Sama seperti badan kita yang memerlukan khasiat susu untuk membesar atau mengekalkan tulang yang kuat, kemahiran atlit juga perlu diasah secara berterusan untuk kekal mantap dalam permainan. Oleh itu, Dutch Lady Malaysia memberi peluang kepada bintang muda bola keranjang Malaysia untuk dilatih dengan yang terbaik dalam sukan ini iaitu Akademi Bola Keranjang KL Dragons.
Kem Latihan Dutch Lady Alumni Star diadakan pada hujung minggu lalu menyaksikan penyertaan 14 orang atlet dari Jr NBA Malaysia, iaitu program bola keranjang belia yang dianjurkan oleh Dutch Lady Malaysia sejak 2014 untuk menyebarkan mesej ‘Drink. Move. Be Strong’ dengan misi untuk membina anak Malaysia yang lebih kuat dari segi fizikal dan emosi. Ini merupakan kali pertama semua kumpulan di bawah program ini – kumpulan dari tahun 2014 hingga yang terkini, 2016 - untuk mengasah kemahiran mereka di gelanggang yang sama.
Di Dutch Lady Malaysia, kami percaya tumbesaran dan perkembangan setiap kanak-kanak adalah amat dipengaruhi oleh gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang baik. Oleh itu, kami menyokong setiap anak muda Malaysia untuk minum 2 gelas susu dan melakukan activiti fizikal di luar sekurang-kurangnya satu jam setiap hari melalui kempen Drink. Move. Be Strong,” kata Ashlee Ng, Pengarah Pemasaran Dutch Lady Malaysia.
Susu menyediakan nutrien penting seperti kalsium yang membantu membina tulang dan gigi yang kuat, manakala protein memainkan salah satu peranan utama dalam pertumbuhan dan perkembangan, seperti pembinaan otot dan tisu.
Jurulatih Joselito Vergara dan Jurulatih Ghazi, merupakan jurulatih dari pihak KL Dragons Basketball Academy – yang terkenal dengan pemain elit dan kehebatan prestasi dalam liga bola keranjang serantau ASEAN, mengendalikan kem latihan tersebut.
"Matlamat kami bukan hanya melatih bakat-bakat bola keranjang muda ini untuk satu kejohanan atau acara sahaja. Sebaliknya, matlamat kami adalah untuk menggalakkan atlet-atlet muda ini meneruskan momentum mereka dalam bola keranjang dan membawa bakat mereka sejauh yang boleh, walaupun di kolej atau menjadikannya sebagai satu profesion. Sama seperti kempen kami, ‘Drink. Move. Be Strong' adalah komitmen sepanjang hayat untuk gaya hidup yang sihat dengan nutrisi yang baik dan aktiviti fizikal seperti bola keranjang," kata Ashlee Ng, Pengarah Pemasaran di Dutch Lady Malaysia.
Ashlee menambah bahawa Kem Latihan Alumni Stars adalah satu platform yang baik untuk Dutch Lady membuat susulan dengan kumpulan Jr NBA sebelum ini dengan mengikuti kemajuan dan mengasah kemahiran mereka. Setiap kumpulan juga akan dapat berinteraksi dan belajar antara satu sama lain.
Jadual latihan dalam kem ini adalah intensif. Aktiviti pemanasan badan dan berjoging dilakukan seawal 7 pagi, diikuti dengan latihan otot, sesi gimnasium, membina pasukan dan sesi bola keranjang selama 5 jam. Pada hari terakhir kem latihan ini, para peserta juga mempamerkan kemahiran baru yang mereka pelajari dalam perlawanan persahabatan dengan Pasukan Bola Keranjang Kebangsaan Malaysia (Junior Lelaki).
Pang Kin Sing, yang mendapat gelaran Most Valuable Player (MVP) Jr NBA Malaysia Alumni bersyukur dengan tip-tip baru yang dipelajarinya dari jurulatih KL Dragons, seperti strategi serangan dan pertahanan atau helah untuk menjaringkan tanpa perlu menggocek bola. Walaupun pemain berusia 15 tahun ini telah bermain bola keranjang sejak lima tahun lalu, dia percaya kepada penambahbaikan yang berterusan.
Untuk meningkatkan permainan, Pang percaya kepada makanan dan minuman berkhasiat. Ibu bapanya turut menyokong gaya hidupnya yang bertenaga dengan memberi dia makan makanan yang seimbang. Lagipun pemuda tinggi lampai dan peramah ini sangat suka minum susu.
Saya percaya dengan moto 'Drink. Move. Be Strong'. Semenjak saya minum susu dengan lebih kerap, saya mendapati bahawa saya mempunyai lebih banyak tenaga untuk bergerak lebih pantas dan tahan lebih lama di gelanggang. Ini membolehkan saya berlatih secara efektif dan menjadi pemain yang lebih kuat," tambahnya sambil tersenyum.
Sin Chun Kit, yang mendapat gelaran MVP untuk Jr NBA Malaysia 2016, bersetuju bahawa pengambilan susu memberikan perbezaan ketara pada tahap tenaganya. Sin mempunyai tabiat minum satu pek susu Dutch Lady pada waktu sarapan, serta satu pek susu sebelum tidur pada waktu malam.
Seorang pemain genit berbanding dengan rakan-rakan, Sin mengakui bahawa dia berharap agar kalsium dalam susu akan membantunya dalam ketinggian. Malah, dia mula bermain bola keranjang pada usia 9 untuk menambah ketinggiannya juga. Kini, pada usia 15, Sin menggemari sukan ini kerana ia memberikannya peluang untuk bertemu dengan rakan sepasukan dan kawan baru dengan mudah.
"Anda tidak boleh bermain bola keranjang seorang. Di Kem Latihan Alumni Stars, saya mempelajari bahawa kerja berpasukan hanya boleh dilakukan jika kita mengekalkan sikap yang positif dan semangat kesukanan tidak kira menang atau kalah. Jurulatih juga mengajar saya bahawa kita bukan sahaja perlu menghormati ahli-ahli pasukan kami sendiri, tetapi juga, pesaing kami," katanya.
Pasangan kohortnya, Connor Clyde Chua, mendapati kem latihan ini merupakan kursus ulang kaji yang dia sendiri tidak menyedari bahawa dia perlukan.
"Saya didedahkan kepada pergerakkan dan strategi yang baru setelah bermain bola keranjang 10 tahun yang lalu. Akan tetapi, saya mula melupakan asas-asas yang telah dibelajari pada tahun-tahun awal, dan mereka merupakan asas yang penting juga. Oleh itu, saya berasa amat gembira kerana kem latihan ini memberikan peluang untuk mengukuhkan asas-asas saya dan membina pergerakkan yang lebih maju" kata pemain berusia 17 tahun itu.
Jurulatih Vergara kagum dengan para peserta dan berpendapat bahawa mereka mampu berjaya dalam arena bola keranjang pada masa hadapan.
"Kekuatan mereka adalah dalam sikap keterbukaan untuk belajar” katanya.
Berlatih sahaja tidak cukup. Mengamalkan tabiat yang baik – dalam nutrisi adalah kunci kejayaan untuk pemain bola keranjang. “Bola keranjang merupakan permainan yang mementingkan ketinggian. Anda juga memerlukan tulang yang kuat untuk melakukan aktiviti-aktiviti intensif di gelanggang, tabiat pemakanan yang baik membolehkan mereka berjaya dalam arena bola keranjang. Oleh itu, dengan adanya susu, ia memberi manfaat kepada mereka kerana sumber protein dan kalsium dari susu boleh merangsangkan perkembangan badan dan tulang," kata Jurulatih Ghazi, yang bertanggungjawab dalam kekuatan dan keadaan pemain.