi kehangatan K-Fever tersebut, Shopee turut menganjurkan pertandingan K-Fever Race untuk peminat muzik menangi tiket menyaksikan kumpulan EXO secara langsung di Malaysia. Digelar antara kumpulan K-pop terulung di Korea, kumpulan EXO akan kembali ke tanah air dengan Konsert Exordium 2017 yang dijadualkan pada 18 Mac 2017. Peminat K-pop berpeluang untuk menang tiket EXO bernilai lebih RM 3,000 apabila memperkenalkan seorang rakan (pengguna baru Shopee) pada platform Shopee. Pertandingan ini berlangsung dari 1 hingga 9 Mac 2017.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pertandingan lain pada platform Media Sosial dengan mengikut perkembangan di laman Facebook rasmi: FB/ShopeeMY dan Instagram: Shopee_MY. 


Sebagai rujukan, sebelum kempen ini berlangsung, pangkalan data Shopee mendapati kumpulan demografi wanita urban dalam lingkungan usia antara 24 dan 36 tahun merupakan pembeli tertinggi bagi produk kecantikan dan penjagaan diri keluaran Korea. Golongan wanita Melayu menunjukkan catatan tertinggi bagi pembelian peralatan kecantikan seperti set berus, span kecantikan dan span adunan.


Sehingga Januari 2017, Shopee mencatatkan jumlah 29 juta muat turun di rantau ini termasuk 2 juta muat turun di Malaysia. Ini meletakkan Shopee sebagai platform m-perdagangan (m-commerce) yang berkembang paling pantas di Asia Tenggara dan Taiwan. Sementara itu, Nilai Dagangan Kasar (gross merchandise value) tahunan direkod pada USD 2.5 bilion secara keseluruhan (statistik serantau).

Untuk maklumat lanjut tentang Minggu K-Fever di Shopee, lawati laman sesawang: www.shopee.com.my atau muat turun aplikasi Shopee secara percuma di App Store atau Google Play.