Tuesday, February 28, 2017

Hamper Dari 11street

Hi Korang,


Terkepam pulak citer ni ek, la tak perasan lah dok duduk dalam draft


Hehehehe aku dapat hamper ni sempena CNY lepas, yelah banyak nau event or write up yang aku dah publish kat blog kan.

Ini kira cam tanda penghargaan buat diriku ewah ayat kemain lagi ek ermm ini semua poyo hehehhe


Alah tak de apa pun, just bagi groceries je yang aku rasanya best sebab boleh buat stock kat umah. Jimat duit untuk bulan ni belanja ek hehehhee


Ada 2 benda special iaitu hand blender dengan magic karaoke. Hand blender tuh memang aku plan nak beli tapi takde masa nak pi cari, eh dapat pun haruslah tepuk tangan tanda gembira.

Rupanya magic karaoke tuh microphone untuk korang yang kaki karaoke, aku pun cubalah sekejap, sedap pulak sound systemnya walaupun kecil je saiznye. Boleh jadi bluetooth speaker jugak tau.

Anyway terima kasih tau 11street for this special gift. 

Sukerrr tau..

Korang nak berminat semua barang-barang ni boleh dapatkan di www.11street.com.my

Selamat shopping....


Monday, February 27, 2017

ROMANO Eau De Toilette

Hi Korang,

Jejaka moden hari ini sememangnya menjalani kehidupan yang penuh cabaran. Mereka inginkan keistimewaan tersendiri dan mahu sentiasa berada di hadapan dalam hidup. Penampilan segak dan keyakinan adalah penting kepada jejaka bagi mengatasi cabaran dan menyerlah dalam setiap keadaan. Wangian maskulin yang unggul merupakan senjata tersembunyi bagi menyerlahkan keyakinan dan personaliti mereka. Kejayaan seterusnya diraih apabila mereka mengawal keadaan dan menikmati setiap fasa kehidupan sama ada dari aspek profesional, peribadi ataupun kehidupan sosial – mereka ialah Jejaka ROMANO.

Jejaka ROMANO semestinya cemerlang dalam pekerjaannya. Mereka berkeyakinan tinggi, dan menguasai setiap perkara yang dilakukan dengan tenang dan berkarisma. Mereka menjadi tumpuan ke mana sahaja mereka pergi. Dihormati, bersemangat waja dan sentiasa di puncak, jejaka ROMANO adalah epitome sebenar kejayaan.


Kehidupan sosial mereka sering dipenuhi keseronokan dan mereka tahu bagaimana untuk menikmati kehidupan. Seorang jejaka moden yang aktif, ceria dan mesra, jejaka ROMANO sememangnya menikmati hidup sepenuhnya!

Kuasai Kehidupan merupakan manteranya untuk berjaya. 

ROMANO Eau De Toilette baharu untuk jejaka moden menyerlahkan nilai tersebut dengan haruman maskulin sebenar yang tersendiri. Wanita disekelilingnya pasti tertarik dan menyedari kehadiran mereka. Peranan utama haruman maskulin ini adalah bagi mengaktifkan tarikan serta menciptakan keserasian sesama lelaki untuk saling berkomunikasi.

ROMANO Eau De Toilette didatangkan dalam dua pilihan; FORCE dan UNIQUE untuk disesuaikan dengan sifat jejaka kontemporari.


ROMANO Eau De Toilette – FORCE

Ia mewakili jejaka unggul dengan tenaga hebat yang tersendiri bagi memimpin dan menyelesaikan segala perkara. Kejayaannya disanjungi ramai, kekal tenang serta berpengaruh. FORCE menggabungkan ekstrak wangian segar tumbuhan yang menyerupai bauan semula jadi. Kesegarannya terserlah menerusi ekstrak sitrus bersama aroma Lavender, yang diadunkan dengan nuansa lautan dan ekstrak maskulin Woody. Haruman maskulin ini khas untuk jejaka urban aktif yang gemarkan cabaran dan berjiwa bebas.


ROMANO Eau De Toilette - UNIQUE

Untuk jejak berkeyakinan tinggi dan penuh potensi. Sentiasa berada di hadapan dalam apa jua keadaan. Kejayaan dan kebolehannya membuatkan orang sekeliling tertarik kepadanya. UNIQUE menyerlahkan kesegaran adunan Lavender dan Bergamot. Wangian disempurnakan dengan ekstrak Woody serta kombinasi Sandalwood dan Patchouli. Wangian moden ini memancarkan magnetisme, keyakinan dan memberikan aura tersendiri kepada sang jejaka.

Wangian ROMANO EDT ternyata adalah sentuhan terakhir bagi menyempurnakan keunggulan personaliti anda.


ROMANO Eau De Toilette dijual pada harga RM40.60 dan boleh didapati di semua farmasi utama, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh negara.


Wednesday, February 22, 2017

NEESYA Brightening Enzymatic Refiner

Hi Korang,


Lama tak citer pasal beauty ni ek, yelah asyik citer pasal makan je.

Sebab tu lah gemuk hahahahahahhaa


Aku memang pernah guna produk skincare jenama NEESYA ni dah ternyata memang sesuai dengan kulit muka aku yang berminyak manjang ni kan 

Meh aku kongsikan sedikit mengenai jenama NEESYA ni ek

Neesya (bererti rama-rama dalam bahasa Yunani) melambangkan semangat individu moden masa kini. Rama-rama mewakili asas kebebasan, kecantikan semulajadi dan keupayaan tersembunyi. Seperti rama-rama yang merupakan simbol transformasi, setiap individu mempunyai kecantikan dalaman yang sedang menanti untuk didedahkan. Itulah yang istimewanya produk Neesya ini. Bahan-bahan yang digunakan kebanyakannya adalah dari bahan semulajadi dan selamat serta diuji secara saintifik, dan berkesan. Rangkaian penjagaan kulit premium ini mempunyai harga yang berpatutan.

Semua produk Neesya bebas daripada pewarna dan paraben demi keyakinan pelanggan. Kilang menghasilkan produk Neesya disahkan sijil GMP untuk memastikan proses kualiti tinggi dipatuhi.

Hah gituh..


NEESYA Brightening Enzymatic Refiner 


Ianya berlainan dengan krim pengelupasan yang biasa, produk pengelupasan ini adalah berasaskan gel. Di formulasikan dengan bahan seperti papaya, enzim pengelupasan yang lembut ini bertindak untuk menanggalkan sel kulit mati yang terdapat di permukaan kulit wajah dan menggalakkan pembaharuan sel kulit yang baru. Ekstrak Silver Vine dan AlphaMelight™ yang terkandung dalam produk membantu dalam menjadikan kulit lebih berseri.


Ekstrak Hamamelis, Aloe serta Vitamin B5 menghidratkan serta melembutkan kulit wajah. Penggunaan yang beterusan akan memberikan raut wajah yang cerah berseri serta tona wajah yang lebih sekata. So far aku guna memang tak de tanda pengelupasan yang teruk. Paling best ianya mampu menghilang bitnik-bintik hitam di hidung tuh. 


Cara penggunaan :

  • Ratakan satu lapisan gel atas kulit yang bersih dan kering. Pastikan gel diratakan pada seluruh wajah serta leher untuk perawatan yang seimbang. Untuk bahagian wajah yang berjeragat, tambahkan lapisan yang lebih tebal untuk perawatan maksima. 
  • Urutkan gel secara turutan bergelang ataupun berarah bulatan untuk tiga saat dan biarkan selama lebih kurang tiga minit lagi sebelum membilas muka. 
  • Semasa membilas, basahkan tangan dan urutkan muka secara perlahan untuk melembutkan sel-sel mati yang akan disingkirkan. 
  • Gunakan produk 1-2 kali seminggu untuk hasil yang optimum.

Hasilnya tak delah nampak on spot terus kulit putih kan hehehhee tapi lepas 2-3 kali pakai dalam seminggu dua ni adalah nampak perubahan especially bahagian hidung tuh kan. Abis semua whitehead tertanggal hehehehheheee

Lumi°® Brightening Enzymatic Refiner berharga RM69 bagi 75ml.

Untuk info lanjut, boleh check it out :

Instagram : Neesya Skincare
Facebook : Neesya Skincare
Website : NEESYA Skincare