Tuesday, February 21, 2017

Weekend Staycation Di Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Hi Korang,


Citer pasal cuti-cuti Malaysia di Lembah Klang sajor

Kali ni aku nak citer kat korang tentang percutian hujung minggu kitaorang di Grand BlueWave Hotel Shah Alam. Terima kasih atas jemputan ye, seronoknya tiap-tiap minggu tidur hotel kata member aku


Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) kini merupakan salah satu hotel yang mendapat akreditasi piawaian Hotel 5 Bintang Halal pertama di Asia Tenggara


Selaras dengan moto “Southeast Asia’s First 5 Star Hotel Accredited with the Highest Halal Friendly Rating by Crescentrating”,, GBWHSA sekarang mengalu-alukan semua pelancong seluruh dunia. Walaupun pendekatannya adalah Halal, ianya telah diterima baik oleh Kumpulan majoriti rakyat Malaysia, diikuti oleh Jepun, Cina dan India sebagai golongan teratas senarai tetamu hotel.

Pengurus hotel, Tuan Haji Mohd Ghazali Sayed Ibrahim berkata, “All our guests are excited with the hotel’s Halal-Travel Friendly concept. Being accredited with ISO AR3363 and OHSAS SR0405 is just one of our strategies in ensuring the quality and delivering good value of services for all guests. All guests walk away and returns with more than satisfaction value.” 


Sebanyak 341 bilik kesemuanya yang terdiri daripada 280 deluxes rooms, 58 deluxe suites, 2 special care rroms dan a Presidential Suite, di reka mengikut konsep moden kontemporari dengan tiga warna yang berbeza tema, hijau, maroon dan biru. Di aras BlueWave Club, lengkap dengan Lounge Club peribadi khas disediakan untuk memenuhi keperluan business travelers.

Of courselah memula sekali, jemput tengok bilik kitaorang untuk weekend tuh ye

comey kan

dia ni kena tunggu abis aku amik gambar baru boleh baring kat katil ek

connecting door untuk ke bilik sebelah, kalau bawak family amik bilik ni








Kesemua bilik di lengkapi dengan IDD lines, wifi, satellite TV channels, mini fridge, coffee and tea, personal in-room safe, bathtub with shower, hair dryers dan electronic looks. 

Jom aku bawak korang melawat bilik-bilik lain ek.

Deluxe Room (Single Twin Bed)



Ni untuk mereka yang datang dengan kengkawan ke, sorang ke kena outstation kan. Sesuai bilik ni. Comey je tak de besar mana pun.

Bluewave Club Floor (Deluxe Suite)











Sekali 3 bilik kitaorang pi melawat ek,warna-warni tema biliknya kan. Luas luas luas seronok ooo bila masuk ke dalam bilik ni. Bilik airnya pun unik sket cam tersorok gituh.

Executive Suite (King Size)









Not bad jugak bilik ni, Berbaloi dengan harga jugak kan hehehhee

Presidential Suite (King Size)












Ini merupakan bilik paling mahal di Grand BlueWave Hotel ni, berharga 7,500 semalam. Normally VVIP, Politician yang menginap bilik ni sebab semua facilities ada macam bilik meeting luas, ada business centre sendiri, ada small kitchen dan jakuzi yang awesome. Berbaloilah dengan harganya kan






Abis dah room tour di Grand BlueWave Hotel ni, sempat jugak kitaorang tinjau beberapa kemudahan yang ada macam swimming pool, playland for kids, gimnasium.


Apa lagi bergambar time....

Ok itu baru suku je aktiviti eh ada lagi tau aktiviti yang best-best kitaorang attend. Kalau citer kat sini memang penat korang nak baca so stay tune ekkkk

Jom kita ke


Grand BlueWave Hotel,
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-5511 8811




Thank you Grand BlueWave Hotel untuk staycation yang best ni, dah lah best yang bertambah lagi best dapat bercuti dengan kengkawan sekali hehehehehe




Monday, February 20, 2017

Shopee Melancarkan ‘Mobile Madness’ Sepanjang Bulan Februari

Hi Korang,

Shopee, pasaran sosial mudah alih pertama dengan rekod 25 juta muat turun di rantau Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen ‘Mobile Madness’ di Malaysia sepanjang bulan Februari, menawarkan jualan harga runtuh telefon bimbit yang pasti mengujakan penggemar produk berasaskan teknologi.


Sehingga Februari 2017, Shopee Malaysia telah merekodkan lebih daripada 2 juta muat turun dan dalam masa yang sama menjadi satu-satunya platform yang menyediakan kemudahan Penghantaran Percuma dan Komisyen Sifar (0) untuk peniaga dan pengguna. Dengan kemudahan tersebut, Shopee menjanjikan penjimatan kos apabila peniaga menawarkan produk secara langsung kepada pengguna dan menjamin harga terendah telefon bimbit di seluruh negara. 

“Dengan kelebihan perbezaan harga, kategori telefon bimbit kami merupakan salah satu kategori produk yang menunjukkan peningkatan tertinggi di Shopee. Pada masa hadapan, kami mahu meletakkan Shopee sebagai platform pilihan pertama rakyat Malaysia apabila membeli telefon bimbit baharu. Sepanjang kempen ini, Shopee akan bekerjasama dengan beberapa jenama terkemuka seperti Samsung, OPPO, Xiaomi, Huawei, ASUS, Honor dan Lenovo dalam menawarkan promosi terbaik untuk pengguna kami. Dengan Shopee, pengguna dijamin dapat menikmati harga telefon bimbit terendah di seluruh negara,” menurut Pengarah Urusan Serantau, Ian Ho. 

Kemuncak Kempen ‘Mobile Madness’, ‘8 Days of Mobile Madness’ akan berlangsung dari 21 hingga 28 Februari, menampilkan jenama kegemaran anda yang boleh dibeli pada harga serendah RM150! Setiap hari, Shopee akan melancarkan promosi berbeza dengan menawarkan harga runtuh untuk semua telefon bimbit. Teruskan mengikuti Shopee App untuk memilih telefon bimbit dan aksesori yang menepati citarasa mudah alih pengguna bagi tahun 2017. 

Sebagai permulaan momentum kempen tersebut, pengguna boleh menyertai pertandingan ‘Show Your Crack’ yang berlangsung dari 9 hingga 24 Februari 2017. Pengguna tegar telefon mudah alih boleh memuat turun gambar skrin pecah pada telefon bimbit mereka di Facebook & Instagram untuk memenangi sebuah telefon bimbit Huawei P9. Setiap penyertaan akan diberi ganjaran berbentuk baucar bernilai RM50 yang sah digunakan untuk membuat pembelian telefon bimbit. 


Selebriti/penggiat media sosial seperti Anzalna Nasir, Kamal Adli, Faiz Dickie dan Ucop turun menyertai kegirangan sepanjang Kempen ‘Mobile Madness’ Shopee. Teruskan mengikuti ikon anda untuk mengetahui lebih lanjut. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Shopee: www.shopee.com.my dan nantikan berita terkini di aplikasi Shopee, boleh dimuat turun secara PERCUMA di App Store dan Google Play.


Friday, February 17, 2017

SENHENG PlusOne New Face Member Card Yang UnikSekali

Hi Korang,

Alah korang biasakan dengan jenama SENHENG ni kan!!

La kedai jual barangan elektrik tuh

Sebenarnya Senheng® Electric (KL) Sdn. Bhd merupakan kedaimenjual barangan elektrik dan elektronik yang terkemuka di Malaysia ni, rasanya lebih 100 outlet di seluruh tanahair. 

Asal nampak lambang hijau tuh dari jauh kita dah tau itu SENHENG ek hehehhehe dan harganya berpatutan jugak berbanding dengan kedai elektrik yang lelain.

Sekarang ni SENHENG memperkenalkan Kad baru PlusOne New Face untuk ahli-ahli Senheng.



Wah kad baru haruslah corak baru kan, tak silap aku yang dahulunya merupakan gambar Panda dan sekarang ni dirupakan kepada gambar shuttlecock.

Kenapa shuttlecock menjadi pilihan kan?


Oh sebab Senheng terlibat sama sebagai salah satu penaja bagi SS Purple League, iaitu liga premier badminton yang terkemuka di tanahair ni, eh siap ada sekali pemain badminton antarabangsa jugak tau. 

Senheng senantiasa berusaha untuk menyumbang ke arah pembangunan badminton negara bagi mencapai strategi pemasaran di mata dunia

Meh aku citer sedikit mengenai kebaikan menjadi ahli Senheng PlusOne ni

Ganjaran (Reward)

Eh mestilah kita sebagai pelanggan nak ganjaran menarik dari sesuatu kad tuh, kalau tak buat apa jadi ahli. So di Senheng bila kita membeli barangan secara automatiknya kita mandapat points yang bila mana points ni dah cukup kita bolehlah redeem barang yang kita nak hehehhhee

Lagi pulak bila adanya kad Senheng Plus One ni, para ahli akanmendapat rebate EZCredit sehingga 10%. Banyak tuh dan rebate ini boleh ditukar kepada nilai cash atau redeem products.

Jaminan Perkhidmatan (Service Assurance)


Dengan 1 to 1 replacement warranty, korang dapat menikmati warranti perkakas ringan selama 2 tahun dengan bayaran minima saja. Kalau barangan korang tidak berfungsi dalam tempoh dua tahun, anda boleh terus bertukar yang baharu. Wow baru baru baruuuuuuu

Extra one year warranty

Lagi satu, dengan membeli produk di Senheng ni korang akandapat tambahan satu (1) tahun warranti lagi daripada warrantibarangan sedia ada. Contoh cam ni, kalau korang beli periuk nasi dapat warranti setahun kan, so Senheng tambah lagi satu (1) tahun untuk warranti. Best tuh kan

Kesenangan (Convenience)



La dengan aplikasi Senheng, semuanya di hujung jari je ye takyah nak sibuk-sibuk cari nak telefon bagai.

Kini Senheng dah ada aplikasi secara online menerusismartphone korang tau.




Hah untuk nak rasa cuba PlusOne card, meh ikut satu per satu langkah berikut ek

Meh sini aku tunjukkan,




Untuk menjadi ahli Senheng, korang boleh register secara online seperti gambar di atas. 

Pergi ke website : http://www.senheng.com.my/authentication dulu tau.

Daftar secara online untuk menjadi ahli PlusOne dan bayar hanya RM12 sahaja untuk yuran keahlian. Nanti korang akan terima confirmation email dan isikan segala butir-butir peribadi. Kemudian download Senheng Mobile App untuk dapatkan Senheng PlusOne Card korang.




Untuk mereka yang sudah menjadi ahli PlusOne, Cuma isikan butir-butir peribadi dan emailkan untuk lengkapkan pendaftaran dan kemudiannya download Senheng Mobile App untuk dapatkan Senheng PlusOne Card korang.




Untuk mereka yang berada di store and ingin mendaftar terus, ermm lagi senang. 

Cuma isikan P1 e-form dan tunjukkan NRIC bersama yuran keahlian RM12 untuk melengkapkan pendaftaran dan kemudiannya download Senheng Mobile App untuk dapatkan Senheng PlusOne Card korang.




Untuk mereka yang merupakan ’existing in-store member‘ pun mudah jugak 

Terus ke Senheng/senQ outlet yang berhampiran dengan korang dan update butir-butir peribadi dan tunjukkan NRIC untuk melengkapkan pendaftaran dan kemudiannya download Senheng Mobile App untuk dapatkan Senheng PlusOne Card korang.

Mudah kan.


Ni features depan aplikasi Senhengbukak-bukak je terus dah nampak kan hehehhee



Kat sini pulak korang boleh tengok berapa points korang danapa boleh redeem

Dengan adanya aplikasi Senheng di smartphone ni, korang bolehmenyemak mata ganjaran Plus One korang, menyemak promosi hebat dan juga boleh mendapatkan E-Voucher, E-Booklet dan macam-macam lagi.

Dah download lekas aplikasi Senheng di smartphone korang. Mana tau ada barang yang korang berkenan nak beli.

Untuk info lanjutkorang boleh check it out